The Entourage

Showing posts with label Desserts. Show all posts
Showing posts with label Desserts. Show all posts

Saturday, 31 January 2015

Ferrero Rocher

Nampak tak tangan kecik yang tak sabar-sabar nak makan cekelat tuh?


Okay kalini beli adalah untuk diagihkan. Bukan aku sorang hehe. Aku mintak Eddie Ferrero Rocher. Sebenarnya aku mintak box yang mixed tu je. Sekali Eddie bawak balik sekali dengan 4 packs kat belakang tu. Pengsan weh aku tengok haha.

Aku tanya Eddie, semua aku punya ke. Dia cakap jangan perasan hahahaha. Aku punya yang assorted banyak-banyak flavour tu je. Yang lain, untuk bahagi-bahagi. Tapi last-last lepas bahagi, ada extra one box lagi kihkih. So sape nak abiskan tu? Mesti laa budak gemok nih :DDD

Thursday, 20 November 2014

Haagen Dasz

Yeayyy! Eddie dapat coupon Haagen Dasz! Weehuuuuu! Credit card redemption katanya. Bagus betul. Aku dah cakap kat Eddie suruh simpan. Time aku gi Hong Kong baru beli hehehe. Jawapannya,"Yer.. memang plan nak tunggu awak pun." Yeayy!


Thursday, 30 October 2014

Baskin Robbins



Saje belanja gambar kihkih.. Masa ni tengah menunggu flight Eddie nak balik Hong Kong kat KLIA 2. Aku makan 'movie theater popcorn', Eddie makan 'peanut butter crunch'. Aku makan stroberi, Eddie makan pisang. Aku makan cherry, Eddie makan whipped cream. Sweet tak? Kahkah. *muntah*.

Saturday, 18 October 2014

Eden @ KLIA



Ada satu hari tu.. Antara hari-hari yang aku rajin nak kuar dari perkarangan opis cari lunch.

Kebetulan hari tu Wawa nak gi bank ada urusan. Memang aku mengambil kesempatan laa untuk panjang langkah kan hehe. Kitorang gi laa KLIA. Lepas settle urusan kat bank, aku rasa macam nak makan dim sum. Terus laa kitorang ke Eden. Padahal baru je balik dari Hong Kong. Tak buhsan-buhsan dengan dim sum hehe.

Dim sum Eden memang terbaik. Sauce dia sangat sedaaaap. A bit pricey, tapi sangat berbaloi. Deep fried dim sum dia memang to-die-for. Pastu kami order scallop fried rice. Size small je tapi bila sampai, memang bule makan dua orang!

Dulu zaman aku sekolah, selalu makan kat sini. Zaman abah kerja dulu dia banyak travel untuk kerja. So setiap kali tu laa kami akan ikut beramai-ramai untuk hantar dia ke airport. So memang kami akan gerak dari rumah awal untuk lunch/dinner kat sini satu family hehe. Tapi dulu nama dia Eden Garden. Skang ni Eden je.

Skang ni walaupun abah dah tak keja, aku tetap kena gi airport selalu. Sebab aku keja kat airport kahkahkah. 

Monday, 13 October 2014

Hong Kong: Passion By Gerard Dubois


One of the nights aku kat Hong Kong. Lepas dinner kami pun keluar laa anak beranak mencari secawan ngopi untuk dihirup. Sejuk-sejuk hujan-hujan gini syiok juga dapat kopi. Bilas pulak dengan dessert sket. Fuh heaven. Ekeke.


So kami pun berjalan laa ke cafe depan rumah tu. Namanya Passion. This was the second time ler aku gi situ. First time hari tu macam malas pulak nak snap-snap. This time pergi pun tak banyak snap gambar sangat. Sebab tak sabar nak memilih dessert. Dessert-dessert kat situ amatlah menggamit jiwa oke. Terasa seperti di Paris kembali. Aku campur-campur gambar dengan website tau. Sebab gambar kat website lagi menarik dari gambar yang aku snap kahkah.


Kat bawah ni laa yang kitorang order. Dark and white chocolate mousse. Satu lagi yang bawah tu adalah Apple crumble. Sedap tak terkata. Sebab tu time makan aku diam je sambil nguyah kahkahkah. Drinks pulak aku amik iced chocolate. Too thick macam kena tambah air lagi. Eddie order coffee something-something. Tak ingat sangat dah. I'm for the desserts heheheh.



Sebenarnya niat aku ajak Eddie ngopi-ngopi sebab nak makan creme-brulee dia. Sedap oi. Masa first datang, aku order tuh laa. Tapi this time dah habis agaknya. Keciwa sket. Lalu order Apple crumble saje. Creme-brulee dia yang kat bawah ni haa.



Menarik kan cafe ni? Full with French pastries and desserts! Memang a heaven on earth untuk orang yang sweet-tooth macam aku hehe. Sape-sape yang datang Hong Kong bule try ok.

