The Entourage

Saturday, 31 May 2014

Chantilly


 Siapa-siapa yang ikut Instagram @jmandagie, @jovianmandagie or @ninaismailsabri confirm dah tau pasal ni. Last few weeks diorang baru launch line baru, Chantilly. Omg, the dresses are to-die-for. Sumpahhhhh cantik gila aku tak tipu. Untuk raya tahun ni. Cantik buat aku tak tidur malam.





Bule pengsan kan. Aku suka Carolina. Sweet gilaaa! Aku tepek sket je kat sini sebab baju-baju baru dia banyak sangat sampai rambang mata. Korang gi cuci mata kat Zalora okay. Aku tengah tunggu Zalora bagi discount voucher lagi ni. Selalu ada je dia bagi. Ni dan-dan takde pulak. Zaloraaaa oh Zaloraaa!

Friday, 30 May 2014

Tokyo: Cotton Murah @ Nippori!

8th April, 2014. Tuesday. Early morning.

- Tak early sangat sebenarnya sebab dak gedik selesema teruk malamnya. Adjusting to the weather agaknya. Merengek satu malam sebab takleh nafas time menyusu. Dah nak subuh baru kami semua tidur. Tunggu dia bangun dah dekat pukul 10am. Kesian dia dah nak pagi baru lena tidur. Tu pun atas bahu mummy. Kesian lagi kat abah dia. Dengan rela tidur atas kerusi sebab nak bagi ruang kat kami berkubang. Welebiu to the moon and back, abah.
- Since kami keluar lambat, Ennie and Yus kami suruh keluar dulu. Kesian pulak diorang kena tunggu kitorang. So, diorang bergerak ke Ueno Park dulu tengok Sakura. Kitorang pusing-pusing Akihabara sebab nak cari bottled food dak gedik. Banyak pulak dia makan sampai tak cukup bekalan yang dibawak. Btw, korang yang bawak baby, makanan biar bawak extra okey. Sebab makanan baby mcm Heinz, Gerber and sorts memang takde. Read it, TAK ADA. Sebab diorang kan memang menyanjungi brand-brand diorang sendiri.




- Cumel jugak laki aku ni kadang-kadang.


- Janji untuk jumpa dengan diorang kat station Nippori. Lama jugak kami tunggu, rupanya diorang tapaukan kebab untuk kitorang. So sweet. Gambar-gambar bawah ni area Nippori. Banyak local dari tourist. Sebab dia takde attraction sangat selain kain cotton.








- Terjumpa satu kedai baju budak kat Nippori ni. Namanya Lemon. Memang diorang suka nama-nama buah kot kat sini hehe. Dapat beli satu jumper dengan long john Panda untuk si anak teruna. Dapat amik gambar dengan anak gadis Jepun yang cumel jugak.

 

- Jalan-jalan kat sini, teringat kat mak aku. Kalau aku bawak dia datang sini, sure dia suka gila. Mungkin kena repeat datang lagi hari esoknya heheh.



- Dah sampai Tomato! Heaven untuk pencinta kain. Bukan hanya kain cotton, kain jenis apa punnnn.



 


- Bule pulak terjumpa satu bas penuh dengan orang Malaysia turun kat Tomato jugak bershopping hehe. So bila dah settle shopping kain, kami singgah kat salah satu bench kat situ untuk berehat dan makan dan minum. Ehe.

 

 - Hehe.. bila laki ajak selfie. Kelakar pun ada.
 
 
 

- Dah kenyang mulut pun ada singih.


- Gambar ni sebenarnya aku hantar kat mama. Saje nak tunjuk dia salah satu design yang aku beli. Dah ada tu, haplod je la.


Thursday, 29 May 2014

Tokyo: Starbucks!

7th April, 2014. Monday. Nak masuk ke malam.

- Selepas habis jalan-jalan kat Senso-ji, kami nak masuk satu mall yang dah lupanya. Sebelum tu, singgah Starbucks beli dan minum souvenir ekeke.
- Kat sini cepat gelap. Pukul 5 nak ke pukul 6 tu, dah macam pukul 8. Tapi since nak cari sweater dak gedik kat dalam mall je, tak kisah sangat laa gelap pun.
- Lepas pusing-pusing mall tu, kami naik kat park tingkat atas mall tu sebab bule nampak Tokyo Skt Tree dari atas tu. Malangnya tak lama bule duduk kat luar tu sebab sezuk amat. Amik gambar je la buat syarat dah sampai atas. Pastu terus masuk dalam balik. Pheww.








Wednesday, 28 May 2014

Tokyo: Takoyaki!

7th April, 2014. Monday. Afternoon.

Kat dalam Senso-ji Shrine tu jugak ada mall. Jual macam-macam. Baju. Souvenirs. Semua ada. So kami saje laa pusing-pusing. Kat hujung mall tu terjumpa takoyaki. Terus singgah since ni pun dah tengahari. Lapauuu.


Suka hang no orang tolak je takyah penat berjalan.


Dak gedik dah titun masa ni. Selesa sangat sebab sejukkk.


Ni laa kedai Takoyaki tu. Sedap gila. Besar-besar sotongnya. Kat sini takoyaki ni tak macam kat Malaysia. Banyak jenis isi dalamnya. Kat sini semuanya octopus. Yang membezakannya adalah topping. Ada teriyaki sauce, ada mayo, ada crab sauce and cheese. Semua sedaaap.




Tidur baik-baik ye.. mummy nak makan.





Singgah Uniqlo lagi. Kat sini banyak sungguh Uniqlo and Muji. Kat celah mana-mana pun ada.



 

Okeeyyy.. off to the next destination.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...