The Entourage

Showing posts with label Cosmetics. Show all posts
Showing posts with label Cosmetics. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

Zalora: Sephora

Lupa pulak nak cite. Sempena #MYCyberSale yang sedang berlangsung hari tu kan, korang shopping apa di atas talian? Jangan lepaskan peluang okey. Ada 300 company take part. Banyak gila discount diorang bagi. Aaaaaa pengsannn. *Tengah eyeing iphone6 kat Lazada*

One of the company taking part was Zalora. Opkos laa kan. Dan-dan diorang hantar email cakap ada 20% off for all items. 20% off tu dah normal laa kan kat Zalora. Tapi lepas tu dapat pulak email dari Bcard. Katanya kalau beli kat Zalora sempena #MYCyberSale ni dapat 25% off + 5x Bpoints. What??? Itu sudah bagus. 5x Bpoints tuuu. Banyak wooo. Aku pun apa lagi. Terus bukak Zalora walaupun tak sure nak beli apa ekeke.

Last-last tengok punya tengok, rasa macam nak kumpul barang Sephora laa. Nak beli baju macam tak larat dah tengok baju. Mungkin kena start beli selendang/wide shawl pulak kot? Teehee.


RM43.75 total saving di situ. Berbaloi kan? Yeay! Mari berwangi-wangian!

Tuesday, 14 October 2014

Sephora Is Here!

Dah lama dah dapat sebenarnya. Tapi takde masa nak menulis pasal ni. Barang Sephora aku dah dapat yeay! Siap dapat free gift lagi. Yang dalam pouch tu adalah free gift.


Kat bawha ni barang-barng free gift dalam pouch tu. Dengan pouch tu sekali tau free ekeke.


Monday, 15 September 2014

SEPHORA vs. The Body Shop

Boycott: Ada yang dah langgar pledge? Aku tau ramai yang dah. Sebab McD dah penuh balik. Haha korang ni. Alhamdulillah, aku belum langgar lagi.

Hence, aku dah takleh beli barang-barang favourite aku kat body shop. Sedih memang sedih. Sebab dah lama aku pakai. Dan dah lama jugak laa aku bagi duit aku kat Israel. So since aku dah tau body shop Israel punya, terpaksa laa aku cari penggantinya.

Lalu aku jumpa SEPHORA! Yeayyy!

Best-best woo barang Sephora. Dari lotion, sampai laa ke makeup. Dah laa banyak range, colourful, pastu semua waaaaangi! Dan yang paling best, it's cheaper than body shop! Hehehehe.

Dulu aku ingat Sephora ni mahai bebeno. Nampak gaya kedainya macam jadik malas-malas je nak masuk kihkih.. Sekali bila aku masuk kat Hong Kong hari tu (sebab dah takleh masuk body shop laa kan), terus jatuh cinta! Gerammmm tengok barang-barang diaaa! Rasa nak makan!

So hari tu, aku ada laa beli satu creamy body wash tu. Saje nak try dulu. Banyak sangat kaler sampai tatau nak pilih mana. Last-last aku pilih Peony. Sebab pink. Ekekeke. Ohmaiiii wangi sesangaaaat! Memang lepas ni aku jadik pembeli tegar Sephora laa pulak kann. Yeayyy!


Tuesday, 10 June 2014

Rakuten: Lady Gaga Black Fluid - Fame

Another bottle of lotion to be added to the collection. Wee! Aku beli kat Rakuten. Aku pun tatau nape aku beli lotion ni. Mungkin sebab saje nak try taste Lady Gaga pulak. Dia kan pelik-pelik sket. Membuatkan aku memang tak suka dia. Haha. Tapi bila tengok lotion ni macam teringin pulak nak try.

Mula-mula tengok logo dia. Hmm.. Lain macam. Black fluid tu apa? Takpe.. Jum belek lagi.


200ml uols. Botol besar. Very nice. Aku suka botol dia. Simple je. And smart. Looks masculine to me. Lain dari taste aku yang ala-ala girlish. Black and gold. Not bad. Okay.. Bule telan lagi. Nothing extraoddinary. Jum belek lagi.


