The Entourage

Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Hong Kong: Baby Elephant Parade

Aku ada terbaca pasal Baby Elephant Parade ni kat paper. There is this one handsome French artist pusing dunia buat exhibitions of his creation. Hong Kong is quite big on statues sebenarnya. So dia pun datang laa buat exhibitionnya kat Hong Kong. Aku kan suka menda-menda comel cam gini. So aku bagitau laa Eddie, one of the days yang aku gi Hong Kong, aku nak gi tengok exhibition dia. Eddie layankan je walaupun pada dia macam pointless tengok patung anak gajah yang dikaler-kaler hehe.


 So, bila aku decide aku nak gi Hong Kong, by that time sebenarnya aku dah lupa dah pasal exhibition brader perancis ni. Lepas keluar airport, as usual kitorang memang akan singgah Citygate Outlet. Saje je tengok-tengok apa patut kot-kot ada yang menarik. Sebab Citygate Mall ni sangat dekat dengan airport dan sangat jauh dari umah Eddie. So sebab tu laa we make a habit, everytime kalau nak gi, memang terus straight from the airport. Kalau dah sampai Wan Chai tu memang idok ler kami nak patah balik kan. Buang masa je.



Sekali bila sampai-sampai jeeee.. tengok-tengok laaaaaa.. rupanya one of the places exhibition dia ni adalah kat Citygate. Hehehe.. happy gila kau tengok anak-anak gajah cumel yang dikaler dengan ceria. Aku pun jadik ceria hahah.


Semua cantik-cantik tau. Rasa nak bawak balik satu. And apparently, rupanya anak-anak gajah ni adalah memang untuk dijual Kot-kot ada sesapa nak letak kat lobby opis laa kot. Ada ke orang nak letak kat depan umah? Hahah.


Friday, 21 November 2014

Steering Wheels

Dah lama nak up tapi asik banyak pulak cite lain haha. Dah lama dah ada dalam draft tapi tak sempat-sempat nak mengarang. Siap hari tu tak perasan dah terpublish. Tengok-tengok dah ada 36 views ekeke.. Sorry laa korang.. post entry tanpa tulisan ekeke.


Dak gedik sangat gila stereng. Sangatttt. Sangaaaaaaaaat oke. Taktau nak cakap cane dah. Dia memang takelh tengok stereng. So aku pun belikan laa stereng yang kat atas ni. Kat Lazada. Murah je punn rm20 gitu. Stereng ni untuk lekat kat back seat kereta. Tapi kat rumah aku lekat cot dak gedik. Tiap-tiap pagi bila aku nak bersiap pi keja, aku bawak dia turun, memang benda ni laa yang dia pegang dulu. Tade menda lain. Toys lain suma tak sentuh pun. Stereng jugak yang diputarnya sampai nak tercabut.


So alkisahnya antara trip-trip Hong Kong aku, aku memang suka belikan dia toys baru everytime nak naik flight. Sebab kalau toys lama dia mesti tak heran dah. So terpaksa beli toys baru untuk lekakan dia dalam flight. Traveling alone with a baby is no easy task I tell you. Gigihkan diri je sebenarnya.

So as usual, bila dah check in tu, aku browse-browse laa toys dia kat airport. Terjumpa pulak toy stereng ni. Macam best pulak. So grab je laa. Bila convert lebih kurang rm40 gitu. Dan memang dia sangat leka ler main dalam flight menda alah ni. Sampai tertido-tido pegang stereng ni haha.


Sampai ke rumah, aku lekatkan pulak stereng ni kat cot dia jugak. Hehe.. suka dia banyak stereng dalam cot. Tapi antara dua-dua stereng ni, dia suka yang Vtech lagi. Mungkin sebab bila nak putar dia licin je. Yang stereng merah tu macam ketat sket. Tak lancar macam Vtech. Dak gedik siap putar sebelah tangan je uols. Sambil muka eksyen. Hahah.. perasan driver sangat weh. 

Anak korang obses dengan apa?

Friday, 7 November 2014

Melbourne, Here We Come!


The Puffing Billy

Okeyy.. hari yang di nanti-nanti telah tiba! Woohooo sangat tak sabar. Korang jangan rindu-rindu aku okeh. Seminggu lebih aku tak bersiaran ni. Balik nanti kita cerita-cerita okeh. Doakan kami selamat pergi dan pulang. Korang pun jaga diri tauuu! Jumpa minggu depan okeh. Sayanggggggggg korang! Muahhhhxxxx!

Tuesday, 4 November 2014

Passport Baru

Yerr.. Sangat ralat. Another rm450 total damage. Aku and dak gedik punya. 5 tahun. Tu belum campur visa lagi. Tukar passport, visa pun kena tukar. Padahal patutnya bule save kat situ sebab visa dah ada. Passport pun baru umur setahun. Ada lagi empat tahun to expire. Tapi dah nak rugi kan. Haih. Bila tukar passport, means kena apply baru laa jugak visanya.

