The Entourage

Showing posts with label Solemnization. Show all posts
Showing posts with label Solemnization. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

iHeartBeads: Noli's Solemnization

Another beautiful bride. One of our friends uploaded this pic to instagram. Love seeing the beadwork on her. She looked just like a princess. Congraats and thank you, Noli! :D


Sorry ramai yang bertanya nak tengok gambar berdini. Nanti bila dah dapat gambar yang clear, aku upload lagi, k.

Interested? SMS/Whatsapps 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for inquiries! :D

Tuesday, 14 May 2013

iHeartBeads: Swarovzki Element For Fiza

Just finished touching up Fiza's dress for her sister's wedding. Dia request tak nak ada pearls sebab dia ada baby. Confirm laa tertarik-tarik nanti. So dia mintak letak diamond je. Alhamdulillah.. she loves it so much. Thanks, Fiza!

The Front

The Detailing

Interested? SMS/Whatapss to 0129198861 for any enquiries :D

Monday, 13 May 2013

iHeartBeads: Baju Nikah Noli

Let the pictures speak. :)

The Veil

Noli request veil nikah dia bentuk round. Sebab dia tak suka edging kat tepi bahu. Paras veil ni sampai bawah punggung. Saje aku labuhkan sebab dia pakai untuk nikah kan. Kalau nikah, cantik veil labuh. Nampak pure je. Echeh :p

The Outfit

Ni Baju kurung moden nya. Dia request untuk buat bentuk 'V' sket kat depan baju tu. Lepas tu butang belakang and butang kat tangan.

The Detailing

Close shot untuk korang tengok. Beadwork kat dada tu last minute dia mintak tambah. Bule saje. :D

Fitting Session

Alhamdulillah, everything went well. She's very satisfied with her outfit. Selamat Pengantin Baru, Noli!

Interested? Sms/whatsapp 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for enquiries! :D


Saturday, 4 May 2013

Order by Fatirah: Pearls

Ordered by Fatirah. Quite a bold choice, I should say :)


Cream, dusty purple and gold pearls.

Interested? Sms/whatsapp 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for enquiries! :D

Wednesday, 19 December 2012

Wednesday, 12 December 2012

Solemnization Update: Teaser Veil Nikah

16 DAYS UNTIL THE WEDDING!

Siap!

Hari tu aku ada cite pasal veil nikah aku dah siap. Tapi tak sempat nak tepek gambar. Ini dia veil aku yang dah complete. Yeayy! Kalau nak tengok yang masih dalam proses, click sini. Alhamdulillah.. siap! Lebihan batu permata ni aku tampal pulak kat kasut. Over kan Haha!

Sorry laa bukan saje-saje nak teaser ni, tapi memang sebab takde masa nak mengarang banyak-banyak sekarang ni. 16 hari laaaaagi. Lepas kaweng aku review habis-habisan ye. As for now, enjoy the teasersss! :DDD

As usual, siapa-siapa nak custom made baju, veil, tudung, selendang, do contact me ya! Email me at gina1983@yahoo.com. or simply SMS 0129198861. 

Tuesday, 20 November 2012

Solemnization Update: Wedding Shoes Bedazzled!


Jatuh Cinta Dengan Kasut Sendiri. *Sila Muntah*

Tak cukup lagi dengan lace, nak jugak tambah batu-batu permata. Aku kan over. Ekeke. Tapi aku tampal sket-sket je. Saje je.. banyak batu permata extra ada kat umah ni. Lebihan aku tampal kat veil nikah aku hari tu ler. Alang-alang, tepek je kat kasut. Baru laa wedding shoes. :p 

The original plan was to sew in beads and pearls (aku kan pearls princess). Tapi aku rasa masa tak bape nak mengizinkan aku nak buat benda-benda ad hoc yang mengambil masa cani. Aku suka je dah kasut aku tu. Just saje nak bedazzle kan sket. Batu permata kejap je nak menampalnya, tak macam jahit beads and pearls. Penat woo.

