The Entourage

Showing posts with label Engagement. Show all posts
Showing posts with label Engagement. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

iHeartBeads: Athirah's Engagement

She is such a nice girl. Alhamdulillah dah selamat pun jadi tunang orang. I'm so happy for you dik. Akak curi gambar awak 2-3 keping ye. Ekeke..




Baju Athirah ni baju kurung Pahang. With patch lace and beadwork kat dada, tangan dan bawah baju. Veil pulak full beading bahagian depan and handbouquet tu pun aku arrange. Tunggu official photographer dia hantar gambar, then aku upload lagi gambar yang lebih clear okie. Cheers!

Interested? SMS/Whatsapp Zila @ 0129198861 or email gina1983@yahoo.com

Tuesday, 14 May 2013

iHeartBeads: Swarovzki Element For Fiza

Just finished touching up Fiza's dress for her sister's wedding. Dia request tak nak ada pearls sebab dia ada baby. Confirm laa tertarik-tarik nanti. So dia mintak letak diamond je. Alhamdulillah.. she loves it so much. Thanks, Fiza!

The Front

The Detailing

Interested? SMS/Whatapss to 0129198861 for any enquiries :D

Monday, 13 May 2013

iHeartBeads: Baju Nikah Noli

Let the pictures speak. :)

The Veil

Noli request veil nikah dia bentuk round. Sebab dia tak suka edging kat tepi bahu. Paras veil ni sampai bawah punggung. Saje aku labuhkan sebab dia pakai untuk nikah kan. Kalau nikah, cantik veil labuh. Nampak pure je. Echeh :p

The Outfit

Ni Baju kurung moden nya. Dia request untuk buat bentuk 'V' sket kat depan baju tu. Lepas tu butang belakang and butang kat tangan.

The Detailing

Close shot untuk korang tengok. Beadwork kat dada tu last minute dia mintak tambah. Bule saje. :D

Fitting Session

Alhamdulillah, everything went well. She's very satisfied with her outfit. Selamat Pengantin Baru, Noli!

Interested? Sms/whatsapp 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for enquiries! :D


Saturday, 4 May 2013

Order by Fatirah: Pearls

Ordered by Fatirah. Quite a bold choice, I should say :)


Cream, dusty purple and gold pearls.

Interested? Sms/whatsapp 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for enquiries! :D

Thursday, 18 April 2013

Athirah's Engagement: Veil

Iklan jap.

Akhirnya siap dah veil Athirah untuk engagement dia. Alhamdulillah. Theme kaler dia pink and turquoise. Hari tu dia mintak aku belikan kain untuk veil dia. Tapi lace dia yang provide.




Aku dah up gambar veil ni kat Facebook page iHeartBeads. Alhamdulillah. Dia suka. Lepas ni projek untuk siapkan fabric handbouquet, baju tunang, flower arrangement dan juga baju mak dia. Yup, mak dia pun buat baju dengan aku jugak. Cuma dia tak nak lace. Only beads. Nantikan! :p

Siapa-siapa yang berminat boleh SMS/Whatsapp 0129198861 ye. No calls, please :)

Thursday, 6 December 2012

Fabric Handbouquet: Order From Amira

22 DAYS UNTIL THE WEDDING!



Yeayy.. handbouquet untuk Kak Amira dah siap! Alhamdulillah.. dalam rushing-rushing aku nak menyiapkan preparation kawen aku sendiri, ada lagi terselit order dari orang. Hehe.. tq Kak Amira for your trust. Handbouquet ni sebenarnya dah dihantar ke tuan barunya malam tadi. Hari ni baru sempat nak upload hehe.

Kak Amira nak guna hand bouquet ni untuk hari tunangnya minggu depan. Dia nak sebijik macam hand bouquet masa tunang aku, cuma warna dan size je yang bertukar. Dia nak size L dan theme kalernya adalah pink and purple. Your wish is my command, kak! :)

Sape-sape yang berkenan nak order hand bouquet, as for now order dah tutup ye. Akan dibuka semula bulan January nanti. Any enquiries just email gina1983@yahoo.com or simply sms/call 0129198861.

