The Entourage

Showing posts with label Fruits. Show all posts
Showing posts with label Fruits. Show all posts

Thursday, 29 May 2014

Tokyo: Starbucks!

7th April, 2014. Monday. Nak masuk ke malam.

- Selepas habis jalan-jalan kat Senso-ji, kami nak masuk satu mall yang dah lupanya. Sebelum tu, singgah Starbucks beli dan minum souvenir ekeke.
- Kat sini cepat gelap. Pukul 5 nak ke pukul 6 tu, dah macam pukul 8. Tapi since nak cari sweater dak gedik kat dalam mall je, tak kisah sangat laa gelap pun.
- Lepas pusing-pusing mall tu, kami naik kat park tingkat atas mall tu sebab bule nampak Tokyo Skt Tree dari atas tu. Malangnya tak lama bule duduk kat luar tu sebab sezuk amat. Amik gambar je la buat syarat dah sampai atas. Pastu terus masuk dalam balik. Pheww.








Tuesday, 15 April 2014

Vitamin Water: Dragon Fruit

This is my craze now.

Everytime Eddie balik, aku tak bagi dah beli chocolate. Buat gemuk je. Eh. Dan-dan. Heheh.. bukannya tak appreciate, apa awak beli semua saya appreciate tau. Dari sekecil-kecil zarah, sampai laa sebesar-besar elephant. Ekekeke. Lebiu hubby.

Aku first time rasa Vitamin Water ni masa Eddie kerja kat Singapore. Kalau gi sana, memang aku akan beli. Sedapp. Dia manis, tapi manis buah. Macam-macam perisa. Ala-ala Spritzer yang ada flavour tu. Cuma minus the gas. Tapi Eddie tak suka, dia cakap macam air paip laa.. macam orang tak pandai buat air laa.

Skang ni, setiap kali gi Hong Kong mesti nak beli. Kalau Eddie balik, memang aku akan kirim. Dia kan selalu pening nak belikan apa dari sana. Haaa buat masa ni, belikan I menda ni je eh. You takyah pening-pening dah pikir nak beli cekelat apa. Ekeke.

Ada sesape nak kirim? :D




Saturday, 29 March 2014

Vietnam: Good Morning Vietnam!

Hari ni nak cerita pasal breakfast. First day kat Vietnam, pagi tu kami rasa sangat ler lapar. Sebab semalam tak baper nak makan sangat. Tiba-tiba teringat ada complimentary breakfast. Terus happy hahaha. Walaupun aku tau, memang belasah buah je laa kan. Benda lain takleh makan.


Dak gedik dah lama bangun. Alarm clock betul tau dia nih. Sharp kul 7 pagi terus bangun tersengih-sengih. Pastu kalau dia tengok aku still tido, mula laa tangan tu raba-raba pipi aku kejut aku. Selalu aku buat-buat tido je. Time tu dia akan start meraba-raba pipi sambil mencengkam. Kuku dah laa panjang. OMG. Terus tegak aku duduk.


Paling suka main dengan selimut. Bule sejam dok main sorang-sorang dengan selimut. Pastu bila dah tertutup muka, dia akan dok static camtu. Tunggu orang tarikkan selimut tu. Mengada. Tu yang bagi selimut kecik dia je. Selimut besar/tebal kalu.. hilang terus dalam tu.


Fruits memang banyak gila laa kat Vietnam. Semua tempat jual buah. Best gila. Siap ada buah yang takde kat Malaysia pun ada. Drogon fruit dia pun manis. Raya aku and mama makan buah tiap-tiap pagi. Yang rack atas tu roti-roti. Ada croissants, cream puff and french bread.


Ni pulak side cereal. Cornflakes je pun. Pastu ada bran oats. Nak sangat amik, tapi susu kotak yang dia letak tu meragukan pulak. So tak jadi. Pastu ada biskut. Dan yang paling best ada Kit Kat. Tiap-tiap kali breakfast memang tiga keping aku makan haha. Made in Malaysia okay. Tulis melayu siap. Kira Kit Kat imported laa kalau kat sana ekeke.


Ni je laa breakfast kami. Cukup laa untuk alas perut. Tapi lunch time, kul 12 dah menggelupur cari makan. Nasib baik banyak kedai melayu/Malaysia kat sini. Senang nak cari makan. Sedap-sedap pulak tu. Nanti aku review satu-satu eh. Korang stay put okeyh.


Saje je bagi dak gedik rasa fruit. Watermelon. Kasik hisap-hisap. Suka gila dia. Manis ler katakan. Time ni lagi seminggu je gitu kot dia nak start makan. Mukadimah laa kira ni haha.


Muka dah kenyang. Dak gedik tak tukar baju titun pun time turun breakfast ni. Hahaha. Lepas ni kami naik dan terus bersiap untuk berjalan di kota Ho Chi Minh. Tak sabar sangat sebab baru first time sampai. Malam tadi dah selamat tido awal. Hari ni memang bantai pusing satu hari hehe.

Friday, 16 November 2012

Johor Trip: Durian!

On the way back to KL from Azila's wedding, memang dah plan nak pergi JPO. (Weeeee!) So kami bertiga pun tukar ler baju siap-siap. Takkan nak bershopping dengan baju kurung kot. Tak selesa pulak nanti. Heeee.

On the way nak ke JPO tu, kami lalu ler jalan kampung. Seronok sangat lalu kat situ. Dah lama tak tengok pemandangan kampung. Sekali terpandang pulak gerai durian kat tepi-tepi jalan tu. Banyak pulak tu! Takleh jadi. Kena berenti.

Sangat terkejut bila tau harga durian kat situ.

Sekilo hanya RM2.

RM2 SAHAJA!

Believe it or not?

Believe it :|

Syah & Dak Gumuk Yang Comel Looking Excited

Denghiaaaaaan

Sebakul ni RM10 Je. Bule Buat Durian Crepe 1000 Bekas :|

"Dusun Pajak Ni," Kata Pakcik Itu.

Jemput Tengok :DDD

Ommmm Nommm Nommmm Nommmmm!

Huda Tak Makan Durian, So Keja Dia Jadik Official Photog Ekekeke

Bule Masuk Budak Ni

Second Round


Minggu depan nak gi lagi cari durian murah. Huh.

Tuesday, 14 August 2012

Iftar @ Shangri-La, Putrajaya

Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.

Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.

Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.

Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.

Eja, Wawa & Lina

Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.

Eja, Yours Truly & Lina

 Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.

Pinjam spec Hello Kitty Eja sat

Salah satu pose mengarut.

Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik)

Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.

Reserved!

Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)


Malay Cuisine

Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p


Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.

Make Your Own Salad

Salad Lagi

Seafood On The Rock

Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.

Kerabu-Kerabi


Pecal

Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.

Otak-Otak

Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.

Petite Pudding & Rice Cake

Here comes my favourite part. Dessert line!

Chocolate Mousse Cake

Petite Coconut Pie

Strawberry Cocktail!

Nyonya Kuehs

Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?

Fruits

Entertainment Of The Day

AirAsia Colleague

First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.

The Pinky Girls!

Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.


Me & Ajis Yang Kuat Makan

Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.

The Petites

Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...