The Entourage

Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Saturday, 17 November 2012

Recipe: Chocolate Moist Cake with Chocolate Chips

Meeting an old friend of mine from Abu Dhabi today. I'm sooo excited! Dah lama sangat tak jumpa ni. Pagi-pagi dah bangun buat kek untuk dia. Semangat tak. Haha. He's a good friend of mine since school days. He's from Abu Dhabi but working in Dubai now.

Chocolate Moist Cake with Chocolate Chips

Vanilla Cake with Chocolate Chips

The Recipe
Do help yourself the recipe ya.. Sorry sangat tak sempat nak re-write. Snap je pikcha ekeke. As long as you can read, good enough kan. Sape-sape yang tak nampak can email me ya. Aku bagi yang clearer version aka tulis balik untuk korang. Ekekek.

This Is His All-Time Favourite!

Vanilla Cake without Chocolate Chips! :-S

Everything turned out smooth and nice. But something is wrong with my vanilla cake! Chocolate chips sumanya tenggelam ke dasar! What the heck! Hahahaha.. tergelak-gelak kitorang tau! Bila double check balik.. owhhhkaaaayyy.. kurang tepung di situ. Ekekek.. takpe.. bule je makan. Buat makan sendiri je sudah :DDD

Meeting him for lunch today somewhere in KL. He's going back to Dubai tonight, though. Sigh. Such a short trip. I really hope we meet again someday :)

Tuesday, 31 July 2012

Selamat Berbuka Puasa!

Stoberi Goreng Source: babble.com

Sodapnya lahai nengok stoberi goreng ni. Tak pernah nampak sebelum ni. Jum try. Resipi kat sini.

Saturday, 9 June 2012

Test Kitchen: Belgium Moist Choc Cake

Abang and Effa came over last night. Tidur sini semalam. Siap bawak chocolate. Tapi just yang macam ukuran 5x8 inci punya chocolate cake. Kesian aku tengok adik-adik aku macam tak cukup makan. haha.. Maklumlah, family aku ni memang great eater. Makan nak banyak aje. ekeke.. Sabar je laa.. Aku pun terpikir ler nak buat kek untuk diorang. Alang-alang abang dengan Effa ada nih kan. Ramai sket. Aku pun takde buat apa-apa sangat (padahal fabrichanbouquetrozettecenterpiecedecobilik,decotangga semua tak siap lagi!)

So, aku pun mula laa buat cake chocolate kegemaran ramai. Resipi ni memang dah berkurun lama dah ni. Dah selalu pun aku buat. Do far, yang paling best memang resipi ni laa. Sangat moist dan sangat cantik texture dia. Suka sangat. Aku buat resipi ni biasanya memang akan banyak adunan. Sebab family aku besar kan. Sekali buat sampai 3-4 adunan. Hamek. Hahaha.. Adik-adik lelaki aku ni memang hantu chocolate cake. Especially yang ada ganache.

Okay, tengok resipi dulu.

PLEYEL BELGIUM CHOCOLATE CAKE

170gms dark chocolate - kadang aku guna milk chocolate je
150gms butter - aku jarang pakai butter sebab mahal. aku pakai marjerin je. ala makan sendiri
150gms icing sugar
4 large eggs, separated - kuning dan putihnya
1 teaspoon vanilla essence

80gms self-raising flour - kadang-kadang aku pakai tepung gamdum je. tengok apa yang ada kat rumah. pastu campur sket serbuk penaik
65gms ground almonds - tak payah bakar. straight from the packet

1. Melt chocolate over boiling water. - remember, double boiling is all about wanting the steam, not the water. make sure mangkuk jangan kena air
2. Line base of a 29x11cm loaf pan with greased greaseproof paper.
3. Cream butter and icing sugar until light and fluffy. Beat in egg yolks, one at a time, beating well after each addition. - kadang-kadang malas punya pasal, aku masukkan je semua telur tu :p
4. Add melted chocolate and essence then beat until blended.
5. Stir in sifted flour and ground almonds.
6. Whisk the egg whites until light and just stiff. Fold into chocolate mixture and mix well.
7. Turn into prepared pan. Bake in preheated oven of 165C for 60 - 65 minutes.

Tips:
Bake 10 minutes dengan suhu 190C, then baru turunkan 165C. Bake sampai masak. Ni untuk melembapkan kek.