See ya, lovelies! :D

Thursday, 27 September 2012

Order From Amira: Fabric Handbouquet


Alhamdulillah.. dapat lagi order fabric handbouquet. Weee! Mama cakap rezeki nak kawen. Ekeke.. Yer kot. This time aku dapat order dari Kak Amira. Dia nak guna untuk majlis tunang dia. Rupanya majlis tunang dia sangat lah dekat dengan majlis aku. Selang seminggu je ehehe.. Okay, kena pace my time carefully now. Kinda running out of time. Tapi demi majlis pertunangan Kak Amira, jangan risau. Saya pasti akan menyiapkannya. Ewahhh :)

Kak Amira ni baik orangnya. Sebelum apa-apa dia tanya dulu, sempat ke tak aku nak buat dia punya sebab dia tak nak kacau preparation majlis aku. Hehe. Yer laa dah dekat sangat kan majlis kitorang. Sempat je sebenarnya. Cuma sesi-sesi ngopi dan ngeteh lepas opis kena kurangkan. Yerr ma, iLa ikut advice mama. Anak dara ini akan duduk dirumah sambil membuat kerja-kerja craft di depan TV. Hehe.

Tak sabar nak pergi beli kain untuk Kak Amira. Dia nak kaler pink and purple. Pastu dia nak poodle flowers jugak, sebijik macam hand bouquet time aku tunang. Beres boss! Oh lagi satu, delivery aku tak charge pun, sebab Kak Amira ni duduk dekat sangat-sangat dengan rumah ene. Bila dah siap, bule je aku jumpa dia hantar hand bouquet sambil singgah rumah ene. Sambil menyelam minumlah air kan :p

Alhamdulillah sekali lagi..

Monday, 24 September 2012

Order From B2B Huda: Veil & Stage Pelamin

Baru nak update hari ni. Kebizian dek kerja kat opis tak dapat-dapat nak update pasal Huda. Last weekend one of blogger B2B bertunang. Yeayy! Congrats, Huda! :D Cantik dan menawan awak serba pink. Hehehehe. Sama kaler time tunang kita :)

Untuk tunang dia, Huda mintak pasangkan stage untuk pelamin dia. Huda ni salah seorang B2B yang banyak DIY untuk tunang dia jugak. DIY rocks! :D So Huda dah ada semua deko-deko pelamin dia. Cuma stage je takde, so hari Khamis yang lepas, bermulalah acara pemasangan. Bukan aku pun. Ayahanda tercinta :D


Tuh laa rupanya stage aku. Aku pernah cite dulu stage ni tak sama dengan stage pelamin tunang aku. Stage ni stage baru daddy tercinta buat untuk pelamin nikah Nina yang aku buat kat Seri Kembangan tu. Kukuh tau. Bawah tu besi ye, bukan papan semata. Ekekek.. tak caya kukuh? Meh tengok gambar lagi. :p


Semakin ramai yang naik. Tak goyang pun ehehe.. Huda pun ada cerita pasal stage ni kat blog dia. Thanks Huda for the credit. :) Cantik sangat pelamin Huda. Sangat kreatif dia men-DIY. 


Haa laaagi ramai naik. Ekekekeek.. Thanks so much Huda kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk pasang stage pelamin for your big day :)


Lagi satu barang yang disewa dari aku untuk engagement day dia adalah veil. Kebetulan pulak theme kaler kami sama. Pinky pinky! :D Okeh, jum tengok gambar.


Sweet je Huda serba pink. Veil tu pun sangat masuk dengan baju dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih sekali lagi Huda kerana menyewa barang-barnag dari kita.  :)

Jangan Marah Tau Kita Curi Gambar Huda :D

So kepada mana-mana B2B diluar sana yang suka men-DIY seperti kami, kalau perlukan stage or backdrop or apa-apa je barang keperluan untuk hari bahagia anda, jangan malu-malu untuk bertanya ye. Boleh terus email kat gina1983@yahoo.com. Hapy DIY-ing :D

Saturday, 8 September 2012

Black Lace



Banyak pulak lebihan lace hitam yang aku patchkan kat baju Eja hari tu.. Tengah pikir apa jenis craft yang bule aku buat dengan lace hitam ni.. hmm.. Any ideas? Ke nak tepekkan je kat baju-baju aku? Ekeke..

