The Entourage

Showing posts with label Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Pelamin. Show all posts

Wednesday, 27 February 2013

Carpet Bulu Untuk Pelamin For Sale & Rent!

UPDATED 24/09/18

Disebabkan terlalu ramai yang call/sms/whatsapp untuk bertanya pasal carpet bulu ni. Aku rasa baik aku sertakan terus harga dan particular yang lain kat sini. Lagi mudah. Bukan apa, ramai yang membeli, dan ramai jugak yang main-main bertanya. Mintak maaf, aku skang ada baby, banyak benda yang aku kena tengok. Kadang-kadang sampai tak sempat nak tengok fon pun. So, sebelum korang buat keputusan untuk beli, bule la timbang-timbangkan particular ni sebelum contact aku ye. TQ :)

1. Semeter rm36.00.
2. Bidangnya (lebar) 60 inci. Lebih kurang 1.5m
3. Carpet akan diukur dan dipotong setelah payment transacted. Sebab selalu sangat aku kena tipu. Beriya janji nak datang COD, bila dah potong, diroang tak sampai-sampai. Call tak berangkat. SMS/Whatsapp tak berjawab. Sape yang nak beli carpet dah potong tu? Sian kat aku. Please be courteous ya! :D
4. Postage ditentukan oleh Pos Malaysia. Kiranya postage ikut berapa meter yang korang beli la. Lagi banyak meter, lagi berat. So, jangan malu-malu untuk enquire aku pasal ni ya.
5. As for now, carpet available hanya warna putih sahaja ye!

Dengan itu, selamat membeli! :D


New items in the house ya'll!

Sorry dah lama tak update.. Busy pergi Hong Kong. Ekeke. Seronok dapat jumpa husband after a month and a half tak jumpa. Last minute baru dapat tau nak pergi. It was so unplanned. Cuti 3 hari pun mintak sehari sebelum. Nasib baik boss sayang aku. Eh? Ekeke. Well, I guess everything happened for a reason. :)

Okay nak cite barang baru. Baik punya. Disebabkan banyak sangat orang bertanyakan pasal carpet bulu aku tu, maka aku pun membuat keputusan untuk bukan hanya menyewa carpet bulu untuk pelamin tu, malah untuk menjual kepada sape-sape yang berminat. Minat tak? Minat tak?

Dulu aku sewakan warna putih je. Tapi bila dah ramai tanya ada kaler lain ke tak, aku pun rasa baik aku ketengahkan kaler-kaler yang ada. Kreatif laa korang ni, pakai carpet kaler selain dari putih untuk pelamin. Patut try ni. Carpet ikut theme kaler. Cun juga kan?

Biasanya orang guna carpet bulu ni untuk cover stage pelamin. Tapi bule juga digunakan untuk dijadikan saprah untuk susun hantaran. Ada jugak orang guna untuk buat sarung cushion nikah. Kerlassss.. nampak soooo rich! :p

Jum kita cuci mata sket tengok pelamin-pelamin yang menggunakan warna selain dari putih untuk cover stage mereka. Ceria betul!

Eggplant

Elegant Red

Sweet Pink

Gambar ehsan dari Google. Korang bule google lagi kalau nak tengok contoh-contoh pelamin yang cun ye. Okay, ni so far kaler-kaler yang aku ada:

Burning Orange

Caramel

Elegant Red

Classic Silver

Bold Brown

Eggplant

Champagne

Sweet Pink

Soft Pink

Dan tak lupa juga..

Pure White!

Paling ramai peminat Si Putih nih laa.. Mungkin sebab senang nak match dengan semua warna kan. Takyah pening kepala. Carpet bulu ni dijual ikut meter ye. Pick up point kat Puncak Jalil or by post. Postage ditanggung sepenuhnya orang pembeli.

Interested? Do contact me at gina1983@yahoo.com or sms/whatsapp only at 0129198861 for further enquiries. Cheerios!

Wednesday, 21 November 2012

Of Pelamin & Sushi

Last weekend settle satu lagi hal. Pelamin dah bayar second deposit. So now tinggal nak tunggu hari pasang and then bayar final payment. Weee! Alhamdulillah. Hari Ahad tu aku pergi rumah FMIL sebab nak hantar barang-barang hantaran aku. Yuppp.. barang-barang hantaran aku suma aku simpan dulu kat umah aku everytime lepas beli sebab aku jenis yang selalu suka bukak dan tengok. Dah tak dapat nak pakai, tengok pun jadi ler.