MOCHA TOPPING

1 tin susu pekat - tin yang standard tu..
50gm serbuk koko
25gm kopi segera - aku selalu guna nescafe
1 cawan gula aising
1/2cawan minyak jagung - guna butter/marjerin pun boleh
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam - ni paling penting. walaupun nampak sikit, tapi memang bule mengubah rasa. serius

Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam dan esen vanilla. Masak di atas api sederhana sehingga pekat. Masukkan garan dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Angkat dan boleh terus disapu ke atas kek.

Okay, jum layan gambar pulak. Yang mana ada je laa ye..

The Ingredients

Sudah Siap Diadun!

Ready For The Oven

Sambil Tunggu Oven Panas, Masak Topping Dulu

Sambil Tunggu Topping Masak, Jengah Mak Boyot Ni Kejap

Baking.. Baking..

Siap! Merekah-Rekah Engkau!

Jemput Makan :)

Untuk Abang Bawak Balik

Sunday, 3 June 2012

Test Kitchen: Pavlova II

This is a scheduled entry juga ye kawan-kawan..

Lepas balik dari rumah Fika & Ijjaz, memang aku tidur membongkang laa tak bangun-bangun.. real deep sleep tapi hanya tiga jam sahaja. Tidur kul7am, kul10am aku dah terjaga. Tiba-tiba teringat projek pavlova aku. Semalam dah buat sekali, menjadi. Tapi tak cukup. So hari ni aku plan nak buat 2 adunan sekali. Bagi puas semua orang makan. Suka sangat bila orang makan apa yang aku buat. Feel really appreciated. Walaupun hanya menjamu adik-adik sendiri :)

Second time buat pavlova ni aku dah arif sket laa. Chewahhh. Semalam aku buat pavlova, aku cuma guna canned fruits sebab tu yang senang. But today, aku guna peaches and grapes. Nak bagi rasa dia lain sket. Tapi memang lain laa. Serius lagi sedap. Bila makan sejuk-sejuk, pastu tergigit anggur tu. Walaweii.. rasa nak menyudu lagi. Okey, stop masuk bakul angkat sendiri.

Peaches & Grapes

Peaches and grapes nih pun aku beli semalam jugak time nak buat pavlova first time tu. Tapi tak pakai pun sebab untuk satu adunan pavlova, kalau nak pakai canned fruits, 1 tin je dah cukup. So, yang ni aku simpan untuk buat batch hari ni. Fruits ni pun sudahnya banyak berlebih-lebih. Aku top up je letak jugak atas pavlova tu biar kaya dengna fruits. Puas hati makan! 

Sekadar Gambar Hiasan :p

As usual. Gambar nih takde kena mengena. Saje suka amik sebab texture dia sangat cantik. Kalau pakai DSLR lagi cun. Camera pink ku itu hanyalah compact.

Ready For The Oven

This time aku buat kecik-kecik sket dari yang semalam. Sebab aku cuma buat 2 adunan. Dan aku nak buat dia jadik bertingkat-tingkat. So kena buat kecik sket. Kecik tak kecik sangat laa. Still puas makan haha.. Suka sangat rasa putih telur dia tu. Resipi yang sedap!

ZZZZzzzzzZZzzzzzz...

Sementara menunggu oven panas, snap-snap gambar Si Demok dulu. Asyik tidur je dia ni. Mana tak gemuk.

Fluffiness!

Jenguk-jenguk dalam oven, Mak aiii.. terkojut den! Besar gila jadinya! So fluffy! Rasa nak bukak oven time tu nak cucuk-cucuk je menda tuh! Ahaha.. sebenarnya kali ni aku buat, aku saje je lebihkan cream of tartar tu. Saje nak tengok apa jadi. Hahaha.. Chef gila.

1-Layered Pavlova..

Sudah siap.. yang ni hanya satu layer je. Pastu aku campurkan fruits dia kat atas tu.

2-Layered Pavlova..!

Yang ni dua layer! Kat tengah peaches and kat atas grapes. The boys already went gugu gaga when they saw this. I said, "Be patient."

3-Layered Pavlovaaaa!!!!!!!

