The Entourage

Showing posts with label Kursus Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kursus Kahwin. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

Solemnization Update: Sijil Kursus Kahwin. DONE!

ene is not working today. Not just today. He is not working yesterday and tomorrow even. His mom is going to Makkah to perform umrah tomorrow. So he took this opportunity to spend time with his mom before she goes.

Since dia tak kerja hari ni, dia telah diperintahkan oleh tunang dia untuk mengambil sijil kursus pra-perkahwinan mereka yang telah agak sebulan tak ambik-ambik. Sib baik ada lagi kat situ. Kot lama sket lagi mesti dicampak ke dalam tong sampah oleh Mahligai Firdaus. Terpaksa laa duk kematu montot sekali lagi ekeke.

Nak prove yang dia dah pergi amik punya pasal, siap MMS tu gambar sijil kat aku.. ekekeke.

Another Thing To Cross From The Check List. Yeayy!

Sunday, 15 April 2012

Solemnization Update: Kursus Kahwin (Part II)

Kursus kahwin lagi. Haish. Menyesal tak amik gambar time kat sana. Segan sebenarnya. Ada gambar dalam bilik je ekekeke :p

Ehehe..

 Hari ni half day je. Hehe.. happy rasanya dah nak habis. Untuk harini start pukul 9.00am - 2.00pm.

Module untuk hari ini:
9.00am - 11.00am: Module #5: Pengurusan Kesihatan - Tuan Haji Sani (Pegawai Kesihatan)
11.00am - 11.15am: Sarapan - Menu bihun goreng & teh o panas
11.15am - 2.00pm: Module #6: Akidah & Ibadah - Puan Nurul Huda (penceramah bebas)

Yeayy.. sudah habissss.. Fuh. Lega. Tapi tak bukak tudung lagi ni tau. Terus gi Mid Valley hehehe.. Plannya nak pergi beli kasut lace kat Charles & Keith. Tersangat lah cantiknya kasut tu. Ingat nak pakai untuk tunang, nikah and sanding nanti. Sangat sesuai tau I tell you. Very sweet.

Tapi malangnya.. size dah habis. Haish.. sangat menyesal tak beli hari tu lagi. Dah dua kali masuk Charles & Keith, tapi dok pikir nak beli ke tak. Skang dah terlambat. Takpe. Tengok kat Aeon Bukit Tinngi dengan 1-Utama next week (Haha.. dah ada plan siap).

Setelah keciwa dengan ketiadaan kasut lace itu, aku pun pergi beli handbag. Eh. Haha.. tetiba je kan nak beli beg. Tak sedar diri duit banyak nak pakai lagi.

Cleef Handbag RM89.90

Sebenarnya nak beli handbag kat Charles & Keith jugak. That was the original plan. Harga dia RM189.90. Pastu, ingatkan.. nanti dulu laa.. Pusing-pusing dulu. Masuk jusco. Tetiba tengok kat Cleef ada handbag yang sama! Sebjik weh! Homai! Since aku pun tengah short, lantas terus dibeli. Hahah.. persetankan brand. Beli saje! ene pun happy sebab aku tak membazir. Katanya, "Takpe.. lagi 8 bulan je. Pastu awak boelh pakai Armani awak, okay?" Sejuk terus hati aku. Lalalala..

Lepas beli tu, kitorang saje pusing-pusing kedai platinum cari cincin ene. Lebih kurang semua kedai laa kitorang survey. Tak beli apa-apa pun lagi sebab ene nak tengok cincin kat 1-Utama pulak. Keluar dari kedai platinum cuma dapat ni je:

Ekeke..

Sebelum hantar ene balik, kitorang lepak kat Nisma kejap. Recap apa yang patut untuk hari ni. Time ni tudung aku dah entah kemana laa kan. Haha.. What a tiring day..

Saturday, 14 April 2012

Solemnization Update: Kursus Kahwin (Mahligai Firdaus, Setiawangsa)


 Guess what? 