Tengok belakang pulak. Wow.. Made in Monaco. Hmm.. Bila laa nak sampai Monaco ni. Teringin sangat-sangat. Okay.. 24 months bule simpan lotion ni. Bule guna yang lain dulu. Orite.. Now jum bukak botol. Nak bauuuu.


OOOOOOMMMMMGGGGGGG... It's really black liquid! I meant, literally black! This is no joke! Aku terkejut gila kot bila bukak botol dia. Warna hitam okay lotion dia! Tengok tuh! Dah macam nak pakai ink sotong je. Mula-mula takut aku nak pegang. Sebab takut kulit tukar hitam. Dah laa aku tak bape nak cerah.

Sekali bila letak kat kulit, it's not really pitch black laa sebenarnya. Dia macam tinted sket je. Bila pakai kat kulit, sket pun tak nampak. Dia macam dissolved je. Phewww.. Nasib baikkk. Kalau betul-betul hitam pekat, tatau laa aku nak campak mana lotion tu.

Haih laa Lady Gaga. Why you make me scared?? Suka tau buat perangai pelik-pelik. Iskk. But bau dia okay laa jugak. As expected, a bit to the masculine side but still okay. Sape-sape nak try pakai feeling-feeling pakai ink sotong, bule laa try. Hikhik..


Tuesday, 3 June 2014

HiShop: Cosmetics

First time beli kat Hishop. Macam-macam online store dah ada skang ni. Tiba-tiba je hantar email iklan barang. Entah mana-mana je laa diorang dapat email aku. Sudahnya terjebak lagi.


Lawa kotaknya. Kaler pink lagi. Sebenarnya bukan ada apa nak beli sangat pun. Just aku terminat pulak nak beli lip balm dia. Chocolate Hershey's Syrup flavour. Dengar nama pun dah rasa sedap kan.


Rasa dia pun memang rasa Hershey's. Bau cekelat sangat-sangat. Mula-mula aku ingatkan cuma bau macam bau Hershey's. Sekali siap ada rasa uols. Siap manis lagi. OMG. Sebenarnya bila ada rasa manis-manis kat mulut, aku tak bape nak selesa sangat. Rasa macam tak cuci mulut je. Tapi sebab dah beli kan, belasah je laa pakai. Takkan nak buang pulak kan.


Since aku dah teringin lip balm tu, makanya aku kena laa tambah barang lain untuk free postage. Memang dah habit aku macam tu. Kalau beli online, memang aku tak suka bayar postage. Rasa rugi sangat. Pada aku, kalau dah kena bayar postage, baik start kereta gi je kedai beli barang. Defeat the purpose of online shopping.

Biasanya online store cani akan letak syarat kena beli sampai berapa-berapa RM then baru bule dapat free postage. Since aku memang pakai eyeliner everyday, aku pun stock up ler eyeliner. Dua terus aku beli. Nak beli lotion dah tak lalu. Nak beli perfume, takut yang kat umah expire. So eyeliner je laa. Pasni bule mekap ala-ala Lagy Gaga haha.

Monday, 26 May 2014

The Body Shop

Ada siapa-siapa memborong time Body Shop buat sale hari tu tak? Rugi woo siapa tak borong. Barang-barang sangat murah. Botol-botol mini dia cuma tinggal RM5 je. Sesuai untuk sesapa yang baru nak try flavour-flavour Body Shop. Yang lain-lain mostly 50% off. Nasib baik baru shopping hari tu. Kalau tak, memang habis aku borong semua flavour.

Baru je sampai hari ni. Saje aku beli campur-campur flavour. Ada satsuma, strawberry, mango and cranberry! Hmmm wanggiii! :DDD


Wednesday, 21 May 2014

The Body Shop Sale!


Gila-gila punya weh!

Inilah sale yang ditunggu-tunggu! Sampai 70%! OMG! Murah sangat ni! Cepat grab! Beli online bule, pergi kedai pun bule. Cepaaaat!







Sunday, 18 May 2014

Lazada: Yves Rocher

Tahap gedik takleh blah. Shampoo pun nak beli kat Lazada. Hhaha.