Tuesday, 28 August 2012

Baju Tunang: Order From Eja, Segamat

Alhamdulillah.. selesai raya maka selesai jugaklah satu lagi kerja aku untuk customer aku yang sorang ni. Eja mintak aku beads and pearls kan dress emerald greennya untuk dia pakai masa tunang nanti. Dia tak tau design apa yang patut dibuat kat baju dia, so dia mintak aku pandai-pandai pikir ada yang sesuai nak hiaskan dress dia yang shantek ni.

Nak tengok? :p


Since lace adalah kegilaan aku, maka aku pun patchkan border lace pada baju dan lengannya. Then aku hiaskan pulak dengan black pearls yang pelbagai size untuk nampak sibuk sket kat atas lace tu ehehe.. Then aku tambahkan sket silver beads untuk naikkan sket kaler hitam dan hijau tu.


Memang aku saje combine kaler hitam dan hijau untuk menampakkan exclusive kain emerald green ni. Nampak ke exclusive nya? ekekeke..



Alhamdulillahh.. selesai sudah satu lagi baju. Tak sabar nak mulakan projek terbaru. nak main lace lagi. Tapi kaler nak sweet-sweet sket, nak pakai lace putih pulak. Nak tengok? Dah siap nanti aku upload. Sabar ye :)

So kepada sape-sape yang memerlukan bantuan untuk menjahit beads, pearls and lace, tak kira laa untuk baju tunang ke, baju raya ke, baju biasa untuk jalan-jalan ke,  boleh laa email kat gina1983@yahoo.com or call terus kat 0129198861 ye. Saya sedia membantu. Cheers! :)

Thank you Eja for your trust! Nanti amik gambar tau!

Saturday, 11 August 2012

Sabtu Yang Penuh Rezeki

Alhamdulillah ada lagi rezeki hari ni.. pagi tadi awal pagi dah bangun nak hantar veil tunang kat Bukit Jalil. Penyewanya adalah Cik Rahimah. Dia nak sewa veil aku untuk majlis tunang dia pada hari raya ke-4 ni. Wahh.. tunang time raya tu.. Syioknya.. mesti dapat duit raya lebih :p Tengkiu Rahimah, kita jumpa lagi lepas raya ye :)

Lepas settle kat Bukit Jalil, aku rushing pulak jumpa supplier beads and crystals aku untuk amik crystal hitam untuk Cik Awin kita. Cik Awin order donut crystal, teardrop crystal, deco besi yang kat kepala tasbih tu dan juga rambu-rambu tasbih yang sampai skang aku tatau nama sebenarnya. Dia nak buat DIY tasbih untuk majlis nikahnya.

Alhamdulillah, dah selamat semuanya. Dah sampai pun kat tuannya di Subang tengahari tadi. Sorry tau Awin kita sampai lambat! :p Terima Kasih atas kepercayaan anda. Semoga berjaya buat tasbih tu ye. Nanti update kat blog ye. Kalau tak jadi, bagitau cepat-cepat. Kita try ajar pakai webcam kat ym pulak ekekeke.

Oh lupa nak cite, masa hantar crystal kat Awin tadi, aku siap dapat sambal tempe ikan bilis tuuuu! Heheheh.. tengkiu Awin! Sedap sangat-sangat! :D

Tapi yang sedih sikit bila tak jadi nak berbuka sama-sama dengan Falsya kat OU. So sorry sangat-sangat tau babe.. My aunty tiba-tiba datang ler.. Takde sape nak tolong masak-masak. Nanti kita ngeteh-ngeteh k? :D

Tuesday, 7 August 2012

Solemnization Update: Door Gift (Tasbih!)

Yeayy! Barang-barang sudah sampai!