Okeh, entry pendek je this time. Order dah tutup until December, January baru aku bukak balik ye. So sape-sape yang minat nak makeover kasut or veil or baju or apa-apa je, macam biasa laa ye, email kat sini: gina1983@yahoo.com or sms/call 0129198861. Bye! :D

Thursday, 15 November 2012

Azila's Wedding: Nikah Day

Date: 10.11.12
Time: 2.00 pm
Venue: Tanjung Piai Resort, Kukup, Johor
Official Photographer: Kameradansa (Principal Alip)
Wedding Planner: Jendela Impian Mempelai, JB.
Wedding Dress: Mimpi Kita
Makeup: Fitri Sense
Guests: Dearest Sugar & Spices

At The Crack of Dawn..

On The Way To See Her!

Getting Ready..

Love You Girls~

Sempat Lagi Camwhoring

Her Dream Is About To Come True, Finally :)

The Bride

For Him

For Her

Ain't She Looked Gorgeous?

With The Dayangs & Hulubalangs

He's Hers. She's His :)

Finally Off The Market :)

May you guys live happily ever after til jannah. Love you heaps, bestie!

Thursday, 1 November 2012

Solemnization Update: Veil Nikah

Teaser! :p

Patch lace on Demonte Fabric

Finally! Siap jugak veil nikah aku. Alhamdulillahh.. Dah habis jahit suma dah. Tapi yang dalam gambar ni bukan yang dah siap tau. Veil yang sebenarnya siap ada manik-manik silver dan pearls in between flowers. Pearls semestinya laa kena ada kan. Yang ni just aku baru potong and tampal batu permata on each patch lace. Jahit pun tak lagi tu. Baru pin-pin je atas kain Demonte tu. Kata pun teaser. :p

Aku paling suka tang batu permata tu. Kaler dia macam putih, tapi bila letak kat atas kain, it captures the colour of the fabric. Jadik berkilau-kilau dia. Aku tengok batu tu pun banyak lagi stok kat kedai, aku belasah je letak banyak-banyak. Mama pun diam je. Okay laa tu. Ahahahaha.

Nanti lepas kawen laa aku upload review pasal veil aku bule? Eekeke..

So, kalau ada sape-sape nak buat patch lace for baju or veil or any other thing, do contact me ya. But just to infrom, order sampai December dah tutup. Dah tak cukup tangan nak buat order orang. Sorry sangat kepada yang sms/email. January nanti aku bukak semula okay :D Just place your order at gina1983@yahoo.com or sms/call at 0129198861. See ya!

Tuesday, 23 October 2012

Wedding Update: Groupon Lagi

Ada sape-sape tak dapat voucher RM10 kat Groupon hari tu?

Surprisingly, aku dapat sampai dua kali. Apa kes? Hari tu dah dapat sekali dah, terus aku beli slimming package. Ni tiba-tiba check email dapat lagi! Saje je nih. Huh. 

Ingatkan nak pass je. Tapi bila tengok-tengok deals yang kesekian kalinya dihantar untuk memenuhkan inbox aku nih, ada pulak yang rasa berkenan dihati.


Untuk yang ni aku tak kira membazir pun sebab lollipop ni aku beli untuk doorgift budak-budak time reception aku nanti. :p Kalau dikira-kira jadik bape je sebatang tu. Murah laa kalau nak dicompare dengan harga Chupa Chup. Harga Chupa Chup. Aku beli 2 tub. So altogether ada 112 batang.

Tak sure lagi aku nak bagi lollipop ni time nikah or reception. Still tengah pikir-pikir lagi.. Hmm..

Thursday, 11 October 2012

Solemnization Update: Fabric Hand Bouquet

Esok exam. Kena baca buku malam ni. So just a really quick update.

My Nikah's Hand Bouquet

Abaikan tangan climber yang buruk itu.