Betul ler orang cakap, online shopping ni memang addictive. Satu sebab senang, click dan click, barang sampai ke tangan terus. Tak perlu penat-penat. Dua sebab penjual-penjual online ni jahat tau, asik kasik discount voucher jerrrr. Dan bila sampai tahap taktau nak beli apa dah, memang barang-barang mengarut je laa yang dibeli semata-mata tak nak rugi voucher tuh.



Tapi okay laa kan beli syampu. Manade mengarut. Sooner or later aku pakai jugak bila syampu lama dah habis. Lagipun murah kot. Kalau kat luar, tak dapat harga ni tau. Yerr.. aku nyedapkan hati. Dah byeee.

Wednesday, 7 May 2014

Lazada: Cosmetics

Addiction online shopping kembali lagi. Aaaaaaa.. Tolonggggg.. Apa-apa je laa aku beli sebenarnya. Website-website ni pun jahat tauu.. Asik bagi discount voucher je.. Makanyaa terpaksa laa beli hahaha.




Ni aku beli kat Lazada. Saje nak try lip balm Hershey's ni. Macam sedap je. Hahaha macam takleh je nak beli coklat dia. Beli lip balm buat apa entah. Yang lagi dua tu adalah eyeliner. Aku kan suka pakai eyeliner. So alang-alang nak membazir, beli je laa dua. Saje try macam-macam brand. Nak compare tip mana yang paling best. Eyeliner ni, ink dia pada aku suma sama je. Yang membezakan dia adalah tip nya. Kalau tip dia best, cantik/senang laa pakai. Kalau tak best, jadi mata panda laa korang ekeke.

Lambat sket laa aku review pasal menda alah ni. Sebab yang lama banyak lagi. Yang ni buat stock ehehe. Aku dah start pakai nanti, aku review okeh.

Saturday, 3 May 2014

The Body Shop: Chocomania

Parcel dah selamat sampai! Yahooo!
 
Hari tu ada sale kat website Body Shop. 50% uols. Apa lagi.. cargas ler mengclick. Walaupun stock toiletries masih banyak. Hakhak. Last year Eddie dah pernah belikan body butter Chocomania. Bau dia macam bau chocolate cake. Rasa nak gigit diri sendiri bila pakai. Haha gila.

Sebenarnya bukan Chocomania range je yang sale tau. Banyak lagi. Macam-macam ada. Sorry laa aku tak sempat nak bagitau korang. Masa tu tengah busy dengan benda lain. Tak sempat nak up entry bagitau pasal sale ni. Next time ada lagi, aku up entry cecepat eh. Sape-sape yang nak tunang, sesuai sangat laa membeli set ni sebab murohhhhh!


Sunday, 20 April 2014

l'Occitane Body Milk


 

Yeayy.. Two more bottles to add to the collection! This one memang aku takleh nak resist. Sebab aku tak pernah ada l'Occitane punya body care. Ayu jual kat aku rm140 je untuk dua botol. Kalau kat luar dah berapa. Rugi kalau tak beli. Sebelum orang lain sambar, aku sambar dulu. Ehee..

Sebenarnya barangnya pun tak sampai lagi kat tangan aku. Almaklumlah aku ni susah sket nak bergerak. So kena tunggu sape-sape yang free untuk tolong amikkan kat dia. Takpe.. Aku sabar menunggu. Haih Ilaa.. Ilaa.. Bila nak habis beli lotion pun tatau. Nanti dah dapat and dah try, aku review ok! Weee tak sabar!

Tuesday, 1 April 2014

White Musk by Leona lewis



Cantik, kan? Sebenarnya aku tak pernah suka White Musk punya range. Lantak ler White musk version apa pun. Pada aku, bau dia sangat musty. And woodsy. Tak suka. Tak fresh bau dia. Tak paham kenapa glamer sangat White Musk ni.

Tapi version yang ni buat aku rasa nak beli. Bukan sebab bau but because of the bottle. Cantik, kan? Cumel gila. Ni White Musk range Leona Lewis. Baunya.. Hmmm.. Macam White Musk laa. Haha. Masa ni tengah sale. Aku kan tiap-tiap hari bukak website bodyshop. Haha gila. So bila ternampak je ada 50% off items, memang tak tunggu lama, terus click, click, click dan tunggu. Ehee. Murah kot kalau shopping bila 50% off. Macam-macam barang korang bule dapat. At 50% off. Tak ke berbaloi tu. Conclusion kat sini sebenarnya aku nak bagitau, jangan beli barang bodyshop at original price. Rugi!