Tanpa diplan awal-awal terlebih dahulu, hari ni telah ditakdirkan aku untuk pergi kursus kahwin! Haha.. kelakar betul. Plannya nak pergi hujung bulan. Tapi tiba-tiba diawalkan ke minggu ni sebab Abe tak boleh ikut hujung bulan. Aku pun prefer this weekend sebenarnya since banyak wedding aku kena attend weekend-weekend depan. Bila ditanya kat Syah, rupanya dia pun prefer weekend ni. Tanpa membuang masa, aku pun email laa tempat kursus kahwin tu untuk book tempat.

Empat Je Yang Pergi..

Cuba tengok date email tu. Selasa aku hantar untuk book tempat hari Sabtu. Nasib baik dilayan. Kalau tak, kena laa cari tempat lain. Cuma aku dengan ene yang yang couple. Shah tak bawak Huda sebab Huda dah ada sijil.

Nama tempat kitorang pergi ni Mahligai Firdaus kat Setiawangsa. Plannya nak pergi Siarra & Dinderk kat Solaris, Mont Kiara. Cantik sangat class dia. Berkenan aku. Tapi rasa jauh sangat pulak. So, pergi laa dekat-dekat je.

Maka bermula laa hari aku memakai tudung. Hehe.. dah siap crash course dengan Hawa tau macam mana nak pakai selendang lilit-lilit tu. Aku suka sangat. Siap pinjam inner dia. Selendang pulak nasib baik An ada tinggalkan kat rumah. Kaler paling neutral dalam dunia. Cream. Heee.
So far, aku rasa aku enjoy sangat attend kursus kahwin ni. Pada aku semua peceramah best. Semua kelakar. Memang tak kering gusi laa. Every module semua ada cara tersendiri nak sampaikan isi-isi dorang.

Siap Dapat Buku
Module terdiri daripada enam section:

10.00am - 12noon:
Module 1: Akhlak & Hubungan - Ustazah Wan Ngah (JAWI - Bahagian Siasatan)
  
12.00noon - 2.00pm:
Module 2: Perkahwinan & Prosedur - Ustaz Khori (JAWI - Jabatan Nikah Cerai & Rujuk)

2.00pm - 2.30pm:
Lunch / Solat Zohor: Menu Nasi putih, ayam masak merah, sayur kubis goreng & Sirap

2.30pm - 4.30pm:
Module 3: Perkhidmatan Runding Cara - Ustaz Alias Mutalib (JAWI - Jabatan Nikah Cerai & Rujuk)

4.30pm - 5.00pm:
Tea time / Asar: Menu teh O panas & bihun goreng
5.00pm - 6.30pm:
Module 4: Komunikasi Suami / Isteri - Ustaz Abdullah Hashim (JAWI - Jabatan Nikah Cerai / Rujuk )

Baca sini untuk review. Malas nak tulis, sebab review Lyana ni sama je dengan review aku. Two thumbs up untuk team Mahligai Firdaus! :D

Lepas habis, perut pun lapar. Singgah kat Papparich Sri Rampai untuk minum-minum sambil makan-makan (aku laa tu). Aku order Pappa Fish & Chips with Rice. Sedap. Tengah lapar agaknya. Tapi share dengan ene okeyyy. Bukan aku makan sorang. Sebab tu pun order ni. Dia kan macam mat saleh tak makan nasi ekekeke. Jangna marah sayang. Aku makan nasi goreng tu dengan telur mata, ene habiskan fish and chips tu. Eleh cakap kenyang.

Pappa Fish & Chips with Rice RM14.90

Aku tumpang tidur rumah ene malam ni. Malas laa kan nak drive jauh-jauh. Esok dah laa lagi awal startnya. Pukul 9am. Haih. Esok ada lagi setengah hari lagi. Walaupun berkematu dah bontot ni, tapi tetap kugagahkan jua mengharungi kursus kawen ini. Fuh Fuhhhh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...