My prolonged project. Started making the flowers since right after engagement. Masa aku bertunang dulu aku buat fabric hand bouquet jugak. Tapi guna poodle flowers. This time aku buat bunga lain pulak. Apa entah nama dia aku tak ingat.

Laa ni baru siap sebab aku jenis yang buat semua sekali harung. Bila buhsan buat bunga telur, buat pulak tasbih. Bila buhsan buat tasbih, buat pulak hand bouquet. Bila buhsan buat hand bouquet, buat pulak rozette. Okay cukup. You get the picture. :p

If ada sape-sape yang minat fabric hand bouquet, email kat sini ye untuk price. gina1983@yahoo.com :D

Tuesday, 9 October 2012

Solemnization Update: Lace for Nikah!

Lamanya tak update blog. Been busy. Super busy. Ni pun terkejar-kejar je ni. Kat opis, memang dah langsung tak sempat. Kat rumah, asik dok menjahit. Takpe, nak kawen punya pasal. Weee!

I'm getting married in less then 3 months weh. Tick tock.. tick tock..

Still trying to accept the fact.

Okay, let's talk about wedddingggggg :D

Went to Jalan TAR shopping for kain. Lotsa kain. Berplastik-plastik. Some of them were the material for my mock dress and kain untuk pengapit aku. Ehee. Gedik nak mock dress. :p

The other was the material for my real baju nikah. Weeeee! Time tunang hari tu kami dah berbalas-balas kain dah. Peachy! :D But it was kinda plain just to buat baju nikah out of that material. It was just chiffon and satin je. Tak vogue pulak aku nanti. Ehem!

So I was thinking about lace. Lacey lacey is the way to go! Aku laa kan. Orang lain tatau laa suka lace ke tak. The thing is, laces are so damn expensive! Yang cantik and quality laa kan. So, ada this one day.. while I was blogwalking at this really nice B2B blog, I stumbled upon her entry about laces at Jakel. Thanks wahai kamu kerana memberi idea. Why didn't I think of it before?

Dia cakap, dia cari cebisan-cebisan lace kat Jakel. Some are really nice. Cuma kena pandai cari dari timbunan-timbunan ittew. Dan murah juga walaupun dah tinggal sket-sket in which kadang-kadang bule dapat sampai 2 meter pun.. If you're planning to do a patch lace on your dress, memang dah cukup sangat laa. Or upper body all laced up pun cukup juga. Kena pandai curi kain.

So.. ini yang aku dapat.

1.9m Lace RM50 & 2m Demonte RM26

Murah, kan? I really can't wait to start my baju nikah's project! So excited! Lupa pulak nak cite, kain peach plain Demonte yang bawah tu bukan baju nikah aku tau. It's the material for my veil and selendang nikah! Kain tu memang biasa orang buat selendang/tudung/veil if they opted for something not so see-through as net and chiffon. Aku dah pakai net time tunang. So macam terasa nak pakai sopan-sopan sket pulak time nikah. Weee. Another DIY project to come (ada ke masa ni)!

Bunga-bungaan Yang Bakal di Cut-n-Paste

Veil and selendang nikah tu pun aku akan buat patch lace juga. Mulanya nak pinjam je veil Falsya. Cantik veil dia. Tapi tiba-tiba rasa macam nak buat sendiri. Gatai. Macam banyak sangat je masa. Babe, I tak jadi pinjam tau. Thanks anyway! :D

Sweet Tak? Aku Rasa Sweet :p

Thursday, 4 October 2012

Solemnization Update: Mock Dress For Nikah!

Mata dah kuyu ni..

Kepala dah melayang-layang..

Katil dah panggil-panggil..

Entry pendek je laa ye..

Last weekend berjalan-jalan dengan mama kat Jalan TAR. Banyak oke aku memborong. Semua kedai kain aku masuk. Missionnya adalah untuk cari kain baju pengapit, cari kain untuk family aku pakai time reception aku, cari kain untuk bilik pengantin, cari lace untuk veil/selendang/baju nikah dan juga cari kain untuk mock dress aku.