Untuk nikah, aku plan nak bagi buku doa-doa harian beserta dengan tasbih crystal buatan sendiri. Bule je beli yang dah siap. Tapi saje je aku rasa nak buat sendiri. Rasa macam lebih bermakna kalau buat sendiri untuk diberi pada guests. Plus, opkos laa lagi murah kan :D

Jom Sepahkan Rumah

Sebenarnya aku ni dah lebih kurang terover speeding jugak bab kawen-kawen ni. Sebab banyak jugak yang dah siap. Alhamdulillah to that. Nasib baik start awal, so sekarang ni dah bule relax sket sambil melayan perihal-perihal customer. Last week aku start buat tasbih ni. Ada laa dah dapat dalam 9-10 utas. Lembap kan ekeke..

Jum tengok barang-barang..

Yeayy.. Mari Start Buat!

Barang-barang ni semua aku beli kat kawan aku. Dia memang jual manik kristal yang bermacam-macam jenis. Dan murah pulak tu! Segala jenis dan saiz ada. You name it, you get it. Senang. Semua benda perkakasan dia jual. Sampai kat kita, tinggal nak assemble je. 

Donut Crystals 72pcs For RM5.50

Aku suka tasbih yang crystalnya cumel-cumel. So aku beli yang crystal donut standard size je. Alaa yang diorang suka buat gelang tuuu.. Hajat dihati nak cari peach. Tapi takde.. so amik caramel pun cantik jugakkan. Aku beli ni semua sekali 1728pcs sebab aku nak buat 50 utas tasbih. Memang saje beli semua sama kaler. Senang sket nak kira. Ehehe..

Teardrop Crystals 30pcs For RM9.50

Yang ni pulak crystal yang besar-besar sket untuk kepala tasbih. ene's idea. Dia yang pilih ni. Ehehe.. pandai jugak awak ye :) Yang ni aku beli 60pcs je sebab satu tasbih satu kepala je kan. Tapi memang jatuh cinta tengok crystals ni. Berkilau-kilau bila kena cahaya. Love it!

Deco 30pcs RM13

 Yang ni aku beli untuk dijadikan deco untuk tutup kepala tasbih yang berbentuk teardrop tadi tu. Ada tiga kaler. Gold, Silver and bronze. Aku pun tatau kenapa aku pilih silver. Jangan tanya.

Rambu-Ramba RM0.50 Each

 Aku tak tau apa nama dia. Letak rambu-ramba je bule tak akakakak. Yang pastinya semua orang tau laa kat mana exactly benda ni akan diletakkan. Benda alah ni aku beli cukup-cukup je 50pcs. Tak teringat pulak nak beli lebih. Kalau tak cukup ke, rosak ke.. pengsan aku. Silap di situ.

Tali tangsi RM2.50 per Gelung

 Beli kat hardware shop je. Takyah nak over sangat semua nak beli kat tempat sama.

The Output :DDD

 Tadaaaa! Ni yang sudah siap. Okay tak? Aku suka. Korang suka? Ekekeke.. Aku buat pun slow-slow je everytime lepas balik keja. Hanya sekadar menghabiskan masa sementara nak tunggu time tidur. Sambil-sambil tu tengok tv sekali. Ehehe. Kalau aku buat sehari seutas pun, bulan depan siap laa kan :p

Sape-sape berminat nak beli barang-barang buat tasbih ni, bule contact aku kat email gina1983@yahoo.com or call/sms/whatsap kat 0129198861 ye. Kalau korang nak tukar kristal ke mutiara pun bule. Mutiara lebih ekonomi. Echehh! :p

Monday, 16 July 2012

Baju Tunang: Order From Eja, Segamat

A friend asked to help with her engagement attire. With pleasure, I come to help :) A luxurious emerald green dress. Sangat cantik. Sangat suka kaler itu, tapi still sampai sekarang tak berani nak pakai. Sebab rasa kulit ni macam gelap sangat je untuk kaler-kaler sedemikian. Ye ke? :p

So, she wanted to do something with the dress to beautify it. She asked my opinion. Aku pun apa lagi, mencaru laa lace kat baju. And of course, with lotsa beads!