Tuesday, 21 January 2014

Duc d'O: White Truffles With Strawberries

 

As usual, kalau Eddie balik, mesti ada chocolate untuk aku. Setiap kali balik, mesti lain-lain chocolate dia beli. Tapi this time yang paling pelik. Aku tak consider ni chocolate pun kot. Sebab tak rasa chocolate ekeke. It's white truffles with strawberry namanya.

Rasa dia macam white chocolate sket kat luar tu. Dalam dia mcm ada mousse dengan small chunks of strawberries. Sangat sedap. Tapi agak manis ler sebenarnya. Dan agak pricey ler untuk 16 pieces of these small nuggets.

Tak sure kat luar ada jual ke tak. Kalau sape-sape nak try bule kirim orang2 yang baru pulang dari obersi. Kat LCCT punya Eraman outlet. Packaging sangat cantik. sesuai bebeno untuk bagi gift kat orang. Okeh, nak sambung makan. Baaaaaaaaaaaai.

Wednesday, 5 December 2012

Laduree, Paris!

23 DAYS UNTIL THE WEDDING!

Okay, I promised this will be the last. Pasni tak shopping dah! *Berjanji dengan diri sendiri*

Laduree!

Cantik tak? Cantik gila kan! Kiut sesangat sampai geram. Try laa cakap korang tak geram. Confirm tipu ekekeke.

Sweet Pink!

Rambang mata aku nak memilih yang mana satu. Sudahnya pink jugak yang aku pilih. Haha.. Pompuan habis!

Sour Plum! 

Kaler ni pun cantik jugak kan?

Lollipop!

Adik aku suruh belikan dia ni. Belikan? Err..

Classic Chocolate!

Tengok kaler-kaler macho gini mesti teringat kat ene. Tapi nak belikan macam.. takyah ler. Bukan dia appreciate pun. Sudahnya dia tanya, "Err.. nak buat apa ni?" :p 

The Range of Flavours

My love for macarons adalah sejak dari azalinya. Sangat-sangat suka sampai hantaran tunang untuk ene pun aku bagi macarons. So bila masa aku dapat tau yang aku kena pergi Paris last year, memang aku dah target untuk cari Laduree sampai dapat. By hook or by crook. Nak jugak rasa the infamous Laduree kan. Masa tu memang heaven gila laa dapat makan. Tapi sekarang ni kat Malaysia pun dah senang nak dapat.. Mana-mana pun ada jual. bezanya cuma sedap dengan tak sedap je :p

Sampai Jugak Akhirnya!

Meh aku tepek sket gambar tahun lepas kat Paris masa aku berjaya jumpa Laduree. Nak mencari tu alahai susahnya. Nak tanya orang, suma dok cakap perancih. Lalu kami pun ikut map saje. Memang melompat-lompat laa kan bila sampai betul-betul kat depan kedai.

Banyak Gila Choice of Macaron Towers!

Niat dihati nak beli sekotak then duduk kat Eiffel Park munching macarons sambil melihat keindahan kota Paris. Sangat best feeling nya. Malangnya mahal bebenor macarons ni untuk dibeli sekotak. Lalu kami beli ler sorang 3 pieces. Ekekeke. Cukup laa sekadar untuk merasa makan macarons di Paris. Alhamdulillah :)

Tuesday, 14 August 2012

Iftar @ Shangri-La, Putrajaya

Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.

Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.

Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.

Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.

Eja, Wawa & Lina

Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.

Eja, Yours Truly & Lina

 Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.

Pinjam spec Hello Kitty Eja sat

Salah satu pose mengarut.

Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik)

Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.

Reserved!

Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)


Malay Cuisine

Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p


Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.

Make Your Own Salad

Salad Lagi

Seafood On The Rock

Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.

Kerabu-Kerabi


Pecal

Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.

Otak-Otak

Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.

Petite Pudding & Rice Cake

Here comes my favourite part. Dessert line!

Chocolate Mousse Cake

Petite Coconut Pie

Strawberry Cocktail!

Nyonya Kuehs

Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?

Fruits

Entertainment Of The Day

AirAsia Colleague

First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.

The Pinky Girls!

Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.


Me & Ajis Yang Kuat Makan

Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.

The Petites

Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.

Friday, 3 August 2012

Brownies In A Mug II

Another recipe to try. Chocolate Chips tu buat aku geraaaaaam!

Yummeh!


Cepatlah berbuka..

Tuesday, 31 July 2012

Selamat Berbuka Puasa!

Stoberi Goreng Source: babble.com

Sodapnya lahai nengok stoberi goreng ni. Tak pernah nampak sebelum ni. Jum try. Resipi kat sini.

Sunday, 22 July 2012

Brownie In A Mug

Favour a brownie in a mug? Need a dose of chocolate early in the morning in the office? Try this!

Adding A Scoop Of Ice-Cream, This will Definitely Be My Favourite Breakfast

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...