Jangan main-main, aku siap ada mock dress tu. Kata anak tailor. Ekeke..


Turquoise!

Kepada siapa yang taktau, mock dress ni adalah dress yang akan dibuat dulu sebelum buat dress nikah aku yang sebenar. Sebab dress nikah kan memerlukan perhatian yang detail. So, mock dress ni kira experiment laa. Yang mana ada yang nak kecikkan or tukar-tukar nanti, akan ditukar kat mock dress ni. Then only apply the exact measurement/pattern kat kain nikah aku yang sebenar. 

Biasanya mock dress akan guna kain-kain yang murah je. Hence the name. Sebab kalau beli kain mahal, rosak, membazir pulak. Tapi takde laa sampai murah yang takleh pakai. Aku saje cari kain yang murah tapi cantik so that at least aku bule pakai jugak lepas-lepas ni kan :p


Yang kain sulam-sulaman tu tak beli pun. Korek-korek kat kedai terjumpa. Banyak kain aku yang tak berjahit lagi kat kedai tu rupanya. Haih. Lepas kawen wajib belajar jahit, iLa. Note to self. Yang kain plain tu pulak beli kat Nagoya. Murah je RM6.80 semeter. Aku beli je 5 meter terus. Bertambah lagi kain kat kedai. Takpe, bukan rosak pun. Nanti bila nak pakai, dah ada. Tak gitu?

Rupa apa dress aku tu, later aku reveal ye. Sabarrr ;p


* Suddenly rindu dia :(

Tuesday, 2 October 2012

Solemnization Update: Aldo for Hantaran! :D

Another thing settled! Yeay! :D

My Lacey Aldo Shoes.. :)

Last weekend, sambil detink-detink dengan ene, aku dah nekad nak cari kasut hantaran. By hook or by crook. Kalau takde kasut lace, aku nak sambar je apa-apa kasut yang sesuai. Aku memang sangat-sangat teringin kasut lace. Sangat-sangat teringin. Takleh nak bayang cane teringin aku tu. Tapi selalu takde rezeki. Dua kali aku jumpa, tapi tak dapat nak beli. Sebab dah habis size. Sangat ralat. Sebab dia lace kan. Everybody is crazy about lace nowadays. Semua benda nak lace. Baju, kasut, kalau bule satu badan nak cover dengan lace. Aku pun sama :p

Finally, aku dapat jugak kasut lace aku. Sangat seronok! Terkinja-kinja aku depan ene tunjuk kasut tu. Yerr, aku tau memang buruk terkinja-kinja gitu. Tapi dah tak tahan. Sangat seronok tau sebab aku dah lama cari kasut lace untuk hantaran. Alhamdulillah, ene approve, aku terus sambar. Weee!

Dah laa lace, kasut ni kaler light brown pulak tu. Aku memang nak cari kasut light brown lace-lace sket sebab aku nak pakai terus untuk reception nanti. Baju aku kan french lace gittew ;))


Alhamdulillah, ada size aku. Mungkin jugak sebab baru sampai. Sebab last weekend aku masuk Aldo, takde pulak kasut ni. New arrival mungkin. Pheww.. selesai satu lagi barang hantaran. Tinggal barang terakhir adalah gelang nikah. Yang tu tunggu ene balik raya haji. Bf cepat laa balik. Rindu.

*Tengah pikir nak beli kasut untuk nikah ke tak. Memang aku nikah kat rumah. Tapi nak pergi photoshoot tepi tasik, kena laa ada kasut kan kan? Mari serbu Christy Ng! Weee! :DDDD

Monday, 1 October 2012

Solemnization Update: HIV Test (Done!)

Home finally. What a long day. Pheww.. 

ene just dropped me off. Terasa macam nak update blog. Jarang aku update blog sepantas kilat cani after any event. Tapi excited punya pasal walaupun penat tiga hari ni dok berlari ke sana ke mari, rasa tak sabar nak share dengan korang-korang B2B. Layankan je laa aku eh. :D

Guess what?

