The Entourage

Wednesday 31 December 2014

Friends Wanted

THIS IS A STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRIES.

Hey Ho!


Since aku baru start balik blogging actively 1st January hari tu. Aku macam nak cari kawan baru. Masa aku bukak balik blog aku yang dah berhabuk ni, aku tengok ramai betul kawan-kawan blogger aku yang dah bertukar status. Dari Cik ke Puan. Dari Hot Chick ke Hot Mummy. Dan banyak jugak blogger yang dah abandon blog-blog dorang. Banyak jugak kat list aku yang dah ditinggalkan lebih setahun. Masing-masing ada sebab tersendiri.

Aku tengah update bloglist aku. Dan aku nak cari kawan baru. Kalau korang sudi nak jadi kawan aku, meh ler tinggalkan url blog korang kat sini. Confirm aku akan follow korang. The more the merrier! Teringin jugak nak share-share cerita dengan mummies. Eh tapi yang tak mummies pun bule join! No problemo. Sebab kat blog ni, suma benda aku cerita. Cerita motherhood, cerita travel, cerita kawen, cerita mengarut. Suma ada!

So... jangan malu-malu nak tinggalkan url korang k! Mari berblogging!

Monday 29 December 2014

Anniversary

Baru pulang dari Hong Kong. Penat. Letih. Exhausted. All in one. Tapi overall memang super happy!

This time aku pergi Hong Kong dah masuk winter. So sungguh enak berjalan-jalan hehe. Last time aku gi aku banyak ajak Eddie pusing-pusing mall je sebab sian kat dak gedik panas. Trip kali ni memang aku pulun jalan habis-habis. Tapi tu nanti la aku cite.

Hari ni anniversary kami. Yang kedua hehe. Tak sempat nak celebrate. Sebab aku balik dari Hong Kong semalam. Masa kat Hong Kong just keluar jalan-jalan and makan-makan sambil bilas dengan eskrem xtc di tepi pantai hehe. Okay la tu kan. As long as kami satu family together-gether.

Eddie plan nak balik this new year. This time baru betul-betul kami celebrate. What is anniversary without a present kan kan hehehe. Tak sabar nak gi jalan-jalan, makan-makan and hadiah-hadiah hahah. Just the three of us!


Ni gambar masa kami naik tram kat Hong Kong. Keluar gi cari dinner masa ni. Tak jauh sangat pun dari rumah. Tapi time balik tu dah penat. So naik tram je. Seronok! Please pardon my makeup-free face :p

Sunday 21 December 2014

Radiusite

Homaaai.. Radiusite dah keluar tudung baru yang super gorgeous! Nak tengok?


Lawa gila weh! Pengsan tengok. Masa dia upload pasal tudung baru ni memang aku siap set alarm untuk tunggu kul11 pagi launching esoknya haha. Lawa sangat nih. Ada a few kaler yang aku suka. Tapi yang ni paling menawan kalbu. 

Time kul11 kat opis aku masa tu time aku tengah busy laa pulak kan. Tapi demi shawl cantik ini kurelakan lepak toilet sat sambil buat transaction. Nak buat kat pc macam segan sket orang nampak. Dah laa everytime kalau parcel fashionvalet or zalora sampai, memang semua orang tau dah. Mesti aku punya hahah. Sampai ada yang terjebak shopping sama hahaha.

Nasib baik cepat, dapat jugak aku kaler yang aku nak. Then time lunch sementara tunggu food sampai, aku saje laa bukak laa website dia. Korang nak tau apa yang tinggal?

Tinggal satu kaler je Keykha Lace! Cepat gila sold out! Dan sampai laa ke malam tu aku bukak, diorang blum restock-restock lagi. Hehehe.. Nasib baik aku cepat. Phewww.

Oh korang jangan lupa tau wiken ni ada KLYesFest kat PWTC. Banyak gila online vendors take part. Skang ni pun diorang dah start iklan-iklan item-item on sale nanti. Radiusite, Calaqisya, Sugarscraft, Iskk banyak lagi laa. Sape-sape nak good bargain jum kita gi!

