![]() |
| Tadaa! |
Aku dah cite quite a couple of times pasal bunga telur aku. At first rasa macam just nak beli je. Senang. Mudah. Takyah susah-susah. On second thought, aku terasa macam nak buat sendiri pulak. Orang gila DIY memang gitu. Abistu, dah wedding sendiri. Buruk pun sape nak marah kan?
Aku memang suka sangat bunga telur tissue ni. Super suka. Selalu tengok orang jual-jual. Paling aku suka tengok kat Seri Qanasuri. Voilaa dia punya bunga tissue amatlah to-die-for. Tanya-tanya harga sekali macam nak suruh gantung diri laa pulak kan.
Then I decided to make my own. Semangat tu. Asked ene for opinion. "As long as it doesn't burden you. Go ahead." Wee! ene was okay with it. Lalu terus pecut gi beli barang kat Jalan TAR dengan ene. Cian ene.. melayan je mana aku nak pegi :)
![]() |
| Half of The Barangs |
Boleh tak aku terus beli one bundle of tissue paper. Tak sabar-sabar sangat. Padahal sekali pun tak pernah buat lagi. Setakat tengok online tutorial je. Bukan tissue je. Semua bahan aku beli banyak-banyak yang memang untuk buat 100 pieces of bunga telur. Haish.. memang satu pembaziran kalau tak jadi buat.
Alhamdulillah, setelah banyak-banyak kali try and practice, menjadi jugak. Betul laa akak Bunga Gift cakap. Buat banyak-banyak kali, insya Allah, jadi. Tengkiu kak. Walaupun saya tak jadi beli dengan akak, akak tak kedekut ajar saya heee :)
![]() |
| Ni laa Theme Kaler Kami: Blue & Pale Yellow |
Okay tak korang rasa?