Jangan tanya apa dah jadi. Rasa nak pukul diri sendiri. Nasib baik Eddie tak marah. Dia just ingatkan, "Hmm tape laa.. Nak buat cane. Benda dah nak jadi. Bukan awak sengaja. But this is a very expensive lesson to learn. Hope you'll be more careful after this.. " Yerr hubby. Sorry sangat. Saya akan lebih berhati-hati pasni. :(


Gambar aku takyah upload laa. Burokkkkkk!

*Thumbs up to Imigresen Putrajaya kerana layanan yang sangat best! Sampai-sampai je terus dichannelkan aku ke kaunter khas sebab ada baby. Sekali jalan ibu & anak buat sekali. Dua jam pastu siap dah! Yippie!

Sunday, 2 November 2014

London Mari

Souvenirs from London! Yeayy!


Alkisahnya one of my close friends kat opis just got back from London. Family holiday kat sana. So balik opis dia bawak laa souvenirs aka ole-ole dari London. Untuk aku, dia belikan Big Ben comel. Untuk dak gedik dia kasik care package yang sangat laa best. Macam aku je yang ngap. Aku try kasi dak gedik yang Ella's Kitchen tu. Omg suka gila dia.

Ella's Kitchen tu aku selalu nampak kat Hong Kong. Kat sini tak perasan pulak. Kat Manjaku memang tade. Tempat lain tak sure pulak. Aku kan jarang keluar. Shopping pun kat Hong Kong je. Bunyik macam big shot je kan shopping kat obersi, tak shopping kat Malaysia. Tapi tuh laa hakikatnya. Aku lebih senang cari barang bila kat Hong Kong compared to Malaysia. Nak buat cane kan, dah tu yang convenient.

This will end soon enough. We will be family again. Insya Allah.

Saturday, 1 November 2014

Souvenirs From All Over The World


Since aku ada anak ni, jarang dah aku melepak ngeteh bersama kawan-kawan. Kalau dulu, lepas keja ada je plannya. Kalau tak gi jauh pun, mesti gi lepak dengan Azila kat Papparich. Update-update gossip.

Skang jarang dah. Kalau ada yang offer datang nak pick up kat rumah, baru aku keluar. Otherwise, dok laa kat rumah diam-diam. Aku tak berani lagi drive dengan Dak gedik berdua. First, sebab dia dah outgrow carseat dia. So memang dah tade car seat dah. Nak beli baru tapi macam hmm.. Aku tak tau plan akan datang lagi macam mana. Takut beli-beli tapi pakai kejap je. Rugi dah. Second, sebab dak gedik adalah penggila stereng. Dia takleh tengok stereng. Mesti nak main. Bila nak angkat, dia keraskan badan. Haih.. Pening kadang-kadang. So cane aku nak drive berdua dengan dia?

So alkisahnya hari tu Yuyu ajak lepak. Bekpes. Aku onnn je. Aku ajak laa Azila skali sebab dia pun dah lama tak jumpa Yuyu. Masing-masing busy.

So sekali jumpa tu memang masing-masing kumpul souvenirs ler nak pass. Dari awal tahun, sampai laa skang. Aku dapat ni haa..


Yeayy.. Bertambah collection. Sebenarnya aku kirim pin tu je. Sekali dapat macam-macam daa. Ada satu lagi fridge magnet Barcelona tak masuk gambar. Sebab dah tepek kat fridge kat bawah. Malas nak amik balik. Hehe.

Friday, 17 October 2014

The Great 12



Flight tickets dah secure! Weehuu! Tinggal nak add-on infant, inflight meals, bassinet and also pick seats. And then we're good to go! Can't wait!

Thursday, 9 October 2014

Next Trip

Banyak trip jalan-jalan kami tahun ni. Alhamdulillah.. dapat peluang melihat keindahan bumi Allah ni.

Tokyo: dengan kawan-kawan.

Vietnam: dengan family aku.

Gold Coast: dengan family Eddie.

Fair and square dah bawak semua jalan-jalan. Tak lebih dan tak kurang. Cuma trip kami bertiga je belum ada lagi. Sian kami kan.

So.. Our next trip ni adalah trip kami je. Hanya Eddie, aku dan dak gedik. Our little family. Nobody else. Takde sape bule ikut. Dah laa kami dok jauh. Sekali sekala nak privacy apa salahnya. Takkan laa semua trip asik nak bawak orang je. Kasik laa can. Kan?


Tuesday, 7 October 2014

Gold Coast: Bye Australia :'(

3rd August 2014 (Ahad Malam)..


Bye Gold Coast. Til we meet again. Taktau laa bila sebab aku rasa dah cukup la dua kali gi Gold Coast kot. Banyak lagi tempat dalam dunia ni yang aku tak gi lagi. Hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...