The Entourage

Sunday, 3 June 2012

Test Kitchen: Pavlova II

This is a scheduled entry juga ye kawan-kawan..

Lepas balik dari rumah Fika & Ijjaz, memang aku tidur membongkang laa tak bangun-bangun.. real deep sleep tapi hanya tiga jam sahaja. Tidur kul7am, kul10am aku dah terjaga. Tiba-tiba teringat projek pavlova aku. Semalam dah buat sekali, menjadi. Tapi tak cukup. So hari ni aku plan nak buat 2 adunan sekali. Bagi puas semua orang makan. Suka sangat bila orang makan apa yang aku buat. Feel really appreciated. Walaupun hanya menjamu adik-adik sendiri :)

Second time buat pavlova ni aku dah arif sket laa. Chewahhh. Semalam aku buat pavlova, aku cuma guna canned fruits sebab tu yang senang. But today, aku guna peaches and grapes. Nak bagi rasa dia lain sket. Tapi memang lain laa. Serius lagi sedap. Bila makan sejuk-sejuk, pastu tergigit anggur tu. Walaweii.. rasa nak menyudu lagi. Okey, stop masuk bakul angkat sendiri.

Peaches & Grapes

Peaches and grapes nih pun aku beli semalam jugak time nak buat pavlova first time tu. Tapi tak pakai pun sebab untuk satu adunan pavlova, kalau nak pakai canned fruits, 1 tin je dah cukup. So, yang ni aku simpan untuk buat batch hari ni. Fruits ni pun sudahnya banyak berlebih-lebih. Aku top up je letak jugak atas pavlova tu biar kaya dengna fruits. Puas hati makan! 

Sekadar Gambar Hiasan :p

As usual. Gambar nih takde kena mengena. Saje suka amik sebab texture dia sangat cantik. Kalau pakai DSLR lagi cun. Camera pink ku itu hanyalah compact.

Ready For The Oven

This time aku buat kecik-kecik sket dari yang semalam. Sebab aku cuma buat 2 adunan. Dan aku nak buat dia jadik bertingkat-tingkat. So kena buat kecik sket. Kecik tak kecik sangat laa. Still puas makan haha.. Suka sangat rasa putih telur dia tu. Resipi yang sedap!

ZZZZzzzzzZZzzzzzz...

Sementara menunggu oven panas, snap-snap gambar Si Demok dulu. Asyik tidur je dia ni. Mana tak gemuk.

Fluffiness!

Jenguk-jenguk dalam oven, Mak aiii.. terkojut den! Besar gila jadinya! So fluffy! Rasa nak bukak oven time tu nak cucuk-cucuk je menda tuh! Ahaha.. sebenarnya kali ni aku buat, aku saje je lebihkan cream of tartar tu. Saje nak tengok apa jadi. Hahaha.. Chef gila.

1-Layered Pavlova..

Sudah siap.. yang ni hanya satu layer je. Pastu aku campurkan fruits dia kat atas tu.

2-Layered Pavlova..!

Yang ni dua layer! Kat tengah peaches and kat atas grapes. The boys already went gugu gaga when they saw this. I said, "Be patient."

3-Layered Pavlovaaaa!!!!!!!

Yang ni.. tiga layerrrr!!!! Aku yang membuatnya nih pun gugu gaga jugak tengok benda ni. Semua dah tak sabar nak makan. Masing-masing dah menunggu dengan piring dan garpu. Ekeke.. Tapi aku tak bagi. Aku cakap, biar dia sejuk dulu dalam fridge. Baru sedap makan. Baru bule rasa betul-betul rasa pavlova ni macam mana (semalam buat, tak sempat masuk fridge sudah licin). Lalu mereka pun pasrah dan menunggu dia depan tv. :p

The Extras

Ada lebih-lebih cream and fruits tu, aku balun je letak dalam tart shells lebihan aku tunang hari tu. Sebenarnya nak buat projek lain tart shells ni. Tapi since dah ada lebih ni, pada duduk ke dalam fridge tak buat apa-apa, baik aku masukkan je lebihan fruits dalam tu. Suka jugak diorang makan kan.


Pheww.. hari baking yang penat. Tapi puas hati sebab berjaya buat pavlova. Sangat happy. Pergi hall nak melepak sat. Tengok si demok ada lagi. Tak bangun-bangun padahal dah nak petang dah. Mata dah bukak tu. Tapi pemalas kan.. camtu laa. Haih. I lap u.

4 comments:

  1. aduyai....tersangatlah terliur....mana mau cari ya...xnak alexis...mahal bangat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh.. sorry laa cik pinky buat awak terliur.. hmm tempat lain tatau laa katne nak dapat. kat delishious ada. ada diroang cakap tak sedap sangat. skang ni ramai homemade then diorang jual..

      Delete
  2. a must try nih.....looks nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke memang nice pun! ikhlas betul orang tu bagi resipi. try tau nanti! :)

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...