The Entourage

Showing posts with label Pelamin Budget. Show all posts
Showing posts with label Pelamin Budget. Show all posts

Monday, 24 September 2012

Order From B2B Huda: Veil & Stage Pelamin

Baru nak update hari ni. Kebizian dek kerja kat opis tak dapat-dapat nak update pasal Huda. Last weekend one of blogger B2B bertunang. Yeayy! Congrats, Huda! :D Cantik dan menawan awak serba pink. Hehehehe. Sama kaler time tunang kita :)

Untuk tunang dia, Huda mintak pasangkan stage untuk pelamin dia. Huda ni salah seorang B2B yang banyak DIY untuk tunang dia jugak. DIY rocks! :D So Huda dah ada semua deko-deko pelamin dia. Cuma stage je takde, so hari Khamis yang lepas, bermulalah acara pemasangan. Bukan aku pun. Ayahanda tercinta :D


Tuh laa rupanya stage aku. Aku pernah cite dulu stage ni tak sama dengan stage pelamin tunang aku. Stage ni stage baru daddy tercinta buat untuk pelamin nikah Nina yang aku buat kat Seri Kembangan tu. Kukuh tau. Bawah tu besi ye, bukan papan semata. Ekekek.. tak caya kukuh? Meh tengok gambar lagi. :p


Semakin ramai yang naik. Tak goyang pun ehehe.. Huda pun ada cerita pasal stage ni kat blog dia. Thanks Huda for the credit. :) Cantik sangat pelamin Huda. Sangat kreatif dia men-DIY. 


Haa laaagi ramai naik. Ekekekeek.. Thanks so much Huda kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk pasang stage pelamin for your big day :)


Lagi satu barang yang disewa dari aku untuk engagement day dia adalah veil. Kebetulan pulak theme kaler kami sama. Pinky pinky! :D Okeh, jum tengok gambar.


Sweet je Huda serba pink. Veil tu pun sangat masuk dengan baju dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih sekali lagi Huda kerana menyewa barang-barnag dari kita.  :)

Jangan Marah Tau Kita Curi Gambar Huda :D

So kepada mana-mana B2B diluar sana yang suka men-DIY seperti kami, kalau perlukan stage or backdrop or apa-apa je barang keperluan untuk hari bahagia anda, jangan malu-malu untuk bertanya ye. Boleh terus email kat gina1983@yahoo.com. Hapy DIY-ing :D

Thursday, 19 July 2012

Mini Pelamin: Order From Nina, Bandar Putra Permai

Okay dah lama nak buat entry ni. Hari tu buat review sket je (teaser laa konon-konon). Tapi dok tunggu gambar tak transfer-transfer dari camera Irfan. Finally dah transfer. Pheww.

So, on the 30th of June, kami pun pergi lah memasang pelamin kat rumah Nina yang dah jadik Puan dah skang. Since kitorang takde van/lori, kitorang pun bawak laa dua kereta untuk mengangkut barang-barang. Barang yang jadik banyak tu sebab Nina mintak buatkan pelamin dan hantaran sekali. tu yang penuh kereta dengan barang-barang. Kereta aku pulak alahai cumelnya ekeke.

Sampai-sampai je kami pun terus terjah.

Menyusun Bunga-Bungaan Untuk Atas Pelamin. Dengan Berhati-Hati Bagi Tak Nak Senget :p

Aku paling suka tang kepala pelamin ni. Penuh aku buat dengan hydrangeas kekeke. 

An Si Pembuat Hantaran
Masa ni An dah relax dah sebab hantaran most of them dah pre-fixed kat rumah. Tinggal tambah sket-sket je lagi final deco.

Bersepah Rumah Orang Aku Buat

Masa ni daddyku tersayang tengah screw stage pelamin. Stage pun baru uols. Bukan stage katil ikea yang aku guna untuk pelamin aku aritu kekeke. Kalau takde abah, memang aku rasa tak jadi laa pelamin tu rasanya. Thank you so much for supporting abah :)

Tak Habis-Habis Lagi..

Dan Lagi..

Stage & Lighting Ready!

Abah memang dari dulu sangat terror tang bertukang dan berelektrik (bule gitu?). Memang dari dulu kat rumah aku, tak pernah ada electrician datang. Kalau ada problem, semua disolve oleh abah. Caya lah Abah!

Gigih Tak Aku?

The Deco

Deco untuk pelamin aku guna crystals biru, hijau dan putih untuk digantung kat backdrop pelamin. Nina mintak pelamin dia banyakkan warna putih, so aku memang minimizekan deco yang berkaler-kaler. 

Untuk belakang pelamin, aku tempatkan lantern-lantern warna baby blue supaya bila lighting memancar, dari depan akan nampak macam ada lampu kat dalam lantern tu itself. Berjaya! :p

Kiri kanan pelamin pulak aku letakkan cushion kecik-kecik warna biru dan hijau. Bunga memang Nina request untuk letak semua bunga putih. Cushion duduk juga putih. Nampak suci murni gitu :)

Siap!