So, alang-alang dah hantar tu aku ajak laa sekali FMIL aku pergi jumpa orang pelamin tu. Memang saje je aku set appointment dengan Kak Syam hari yang sama. Senang sekali harung. Aku bukannya ada time sangat nak keluar-keluar banyak kali.

Kak Syam sangatlah best orangnya. Hari tu time first time bincang, pelamin aku simple je. Tapi bila bincang lagi sekali ni, macam-macam pulak aku mintak. Pelamin aku takde laa mahal mana. Murah-murah je. Tu yang aku rasa baik lebihkan je accesories kat pelamin. Kalau kena tambah pun, takde laa aku ralat sangat.  Kan. Bila tanya balik, alih-alih Kak Syam kata dia tak charge extra apa-apa lagi. Woweee.. tengkiu Kak Syam! Semoga berseri ler aku kat atas pelamin tuh nanti ahaks. Tak snap pulak time perbincangan hari tu. Camera pink ketinggalan :|

Butik Pengantin RS ni kat Ampang je. Nak pergi sana pun memang kena lalu Ampang Point. Alang-alang dah lalu tu, aku ajak ler FMIL singgah. Aku nak makan. Lapo. Lagipun kesian FMIL aku kebosanan di rumah. Dia baru je pencen so macam takde apa nak buat sangat kat rumah.

Dah pusing-pusing tu, macam takde apa sangat yang best nak di makan kat dalam tu. Nampak Octopus Sushi. Tengok sushi-sushi yang menari-nari kat atas belt tu macam menggamit-gamit pulak. Terus rasa nak makan sushi. Tapi aku tak suka sangat Octopus Sushi. Sebab.. sebab.. ehem.. ehemm.. mahal. Dengan menu dia, lagi berbaloi aku pergi Sushi King. Lebih kurang je pung.

Lalu teringat pulak kat luar ada Sushi King. So off we went! :D




Seronok juga sekali sekala melepak dengan FMIL. Bonding session ler katakan. Sekali sekala di hujung minggu.. apa salahnya kan. Dia pun takde apa nak buat kat rumah. Sian dia boring hehe.

Monday, 24 September 2012

Order From B2B Huda: Veil & Stage Pelamin

Baru nak update hari ni. Kebizian dek kerja kat opis tak dapat-dapat nak update pasal Huda. Last weekend one of blogger B2B bertunang. Yeayy! Congrats, Huda! :D Cantik dan menawan awak serba pink. Hehehehe. Sama kaler time tunang kita :)

Untuk tunang dia, Huda mintak pasangkan stage untuk pelamin dia. Huda ni salah seorang B2B yang banyak DIY untuk tunang dia jugak. DIY rocks! :D So Huda dah ada semua deko-deko pelamin dia. Cuma stage je takde, so hari Khamis yang lepas, bermulalah acara pemasangan. Bukan aku pun. Ayahanda tercinta :D


Tuh laa rupanya stage aku. Aku pernah cite dulu stage ni tak sama dengan stage pelamin tunang aku. Stage ni stage baru daddy tercinta buat untuk pelamin nikah Nina yang aku buat kat Seri Kembangan tu. Kukuh tau. Bawah tu besi ye, bukan papan semata. Ekekek.. tak caya kukuh? Meh tengok gambar lagi. :p


Semakin ramai yang naik. Tak goyang pun ehehe.. Huda pun ada cerita pasal stage ni kat blog dia. Thanks Huda for the credit. :) Cantik sangat pelamin Huda. Sangat kreatif dia men-DIY. 


Haa laaagi ramai naik. Ekekekeek.. Thanks so much Huda kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk pasang stage pelamin for your big day :)


Lagi satu barang yang disewa dari aku untuk engagement day dia adalah veil. Kebetulan pulak theme kaler kami sama. Pinky pinky! :D Okeh, jum tengok gambar.


Sweet je Huda serba pink. Veil tu pun sangat masuk dengan baju dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih sekali lagi Huda kerana menyewa barang-barnag dari kita.  :)

Jangan Marah Tau Kita Curi Gambar Huda :D

So kepada mana-mana B2B diluar sana yang suka men-DIY seperti kami, kalau perlukan stage or backdrop or apa-apa je barang keperluan untuk hari bahagia anda, jangan malu-malu untuk bertanya ye. Boleh terus email kat gina1983@yahoo.com. Hapy DIY-ing :D

Friday, 6 July 2012

Mini Pelamin Nikah Nina, Putra Permai

The weekend is coming (Yeayy!). Workload is getting lesser and lesser by the day (Double yeayy!). Alhamdulillah. Boleh laa aku berblogging dengan senang hati.