Wednesday 17 December 2014

Hen Party, Anyone? :p

Ada rupa makcik baru nak bukak gerai tak?


Ni farewell party sempena ada dua colleague aku nak resign. Lepas party ni, tiga bulan aku tak rasa nak makan ayam. :|

Tuesday 16 December 2014

Naelofar Hijab

Ada yang dah try Naelofar Hijab?


Mula-mula Naelofar kuarkan shawl jenis cotton lycra. Yang macam kat atas ni. Aku tak suka sangat lycra ni sebenarnya sebab dia melepet. Pastu nampak macam melekat sket kat badan. Nampak tak kemas. Tapi aku geram dengan kaler-kaler dia. Dok pikir-pikir, sudahnya tak beli pun sebab takut tak pakai.

Sekaliiii skang ni dia kuarkan banyaaaak gila range!

Gambar kat bawah ni Chic and Basic. Material chiffon and dia ada pleated kat one side. Aku sangaaaat suka! Aku tangkap satu kaler salmon!


Yang gambar bawah ni pulak adalah Forever Young collection. Material dia adalah crepe. Mula-mula rasa nak beli. Tapi tengok balik material dia macam tebal je. Aku tak bape suka tebal-tebal sangat. Panaih oi. Plus satu lagi, aku rasa dia macam wide shawl. Nampak tak lipatan atas kepala tu?


Bawah ni range paling aku tak kenan sebab dia instant. Mula-mula je laa tak kenan. Bila dah pegang, dah try pakai terus grab sehelai dusty pink hahaha. Sebabnya dia bukan instant sangat pun. Dia semi instant. So senang ler nak iron. Range ni namanya Timeless Beauty. Material silk chiffon. 


Nanti korang try la k. Try laa tengok mana range yang korang sesuai. Selamat merambang mata oleh kaler-kaler yang super cun!

Monday 15 December 2014

Lil Qarmaa


Lagi seround aku borong shawl. Aku memang sangat jatuh cinta dengan shimmering shawl. Kain dia sangat senang bentuk. First shimmering shawl aku beli adalah dari @kupukupuscarfz kat ig. Ni aku beli second batch kat @lilqarmaa. Sangat suka bila dapat parcel! Sumpah rasa tak sabar nak pakai!


Aku balik keja je nampak parcel. Terus aku koyak dan bukak hehe. Aaaaaaa seperti yang aku jangka. Kain dia memang bestttt! Dia jual harga biasa rm28 kot. Tapi kalau beli banyak harga jadik rm23 sehelai. 

Jum cuci mata tengok warna-warna dia. Shimmer dia sangat cantek!


Friday 12 December 2014

dUckscarves

Sape dapat dUckscarves limited edition ni angkat tangan! :D


Lepas aku tau dia nak launch, memang aku tunggu-tunggu sangat. Sekali malangnya bule pulak aku mc hari dia nak launch tu. Homaaai. Sedih gila sebab memang tak larat nak kuar.

Kebetulan Eddie ada lat Mesia minggu tu. Ada training kat area Mid Valley. Bila mama sebut baru teringat. Apsal laa aku tak mintak tolong Eddie je haha. Dengan pantas aku whatsapp dia :p




Lepas beli tu, ayat dia yang paling buat aku gelak adalah, "Baru saya tau cane aggresivenya pompuan2 when it comes to cosmetics and accesories. Phew." Hehehe thank you so much hubby. Ailebiuuuu!

P.s: Jangan compare scarf yang ni dengan yang beli. Beza bangat!

Wednesday 10 December 2014

Pandora: Japanese Doll Dangle

Cute tak?


Been longing to buy something to remember my trip to Tokyo last April. Then saje ler masuk Pandora after lunch today. Then I saw this cutie. Cute sangat! Geram! Tak tunggu lama terus grab. And the best part was, aku lupa nak tunjuk staff ID. Hadoii. Rugi sket di situ. Dah tak dapat discount. Padan muka terlebih excited haha.