Teaser Sket :p

This dress is already 80% siap. Tinggal nak tambah sket-sket je lagi beads nak bagi berat sket. Eja mintak aku tambahkan lace kat kedua pergelangan tangan dan jugak kat empire line supaya nampak berat sket. Aku pulak tak sabar nak siap. Hehe. Alhamdulillahh.. dapat lagi job kawen-kawen nih.. Hehehe seronok sangat kalau dapat contribute something untuk orang nak kawen/tunang. Rasa macam dah jadik masyarakat berguna ekekeke.. Nantikan final outcome dia 2 minggu lagi! (Yerr aku tau.. lambat kan? Busy buat fabric hand bouquet orang huwahuwahuwaaaaaa.).

Thanks Eja for your trust. Alhamdulillah. Kita buat cantik-cantik untuk awak nanti, k! :DDD

Saturday, 7 July 2012

Fabric Handbouquet: Vintage Rose For Lene

Got a new order for fabric hand bouquet from Lene (Alhamdulillah..). She asked if I could make her a vintage rose hand bouquet. The hand bouquet was inspired by the one made by FilmShotArtifact. They're such a talented wedding planner. They're very creative in making hand bouquets and other creative art thingy for weddings and events. Every little thing they made is just so unique in their own way. Sangat cantik okay! I just love their hand bouquet collection. They're just to die for! Do visit their facebook page to browse through ya!

Lene has just finished her studies and will be coming back to Malaysia for her wedding in August. Thinking that this might be a good opportunity for me to brush up my creative skills plus to add more handbouquets to my collection, I agreed to make her one. She wanted something that looks like this:

A Beautiful Piece By FilmShotArtifact

 So, last week ene and I went to Jalan TAR (again) to buy the fabrics. I'm so blessed to have such a supportive fiance. He not even once complaint about going to Jalan TAR nearly every week. Thank you ene for being so understanding. And thank you for accompanying me without fail to search for things I need every single week. Love you for that :)

The Fabrics.. Yang Kaler Hijau Tu Tak Snap Pulak..

Wish me luck, girls! :D

Friday, 6 July 2012

Mini Pelamin Nikah Nina, Putra Permai

The weekend is coming (Yeayy!). Workload is getting lesser and lesser by the day (Double yeayy!). Alhamdulillah. Boleh laa aku berblogging dengan senang hati.

Nak teaser sket..

Mini Pelamin Nina - Nikah

Alhamdulillah.. segala kerja-kerja pelamin minggu lepas dah settle. Everything went according to plan. Alhamdulillah sangat-sangat. Nina loves her pelamin and hantarans. No bad comments from her and family. Not bad for a first timer, huh? :p

Nina request all-white untuk bunga pelamin dia. Other stuff she let me decide whatever deco yang sesuai. So mostly, pelamin dia memang putih. Cuma aku tambahkan biru-biru sket je tang deco tu. Untuk crystal, aku guna crystal iceberg blue and mint green. Cushions pun sama. Lanterns je semua blue. Dia pakai baju iceberg blue. So, aku saja tambahkan detailing mint green kat pelamin dia biar naik sket. The big cushion untuk duduk tu off-white. Diorang siap bawak pergi masjid lagi hari tu untuk nikah. Hehe. Ada sesape nak sewa? RM20. Sempat pulak. :p

Untuk hantaran pulak dia requested for pink and purple. Tapi takde gambar laa pulak.. Gambar-gambar still dalam camera Irfan. Tak transfer pun lagi. As I said. Been busy. Sigh. Gambar pelamin ni pun dari handphone je. Sigh lagi.

This is just a teaser je. Tak sabar pulak nak upload ekeke. Will make a full entry on this and the hantarans bila dah dapat gambar. Sabar ye. :D

Anybody interested, sila lah tinggalkan komen anda di bawah ye. Or email je terus kat sini, no problemo: gina1983@yahoo.com :D

Thanks For Your Trust, Lovelies! :D

Tuesday, 19 June 2012

Rental Items: Bakul Hantaran

Aku ada 12 unit bakul hantaran putih untuk disewa. Bakul ni diperbuat daripada besi dan disulam dengan tali putih. English garden laa konon-konon. Bakul ni ada dua jenis. Satu bakul bulat dan satu lagi bakul segiempat tepat. Masing-masing ada 6 unit available untuk disewa.