Nak teaser sket..

Mini Pelamin Nina - Nikah

Alhamdulillah.. segala kerja-kerja pelamin minggu lepas dah settle. Everything went according to plan. Alhamdulillah sangat-sangat. Nina loves her pelamin and hantarans. No bad comments from her and family. Not bad for a first timer, huh? :p

Nina request all-white untuk bunga pelamin dia. Other stuff she let me decide whatever deco yang sesuai. So mostly, pelamin dia memang putih. Cuma aku tambahkan biru-biru sket je tang deco tu. Untuk crystal, aku guna crystal iceberg blue and mint green. Cushions pun sama. Lanterns je semua blue. Dia pakai baju iceberg blue. So, aku saja tambahkan detailing mint green kat pelamin dia biar naik sket. The big cushion untuk duduk tu off-white. Diorang siap bawak pergi masjid lagi hari tu untuk nikah. Hehe. Ada sesape nak sewa? RM20. Sempat pulak. :p

Untuk hantaran pulak dia requested for pink and purple. Tapi takde gambar laa pulak.. Gambar-gambar still dalam camera Irfan. Tak transfer pun lagi. As I said. Been busy. Sigh. Gambar pelamin ni pun dari handphone je. Sigh lagi.

This is just a teaser je. Tak sabar pulak nak upload ekeke. Will make a full entry on this and the hantarans bila dah dapat gambar. Sabar ye. :D

Anybody interested, sila lah tinggalkan komen anda di bawah ye. Or email je terus kat sini, no problemo: gina1983@yahoo.com :D

Thanks For Your Trust, Lovelies! :D

Friday, 15 June 2012

Carpet Bulu Untuk Pelamin

Carpet bulu ni aku beli 3-meter. Warnanya betul-betul putih bersih. Aku suka sangat :D Bulu-bulu dia agak panjang jugak, tu membuatkan carpet ni sangat lah berseri-seri bila diletakkan kat atas pelamin. Hari tu cari jugak kat Bright Sail, kot-kot ada yang macam aku punya. Ingat nak invest lagi beli yang besar sket untuk pelamin yang lebih besar. Tapi takde laa pulak. Yang ada carpet-carpet bulu yang bulunya agak leper.. tak berdiri sangat. Tak cantik pulak rasanya. Tak fluffy. Hmm.

Cantik, Kan? :)

Close Up Sket Lagi
Nilah Rupanya Di Atas Pelamin. Tadaa!

Carpet ni agak universal disebabkan oleh kalernya. Ia boleh digunakan untuk pelamin tunang, nikah dan juga akikah. Selain dari itu, korang bule jugak kalau nak pakai carpet ni untuk alas hantaran. Nak pakai stage mahal sangat, kan.. Carpet bulu ni pun cantik tauu.. Sebab kaler dia putih bersih, letak hantaran atas dia, voilaa terus jadik naik hantaran tu. (Puji barang sendiri melambung-lambung).

Lagi Gambar Pelamin

Muka Happy Dah Dapat Cincin Ahaha..

So, kepada siapa-siapa yang berminat untuk beli carpet bulu ini, boleh terus whatsapp/sms kat 0129198861. RM35 semeter sahaja! Cepat-cepat! :D

Thursday, 14 June 2012

Rental Items: Deco Cushions

Jum cerita pasal cushion deco pelamin pulak. Cushion deco ni altogether ada 6 unit semuanya. Tengah ada plan nak tambah lagi untuk pelamin yang lebih besar. Ada request tak? Hehe. Size cushion ni adalah 16x16 inci. Standard size laa kiranya. Apa yang best pasal cushion ni, dia diperbuat dari polyester dan bukan kabu. Kalau korang nak tau, polyester ni adalah sejenis material yang boleh dicuci whereas kabu takleh. Kena jemur je. Polyester kalau nak cuci, cepat je dia kering. Masukkan je kat dalam mesin basuh. Ekeke..

