The Entourage

Saturday, 2 June 2012

Test Kitchen: Pavlova


This is a scheduled entry ye.. Busy sangat sampai kena backdate entry hehe..

Pavlova

Hari ni dah ada plan nak pergi jog dengan ene. Tapi petang laa.. so, pagi-pagi ni aku memang dah pikir nak buat projek sket. Projek Pavlova heeeee..
Aku memang dah target nak try buat Pavlova ni. Memang dah aim sangat-sangat. Disebabkan harga dorang jual kat Alexis tu mahal sangat, so kena laa belajar buat sendiri. Baru laa puas makan kan. Setakat makan sepotong tu, adeh.. tak puas. Sudahnya.. dua-dua weekend aku buat pavlova hahaha..

So aku pun mula laa mencari resipi kat internet. Resipi jangan cakap laa. Memang banyak teramat. Apa bahasa nak semua ada. Lalu terjumpa laa aku dengan page ini.

Takde laa susah sangat sebenarnya nak buat pavlova ni. Aku pun tak tau kenapa diorang kena jual mahal sangat. Mungkin sebab buah-buahan kat atas pavlova tu kot.. Lagi satu, aku cukup suka resipi ni sebab semua sukatan menggunakan cawan. Sonang cito eh. Takyah aku nak keluarkan timbang aku tuh. Meh aku tulih semula resipi for your reference:

Bahan-bahan (untuk 4 orang)

  • 4 biji telur (ambil putih sahaja)
  • 1 cup gula kastor - Aku kurangkan jadi 3/4 cup sebab manis.
  • 1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh - Aku tambahkan jadi 1 teaspoon sebab aku memang penimat vanilla :p
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna) - Letak lagi banyak, lagi kembang yawww
  • buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi manis telur.kalau buah pun manis,nnt manis sgt rasa. - Jangan risau untuk guna fruits yang masam-masam, sebab bila dah bercampur-campur, masam tu dah tak rasa dah, lagi sedap lagi ada! :D
  • UNTUK TOPPING ;- - Untuk topping ni, aku guna terus whipping cream yang sweetened and vanilla flavoured. So senang, tinggal whip je bagi kembang.
  • 1 CUP WHIPPING CREAM (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • 1/2 teaspoon vanilla
  • #boleh juga guna buttercream.cuma tambah 1 cup butter gn 1 cup shortening dan gula aising,,putar sampi ringan.

Cara-cara

  1. Pukul putih telur sampai kembang. Jangan lupa masukkan sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis. Pukul sebati. Putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh.
  2. Kemudian ayakkan tepung jagung ke dalamnya. Jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar. Kacau dengan cara balik kuap.
  3. Masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak. Ratakan. Bentukkan sesuka hati ikut citarasa anda.
  4. Bakar 150 celcius selama sejam. Bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. Jika retak sedikit tidak mengapa. Kemudian keluarkan dari ove.
  5. Untuk topping ,masukkan semua bahan dan putar hingga kental.
  6. Guna sudu ratakan atas pavlova. Bolehlah susun buah diatasnya.
  7. Sedia untuk dimakan. Boleh masukkan dalam peti ais kemudian baru makan. Lagi sedap macam tu untuk kurangkan muak kat cream tuu..
Okey.. jum tengok gambar. Tak details sangat pun aku amik. Just snap-snap mana yang sempat je. Buat pun sorang-sorang. Dengan nak snap lagi, nak buat lagi, semak-semak tangan kotor lagi. Sian kat camera pink aku tuh comot-comot jadinya.

The Ingredients

These are the ingredients. For fruits, aku macam malas nak pergi cari fresh fruits since kalau nak guna fresh fruits, kena masuk Giant pulak. Tak rajin pulak nak beratur panjang-panjang kat cashier semata-mata nak beli buah sahaja kan. So, aku singgah je kat MyMydin depan rumah tu, beli cocktails. Ternampak grapes, aku grab je sekali..

Sekadar Gambar Hiasan Ekekekeke..

Gambar ni takde kena mengena sebenarnya. Aku pisahkan kuning telur dari putihnya sebab pavlova ni diperbuat dari putih telur je. Saje-saje snap kuning telur ni sebab telurnya sangat-sangatlah freshnya.

