The Entourage

Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Chocolate: Kinder Bueno



Chocolate lagi. Dah taktau nak mintak chocolate apa lagi bila Eddie tanya nak apa. So tiba-tiba teringat keenakan Kinder Bueno. So terus bagitau Eddie. Hamekk kau.. sekali empat pek besar dia beli haha. Dalam tu ada 16 pek yang kecik-kecik tu. Tahun bila nak abis ni hahaha.

Tuesday, 18 November 2014

Sabtu Yang Best!

Haih.. cerita dah basi.. baru nak upload haha.

Kena upload jugak sebab aku kan jarang outing dengan family kecilku. Bila dapat outing sangat lah bahagia rasanya. 

Ada sekali tu masa wiken-wiken yang Eddie balik. Sebelum balik ke rumah Eddie kat Gombak, aku ajak dia pusing-pusing Mid Valley. Saje je sebab rasa dah lama tak gi mall. Sian kan aku. Eddie pun ikutkan je. Dia pun baru teringat nak tukar duit kat situ. Situ kan banyak Forex.


Sampai-sampai Mid Valley terus ler carik makan. Lapauuu. Kami ke Chili's. Sorry laa tade gambar food sebab macam malas pulak. Dok sibuk amik gambar dengan anak je. Masa ni Eddie baru dapat ipon6 nya. Try-try laa cameranya. Tapi asik blur je bila Eddie snap. Haih tangan tak bedung tauu. Haha. Gambar dak gedik yang tengah belek menu kat atas tu aku yang snap. Haaaa.. sila compare hahaha.



Lepas dah kenyang makan, baru laa bule pusing-pusing kan hehehe.. Sambil-sambil tu kami masuk laa kedai-kedai luggage. Baru teringat nak cari. Masa ni sebelum trip Melbourne. Ingat tak aku pernah cite, beg gabak kami telah hancur musnah pecah dan tercabut tayar masa trip Gold Coast? So memang kami memerlukan ler sebuah luggage bag yang gabak untuk kami tiga beranak. Kalau travel, aku memang suka sumbat suma barang dalam satu beg besar. Sebab kalau beg banyak-banyak susah. Sebab aku kan ada baby. Pastu strollernya lagi. Diaper bagnya lagi. Susah ler tangan penuh kan.

Sempat bergambar dengan beg hehehe. Akhirnya kami beli Lojel. Japanese brand katanya. Sebelum beli siap research kat youtube hahaha. Eddie yang particular sangat bab brand-brand ni. Kalau aku, beli kat Sungei Wang pun bule kahkah. Size paling besar kami amik. 31" ekekek.

Ada tiga warna masa tu. dark brown, mustard and apple green. Eddie nak brown, dia cakap tak nampak kotor. Aku rasa macam tak cantek. Dull. Boring. Hahah. So aku cakap amik apple green. Senang nak nampak dari jauh kahkah. Dia pun layankan aje. Phew.


So lepas bayar, kami pun sambung ler jalan lagi. Teringat pulak tadi ada terlalu kat Garrett tepi Chili's. Terus ajak Eddie gi sana balik. Teringat itu Macadamia yum yum. Pastu Eddie suruh mix dengan Almond. Dia nka try. Aku pun ok je laa. Sekali bila nak bayar, kat counter diorang letak dalam paper bag tu sekali dua medium pack. Satu almond, satu macadamia. Hahahhaa sudah misscommunication rupanya. Tape.. more Garrett for me kihkih thank you hub hub.


Lepas beli tu, kaki pun dah penat berjalan. Kami pun beransur ler pulang. Dak gedik pun dah tertido-tido dalam carrier. Sian kat dia. Sebenarnya dah lama kami tak bawak stroller dia bila kuar. Bawak carrier lagi senang. Tak perlu asik dok nak cari lif. Dak gedik pun lebih suka melekat atas dukung. Suka beno dok dalam carrier. Hehe. Rasa macam rugi beli stroller sebenarnya hehe. Kami lebih banyak pakai travel stroller je sebab ringan dan umbrella-like. Stroller lagi satu tu dok terperuk je dalam store.