Sunday 7 December 2014

Jom serbu!

Aku tengah gila beli blazer skang ni. Dan juga sleeveless chiffon shirt untuk dipakai bersama. Tempat gini memang syiok lah pergi sebab aku tau memang banyak. Tengok gambar-gambar dorang upload memang choice banyak gila. Jum serbu!


Saturday 6 December 2014

Sugarscarf

Ni salah satu brand tudung yang aku suka. Bukan aku nak tolong kawan sangat pun. Tapi memang aku rasa tudung dia best. Dan bukan aku dibayar untuk review ni ye haha. Sekadar suka-suka nak share review shawl-shawl yang aku dah penah try. Dulu gila shopping baju. Skang gila shopping tudung kihkih.

Kat sugarscarf ni aku dah try tiga jenis. Jane plain, Juliette dan tak lain tak bukan Madison yang sangat poplarrr itu.

Jane plain adalah shawl plain yang ada dekat 40 kaler semua. Banyaknyaaaa..



Aku beli tiga kaler. Kaler-kaler aku opkos laa yang pastel-pastel dan sweet-sweet echewahhh. Tapi memang rambang mata sangat tengok kaler-kaler dia. Pengsannn.. Rasa nak beli semua.

Juliette pulak adalah jenis tudung printed. Yang ni aku beli satu je.. 


Aku amik yang ceria tu. Gambar last skali hehe.. Juliette ni sebenarnya instant shawl. Jenis lycra. Sangat sedap pakai dan takyah iron. Memang jadik tudung aku gi keja. Nampak macam susah je lilit-lilit kan. Padahal sarung jee. Senang gila!

Okay yang last sekali ni adalah Madison. Ni pun instant shawl. Tapi aku beli satu je. Sebab aku macam tak suka sangat kalau jenis inner silang-silang ni. Bukan apa. Dahi tak cukup jendul hahah. Tapi Eddie cakap okay. So amik je laa satu. Tapi sebenarnya masih belum pakai. Sebab tudung beriya gini kena pakai jalan-jalan. Pakai gi opis macam over pulak. Ni aku laa. Orang lain mungkin tak kisah.


Aku beli exactly kaler ni hehe. Korang selalu shopping online tak? Aku biasanya memang online. Tapi sugarscarf ni ada butik betul-betul kat sebelah Manjaku kat Wangsa Melawati. Tu memang tempat pajak aku beli barang dak gedik. So setiap kali tu jugak laa aku singgah Sugarscarf hehehee. Rambang mata sangat!

Friday 5 December 2014

Facetime

Kan aku selalu guna facetime untuk monitor dak gedik masa titun kan? As usual, aku akan guna fon aku untuk call ipad then tinggalkan either one kat dalam bilik dengan dak gedik, then aku bawak satu device turun untuk monitor dia sambil aku buat keja.

Biasanya dak gedik kalau bangun tido tapi tade orang keliling, memang dia nangis. Manja bebeno. Tapi ada satu hari ni dia terjaga, dia terus tersengih kat aku dalam ipad haha. Aku tak pasan pun mula-mula. Tiba-tiba dengar suara dia panggil aku. Laaaa dah bangun siap good mood tegur-tegur orang. Just like when somebody is accompanying him on the bed. Mungkin dia rasa bila nampak aku dia tak sorang-sorang kat dalam bilik.


Wednesday 3 December 2014

Of dUck & Valet

We've been featured!

Hehe tak sangka gambar kitorang masuk ig FashionValet! Terkejut weh! Haha!

Masa kat Melbourne hari tu kebetulan Lin pun bawak dUckscarf nya. Lalu kitorang pun pakat ler nak pakai sesama time great ocean road trip kitorang. Saje nak pakai time gi tempat best sket. Syiok sket amik gambar haha. Silap kitorang terlupa bawak box je. Kalau tak bule amik gambar #duckflatlay haha.