Yang ni.. tiga layerrrr!!!! Aku yang membuatnya nih pun gugu gaga jugak tengok benda ni. Semua dah tak sabar nak makan. Masing-masing dah menunggu dengan piring dan garpu. Ekeke.. Tapi aku tak bagi. Aku cakap, biar dia sejuk dulu dalam fridge. Baru sedap makan. Baru bule rasa betul-betul rasa pavlova ni macam mana (semalam buat, tak sempat masuk fridge sudah licin). Lalu mereka pun pasrah dan menunggu dia depan tv. :p

The Extras

Ada lebih-lebih cream and fruits tu, aku balun je letak dalam tart shells lebihan aku tunang hari tu. Sebenarnya nak buat projek lain tart shells ni. Tapi since dah ada lebih ni, pada duduk ke dalam fridge tak buat apa-apa, baik aku masukkan je lebihan fruits dalam tu. Suka jugak diorang makan kan.


Pheww.. hari baking yang penat. Tapi puas hati sebab berjaya buat pavlova. Sangat happy. Pergi hall nak melepak sat. Tengok si demok ada lagi. Tak bangun-bangun padahal dah nak petang dah. Mata dah bukak tu. Tapi pemalas kan.. camtu laa. Haih. I lap u.

Saturday, 2 June 2012

Test Kitchen: Pavlova


This is a scheduled entry ye.. Busy sangat sampai kena backdate entry hehe..

Pavlova

Hari ni dah ada plan nak pergi jog dengan ene. Tapi petang laa.. so, pagi-pagi ni aku memang dah pikir nak buat projek sket. Projek Pavlova heeeee..
Aku memang dah target nak try buat Pavlova ni. Memang dah aim sangat-sangat. Disebabkan harga dorang jual kat Alexis tu mahal sangat, so kena laa belajar buat sendiri. Baru laa puas makan kan. Setakat makan sepotong tu, adeh.. tak puas. Sudahnya.. dua-dua weekend aku buat pavlova hahaha..

So aku pun mula laa mencari resipi kat internet. Resipi jangan cakap laa. Memang banyak teramat. Apa bahasa nak semua ada. Lalu terjumpa laa aku dengan page ini.

Takde laa susah sangat sebenarnya nak buat pavlova ni. Aku pun tak tau kenapa diorang kena jual mahal sangat. Mungkin sebab buah-buahan kat atas pavlova tu kot.. Lagi satu, aku cukup suka resipi ni sebab semua sukatan menggunakan cawan. Sonang cito eh. Takyah aku nak keluarkan timbang aku tuh. Meh aku tulih semula resipi for your reference:

Bahan-bahan (untuk 4 orang)

  • 4 biji telur (ambil putih sahaja)
  • 1 cup gula kastor - Aku kurangkan jadi 3/4 cup sebab manis.
  • 1/2 teaspoon vanilla @ penutup kecil vanilla pun boleh - Aku tambahkan jadi 1 teaspoon sebab aku memang penimat vanilla :p
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 teaspoon cream of tartar @ cuka @ lemon juice (tengok apa yang ada dirumah.salah satu boleh guna) - Letak lagi banyak, lagi kembang yawww
  • buah-buahan ikut citarasa anda cth strawberry@ kiwi @ sunskist,,jenis yg masam sebab nak serasi manis telur.kalau buah pun manis,nnt manis sgt rasa. - Jangan risau untuk guna fruits yang masam-masam, sebab bila dah bercampur-campur, masam tu dah tak rasa dah, lagi sedap lagi ada! :D
  • UNTUK TOPPING ;- - Untuk topping ni, aku guna terus whipping cream yang sweetened and vanilla flavoured. So senang, tinggal whip je bagi kembang.
  • 1 CUP WHIPPING CREAM (boleh didapati di pasaraya)
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor
  • 1/2 teaspoon vanilla
  • #boleh juga guna buttercream.cuma tambah 1 cup butter gn 1 cup shortening dan gula aising,,putar sampi ringan.

Cara-cara

  1. Pukul putih telur sampai kembang. Jangan lupa masukkan sikit-sikit gula kastor tadi sampai habis. Pukul sebati. Putih telur siap sedia bila terbalikkan bekas ia tidak terjatuh.
  2. Kemudian ayakkan tepung jagung ke dalamnya. Jangan lupa esen vanilla dan cream of tartar. Kacau dengan cara balik kuap.
  3. Masukkan dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas minyak. Ratakan. Bentukkan sesuka hati ikut citarasa anda.
  4. Bakar 150 celcius selama sejam. Bila sudah masak biar dalam oven 20 minit. Jika retak sedikit tidak mengapa. Kemudian keluarkan dari ove.
  5. Untuk topping ,masukkan semua bahan dan putar hingga kental.
  6. Guna sudu ratakan atas pavlova. Bolehlah susun buah diatasnya.
  7. Sedia untuk dimakan. Boleh masukkan dalam peti ais kemudian baru makan. Lagi sedap macam tu untuk kurangkan muak kat cream tuu..
Okey.. jum tengok gambar. Tak details sangat pun aku amik. Just snap-snap mana yang sempat je. Buat pun sorang-sorang. Dengan nak snap lagi, nak buat lagi, semak-semak tangan kotor lagi. Sian kat camera pink aku tuh comot-comot jadinya.