Malam tu, as usual, lepas dinner kami akan keluar gi Manjaku cari barang-barang dak gedik. Tadepe nak beli sangat pun. Saje pusing-pusing kot-kot ada yang terlepas pandang. Lepas dah bayar semua, kami ke Wangsa Walk pulak, aku nak tukar screen protector ipon5 ku yang tua itu. Dah comot-comot. Cian dia. Eddie pun nak cari dia punya jugak. Malangnya ipon6 punya belum keluar lagi kat mesia kihkih. Sabo yee. Kasik jalan saya punya tukar dulu. Awak gi cari kat Hong Kong je la kahkah.

Kami pusing-pusing kat Wangsa Walk tu. Pastu gi cold storage cari avocado je. Hahah gedik. Pusing-pusing lagi sampai ler Wangsa Walk tutup. On the way balik tu, singgah pulak Starbucks drive-thru sebab nak habiskan credit dalam card. kami try yang flavour baru tu. Sedap jugak. Tapi Dark Caramel tu lagi best dari French Vanilla.

Okay dah tu je cite aku. Hehe. Seronok sangat bila Eddie ada sini. Selalu melayan karenah kami. Dia tau, dia jarang ada kan. Bila sesekali dia ada tu, sehabis boleh dia try untuk buat kitorang happy. Thank you, hubby. :)

Friday, 7 November 2014

Melbourne, Here We Come!


The Puffing Billy

Okeyy.. hari yang di nanti-nanti telah tiba! Woohooo sangat tak sabar. Korang jangan rindu-rindu aku okeh. Seminggu lebih aku tak bersiaran ni. Balik nanti kita cerita-cerita okeh. Doakan kami selamat pergi dan pulang. Korang pun jaga diri tauuu! Jumpa minggu depan okeh. Sayanggggggggg korang! Muahhhhxxxx!

Friday, 31 October 2014

Hijrah







Alhamdulillah.. aku dah berhijrah. Terima kasih atas doa-doa :)

Eddie sangat support bila aku cakap nak pakai tudung. Macam yang aku pernah cakap, dia tak pernah paksa. Dia tau, tak guna paksa kalau aku tak ikhlas. Alhamdulillah, hati aku tiba-tiba je ringan untuk pakai tudung. Dulu nak pakai tudung tu rasa macam berat bebeno. Ni dok try-try tudung tiap-tiap malam kat rumah, rasa seronok pulak hehe..

Banyak benda yang aku pikir sebelum aku berhijab. Aku selalu tanya diri aku sendiri. Hidup aku selama ni Alhamdulillah dipermudahkan. Serba serbi cukup. Eddie sentiasa support mana yang tak cukup. Apa aku perlu, semua aku dapat. Masa aku pregnant, masa aku deliver, semua dipermudahkan. Dak gedik lahir, semua cukup sifat, sihat walafiat Alhamdulillah takde sakit apa-apa. 

Tapi kenapa aku masih tak nak bersyukur? Tak nak berhijab, kononnya takut nampak tak cantek. Padahal tak berhijab pun tak cantek juga. Siap dapat dosa. So kenapa aku tak nak berhijab? Tak berhijab, konon-konon nak nampak cantek pun untuk siapa? Orang luar? Dosa lagi. I'm losing the battle in every way. Haih.. banyak lagi yang aku pikir. Kesian kat Eddie, kesian kat Abah tanggung dosa aku tak tutup aurat.


Aku pernah up gambar ni dulu. Saje simpan untuk rujukan. Alhamdulillah aku kat tangga ke lima sekarang :) No. 4 tu memang takkan singgah sebab aku cukup tak gemar fesyen turban. Lain orang lain laa kan hehe. Insya Allah, sket-sket aku tukar okey. Takleh nak tukar sekaligus, terkejut orang nanti. Lagipun sayang pulak nak buang baju-baju aku yang lama.