Aku pakai Blurred Lines in Mint. Lin pakai Creme Brulee. Korang jangan lupa tau arini ada launch kaler baru untuk crepe shawl! Jom serbu!


Tuesday 2 December 2014

Tommee Tippee vs Miomee

Alkisahnya.. masa kat Melbourne hari tu, aku ada beli teats baru untuk dak gedik. Kawan aku yang dok kat sana cakap Tommee Tippee murah kat sana. Aku pun pergi laa Chemist untuk chekidout. Dan memang betul laa. Barang-barang baby bukan saje Tommee Tippee. Benda-benda lain pun memang murah-murah. Bayangkan food untuk baby bule dapat $1 je. Tak murah ke tu. Mungkin sebab buat kat sana laa kan. Will get to that later. Arini nak cite pasal Tommee Tippee.

So aku pun grab laa satu pek teats. Gambar seperti di bawah.



Mulanya aku pelik. Lain pulak rupa Tommee Tippee nih. Siap ada tulih Miomee. Tapi aku grab laa jugak. Alaa.. Janji wide neck mesti laa bule fit. Sama je Tommee Tippee mana-mana pun.

Aku tak bukak terus sebab ingat balik Mesia baru tukar. Sekali sampai Mesia.. Tak muattt! Hahahaha... Lawak betul! Rupanya Tommee Tippee Aussie and NZ memang ada beza dengan Malaysia. Kat sana, Tommee Tippee dipanggil Miomee. Memang tade langsung botol Tommee Tippee yang macam kat Malaysia ni kat sana. Tuh pasal laa aku main grab je teats aritu. Ingat bule je fit semua. Rupanya tak. Dan aku rasa kat Malaysia ni memang tade kan Miomee? Aku cuma pernah nampak kat Mysale je.

So since memang tak muat, terpaksa laa jugak beli teats baru kat Malaysia ni. Daaaaaan.. Aku rasa takkan laa nak bazir pulak teats Miomee tuh kaan. So aku pun kirim kawan aku yang dok sana tuh suruh belikan botol Miomee twin pack kahkah. Bertambah-tambah sudahnya botol dak gedik.

Ni laa rupa botol Miomee. Memang ada beza kan. Dah alang-alang membeli tu, aku saje mintak dia belikan botol 340ml. Sebab yang kat umah ni botol 270ml dah ada tiga pun. Yang ni biar laa besar sket. Aku beli twin pack. Sebotol jadik rm30 je. Berbaloi-baloi kihkih. Walaupun aku tatau nak pakai bila.

Monday 1 December 2014

Park Island, Hong Kong

Aku nak share satu residential area kat Hong Kong yang aku rasa menarik. Hari tu Eddie ada pergi visit kawasan-kawasan yang mungkin sesuai untuk berpindah (kot-kot laa aku terikut dia gi Hong Kong kan). Dia tanya aku, aku nak duduk kat mana. Dia bagi aku option-option untuk pilih area mana nak duduk. Since I will be spending most of my time at home tending dak gedik kan. Dia tolong aku narrow down the areas:

1. Duduk tengah-tengah bandar macam location rumah dia skang which dekat dengan semua benda.
2. Duduk kat atas shopping mall so that kalau buhsan aku bule jalan-jalan dengan dak gedik kat bawah.
3. Duduk luar bandar by the beach (since he knows i love beaches) and with full amenities.

Knowing Hong Kong (and rasa memang dah busan sket), aku tak rasa macam minat nak duduk kat area macam rumah dia skang. True, dekat dengan semua benda. Tren pun dekat. Tapi hectic sangat. 

So comes to option no. 2. Duduk kat atas shopping mall pun best jugak. Bule jalan-jalan kalau boring. But. Comes to the second question. Tiap-tiap hari ke pun aku nak jalan-jalan kat shopping mall tu? Sampai time aku akan boring jugak. Kan?