Akhirnya setelah dekat 3 jam bertungkus lumus, siaplah pelamin Puan Nina kita. Alhamdulillah first job pelamin aku berjalan lancar. Aku sendiri rasa puas tengok outcome pelamin tu. Nama pun pelamin budget, kan? :)

Dua Beradik Mengong

 So, kalau ada sesiapa yang berminat dengan pelamin budget ni, bule email terus kat gina1983@yahoo.com. Tanya je apa nak tanya. Saya juga budak baru belajar :)

Thank you Nina for your trust! :D

Friday, 6 July 2012

Mini Pelamin Nikah Nina, Putra Permai

The weekend is coming (Yeayy!). Workload is getting lesser and lesser by the day (Double yeayy!). Alhamdulillah. Boleh laa aku berblogging dengan senang hati.

Nak teaser sket..

Mini Pelamin Nina - Nikah

Alhamdulillah.. segala kerja-kerja pelamin minggu lepas dah settle. Everything went according to plan. Alhamdulillah sangat-sangat. Nina loves her pelamin and hantarans. No bad comments from her and family. Not bad for a first timer, huh? :p

Nina request all-white untuk bunga pelamin dia. Other stuff she let me decide whatever deco yang sesuai. So mostly, pelamin dia memang putih. Cuma aku tambahkan biru-biru sket je tang deco tu. Untuk crystal, aku guna crystal iceberg blue and mint green. Cushions pun sama. Lanterns je semua blue. Dia pakai baju iceberg blue. So, aku saja tambahkan detailing mint green kat pelamin dia biar naik sket. The big cushion untuk duduk tu off-white. Diorang siap bawak pergi masjid lagi hari tu untuk nikah. Hehe. Ada sesape nak sewa? RM20. Sempat pulak. :p

Untuk hantaran pulak dia requested for pink and purple. Tapi takde gambar laa pulak.. Gambar-gambar still dalam camera Irfan. Tak transfer pun lagi. As I said. Been busy. Sigh. Gambar pelamin ni pun dari handphone je. Sigh lagi.

This is just a teaser je. Tak sabar pulak nak upload ekeke. Will make a full entry on this and the hantarans bila dah dapat gambar. Sabar ye. :D

Anybody interested, sila lah tinggalkan komen anda di bawah ye. Or email je terus kat sini, no problemo: gina1983@yahoo.com :D

Thanks For Your Trust, Lovelies! :D

Thursday, 24 May 2012

Engagement Review: Mini Pelamin

Okeh.. jum cerita cerita pelamin pulak.

Seperti yang semua orang tau, mini pelamin aku ni memang aku buat from scratch. Aku beli semua benda then aku assemble sendiri. So, frame-frame putih yang selalu ada kat mini pelamin tu memang tidak ada lah kan. Hanya tirai yang diperbuat dari kain ela yang berjela-jela aku beli dari Nagoya.

Meh aku list downkan barang-barang mini pelamin aku..

Stage:

Pernah tak tengok katil Ikea yang ni?

 Kalau nak tau, inilah stage pelamin tunang aku ekekekeke. Tak caya? Cani.. dulu zaman aku duduk bujang kat Cyberjaya (zaman mudo-mudo taim setadi lettew), aku pakai katil platform single bed Ikea macam ni. Then letak tilam tebal atas dia. Very cantik you know. Aku suka sangat. So skang bila dah beli bedroom set, katil tu terbiar laa dah tak pakai. Lalu, mama aku yang kreatif tu pun keluar laa idea dia. "Eh.. katil ni bule buat platform pelamin tunang kau lah." And why didn't I think of that before? -__- Kalau ibu tu, ibu jugak. Lagi banyak makan garam, lagi tangkas dia berfikir. Hehehe. Lebiu!

So setelah dibega-bega dek ayah aku, jadi laa platform tu bersaiz tiga suku dari saiz sebenar. Abah memang terror bab-bab bertukang ni. Boleh je jadi macam-macam.


Carpet:

Luxurious Look, Right?

Okay yang ni dengan pertolongan si tunang yang dok kat Hong Kong, dia belikan aku untuk cover pelamin DIY aku. Sweet betul dia. Padahal dah tak larat nak dengar bebelan aku haha. Ada sape-sape minat tak? Aku jual ni skang. RM35 semeter. Cantek uols! Meh whatsapp/sms kat 0129198861 :)



Cushion Duduk:
Yang ni mama yang jahit from scratch. Dia beli kabu-kabu then buat sarung guna lebihan kain backdrop pelamin aku. Walla! Nanti tengok gambar kat bawah ye sebab aku tak snap pulak gambar cushion nih time tengah in progress.