12 Units Of Bakul Hantaran

 Harga sewaan untuk bakul ni adalah RM6 setiap dulang. Minimum kena amik 5 dulang ye. Takkan laa korang nak pakai satu dulang je pulak, kan? :p Security deposit pulak adalah RM50. No worries, security deposit akan dipulangkan sebaik sahaja dulang-dulang dipulangkan kat aku. :D

6 Units Available (Round)

6 Units Avalable (Rectangle)

Untuk mencantikkan lagi bakul tu, korang boleh laa hias dengan ribbons and flowers nak bagi nampak garden-like sket. Tengok kat bawah ni sebagai contoh. Bakul-bakul ni sangat senang dihias since it's white. So, semua kaler sangat senang nak masuk. So jangan tunggu lagi, untuk sesiapa yang berminat bole laa email details kat gina1983@yahoo.com untuk discuss tentang pick up point and stuff ok! :D

Deco Suggestion

Friday, 15 June 2012

Carpet Bulu Untuk Pelamin

Carpet bulu ni aku beli 3-meter. Warnanya betul-betul putih bersih. Aku suka sangat :D Bulu-bulu dia agak panjang jugak, tu membuatkan carpet ni sangat lah berseri-seri bila diletakkan kat atas pelamin. Hari tu cari jugak kat Bright Sail, kot-kot ada yang macam aku punya. Ingat nak invest lagi beli yang besar sket untuk pelamin yang lebih besar. Tapi takde laa pulak. Yang ada carpet-carpet bulu yang bulunya agak leper.. tak berdiri sangat. Tak cantik pulak rasanya. Tak fluffy. Hmm.

Cantik, Kan? :)

Close Up Sket Lagi
Nilah Rupanya Di Atas Pelamin. Tadaa!

Carpet ni agak universal disebabkan oleh kalernya. Ia boleh digunakan untuk pelamin tunang, nikah dan juga akikah. Selain dari itu, korang bule jugak kalau nak pakai carpet ni untuk alas hantaran. Nak pakai stage mahal sangat, kan.. Carpet bulu ni pun cantik tauu.. Sebab kaler dia putih bersih, letak hantaran atas dia, voilaa terus jadik naik hantaran tu. (Puji barang sendiri melambung-lambung).

Lagi Gambar Pelamin

Muka Happy Dah Dapat Cincin Ahaha..

So, kepada siapa-siapa yang berminat untuk beli carpet bulu ini, boleh terus whatsapp/sms kat 0129198861. RM35 semeter sahaja! Cepat-cepat! :D

Wednesday, 13 June 2012

Rental Items: Cushion Ottoman

Bantal Ottoman

 Okayy.. mahu bercerita tentang rental items lagi. Seorang kawan aku ni dia baru je kawen. Dia nak sewakan bantal ottoman yang dia pakai untuk nikah dulu. So cantik. Aku memang suka sangat bantal duduk ni. Tapi masa tu takde budget, so mintak tolong ibu terchenta buatkan bantal duduk. Dengan senang hati dia buatkan ekeke.

Okay sambung. Bantal duduk kawan aku ni (nama dia Ili) ada dua. Kalau nak sewa satu boleh, sewa dua-dua sekali pun boleh. Kalau korang nak pakai untuk tunang sewa satu je laa kan.. harga dia RM60. Kalau pakai untuk nikah, boleh laa korang sewa dua. Kalau sewa dua sekali, harga dia jadi RM100. Murah, tak? Hehe..

Nah Tengok Lagi

Detail Sket..

Nak Sewa Satu Pun Boleh.. :p

So, kepada siapa-siapa yang nak sewa cushion duduk yang maha cantik ni, boleh terus pm dia untuk keterangan lanjut kat Facebook or call/sms dia pun takpe. Dia okay je. Tapi jangan laa call tengah-tengah malam.. ciaaann Si Mommy-to-be tu.. :)

So, call/sms cepat-cepat k!
Ili: 0192797367
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...