Thursday, 20 February 2014

Body Butter Lagi


Yeayyy body butter lagi! Weehuuu.. kali ni tub kecik-kecik pulak. Eddie hantar gambar through whatsapp nak bagitau dia dah belikan stock body butter ku ekeke.. bestnyaaa makcik kayooo dengan body butter :p

This time ada flavour Chocomania, Cocoa Butter, Ginger Sparkle, Grapefruit, Olive and Coconut. As usual tempat dia shopping body butter mesti la kat Citygate Outlet, Tung Chung. Baru laa bule dapat murah. Kalau setakat beli kat butik biasa, baik aku beli kat sini je. Sebenarnya, aku tak pernah pun beli barang Bodyshop dengan harga biasa. Biasanya mesti time sale 50% off. Mahal kot kalau harga biasa. Bodyshop ni pun memang selalu je buat sale macam-macam. Time tu laa stock up macam-macam ekeke.

Satu tub yang kecik ni harga biasa dia dalam rm25 gitu kot. Tapi kalau bel ikat outlet dapat 50% off. Berbaloi-baloi. Ada sesape nak kirim? :ppp

Tuesday, 28 January 2014

The Body Shop: Body Butter



Hari ni hati manyiaaakk happy. Pagi-pagi dah dapat Whatsapp dari Eddie. Dia hantar gambar ni. Wahhhh.. syioknyaa dapat collection baru body butter. Weeehuuu. Tub besar lagi uols. Ekeke.

Hari tu Eddie pergi Citygate Premium Outlet kat Tung Chung. Kat situ memang ada outlet The Body Shop. Memang all year round laa murah kat situ. Nama pun outlet kan. Semuanya 50%. Tu yang Eddie grab tiga biji untuk aku. Happynyaaaaa.. tq hub hub!

Tiga-tiga ni memang aku suka bau dia (husband belikan, tak suka pun cakap je suka :DDD). Aku memang sangat suka body butter especially kalau untuk kaki. Sebab kaki kan memang extra kering dari tempat-tempat lain.

Yang Passion fruit tu aku penah pakai shower gel dia. Very the sedap laa bau dia. Ni first time nak try body butter dia. Yang Japanese Cherry Blossom tu pun first time nak try body butter dia. Tapi sebelum ni aku pernah guna perfume and lotion dia. Wangi semerbak oke. Sedap sangat! Siap repeat beli dua botol time sale hari tu nak bagi An dengan Mama. Ekeke seronok diorang dapat perfume. Yang blueberry tu pulak, ok-ok laa bau dia. Aku pernah pakai time zaman-zaman MMU dulu. Very moisturizing.

Sunday, 12 January 2014

Crabtree & Evelyn


 Aku adalah salah seorang pengumpul tegar lotion. Aku pun tak tau nape, tapi aku tak boleh tengok lotion. Rasa gatal je tangan tu nak capai. Walaupun lotion kat umah dah mencapai 19 botol/tub. :| Aku pun tak tau bila masanya akan habis benda-benda tu. Dan setiap kali Eddie balik, setiap kali tu jugak laa dia bising. Haish. Sorry hubby. Obsesi teruk ni :(

Biasanya aku suka borong lotion/body butter kat Body Shop. Tapi hari tu, Ayu ada offer Lotion & Bath Set from Crabtree & Evelyn. Kawan dia jual. RM90. Terus terbuntang mata aku. Pantas aku cari harga kat website. Yup, memang murah. Terus aku transfer duit kat Ayu hahhaa.

Look At The Price :D
Berbaloi-baloi kan ehehehe. Bau pun sedap. Very citrusy. Texture lotion dia very light. Not as thick as body butters. Sesuai ler pakai keluar. Bath dia aku tak try lagi. Dah try nanti aku review ye.

 

Friday, 7 December 2012

3D Crest White Strips

21 DAYS UNTIL THE WEDDING!

Thanks Kina!