For a start ni, memang aku kena pakai juga sket-sket. Pengsan nak tukar satu wardrobe. First batch of baju-baju and shawl-shawl dah beli. From various online store. Zalora, FashionValet, Lazada, Qaira, Calaqisya, you name it. Semua aku terjah kahkah. Lepas ni aku akan beli sket-sket setiap bulan untuk tambah collection. Jackets, cardigans, shawls. Eddie pun dah start tambah monthly allowance aku untuk aku berhijrah. So..... apa lagi, jom shopping! :D

Tuesday, 21 October 2014

Mommy



Korang dah rasa semua? Aku dah. Cuma gambar makan pet food je belum ekekeke. Kalau tu pun dah, memang complete laa hidup aku kahkahkah

Wednesday, 15 October 2014

Funny vs Romantic

Husband korang romantic tak? Eddie tak. Haha. Langsung tak. Kalau nak harap dia bermadah pujangga bagai pungguk rindukan bulan, kan ku petik bintang di langit, tiada cinta sesuci cintamu, memang sampai kucing aku keluar tanduk pun jangan harap laa dia nak menyebut ayat-ayat tu. Tapi dia funny. Romantic yang funny. Aku pun tatau nak explain cane. Selalu buat aku tergelak sorang-sorang bila baca whatsapp hehe.

Hari tu, kawan kitorang bagi wifeynya yang preggy a bouquet of roses. Aku pun saje ler forward kat Eddie walaupun sebenarnya aku tak suka bunga pung. Kami kan memang suka buat-buat majuk kengkonon.





Hehe.. Alhamdulillah bertemu jodoh yang serba serbi perfect kat mata aku :)

Monday, 13 October 2014

Hong Kong: Passion By Gerard Dubois


One of the nights aku kat Hong Kong. Lepas dinner kami pun keluar laa anak beranak mencari secawan ngopi untuk dihirup. Sejuk-sejuk hujan-hujan gini syiok juga dapat kopi. Bilas pulak dengan dessert sket. Fuh heaven. Ekeke.


So kami pun berjalan laa ke cafe depan rumah tu. Namanya Passion. This was the second time ler aku gi situ. First time hari tu macam malas pulak nak snap-snap. This time pergi pun tak banyak snap gambar sangat. Sebab tak sabar nak memilih dessert. Dessert-dessert kat situ amatlah menggamit jiwa oke. Terasa seperti di Paris kembali. Aku campur-campur gambar dengan website tau. Sebab gambar kat website lagi menarik dari gambar yang aku snap kahkah.


Kat bawah ni laa yang kitorang order. Dark and white chocolate mousse. Satu lagi yang bawah tu adalah Apple crumble. Sedap tak terkata. Sebab tu time makan aku diam je sambil nguyah kahkahkah. Drinks pulak aku amik iced chocolate. Too thick macam kena tambah air lagi. Eddie order coffee something-something. Tak ingat sangat dah. I'm for the desserts heheheh.



Sebenarnya niat aku ajak Eddie ngopi-ngopi sebab nak makan creme-brulee dia. Sedap oi. Masa first datang, aku order tuh laa. Tapi this time dah habis agaknya. Keciwa sket. Lalu order Apple crumble saje. Creme-brulee dia yang kat bawah ni haa.



Menarik kan cafe ni? Full with French pastries and desserts! Memang a heaven on earth untuk orang yang sweet-tooth macam aku hehe. Sape-sape yang datang Hong Kong bule try ok.

Saturday, 11 October 2014

Chocolate: Reese's & Hershey's

Chocolate dari suami lagi yeayy!

Sharing assortment katanya. Ada dua jenis brand but tiga jenis flavours. Ada my all-time-favourite Reese's Peanut Butter Cups and Hershey's (milk chocolate and cookis n' cream). Cookies n' cream ni dulu pun pernah jadik favourite aku jugak.

Masa tu aku duduk kat Langkawi. Chocolate murah kan. Berpek-pek stok dalam locker. Masa tu berat aku memang mencanak-canak naik. Kalau dah setiap kali makan, dessertnya adalah chocolate. Mana tak naik. Kalau skang ni mungkin dah bule dapat diabetes hehe.


Hospital suggests the best amount of sugar consumption daily would be 10 teaspoons. But dietition suggests only 6 teaspoons daily. Sebabnya adalah dalam makanan orang Malaysia dah mengandungi banyak gula. Hidden sugar content ni yang bahaya sebenarnya sebab kita tak nampak bape banyak gula dalam badan.