We finally did our HIV tests! Weee! Alhamdulillah.. another thing settled. Sudah bule cross dari check list. 


Made our appointment at Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Susah betul nak setup appointment. Banyak sangat cikadak diorang ni. Nasib baik laa ada one of our friend super duperly baik hati nak tolong dropkan appointment. Thanks again, Syah :)

Kitorang sampai around 1.45pm. Around 2.30pm baru start kena panggil. Please note ye kawan-kawan yang belum buat lagi, HIV test untuk perempuan lagi remeh dari lelaki. Lekali cuma cucuk and tunggu for the result. Perempuan siap kena jumpa doctor check apa-apa patut.

Around 3.30pm tu ene dah settle. Tapi kena tunggu aku pulak. Kesian dia sampai tertidur-tidur tunggu. Since ene is leaving for Hong Kong early morning tomorrow, semua benda jadik rushing. So aku suruh dia balik je dulu. Jangan risau pasal aku. Aku boleh je balik sendiri. Aku kan independent. Ekeke. Bukan apa, dia nak kena rush balik jumpa ustaz kat rumah dia lagi mintak chop. Kalau tak pergi malam ni, memang dah tak sempat dah. Pastu kalau lambat keluar dari area Seri Kembangan tu, kang stuck dalam jem. Dah buang masa kat situ. Kesian kat dia lagi, nak balik jauh-jauh. Aku takpe, rumah aku dekat je. Siapa-siapa pun bule amik aku. Wa tarahal punya.

Dia tak nak. Risau katanya.

Haih.

You're so over-protective sometimes.. :)

So, aku habis around 4.15pm. Banyak oke darah aku dia amik. ene cucuk kat jari je. Aku satu tube tau. Isk rasa nak pengsan tadi. Kena makan banyak ni nak ganti darah. Oi jangan melodramatic sangat iLa ;p

The Result

Alhamdulillah it turned out negative. ene as well. Nah bukti. Ekekekek. So lepas ni boleh settle bab borang pulak. Esok nak hantar ene to the airport. Flight is quite early. Aku tak amik cuti pun. KLIA dengan LCCT tu sebelah-sebelah je. Lepas hantar ene, aku terus masuk opis.

Lepas ni, sebulan lagi baru dapat jumpa.

:(

Thursday, 13 September 2012

Solemnization Update: Door Gift (Buku Doa Done!)

Yeayyy... akhirnya dah siap dah doorgift untuk nikah aku! Weeee! Aku pernah cite pasal doorgift nikah aku ni dulu. Baca kat sini dan sini. Alhamdulillah.. siap awal dari yang dijanjikan. Thanks a lot, Aini!


Masa tu Cute Creative Creation tengah buat promo untuk buku doa ni. Only RM1 each. How cheap is that! Aku memang dah lama plan nak bagi something yang boleh dibaca as doorgift nikah aku. Plan asalnya nak bagi yassin. Tapi tak berapa nak ada budget pulak.. Hehe.. So alang-alang terjumpa promo ni, terus laa grab.

Aku suka sangat kaler dia. Memang kaler yang aku mintak. Peach. Memang sesuai sangat laa bila digandingkan dengan tasbih buatan sendiri aku tu ehehe.. Alhamdulillah sangat barang-barang doorgift untuk nikah dah settled. Tinggal nak cari beg or plastik cumel je untuk pack tasbih and buku doa ni.

Rasa macam nak buat sendiri beg-beg cumel tu. Letak fabric flowers. Tapi macam tak sempat. Hmm.. ene ada cakap, tak perlu stress-stress.. aku buat banyak benda-benda DIY nih pun sebab aku suka crafts. Bukan sebab terpaksa. So buat je yang mana sempat. Yang tak sempat order/beli je. Tak perlu paksa diri. Nanti honeymoon penat, tak guna jugak kan? Tak enjoy langsung :p


Mula-mulanya quite sceptical jugak about this. Sebab too cheap to be true. Ehehe.. tapi pikir-pikir balik, try je laa.. tak try tak tau. Lagipun, aku cuma nak order 60pcs je. So, kalau rugi pun takde laa ralat sangat. Haha.. sukati je nak membazir.