The Ingredients

These are the ingredients. For fruits, aku macam malas nak pergi cari fresh fruits since kalau nak guna fresh fruits, kena masuk Giant pulak. Tak rajin pulak nak beratur panjang-panjang kat cashier semata-mata nak beli buah sahaja kan. So, aku singgah je kat MyMydin depan rumah tu, beli cocktails. Ternampak grapes, aku grab je sekali..

Sekadar Gambar Hiasan Ekekekeke..

Gambar ni takde kena mengena sebenarnya. Aku pisahkan kuning telur dari putihnya sebab pavlova ni diperbuat dari putih telur je. Saje-saje snap kuning telur ni sebab telurnya sangat-sangatlah freshnya.

Whipped Egg Whites

Okay, ni baru laa putih telur. Masa ni dah siap whip dah pun. Dah cukup peak dah. Cantik sungguh adunan dia. Ikhlas orang tu bagi resipi. Alhamdulillahh.. :)

Ready To Be Baked

Masa ni aku tak teringat pulak nak buat 2-tier. So, aku sendukkan semua adunan tu tadi masuk dalam dulang pembakar. Nampak je tebal kan.. Tapi sebab dia putih telur, banyak foam je sebenarnya. Fluffly sebelum bakar je. Dah bakar, terus dia turun hehe..

So Owen Yang Demok

Sementara menunggu oven panas, aku pergi laa saje-saje nak kacau Owen. Tidur pulak dia. Kejut-kejut siap tak nak bangun tuh. Bertuah punya kucing.

Good Stuff Inside

 Jum bakar pavlovaaaaaa! Cantik kan rupa dia kat dalam oven? Looks so fluffy..

Kita Makan Dulu!

Lama pulak nak membakarnya. Mari ler makan dulu. Mama goreng bihun. Bihun goreng bujang je pun. Tapi sedap tau. Tambah pulak dengan telur goreng mata. Wowweee. Kata pun mama yang masak. Semuanya sedap, kan? :p

Anak Dara Ku Cleo

Dah habis makan, aku keluar pulak jengah cik kak Cleo kita. Masih duduk di dalam sangkar sebab luka dia masih basah lepas neuter last week. Sian dia buhsan. Asik tidur je sepanjang dalam sangkar. Sorry ye Cleo. I have to do this. Takut kang luka tu kena infection pulak.. tak pasal-pasal je kan.. takpe, dok dalam sangkar pun, dapat makan KFC, okay apa? 

Dah Siap Bakar Dan Dah Disejukkan

Tadaaa.. ni yang dah siap. Size dia jadik besar sket sebab kembang hasil dari cream of tartar tu.. tapi dia tak setinggi awal-awal tadi. Dia jadi rendah sket. The best is, buat laa dua adunan. So boleh buat dua layer. Sedap wooo.. tengok aku buat 2-tier pulak kat sini.

The Final Product

Ni lah dia hasilnya.. lepas siap je letak cream and fruits, tak sempat masuk fridge lagi, dah settled dah. Haha. Kebetulan pulak ramai orang kat rumah. Nasib baik sempat simpan sket untuk ene. Dapat laa aku bawak petang ni bagi kat ene. Yeay!

Not bad for a first timer, isn't it? :p

Sunday, 27 May 2012

Food: Bread Pudding

Lepas balik dari kedai mama, aku dah tak larat nak menghadap kanzashi flowers aku tuh. Agak stressful gak membuatnya kalau nak compare dengan buat poodle flowers. poodle flowers macam lagi senang nak buat banding dengan kanzashi. Okay, baik pikir betul-betul nak buat hand bouquet apa. Jangan nanti buat separuh jalan, bazir masa je..