Dah sampai!

Hari tu ada email Kina tanya pasal benda alah ni. Dah lama dok baca review-review B2B yang dah pakai. Review sumanya kata memang berkesan. So bila dah dekat-dekat tarikh ni, terus ler place order kat Kina. So semalam baru sampai package sakti yang akan mencantikkan dan memutihkan gigi aku ini. Ekekeke.

Malam ni bule dah bule start pakai. Sehingga laa malam yang ke-14. Pastu ene balik Mesia nanti, bule eksyen kat dia gigi aku lagi putih dari dia. Huh.

Thursday, 29 November 2012

Whacky Wednesday Sale!

...29 DAYS TO GO!


Selalunya if I received those promo sales ke apa, I just flipped it through. Tak rajin sangat nak baca. Tapi bila tengok the knockdown price, RM10 je for all items??? Homaaaaiii… macam tak percaya! Dah laa banyak jugak benda yang aku memang tengah cari tu on sale. Apa lagi. Terus aku click selaju-lajunya kat link. Cepat korang pulak klik! :p

Sudahnya.. dari nak beli hanya satu barang, terus terbeli lima barang. Huwaaaa. Bf, tamo marah saya. I know, saving is important. But I just can’t help it :(

Watch Box For ene, OP: RM79.

Since he got his beloved Oris watch for hantaran, he’s so crazy about safe keeping and maintaining his watch. Saw him looking at some watch boxes behind the glass once or twice while we were out shopping. But the price, masha Allah. Macam boleh beli jam lagi satu. So I bought him this watch box. Cheap, but I guess this would make him happy, I hope :) Yup of course the watch comes with its own box, but I guess spending some money for him won’t harm, right? :)

Mouse For Abah, OP: RM35

Been eyeing at this pretty cool mouse for a while. Love the shape. Smart, kan? Very flat! Ada je sebenarnya mouse kat umah tu. Saje beli untuk letak kat our Metro Driving Academy’s office. Abah mesti suka. He just love collecting Airline’s merchandise :p

AirAsia Graffiti Cap (Red) For Irfan, OP: RM59

My youngest brother Irfan is a fanatic of Graffiti. Gila sangat dengan Graffiti. Not just gila, he can really draw Graffiti! And he’s the only one in the family that inherits the artistic skill from Abah. Both of them are really good with drawings! Masa SPM dulu Abah laa yang banyak tolong buat projek aku ekekeke!

AirAsia India Graffiti Cap (Black) For Didi, OP: RM59

Saje beli extra sebab both caps are sangat smart! Kan? Dan murah opkosss. Planning to give this one to my second brother, Didi. Hope he likes it J

Makeup Brush Set (6-pcs) For My Dear Self :) OP: RM69

This one of course laa untuk diri sendiri kan.. Sebenarnya aku dok tengok-tengok brush sets yang jual-jual kat Groupon, Mydeal, Milkadeal, you name what website. Banyak jugak laa skang. Ranging from RM29 sampai laa ke RM110. I actually love this one particular set from Bobby Brown. 24-pcs sets only for RM95! Murah kan. Bobby brown kot! Tapi sebenarnya aku agak skeptical of buying branded things through these kinds of websites. Tak tau authenticitynya guane. Sebab murah sangat. Terus jadi skeptical. Tapi lain orang, lain ragam laa kan :D Alang-alang takde brand, belasah je beli cop AirAsia. RM10 saje! Puas hati. Cukup laa 6-pcs for my own personal use. Bukan nak jadik makeup artist pung.

Saturday, 3 November 2012

Wedding Update: Samporna Sari Beauty & Spa

Murah, Kan? Nasib Sempat Beli

Going on a spa retreat this weekend! Weee! First time beli kat Milkadeal. Tambah lagi acc discounted coupon. Sigh. This is not my final spa visit beforemy wedding. Confirm ler akan ada lagi lepas ni. Because it's still two months away kan. Too early ler kalau nak gi lulur skang ni.

