The Entourage

Showing posts with label Festive. Show all posts
Showing posts with label Festive. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

Gold Coast: Annual Leaves Approved!


YyyYYYyyeeaaaeaAAAAYYyYYYyyyy!!! Cuti dah approve! Now, we are ready for Gold Coast! Weehhuuuuu! Alhamdulillaaahh! Sebenarnya aku debar-debar jugak tau nak apply cuti. Sebabnya.. awal bulan kan. Aku paling busy awal bulan laa. Nasib baaaaik lepas! Phewww.. Thank you boss!


Aku dah start packing-packing dah. Happynya pack baju nak gi holiday.. antara moment-moment yang berharga pada aku hehe. Semua barang aku dengan dak gedik yang nak dibawak, aku dah asingkan dah. Tinggal nak masuk menda-menda last. Baju Eddie, baby food and snacks kami. Baju Eddie kena tunggu dia balik baru pack sebab baju dia semua kat Hong Kong. Baby food pulak aku tengah pikir nak bawak apa. Since Heinz bottled food tu aku memang dah stocked up, aku nak bawak tu je. Masalahnya, dak gedik skang dah memilih makan laa pulak. Dia suka Cerelac lagi dari Heinz tu. Hmm.. so mungkin aku bawak separuh-separuh laa kot. Kalau nak bawak Cerelac je semua kang siapa nak makan Heinz yang dah berbotol-botol nih. Snacks untuk kami kunyah-kunyah dalam flight/dalam bilik di tengah malam pulak nak tunggu Eddie balik baru kami gi beli. Hehehe.

Sekali tengok punya tengok.. hmm macam tak muat je nak masuk semua dalam satu beg medium. Terpaksa laa pinjam beg abah. Kalau tak, kena pakai dua beg. Kalau ada baby, bawak sampai dua beg tarik macam susah sebenarnya. Yerlaa.. dah ada dua beg tarik, strollernya lagi, carriernya lagi, diaper begnya lagi. OMG.

Korang ke mana raya ni? :D

Monday, 14 July 2014

Zalora: Discount! Discount! Discount!


Konon-konon tak nak beli baju raya sebab tatau nak pakai bila.

Konon-konon nak recycle baju je sebab banyak baju elok-elok lagi.

Konon-konon nak simpan duit untuk Gold Coast sebab nak gi Harbour Town.

Aku tewas rupanya.



Mana taknyaaaa. Tiba-tiba je Zalora kasik voucher raya 20%. Lepas tu kalau beli Zalia dapat lagi 20%. Lepas tu aku memang ada store credit RM30 lebih. Tengok-tengok balik.. ehhh.. tingal bape je. Banyak kot saving di situ. Tutup mata dan click saje.


Sangat berbaloi-baloi kan. Tengok last bill aku kena bayar bape. Dekat half of the price weh. HEhehe.. Oh lagi satu sape-sape yang ada Mastercard sila lah bershopping di hari Khamis ye. Ada additional 10% yeay!

*Nak beli Jovian membazir sangat rasanya. Zalia pun jadik laa.. Lawo juga.

Thursday, 26 June 2014

Salam Ramadhan


Eddie balik today. Yeay! Sebab apa? Mesti laa sebab nak sambut puasa dengan anak bini. Takde sebab lain! Hahah emo pulak. Okay korang, Monday nanti sambung okay. Salam Ramadhan dari Kami!

Wednesday, 25 June 2014

Raya Datang Lagi

Dah nak raya dah. Ehhh.. puasa tak lagi dah nak raya terus? Ekeke.. Tak menyabar memang gitu. Aku takde puasa yang perlu diganti tahun ni. So dengan selesanya menanti ketibaan Ramadhan. Harapnya tahun ni dapat laa lagi sekali aku puasa penuh. Syiok wooo!

Saje nak tepek gambar raya tahun lepas. Gambar-gambar ni aku tak pernah upload pun. Sebab tahun lepas pregnancy aku kan disecretkan ekeke. Saje je nak secret-secret. Tade purpose pun. Jum tengok gambar.










Seriau tengok perut aku time ni. This was nowhere near the due date sebenarnya. Tapi besarnya alahai.. beratnya oo mak aii.. Penat membawaknya.. Ya Allah.

Tuesday, 11 February 2014

The Year Cake

Eddie ada dapat this one cake masa CNY hari tu. Memang every staff dapat. As a token untuk CNY laa. Pelik jugak cake ni. Aku mula-mula skeptical jugak halal ke idok nih. Tapi bila belek-belek, okay. Tiada was-was untuk makan sebab bahan-bahan dia tidak meragukan. Main ingredient adalah tepung pulut dan gula.

Dia dah dapat cake ni a week before CNY lagi. Tapi dia tak makan-makan lagi sebab dia cakap macam complicated. Masa ni kitorang bersembang through Facetime laa. Aku macam pelik. Cake kot. Apa yang complicated sangat nak makan? So, dia kata nak tunggu aku datang sana baru makan.

Nama dia The Year Cake. Rupanya memang agak pelik method of preparation dia. First time aku jumpa cake macam ni.

The Box

The Inside

The Cooking Instruction

Pelik kan? Cake kena goreng-goreng pulak? Aku pun ikut ler instruction tu dengan jayanya. Sangat excited nak rasa cake tu. Dalam pada prepare-prepare tu, aku dok laa bau menda ni. Macam familiarrr je bau dia ni. Tapi tak dapat tangkap bau apa.