Tapi Alhamdulillah.. everything turned out as planned. Aini kept her every promises. Alhamdulillah. Siapa-siapa yang teringin nak buku doa ni boleh tengok kat blog Cute Creative Creations ye. Skang ni dah semakin banyak design muka depan yang cumel-cumel tau! Geram sangat tengok. Tapi the price now is RM1.60 ye kawan-kawan ekeke..

Tuesday, 11 September 2012

Order Crystal From Awin



Blogwalking blog-blog B2B sekalian, termasuk rumah Cik Awin kita hehehe.. hari tu Awin ada beli crystal dengan aku untuk dibuat tasbih nak bagi guest masa nikah. Thank you, Awin! :D Dah siap banyak pun. Cantik pulak tu! Tak sangka colour combination hitam dengan kuning sangat lah cantik.


Hari tu time amik stok tak sempat nak snap gambar sebab lepas amik stok, terus jumpa Awin kat Subang Parade. Ni Awin dah post entry pasal tasbih kat blog dia, boleh laa curik gambar sket. Mintak halal ye, Awin :D


Sekarang ni Awin tengah menunggu stok baru untuk tasbih lagi. Sabar ye, Awin.. Sekarang ni kita busy sangat pulak. Mungkin dalam 22 September kita gi amik stok untuk Awin ok? Jangan risau! :DDD

Sape-sape yang minat nak beli crystal or pearls loose pelbagai size untuk dibuat tasbih atau accesories, boleh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com. Harga terendah di pasaran ecehhh :p

Thursday, 6 September 2012

Solemnization Update: HIV Test Appointment


Phew.. finally setelah berhempas pulas untuk mencari appointment HIV test, dapat jugak aku date yang diimpikan. Lebih kurang semua klinik kesihatan area KL, Gombak, Puchong, Seri Kembangan dan kawasan-kawasan berdekatan aku call. Semuanya mempunyai cikadak-cikadak yang berlainan lagi menyusahkan. Why didn't they standardize the system for god sake? Nak kawen pun susah. Patut laa banyak anak terbuang skang ni. Okey cukup, iLa.

Punca sebenar kenapa aku susah sangat nak buat appointment was because I needed to get an appointment on only one particular date. 1st October 2012. That only one date. The one and only. No other dates. Only this date. Date lain tamo.

Sebaaaaaabbbb?

ene kan takde kat sini. He's in Singapore now having his training before proceeding to Hong Kong for his new job. So, timing kami memang laa constraint teramat. Kena cari timing betul-betul baru buleh buat appointment. Not just for HIV test je. Untuk settle benda-benda kawen lain pun kena tunggu dia confirm bila tarikh dia balik.

He'll be ending his training on the 28th September. Then before dia proceed to Hong Kong dia akan balik kejap to settle some things and to re-pack before leaving for Hong Kong for good. Time ni jugak laa aku kena buat appointment untuk settlekan mana-mana yang tak settle lagi. Rasanya pre-wedding photoshoot pun kena buat that same weekend jugak. Kesiannya ene kena bergegas sana sini setiap kali balik cuti..

Setelah call banyak klinik, dapat lah aku buat appointment kat KK Seri Kembangan on 1st October. Alhamdulillah. Tu pun kena mintak tolong Syah yang tengah cuti kawen tu pergi buatkan appointment since dia tak keja. Sorry Syah kacau hanimung ko :p Pelik betul klinik-klinik kerajaan ni takleh nak drop appointment by call. What difference does it make oi? Sama je kot. Hishhhh.