This is supposed to be a girl's day out for me and Azila before her wedding. Just the two of us. It's her last weekend being single. (Awwwww~) Lepas ni dah ada husband dah. Dah takleh naughty-naughty tau? Be a good wife okay. I'm gonna miss you :'(

Jangan nak ngada sangat la. Sebenarnya dia still dok Seri Kembangan lagi lepas kawen and we're both gonna be estranged wives to our husbands ;p Sebab her hubby pun kerja jauh. Offshore nun di Labuan. Yup, long distance marriage just like me. So, lebih kurang takde beza pun kalau kitorang kawen pun. We're still gonna be seeing each other as often as now and maybe more. She's still gonna come sleepover at my place, I'm still gonna go to her place gossip-gossip. Nothing changes. Sian kami bini-bini yang jauh ni. Kena laa accompany each other kan bila husband-husband takde ekekeke..

Apa-apa pun, I can't wait to see you on your wedding day. Sangat tak sabar. The date is 10.11.12. Pretty isn't it? :D Cuti pun sudah approved (Yeay!) The trip is gonna be next week and let me give a clue for where are we heading.. JPO! :p

Saturday, 14 July 2012

A cK Surprise From ene :)

Scheduled Entry.

Busy betul weekend ni. Semua benda nak settlekan dalam satu hari. Plan today was to re-stock kain baju (dah jual baju pulak Si Zila neh), then to go buy loose crystals (untuk buat tasbih doorgift, sat lagi kita cite panjang ye :D), to go fitting baju at Mimi Bridal and also to find ene's perfume set. Hari tu dah beli dah untuk hantaran dia, tapi aku rasa macam tak cukup je.. hanya perfume and cologne spray. Macam kesian pulak tengok dia ada dua barang je atas dulang. On the other hand aku punya pulak, hamek kau sampai dua set. Ahaha tamak haloba.

Setelah settle ambik stok baju kat Kelana Jaya (dah laa jammed tak hengat) dan settled beli manik crystal di Jalan TAR (cantik gilaaaa! Tak sabar nak start sambung-sambungkan jadik tasbih), kami pun bergerak laa ke Keramat untuk fitting baju kat Mimi Bridal. Sampai-sampai je kami pun terus laa naik. Tiba-tiba nampak macam pelik. Jengah-jengah kat pintu dia.. apsal semua baju dah takde? Mimi bridal dah bungkus ke? Kenapa butik dia yang cantik tu dah jadik macam stor baju? ene dengan pantasnya ajak aku turun balik sebab dia rasa Mimi Bridal dah tutup kedai.

Being me, I will never settled by just assuming. Terus aku tekan bell. Ahaha. Bukan apa, if possible aku nak settlekan semua before bulan puasa and also before ene pergi Singapore. By right, ene is going two weeks after puasa. Kalau dia dah pergi, lagi susah nak arrange apa-apa. Baik laa settle apa yang patut skang ni masa dia still here.

So, ada laa this one girl keluar. Bila tanya-tanya rupanya Mimi Bridal dah pindah kedai daaa. Skang kedai dia kat Kinrara. Haihh.. tuh laa.. siapa suruh tak call dulu before datang. Kan dah buang masa. ene gelak kan aku :p

Devastated, kami pun beredar. Then we went straight to Pavilion. Hajat hati nak mencari perfume set ene laa. Sambil-sambil nengok perfume dia, of course laa aku nengok perfume aku kan :p Tengah browsing around, suddenly ene tanya, "Nak ke?" Dengan pantas laa aku jawab, "Nak!" Ahaha.

Aku ni pelik sket, suka beli perfume lama. Pada aku it's classic. Perfume baru-baru keluar tuh pun aku suka jugak, Tapi tunggu bila dah lama keluar, baru aku beli ekekek. So, pilih punya pilih, aku pun terplih laa cK Eternity Moment. Been wanting it since study years. Lama gila. Ni baru dapat.

Tengs Bf! :p

Wanted to get just the smallest bottle. Murah laa sket.. sian kat ene kena belanja mahal-mahal. Biasanya for women ada je 30ml. Ni takde pulak. The smallest bottle available is 50ml priced at RM254. Told ene, I still wanted this one becuse it's an EDP. Then he said, "Takpe, amik laa.. Saya bayar." I feel like hugging him ketat-ketat.

