Phew.. finally setelah berhempas pulas untuk mencari appointment HIV test, dapat jugak aku date yang diimpikan. Lebih kurang semua klinik kesihatan area KL, Gombak, Puchong, Seri Kembangan dan kawasan-kawasan berdekatan aku call. Semuanya mempunyai cikadak-cikadak yang berlainan lagi menyusahkan. Why didn't they standardize the system for god sake? Nak kawen pun susah. Patut laa banyak anak terbuang skang ni. Okey cukup, iLa.
Punca sebenar kenapa aku susah sangat nak buat appointment was because I needed to get an appointment on only one particular date. 1st October 2012. That only one date. The one and only. No other dates. Only this date. Date lain tamo.
Sebaaaaaabbbb?
ene kan takde kat sini. He's in Singapore now having his training before proceeding to
Hong Kong for his new job. So, timing kami memang laa constraint teramat. Kena cari timing betul-betul baru buleh buat appointment. Not just for HIV test je. Untuk settle benda-benda kawen lain pun kena tunggu dia confirm bila tarikh dia balik.
He'll be ending his training on the 28th September. Then before dia proceed to Hong Kong dia akan balik kejap to settle some things and to re-pack before leaving for Hong Kong for good. Time ni jugak laa aku kena buat appointment untuk settlekan mana-mana yang tak settle lagi. Rasanya pre-wedding photoshoot pun kena buat that same weekend jugak. Kesiannya ene kena bergegas sana sini setiap kali balik cuti..
Setelah call banyak klinik, dapat lah aku buat appointment kat KK Seri Kembangan on 1st October. Alhamdulillah. Tu pun kena mintak tolong Syah yang tengah cuti kawen tu pergi buatkan appointment since dia tak keja. Sorry Syah kacau hanimung ko :p Pelik betul klinik-klinik kerajaan ni takleh nak drop appointment by call. What difference does it make oi? Sama je kot. Hishhhh.
Banyak jugak details yang aku nak tulis pasal KK yang aku call untuk panduan korang nak buat HIV test. Jangan tak tau, lain KK lain cikadaknya ye. Sebab tu laa sape-sape yang dok baca-baca B2B blog, semua cerita version lain-lain. Okey, aku listkan je ye. Senang sket korang nak baca. Ni yang aku call je laa. Yang aku tak call, tak tau.. Korang kena experience sendiri :D
Klinik Desa Gombak Utara (Bt. 8) : : 03-61889704 : :
Diorang takde buat. Diorang suruh aku call KK Gombak Setia. Fineee.
Klinik Kesihatan Gombak Setia : : 03-61860248 : :
Diorang dah takde buat. Mamat tu suruh aku buat kat swasta then datang endorse result tu dengan doctor diorang. Ni aku penah baca kat
blog B2B hari tu.
Klinik Kesihatan AU2 : : 03-42579466 : :
Ada buat. Tapi kena tunggu sebulan baru siap. Huh?? Aku takde masa sebulan tu. Aku kena siap on the spot. Tapi aku buat je laa appointment since tempat ni je yang boleh drop appointment by call. Takpe, later bule cancel.
Klinik Kesihatan DBKL : : 03-92845166 : :
Diorang buat hari Rabu sahaja. Kenot. We need hari Isnin.
Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9E : : 03-88883057 : :
Diorang takde buat. Diorang suruh call Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11. Okeyyyy.
Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11 : : 03-88811732 : :
Diorang buat hari Jumaat saje. Kenot juga. Nak hari Isnin. Baik akak tu cakap dengan berbudi bahasa. Kurang sket stress :)
Klinik Kesihatan Setapak : : 03-41425429 : :
Sepoloh kali call pun tak berjawab sampai sudah. Give up.
Klinik Kesihatan Sentul : : 03-40427557 : :
Juga tak berjawab sampai sudah. Tido tak bangun-bangun agaknya.
Klinik Kesihatan Puchong : : 03-80611814 : :
Kena buat appointment kat klinik. Kenot by call. Ergh. Tapi dapat result on the spot. Good to know. Diorang jugak buat HIV Test tu all day. Bukan hanya half day macam kebanyakan klinik.
Klinik Kesihatan Seri Kembangan : : 03-89455929 : :
Buat appointment kat klinik jugak. Call-call tak layan. Dapat result on the spot juga. Yeay! Tenkiu Syah kerana berlari kejap ke sana tolong buatkan appointment untuk aku. Tima kaseh sangat-sangat. Okey, appointment fixed on 1st October 2012 at 2pm. Weehuuu!
Hee dah lama tak tulih entry panjang-panjang gini. Kepada yang baru nak buat appointment untuk HIV Test tu, harap-harap entry ni dapat membantu ye :D