Banyak jugak details yang aku nak tulis pasal KK yang aku call untuk panduan korang nak buat HIV test. Jangan tak tau, lain KK lain cikadaknya ye. Sebab tu laa sape-sape yang dok baca-baca B2B blog, semua cerita version lain-lain. Okey, aku listkan je ye. Senang sket korang nak baca. Ni yang aku call je laa. Yang aku tak call, tak tau.. Korang kena experience sendiri :D

Klinik Desa Gombak Utara (Bt. 8) : : 03-61889704 : :
Diorang takde buat. Diorang suruh aku call KK Gombak Setia. Fineee.

Klinik Kesihatan Gombak Setia : : 03-61860248 : :
Diorang dah takde buat. Mamat tu suruh aku buat kat swasta then datang endorse result tu dengan doctor diorang. Ni aku penah baca kat blog B2B hari tu.

Klinik Kesihatan AU2 : : 03-42579466 : :
Ada buat. Tapi kena tunggu sebulan baru siap. Huh?? Aku takde masa sebulan tu. Aku kena siap on the spot. Tapi aku buat je laa appointment since tempat ni je yang boleh drop appointment by call. Takpe, later bule cancel.

Klinik Kesihatan DBKL : : 03-92845166 : :
Diorang buat hari Rabu sahaja. Kenot. We need hari Isnin.

Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9E : : 03-88883057 : :
Diorang takde buat. Diorang suruh call Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11. Okeyyyy.

Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11 : : 03-88811732 : :
Diorang buat hari Jumaat saje. Kenot juga. Nak hari Isnin. Baik akak tu cakap dengan berbudi bahasa. Kurang sket stress :)

Klinik Kesihatan Setapak : : 03-41425429 : :
Sepoloh kali call pun tak berjawab sampai sudah. Give up.

Klinik Kesihatan Sentul : : 03-40427557 : :
Juga tak berjawab sampai sudah. Tido tak bangun-bangun agaknya.

Klinik Kesihatan Puchong : : 03-80611814 : :
Kena buat appointment kat klinik. Kenot by call. Ergh. Tapi dapat result on the spot. Good to know. Diorang jugak buat HIV Test tu all day. Bukan hanya half day macam kebanyakan klinik.

Klinik Kesihatan Seri Kembangan : : 03-89455929 : :
Buat appointment kat klinik jugak. Call-call tak layan. Dapat result on the spot juga. Yeay! Tenkiu Syah kerana berlari kejap ke sana tolong buatkan appointment untuk aku. Tima kaseh sangat-sangat. Okey, appointment fixed on 1st October 2012 at 2pm. Weehuuu!

Hee dah lama tak tulih entry panjang-panjang gini. Kepada yang baru nak buat appointment untuk HIV Test tu, harap-harap entry ni dapat membantu ye :D

Friday, 10 August 2012

Solemnization Update: Hantaran (Belt!)

Tak ingat pulak weekend bila.. but one of the weekends before ene left Malaysia. As usual laa, detink-detink pusing-pusing. Dah tak ingat pun ke mana. It's either The Garden or Pavilion. Garden rasanya.

Takde plan pun nak beli apa-apa, tapi as usual memang masuk laa suma kedai-kedai yang ada. Nama pun detink. Then we saw this.

Massimo Dutti Belt RM199.00

Sebelum ni ada jugak jumpa yang cantik kat Massimo Dutti. Then he thought he wanted to see if there is any nice belts in Hong Kong. So, aku pun ikutkan je laa. Then hari tu, masuk Massimo Dutti, jumpa yang ni. Nice. Sleek. And brown. Waaaayy better than the one he liked before. That one was suede. This one is leather. I prefer leather. Nampak matured and bold. Boleh pakai formal and casual pun. ene pun suka. Then we decided to buy. Aku laa yang membayarnya kan.

Senang hati dah dapat belt dia. Takyah la dia susah-susah nak mencari kat Hong Kong pulak. Bukan apa, yang mana bule settle cepat, better settlekan cepat, kan. Kawen ni, seawal mana pun kita plan, confirm laa ada jugak yang rushing akhir-akhir nanti. So benda-benda remeh-temeh macam hantaran ni, bule settle awal. So better settlekan awal. Betul tak? :p

Alhamdulillah.. so for now, barang hantaran untuk ene hanya tingal wallet saje. Yang lain suma dah beli dah.. Weeeee!