So, third option yang tinggal. Tepi pantai. Ada facilities. (Sebenarnya memang aku berkenan yang ni pun. So takyah laa nak type panjang lebar.

So berbekalkan semangat nak membawa anak bini duduk kat Hong Kong, Eddie pun pergi laa melawat tempat yang dikatakan. The name is Park Island. Or ada jugak orang panggil Hong Kong Bay. Whichever you prefer. Aku pendekkan jadik PI je okay. PI ni adalah an island by itself. Nak pergi sana bule naik ferry. Ada jugak jalan darat, tapi the best adalah naik ferry. Ferry dia agak teratur and elok. Tak macam ferry asal-boleh ke kowloon or Penang. Dia ferry tertutup. Dua tingkat. Ada discount untuk PI residents. The best part is it is 24 hours.

Jum tengok gambar (ada-ada gambar dari google ye. Eddie tak amik banyak).



Dah sampai PI. Apartment yang belakang tuh adlah residential apartment. Setiap block ada clubhouse sendiri and of course you have to subscribe and pay for the club fees. Tapi clubhouse dia agak complete la. Ada gym, ada sauna, ada pool, ada kids play gym and so on.



Ni laa shuttlenya. Keluar masuk PI everyday. Oh lupa pulak nak cakap. Since PI ni dia buat ala-ala resort, dia tak nak ada gangguan/traffic jam banyak sangat kat dalam PI. So kereta memang tak boleh masuk kat PI. Public transports only. Udara pun segar je. Bestkan?




Kawasan dia agak bersih and teratur. Yang paling best, dia dekat dengan beach. Yer laa.. nama pun pulau kan. Senang aku nak bawak dak gedik jalan-jalan petang-petang. Kat every apartments building pun ada playground. Nampak sangat terjaga. Mungkin sebab mostly yang duduk sini adalah orang luar. Mostly expats kata Eddie.


Cuma satu je yang aku tak minat dengan tempat ni. Pets are all around. And by saying pets where there are a lot of expats live, of course laa aku maksudkan anjing. Hmm.. nak buat cane kan. Takde tempat yang perfect. Nasib baik diorang ni sangat menjaga kebersihan. Always clean after the pets lepas anjing diorang melepas hehe.



Kat sini pun ada mall. Hehehe.. tapi street mall je laa. Menjual segala basic nessecities. Ada supermarket, ada clinic, ada dentist. Cafe memang banyak. Senang nak melepak-lepak tepi pantai sambil minum kopi. Hehe.




As you can see, PI ni dia memang buat ala-ala resort. Jalan-jalannya sangat spacious. Lebar-lebar dan luas-luas. Tenang and luas mata memandang. Tak laa macam kat tengah bandar tu. Aduhai semua tempat sempit. Oh faham, diorang kan memang tak cukup tanah hehe.






Kat bawah ni adalah aerial view of the PI. Kecik je pulaunya. Sebab tu diorang tak bagi kereta masuk. Kalau kereta bule masuk, memang penuh laa pulau yang aman damai ni. Overall, aku memang suka tempat ni. Eddie pun. Dia sebenarnya sangat risau aku buhsan duduk kat rumah dengan dak gedik. Since aku skang ni kerja kan. Tiba-tiba kena duduk rumah. Takde buat apa-apa pulak tu. iHeartBeads pun belum tentu bule buat hehe. So seboleh-bolehnya dia nak bagi aku selesa. Hmm.. aku pun tak sure if aku akan buhsan ke tak. Sebab tak pernah try.

Tapi apa-apa pun, aku memang suka tempat ni. Dah lama teringin nak duduk tepi laut. Bila nak pindah? Hehe.. nanti laa aku reveal ye. Tapi bukan skang. Tu yang penting. Skang aku masih di sini. Bumi Malaysia. Skang ni korang doakan laa semoga transition ni dipermudahkan. Banyak sangat benda nak kena pikir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...