6 Units Altogether

Untuk harga sewa cushion ni untuk satu unit hanya RM5 (Tapi takkan laa nak sewa satu je kan? Ekeke). The best part is, warna sarung cushion adalah ikut theme korang. Korang bule request warna apa pun dan kitorang akan hantar sekali cushion yang dah bersarung ikut kaler yang korang request. Harap boleh bagi masa sket untuk kami mencari warna theme korang ye. So far, warna yang ada ditangan sekarang adalah:

Pink: 3 units
Purple: 3 units
Mint green: 3 units
Turquoise: 3 units
White: 3 units

Mint Green, White & Turquoise

Mint Green & Turquoise

Mint Green & Turquoise

 Duration sewa adalah seminggu. Pick-up di tengah minggu, return juga ditengah minggu. Meaning if korang amik hari Rabu, diwajibkan return semula pada hari Selasa ye hehe.. Kerjasama anda amatlah kami appreciate :p

Pink & Purple

Pink & Purple

Security deposit hanya RM30 dan wajib dibayar semasa membuat payment untuk lock date. Date korang akan dilock once kitorang dah dapat payment ye. :) Don't worry, security deposit akan dipulangkan sebaik saje item dipulangkan.

So, kalau ada siapa-siapa yang berminat, boleh terus email kat sini: gina1983@yahoo.com or call/sms kat 012-9198861.

Cepat-cepat sewa sekarang! :D

Sunday, 10 June 2012

Rental Items: Mini Pelamin & Hantaran

Lupa nak hapdet pasal first customer aku.

Aku baru je dapat first order untuk pelamin dan hantaran! Alhamdulillah.. ada juga yang sudi amik pelamin dengan aku. Hehe.. dan tak sangka pulak secepat ini dapat order. Alhamdulillah.. mak cakap, ni namanya rezeki orang nak kawen. Ehehe..

First customer aku adalah Nina. Nina ni duduk kat Seri Kembangan jugak. Dia request aku buatkan mini pelamin dengan hantaran 5 dulang untuk hari nikah dia.

Date nikah dia adalah pada 30hb. Jun ni. So, aku pun pergi laa ke Jalan TAR untuk beli barang-barang keperluan pelamin dan hantaran dia.

Dulang Hantaran Untuk Disewa: RM9 Each

Since aku dah ada bakul hantaran, aku cuma perlu cari dulang pahar je untuk Cik Nina kita ni.. Time aku bertunang dulu, dulang pahar aku pinjam kat Effa je. Tapi bila dah start amik order dari orang ni, kena laa beli sendiri kan. So cari punya cari, terjumpa laa aku dengan dulang besi ni. Terus aku jatuh cinta! Rupa dia lain dari dulang pahar but it serves as dulang pahar. Terus aku tak jadi beli dulang pahar. Aku beli yang ni terus. Cantik, kan? Nampak lain laa sket dari dulang pahar style yang biasa tu. Ada modern look sket di situ :p

Siapa-siapa yang berkenan nak sewa, harga adalah RM6 sahaja per piece. Murah, kan? Ehehe. For now dalam tangan ada 11 unit (memang aku borong habis-habis 11 unit kat kedai tu. Sorry aunty, aunty kena order stock lagi ekekeke).

Dulang ni boleh digunakan dengan bakul hantaran (RM6 each) diletakkan kat atas dia or boleh jugak guna dulang tu je. Terus gubah bunga kat atas dia. Cantik tau! English garden gitu! Kalau ada yang berminat meh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com :)

Alas Hantaran Organza Untuk Disewa: RM5 Each

Fresh from the oven! Baru je beli kain organza dengan gold trimmings untuk dibuat alas dulang hantaran. Customer pertama yang akan pakai adalah Nina ku cayang! Hehehe.. lepas tu, alas organza ni akan disewakan kepada siapa-siapa yang berminat. For now cuma ada cream. kalau ada request untuk kaler lain, boleh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com. Insya Allah saya akan merealisasikan impian anda. Chewaaah :p

Sarun Cushion Untuk Deko Pelamin

Nina request sarung cushion untuk deko pelamin tu ditukar kaler biru, hijau dan putih. Your wish is my command, my queen! Ekeke. So aku beli laa tiga kaler tu. Cushion tu so for aku ada 6 unit. Nina nak pakai semua enam-enam katanya. Boleh saje! :)

Siapa-siapa yang berminat untuk sewa cushion tu, boleh tengok kat sini ye. Size cushion tu adalah 16x16. Sewa sebiji cushion adalah RM5. Warna untuk sarung cushion boleh request and aku akan bagi sekali bila nak amik cushion-cushion tu. Boleh email kat sini untuk request warna: gina1983@yahoo.com.