Whipped Egg Whites

Okay, ni baru laa putih telur. Masa ni dah siap whip dah pun. Dah cukup peak dah. Cantik sungguh adunan dia. Ikhlas orang tu bagi resipi. Alhamdulillahh.. :)

Ready To Be Baked

Masa ni aku tak teringat pulak nak buat 2-tier. So, aku sendukkan semua adunan tu tadi masuk dalam dulang pembakar. Nampak je tebal kan.. Tapi sebab dia putih telur, banyak foam je sebenarnya. Fluffly sebelum bakar je. Dah bakar, terus dia turun hehe..

So Owen Yang Demok

Sementara menunggu oven panas, aku pergi laa saje-saje nak kacau Owen. Tidur pulak dia. Kejut-kejut siap tak nak bangun tuh. Bertuah punya kucing.

Good Stuff Inside

 Jum bakar pavlovaaaaaa! Cantik kan rupa dia kat dalam oven? Looks so fluffy..

Kita Makan Dulu!

Lama pulak nak membakarnya. Mari ler makan dulu. Mama goreng bihun. Bihun goreng bujang je pun. Tapi sedap tau. Tambah pulak dengan telur goreng mata. Wowweee. Kata pun mama yang masak. Semuanya sedap, kan? :p

Anak Dara Ku Cleo

Dah habis makan, aku keluar pulak jengah cik kak Cleo kita. Masih duduk di dalam sangkar sebab luka dia masih basah lepas neuter last week. Sian dia buhsan. Asik tidur je sepanjang dalam sangkar. Sorry ye Cleo. I have to do this. Takut kang luka tu kena infection pulak.. tak pasal-pasal je kan.. takpe, dok dalam sangkar pun, dapat makan KFC, okay apa? 

Dah Siap Bakar Dan Dah Disejukkan

Tadaaa.. ni yang dah siap. Size dia jadik besar sket sebab kembang hasil dari cream of tartar tu.. tapi dia tak setinggi awal-awal tadi. Dia jadi rendah sket. The best is, buat laa dua adunan. So boleh buat dua layer. Sedap wooo.. tengok aku buat 2-tier pulak kat sini.

The Final Product

Ni lah dia hasilnya.. lepas siap je letak cream and fruits, tak sempat masuk fridge lagi, dah settled dah. Haha. Kebetulan pulak ramai orang kat rumah. Nasib baik sempat simpan sket untuk ene. Dapat laa aku bawak petang ni bagi kat ene. Yeay!

Not bad for a first timer, isn't it? :p

10 comments:

  1. macam senang....huhuhu....buat xtaulah....nk bt bread puding pun xlps lg...=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe.. senang je. tak messy pun. takpe.. try2 je pinky.. untuk makan sendiri :p

      Delete
    2. beruntung zila...pandai msk pandai mjahit....ur tunang mmg bruntung....klau dia sia2 kan u....mmg blh ketuk pala nga lesung batu....hehehehe gurau jer....

      Delete
    3. ekekeke tamo ler cakap gitu. segan jadiknya haha. tak pandai mana pun awak.. kita ikut resipi je suma. ikut betul2 confirm ler jadi. kalau suruh buat gitu2 je memang tak jadi ler gamaknya :p

      Delete
  2. It looks yummy!I want to try too... feeruzstory.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Shafeeqah! sila2 try. orang ni bagi resipi betul2. memang menjadi tau. i dah siap try dua kali ekekek :P

      Delete
  3. babe..weekend nie i nak try wat la..kalau rajin n kalau jadik..kalau jadik nnt i bg u rase plak..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekkekeke chaiyok2! jadiknya tuh! senang je. aritu u sempat eh rasa? sorry ler i bagi sket je. kat umah berebut. hahaha takleh blah betul laa dorang neh. babe kalau nak senang, cream tu beli terus yang sweetened. so takyah nak campur apa2 dah, tinggal nak whip je :DD

      Delete
  4. nyum2!!! banyak kali dah nak try..tapi tak berkesempatan lagi sebab takde oven.. haha!!layan gambar je la.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee alahai cian sharz.. tkape2, for now tengok la gambar2 dulu eh. pastu jangan lupa kumpul2 resipi. ada je oven, terus buat :P

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...