So with that perfume, aku dapat free 75ml Jennifer Lopez lotion Live Luxe, free 15ml perfume sample Davidoff Cool Water for men (saje amik for men sebab ingat nak bagi ene, lupa dia dah ada Cool Water :| ) and also a free cK sling bag! I just love the sling bag purely! Tantekkk.. :p

Sudahnya, perfume ene tak beli pun, aku pulak yang dapat perfume ekeke. Love you ene to bits! :D

Kepada siapa-siapa yang tak tau, ni alamat baru Mimi Bridal ye:

Jom Serbu!

Saturday, 21 April 2012

Reception Update: Hantaran (Lancome!)

Lepas try baju kat Rita Collection, kitorang terus laa berarak ke Aeon, Bukit Tinggi. Tak jauh pun. Dalam 5 minutes dah boleh sampai sebenarnya. Tapi disebabkan Klang ni memang suka sangat dok traffic jem, kitorang sampai dalam masa 15 minit.

Sampai Aeon around 12.30noon. Padahal janji dengan Anne kitorang akan sampai around 10.30pm haha. Sorry laa Anne. Terlambat pulak sebab last minute changes of plans.

Hari tu time order, aku dah tulis satu entry pasal barang-barang hantaran Lancome aku. Tapi aku guna gambar-gambar yang aku jumpa dalam website je. This time, aku dah dapat barang, so aku upload gambar yang memang aku snap. Tengok, jangan tak tengok! :DDD
Happy aku dapat barang aku. Complete dah semua lima barang yang aku order. Compact powder, blusher, mascara, lipstick and perfume. Siap Anne bagi aku extra dua barang which was make up remover and body lotion. Happy gila! Thanks, Anne. Sayang ko! :DDD

Miracle Eau de Parfum 30ml RM96 (Original Price: RM160)

Aku memang dah lama suka perfume Lancome Miracle ni. Tapi agak pricey jugak laa barang-barang Lancome ni. Lalu.. terpaksa laa aku beli yang 30ml punya je. ene cakap jangan terlebih budget. Bahaya. Hehe..

Maqui Miracle SPF 35 Compact Powder RM102 (Original Price: RM170)

Compact dia ni dia jual asing-asing tau. Casing lain, powder dia lain. Untuk orang yang first timer macam aku, memang kena beli dua-dua laa kan. Tapi kalau next time aku nak beli, aku boleh laa beli refill dia je. Takyah beli casing dah. Hehe..

Blush Subtil Rose Shade 10 Powder Blusher RM72 (Original Price: RM120)

Jum Try!

 Look at the blush. Cantik, kan? Sangat cantik sampai rasa sayang nak pakai. Dia ada empat tone. Anne advice aku amik yang pinkish. Walaupun aku tak suka sangat, tapi aku ikut je laa. Sebab yang ni banyak tone dalam satu blusher. It's not only for cheek, but for upper and lower cheek as well as highlighter. Cara pakai boleh tengok sini, detail dia tunjuk. Very informative.

Virtuose Drama Mascara RM78 (Original Price RM130)

Lupa pulak nak tanggal cap lipstick ni time amik gambar. The colour is like pink to brownish. Just neutral untuk pakai daily. Sweet colour if you want to use it without any other colours on the face.

L'Absolu Rouge SPF 12 Lipstick in no. 351 Mauve Majeste RM48 (Original Price RM110)

Thanks lagi sekali Anne for giving me these two free items. Penuh laa sikit dulang aku nanti hehe..

Miracle Body Lotion FREE! :D

Makeup Remover FREE! :D

8 Pcs of Lancome Cosmetics RM396 (Original Price: RM790)

I'm so happy when I see all the items. Thanks a lot Anne for giving me a special discount for my hantaran. Love you lahhh!

Okayh, sekarang ni tengah pikir macam mana nak susun barang-barang ini bersama dengan set MAC Cosmetics aku yang aku gatai pi beli time sale kat opis AirAsia hari tu. Tetiba rasa macam barang banyak sangat nak letak atas dulang tuh.. Haish..

Okey.. now next on the list: Alfie & Wiwit wedding at Dewan Bankuet, MBSA :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...