Bunga Kiri & Kanan:

Pre-fixed Flower Arrangement in Pink & White

 Aku beli kat Gombak Prima time pusing-pusing cari pelamin hari tu dengan Azila. Seperti yang korang tau, aku ni memang idak ler pandai menggubah bunga. So hari masa pusing-pusing kedai kahwin, terjumpa laa setangkai bunga articial yang memang dah siap campur-campur. Aku terus jatuh cinta! Selalu artificial flowers kat jual ikut jenis dia kan. Ni memang dia dah siap campur semua. Sangat cantik! Senang kerja aku! Meh baca entry time aku beli bunga-bunga ni kat sini.


Side Flower Stands:

15 Meter Kain Putih Untuk Pelamin & Deko Tangga Bought @ Nagoya, Jalan TAR

9 Meter Net Putih Untuk Pelamin & Hantaran Bunga Rampai Bought @ Bunga Riben, Jalan TAR

Aku takde pasu, so aku gunakan apa yang ada kat rumah sebab tak nak membazir. flower stands tu hanyalah besi saje. So aku tutup flower stands tu dengan kain yang sama kaler dengan backdrop pelamin (harga RM3.00 semeter), then tutup lagi sekali dengan net putih (harga RM2.40 semeter) untuk mendapatkan 'the wow effect' (Chewahh!). Last skali aku cucuk je setangkai bunga pink and putih aku tuh kat atas dia. Siap. Kalau nak tau kat mana aku beli benda-benda tu, meh baca entry pasal kain putih dan net putih aku tu.

p/s: This weekend Kak Mas nak sewa flower stands, kain putih and net untuk tunang adik iparnya. Yiahuuu! Alhamdulillah.. :DDD


Small Decorative Cushions:

6 Units Of Small Cushions Bought @ Kamdar, Jalan TAR

Theme kaler aku adalah pink, purple and cream. So, small decorative cushions tu aku (mak aku laa sebenarnya) buat sarung kaler pink and purple je sebab pelamin aku memang dah kaler cream mostly. Altogether ada 6 unit. Aku buat 3 kaler pink and 3 kaler purple. Meh baca pasal cushion-cushion nih kat sini.

Sarung cushion tuh pulak aku beli kat Jalan TAR haritu. Kat Nagoya jugak. Time tu aku beli sekali dengan kain lining untuk baju tunang aku. Fuh takleh ingat laa time tuh. Sangat penat! Meh baca kat sini.


Backdrop:

Aku beli kat Nagoya. Bermeter-meter tau aku beli sebab kain tu memang banyak nak pakai. Gambar boleh refer seperti gambar yang kat Side Flower Stands tu ataupun baca dengan detailnya kat sini.


Backdrop Decorative Items - Pomander Flowers:

Pink Pomanders Bought @ Kasih Koo, Gombak Prima

 Tak banyak pun aku deco kat backdrop ni. Minimalised je. Aku guna flowerballs atau orang panggil pomander. Mula-mula aku beli 3 biji je kaler pink. The day before tu aku beli lagi 2 biji kaler purple sebab bila backdrop dah siap, aku nampak macam kosong sangat pulak. Bunga ni aku beli sama tempat dengan side flowers aku. Baca kat sini.

Backdrop Decorative Items - Pearls:

Pearls Bought @ Lavender Handicrafts, Gombak Prima

10 meter aku beli. Mula-mula beli 5 meter. The day before tunang aku beli lagi 5 meter. Takut tak cukup. Sekali tak habis pun. Haha. Baca kat sini.


Extra Hydrangeas On The Top:

Pakai lebihan bunga hantaran aku je. Daun-daun tu lebihan dari bunga-bunga hantaran abang dulu keekke. Azila dengan abah punya kerja. Pandai diorang bege. Haha. 

 Okeh jum tengok hasil daripada kerja tangan orang-orang kuat aku. Ekekeke..

Tadaa! :D

Aku kat atas tengah mekap dengan Kak Syikin, dorang pandai-pandai bega pelamin aku. So, inilah hasilnya. Thanks kat diorang sangat-sangat. Bila aku dah siap semua, aku turun menjengah, Alhamdulillah. Seronok aku tengok.

Kantoi Pulak Ada Gambar Menjengah :p

Outcomenya tak laa hebat macam orang-orang kat luar tuh buat, tapi jadi laa untuk pelamin DIY, kan kan? Yang paling penting, ni semua hasil kerja tangan orang-orang tersayang. Dan sebab diorang jugak laa, aku banyak save kat pelamin. Altogether untuk pelamin aku cuma berhabis tak lebih dari RM200 je :) Thanks semua especially abah and mama. Diorang laa yang paling letih settlekan semua hal-hal tunang aku. Love you both to bits.. :)

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...