Sarung Cushion Duduk

Cushion duduk ni pun aku sewakan jugak. Handmade tau ni. Hehehe.. hasil kerja tangan ibu tersayang. Gambar kat atas tu Nina request untuk tukar sarung yang ada design sket, tapi tetap nak nampak putih. So aku beli kain kat atas tu. Texture dia agak timbul. All-white.

Untuk cushion ni aku sewakan RM30. Tengok rupa dia kat sini. Seperti biasa, sarung boleh request untuk tukar kaler ye. Meh email kat sini: gina1983@yahoo.com.

Alhamdulillah, barang-barang untuk hari pernikahan Nina dah settle. Lepas ni boleh terus buat kerja. Tenkiu Nina kerana memberi kepercayaan. Semoga Allah melancarkan pekerjaanku. Amin.. :)

Monday, 28 May 2012

Rental Items: Flower Stands

Remember hari tu aku ada cakap Kak Mas nak sewa flower stands aku tu? The engagement ceremony was last sunday at Bandar Baru Salak Tingi and aku dah dapat pun dapat gambar dari diorang. Hehe.. senangnya kalau customer satu opis :p

Flower Stands Sekali Dengan Kain Cream & Net Putih

Tak mahal pun aku sewakan kat dia. First customer, kan.. so murah-murah je.. asal pulang modal. Hehe.. Dia pun suka sangat. senang nak setup, katanya.


Aku ada 3 set flower stands ni. Masing-masing lain ketinggian, lain bentuk. Siap ada yang two-tier lagi :p Nanti aku upload okeh :D So, siapa-siapa yang nak DIY pelamin sendiri dialu-alukan untuk menyewa. Lowest price in town guaranteed! :)

Thursday, 24 May 2012

Engagement Review: Mini Pelamin

Okeh.. jum cerita cerita pelamin pulak.

Seperti yang semua orang tau, mini pelamin aku ni memang aku buat from scratch. Aku beli semua benda then aku assemble sendiri. So, frame-frame putih yang selalu ada kat mini pelamin tu memang tidak ada lah kan. Hanya tirai yang diperbuat dari kain ela yang berjela-jela aku beli dari Nagoya.

Meh aku list downkan barang-barang mini pelamin aku..

Stage:

Pernah tak tengok katil Ikea yang ni?

 Kalau nak tau, inilah stage pelamin tunang aku ekekekeke. Tak caya? Cani.. dulu zaman aku duduk bujang kat Cyberjaya (zaman mudo-mudo taim setadi lettew), aku pakai katil platform single bed Ikea macam ni. Then letak tilam tebal atas dia. Very cantik you know. Aku suka sangat. So skang bila dah beli bedroom set, katil tu terbiar laa dah tak pakai. Lalu, mama aku yang kreatif tu pun keluar laa idea dia. "Eh.. katil ni bule buat platform pelamin tunang kau lah." And why didn't I think of that before? -__- Kalau ibu tu, ibu jugak. Lagi banyak makan garam, lagi tangkas dia berfikir. Hehehe. Lebiu!

So setelah dibega-bega dek ayah aku, jadi laa platform tu bersaiz tiga suku dari saiz sebenar. Abah memang terror bab-bab bertukang ni. Boleh je jadi macam-macam.


Carpet:

Luxurious Look, Right?

Okay yang ni dengan pertolongan si tunang yang dok kat Hong Kong, dia belikan aku untuk cover pelamin DIY aku. Sweet betul dia. Padahal dah tak larat nak dengar bebelan aku haha. Ada sape-sape minat tak? Aku jual ni skang. RM35 semeter. Cantek uols! Meh whatsapp/sms kat 0129198861 :)



Cushion Duduk:
Yang ni mama yang jahit from scratch. Dia beli kabu-kabu then buat sarung guna lebihan kain backdrop pelamin aku. Walla! Nanti tengok gambar kat bawah ye sebab aku tak snap pulak gambar cushion nih time tengah in progress.


Bunga Kiri & Kanan:

Pre-fixed Flower Arrangement in Pink & White

 Aku beli kat Gombak Prima time pusing-pusing cari pelamin hari tu dengan Azila. Seperti yang korang tau, aku ni memang idak ler pandai menggubah bunga. So hari masa pusing-pusing kedai kahwin, terjumpa laa setangkai bunga articial yang memang dah siap campur-campur. Aku terus jatuh cinta! Selalu artificial flowers kat jual ikut jenis dia kan. Ni memang dia dah siap campur semua. Sangat cantik! Senang kerja aku! Meh baca entry time aku beli bunga-bunga ni kat sini.