Tuesday, 7 August 2012

Solemnization Update: Door Gift (Tasbih!)

Yeayy! Barang-barang sudah sampai!

Untuk nikah, aku plan nak bagi buku doa-doa harian beserta dengan tasbih crystal buatan sendiri. Bule je beli yang dah siap. Tapi saje je aku rasa nak buat sendiri. Rasa macam lebih bermakna kalau buat sendiri untuk diberi pada guests. Plus, opkos laa lagi murah kan :D

Jom Sepahkan Rumah

Sebenarnya aku ni dah lebih kurang terover speeding jugak bab kawen-kawen ni. Sebab banyak jugak yang dah siap. Alhamdulillah to that. Nasib baik start awal, so sekarang ni dah bule relax sket sambil melayan perihal-perihal customer. Last week aku start buat tasbih ni. Ada laa dah dapat dalam 9-10 utas. Lembap kan ekeke..

Jum tengok barang-barang..

Yeayy.. Mari Start Buat!

Barang-barang ni semua aku beli kat kawan aku. Dia memang jual manik kristal yang bermacam-macam jenis. Dan murah pulak tu! Segala jenis dan saiz ada. You name it, you get it. Senang. Semua benda perkakasan dia jual. Sampai kat kita, tinggal nak assemble je. 

Donut Crystals 72pcs For RM5.50

Aku suka tasbih yang crystalnya cumel-cumel. So aku beli yang crystal donut standard size je. Alaa yang diorang suka buat gelang tuuu.. Hajat dihati nak cari peach. Tapi takde.. so amik caramel pun cantik jugakkan. Aku beli ni semua sekali 1728pcs sebab aku nak buat 50 utas tasbih. Memang saje beli semua sama kaler. Senang sket nak kira. Ehehe..

Teardrop Crystals 30pcs For RM9.50

Yang ni pulak crystal yang besar-besar sket untuk kepala tasbih. ene's idea. Dia yang pilih ni. Ehehe.. pandai jugak awak ye :) Yang ni aku beli 60pcs je sebab satu tasbih satu kepala je kan. Tapi memang jatuh cinta tengok crystals ni. Berkilau-kilau bila kena cahaya. Love it!

Deco 30pcs RM13

 Yang ni aku beli untuk dijadikan deco untuk tutup kepala tasbih yang berbentuk teardrop tadi tu. Ada tiga kaler. Gold, Silver and bronze. Aku pun tatau kenapa aku pilih silver. Jangan tanya.

Rambu-Ramba RM0.50 Each

 Aku tak tau apa nama dia. Letak rambu-ramba je bule tak akakakak. Yang pastinya semua orang tau laa kat mana exactly benda ni akan diletakkan. Benda alah ni aku beli cukup-cukup je 50pcs. Tak teringat pulak nak beli lebih. Kalau tak cukup ke, rosak ke.. pengsan aku. Silap di situ.

Tali tangsi RM2.50 per Gelung

 Beli kat hardware shop je. Takyah nak over sangat semua nak beli kat tempat sama.

The Output :DDD

 Tadaaaa! Ni yang sudah siap. Okay tak? Aku suka. Korang suka? Ekekeke.. Aku buat pun slow-slow je everytime lepas balik keja. Hanya sekadar menghabiskan masa sementara nak tunggu time tidur. Sambil-sambil tu tengok tv sekali. Ehehe. Kalau aku buat sehari seutas pun, bulan depan siap laa kan :p

Sape-sape berminat nak beli barang-barang buat tasbih ni, bule contact aku kat email gina1983@yahoo.com or call/sms/whatsap kat 0129198861 ye. Kalau korang nak tukar kristal ke mutiara pun bule. Mutiara lebih ekonomi. Echehh! :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...