Tiba-tiba perut pulak lapar (padahal hari ni dok makan je laa kerjanya). Teringat ada adunan eggtart kat dalam fridge, balance time aku tunang hari tu tak habis lagi. Sebenarnya dari sehari ke sehari nak buat eggtart, sambung habiskan adunan tu. Tapi asik tak menyempat je. Lalu terus dapat satu idea.

BREAD PUDDING!

Roti pulak banyak aku tengok kat dalam fridge tuh. Kat rumah aku ni, bila roti itu dah dijumpai dalam fridge, maknanya tinggal lagi sehari dua je laa hayat roti tuh. Apa lagi, aku kerat-kerat roti tuh, sapu butter on each pieces, tuang adunan eggtart, bakar. Voilaa!

Dua Tray Kau!

Try jugak korek-korek kat dapur kot-kot ada kismis or chocolate chips or chocolate chunks. Ingat nak tabur macam bread pudding yang aku buat hari tu. Takde pulak.. haihh.. bread pudding kosong je laa jawabnya. Tapi orang-orang rumah aku tak kisah pun. Everybody loves bread pudding. Buat laa gaya apa pun. You can never go wrong with bread pudding. Tak gittew? :p

Lepas Abah & Irfan Balik, Semua Ni Hanya Tingal Tray Sahaja

Susun roti pun campak tebar je orang cakap. Asal all the breads could be soaked in the eggs dah good enough. Alaa.. nak makan sendiri je, bukan nak jual pung. Esok paginya ingat nak bawak sket pergi kerja untuk breakfast. Tak sempat.. turun-turun bawah, tinggal tray je. Ekekeke  Alhamdulillah :)

Monday, 16 April 2012

Moist Eggless Chocolate Cake by Tiffin Biru

Akibat kerajinan tahap terlampau, maka termasaklah ini di malam ini.

Moist Eggless Chocolate Cake

Yep. Takde telur. Ada orang panggil vegetarian chocolate cake. Butter pun takde. Bukannya memang nak makan kek yang vegetarian. Tapi sebenarnya sebab takde telur kat rumah. So try-try laa.. heheh.. tapi sebenarnya kek ni aku banyak dah improvised since the original recipe dia tak berapa nak jadi pujaan hati sangat. Kek ni original resipi dia aku ambik dari Tiffin Biru. Owner dia Che Mat Gebu. Che Mat Gebu ni sangat lah pandai memasak. Blog dia sangat lah cantik. Dengan gambar yang cukup terperinci.

Sebenarnya saje je nak try buat ni. Kalau sedap, boleh aku buat doorgift untuk bertunang aku hehe.. buat dalam cup, masukkan dalam mug, wrap dengan net, ikat dengan ribbon. Voila!

Untuk senangkan korang, aku post lagi sekali resipi dia plus improvisation yang aku dah buat (jangan marah ye Che Mat Gebu. Banyak barang takde sebenarnya kat rumah ni. :p

Selamat Mencuba!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum* - Aku guna tepung naik sendiri sebab tuh jer yang ada kat rumah. Malas nak keluar gi beli
1/2 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder* - Aku omit yang ini sebab aku guna tepung naik sendiri
1/2 camca teh soda bicarbonate*
2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak) - Aku letak 3 camca besar sebab the first time aku buat, dia tak cukup lemak
1 cawan gula perang @ soft brown sugar - Aku pakai susu pekat manis sebab gula tak perang takde. Yang ni kena agak-agak2 lah ye. Takut termanis sangat pulak. Bubuh sket-sket
1/2 cawan minyak jagung - Aku cairkan butter bagi ada perisa sket
1 1/4 cawan air dari peti sejuk - Aku guna chocolate milk bagi sedap
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh mocha flavor/ nescafe - Aku tak letak pun sebab tak suka rasa coffee dalam kek
Secubit garam - Dah dua kali buat, asik lupa nak letak hahaha
1 camca teh cuka makan atau jus lemon (mat guna 1 camca besar oren sunquick) - Nih pun sama tak letak jugak =p
Coklat cair untuk hiasan
Strawberry segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 yang diayak bersama gula perang dan garam tadi, gaul rata. Tuang chocolate milk, minyak, esen vanilla dan mocha falvor, dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan tidak bergentel2.
  3.  Masukkan cuka atau jus lemon (mat guna oren sunquick) dan kacau hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar selama 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihias. Boleh hidangkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...