Ni Laa Rupanya Lepas Bukak Plastik

Atas cake tu ada kurma. Pastu tengah-tengah dia ada gula and kelapa ditabur. Texture dia sangat keras.


Ni lepas aku slice-slice cake tu. Kena tunggu dia thaw dulu baru bule potong. Kalau tak keras amat sebab letak dalam fridge. Yang dalam mangkuk tu adalah telur yang dah dikacau.


Mula-mula aku goreng tanpa telur. Untuk melembutkan dia. Memang lembik habis cake ni bila kena heat. Dah macam dodol pulak gayanya. Tapi putih melepak.


Lepas dah goreng sekejap, aku angkat and celup dalam telur. Then masuk pan balik. Macam tu laa rupanya dalam pan setelah disalut dengan telur.

The Final Product

Tadaaaa.. dah siap! Sedap jugak rasa dia. Luar dia macam crispy-crispy sket sebab salut telur. Dalam dia lembut sangat. Aku memang suka menda lembut-lembut ni eheee. Lepas dah makan sepinggan baru aku dapat tangkap rasa dia macam rasa apa.


Rasa dia sebijikkkkk macam rasaaaaaa..

Kuih Getas!

Sumpah sebijik. Cuma bezanya luar dia je. Kuih getas bersira gula. Cake kat atas tu bersalut telur. Separuh jugak cake tu aku belasah. Aku dah laa memang suka kuih getas tu. Eddie tak minat sangat kuih-kuih manis. So memang rezeki aku nampaknya. Sape-sape yang happen to be in Hong Kong time CNY, bule laa try cake ni ye. Hati-hati tengok ingredient dulu ye! :D

Thursday, 22 November 2012

Pre-Honeymoon?



ene just bought us two flight tickets for our pre-honeymoon! Pre-honeymoon? For me it is, but for ene.. it's just a ticket back to real life. Haih.. poor thing. He has only 3 days of cuti kawen to allocate. And he's got to come back to work straight away after our wedding. Macam selang sehari after wedding and then he will be in the office the next day. Nasib ada cuti Christmas, Boxing Day and New Year, bule laa bagi panjang sket cuti kawen dia kat Malaysia ni. Kesian, kan? Haih.. nak kata apa? We chose this path. Layankan aje.

Tapi kesian jugak kat aku, sebab pre-honeymoon aku adalah menunggu dia dirumah sambil kemas-kemas rumah dan memasak sementara nak tunggu ene habis kerja. Haha. Takpela, anything for you, Bf. Saya sedia berkhidmat. As long as I can spend time with him :) Nampaknya nak jalan-jalan dengan dia, memang kena tunggu weekend je laa kan. But luckily his house is right in the center of the city. So public transportations memang bersepah. And he said, it's really easy breezy to get around the city. So, boleh je laa kalau aku nak jalan sorang-sorang kan?

Berani ke pun?

But I already have my to-do list when I get there. Nak makan Chinese food sampai pengsan. Nak pergi Islamic Canteen makan Dim Sum. Nak pergi The Peak. Nak pergi shopping outlets. Nak pergi Causeway Bay.

And guess what? It's gonna be winter time. So I get to shop more winter clothing! :D

Winter coats!
Boots!
Earmuffs!
Scarves!
Nice gloves!

Oh I just can't wait to visit the biggest fashion city! :DDD

Tuesday, 28 August 2012

Salam Aidilfitri

Phewww... lamanya aku beraya.. ekeke.. sorry ye lama tak update blog aku yang tak seberapa ni. Busy memanjang ler dengan tugas sebagai seorang anak perempuan sulung dan juga tunangan orang keekeke.. Syiok tak raya korang? Aku punya syiok juga. Sebab tahun ni aku beraya sebagai tunangan orang. So ada laa sesi-sesi beraya rumah mertua. ene pun datang rumah beraya dengan aku. First raya lagi ekeke. Dan tahun ni juga raya terakhir sebagai seorang anak dara ekekeke. Tahun depan dah jadik bini orang. Cane laa rasanya agaknya? :p

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, bride-to-bes dan sesiapa je yang terbaca entry aku ni. Mintak maaf sangat-sangat sebab lambat update blog. Banyak sebenarnya nak cerita dalam seminggu lebih ni. Insya Allah, nanti aku cerita satu-satu ye :D


Tuesday, 14 August 2012

Iftar @ Shangri-La, Putrajaya

Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.

Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.

Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.

Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.

Eja, Wawa & Lina

Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.

Eja, Yours Truly & Lina

 Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.

Pinjam spec Hello Kitty Eja sat

Salah satu pose mengarut.

Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik)

Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.

Reserved!

Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)


Malay Cuisine

Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p


Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.

Make Your Own Salad

Salad Lagi

Seafood On The Rock

Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.

Kerabu-Kerabi


Pecal

Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.

Otak-Otak

Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.

Petite Pudding & Rice Cake

Here comes my favourite part. Dessert line!

Chocolate Mousse Cake

Petite Coconut Pie

Strawberry Cocktail!

Nyonya Kuehs

Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?

Fruits

Entertainment Of The Day

AirAsia Colleague

First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.

The Pinky Girls!

Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.


Me & Ajis Yang Kuat Makan

Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.

The Petites

Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...