Side Flower Stands:

15 Meter Kain Putih Untuk Pelamin & Deko Tangga Bought @ Nagoya, Jalan TAR

9 Meter Net Putih Untuk Pelamin & Hantaran Bunga Rampai Bought @ Bunga Riben, Jalan TAR

Aku takde pasu, so aku gunakan apa yang ada kat rumah sebab tak nak membazir. flower stands tu hanyalah besi saje. So aku tutup flower stands tu dengan kain yang sama kaler dengan backdrop pelamin (harga RM3.00 semeter), then tutup lagi sekali dengan net putih (harga RM2.40 semeter) untuk mendapatkan 'the wow effect' (Chewahh!). Last skali aku cucuk je setangkai bunga pink and putih aku tuh kat atas dia. Siap. Kalau nak tau kat mana aku beli benda-benda tu, meh baca entry pasal kain putih dan net putih aku tu.

p/s: This weekend Kak Mas nak sewa flower stands, kain putih and net untuk tunang adik iparnya. Yiahuuu! Alhamdulillah.. :DDD


Small Decorative Cushions:

6 Units Of Small Cushions Bought @ Kamdar, Jalan TAR

Theme kaler aku adalah pink, purple and cream. So, small decorative cushions tu aku (mak aku laa sebenarnya) buat sarung kaler pink and purple je sebab pelamin aku memang dah kaler cream mostly. Altogether ada 6 unit. Aku buat 3 kaler pink and 3 kaler purple. Meh baca pasal cushion-cushion nih kat sini.

Sarung cushion tuh pulak aku beli kat Jalan TAR haritu. Kat Nagoya jugak. Time tu aku beli sekali dengan kain lining untuk baju tunang aku. Fuh takleh ingat laa time tuh. Sangat penat! Meh baca kat sini.


Backdrop:

Aku beli kat Nagoya. Bermeter-meter tau aku beli sebab kain tu memang banyak nak pakai. Gambar boleh refer seperti gambar yang kat Side Flower Stands tu ataupun baca dengan detailnya kat sini.


Backdrop Decorative Items - Pomander Flowers:

Pink Pomanders Bought @ Kasih Koo, Gombak Prima

 Tak banyak pun aku deco kat backdrop ni. Minimalised je. Aku guna flowerballs atau orang panggil pomander. Mula-mula aku beli 3 biji je kaler pink. The day before tu aku beli lagi 2 biji kaler purple sebab bila backdrop dah siap, aku nampak macam kosong sangat pulak. Bunga ni aku beli sama tempat dengan side flowers aku. Baca kat sini.

Backdrop Decorative Items - Pearls:

Pearls Bought @ Lavender Handicrafts, Gombak Prima

10 meter aku beli. Mula-mula beli 5 meter. The day before tunang aku beli lagi 5 meter. Takut tak cukup. Sekali tak habis pun. Haha. Baca kat sini.


Extra Hydrangeas On The Top:

Pakai lebihan bunga hantaran aku je. Daun-daun tu lebihan dari bunga-bunga hantaran abang dulu keekke. Azila dengan abah punya kerja. Pandai diorang bege. Haha. 

 Okeh jum tengok hasil daripada kerja tangan orang-orang kuat aku. Ekekeke..

Tadaa! :D

Aku kat atas tengah mekap dengan Kak Syikin, dorang pandai-pandai bega pelamin aku. So, inilah hasilnya. Thanks kat diorang sangat-sangat. Bila aku dah siap semua, aku turun menjengah, Alhamdulillah. Seronok aku tengok.

Kantoi Pulak Ada Gambar Menjengah :p

Outcomenya tak laa hebat macam orang-orang kat luar tuh buat, tapi jadi laa untuk pelamin DIY, kan kan? Yang paling penting, ni semua hasil kerja tangan orang-orang tersayang. Dan sebab diorang jugak laa, aku banyak save kat pelamin. Altogether untuk pelamin aku cuma berhabis tak lebih dari RM200 je :) Thanks semua especially abah and mama. Diorang laa yang paling letih settlekan semua hal-hal tunang aku. Love you both to bits.. :)

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...