Hmm.. So sape nak tolong habiskan chocolate ni? :p

Friday, 10 October 2014

Tido Dalam Imaaaaaann

Sememangnya aku tatau kenapa. Anak bujangku yang sorang ni memang peberet betul tido gaya gini. Suka betul pusing satu katil golek-golek pastu nonggeng. Dia bule tido lama kalau gaya gini. Bila penat dia pusing katil lagi pastu nonggeng. Hahaha lawak aku dok perati dia.





Thursday, 9 October 2014

Next Trip

Banyak trip jalan-jalan kami tahun ni. Alhamdulillah.. dapat peluang melihat keindahan bumi Allah ni.

Tokyo: dengan kawan-kawan.

Vietnam: dengan family aku.

Gold Coast: dengan family Eddie.

Fair and square dah bawak semua jalan-jalan. Tak lebih dan tak kurang. Cuma trip kami bertiga je belum ada lagi. Sian kami kan.

So.. Our next trip ni adalah trip kami je. Hanya Eddie, aku dan dak gedik. Our little family. Nobody else. Takde sape bule ikut. Dah laa kami dok jauh. Sekali sekala nak privacy apa salahnya. Takkan laa semua trip asik nak bawak orang je. Kasik laa can. Kan?


Tuesday, 7 October 2014

Gold Coast: Bye Australia :'(

3rd August 2014 (Ahad Malam)..


Bye Gold Coast. Til we meet again. Taktau laa bila sebab aku rasa dah cukup la dua kali gi Gold Coast kot. Banyak lagi tempat dalam dunia ni yang aku tak gi lagi. Hehehe..

Monday, 22 September 2014

Big Boy



No words can describe how exactly I feel now. :')

Sunday, 6 July 2014

Gold Coast: Flight Tix Done!


Alhamdulillah. Flight ticket dah settle. Dah siap tambah bassinet dan dah siap amik hot seat. Cuma tinggal nak masukkna nama baby-baby sekalian dan select meals. Masih menunggu mereka-mereka memilih makanan apa yang diorang nak. Lepas tu, check in, anddddd.. we are ready to go!

Kitorang pergi berenam. Baby pulak dua orang. Aku, Eddie, dak gedik, Falsya, husband dia (abang Eddie), Qisya, adik dan juga mak Eddie. Semoga dipermudahkan. Cuma risau sket bila bawak baby ni, time dia nak tantrum, memang ikut sukati dia la kan. Kena pulak bassinet tade time flight balik tu. Dah habis. Flight pergi ada satu je yang tinggal. Almaklumlah.. staff bule purchase ticket sebulan sebelum je. So nanti kita gilir-gilir okay babe. Harap kita kuat masa tu menjaga anak-anak kita. Harap baby-baby kita behave dalam flight. Kalau tak behave, kita tebalkan muka masing-masing je laa ye.

Since aku banyak travel tahun ni, ticket ID90 (discount 90% off from regular fare) aku dah tershort pulak. Cuma tinggal lima je untuk tahun ni. So, aku plan nak pakai e-coupon (zero fare). E-coupon aku ada empat lagi. Tapi malangnya aku terlambat log-in malam tu. E-coupon dah abis. Lambat 2 minit je sebenarnya. Cepat betul diorang beli. Yerlaa.. Gold Coast kan antara route yang paling hot dikalangan orang-orang Malaysia. So.. lima orang guna ID90, sorang lagi kena beli full fare ticket. Banyak betul beza dia. Pengsannnn.

Friday, 4 July 2014

Gold Coast, Queensland, Australia

Alhamdulillah..

Trip raya untuk tahun ni dah secure. Not everything secured la. Cuma tiket dengan accomodation je yang dah secure. Visa, rental car, theme park tickets dan yang lain-lain ground arrangements belum lagi. Insya Allah akan dibuat dalam minggu ni or minggu depan. Memang kami tunggu secure ticket dulu baru nak start arrange semua. Sebab tiket laa yang paling crucial kan. Dah laa ticket aku tu limited. Kesian staff AirAsia dianaktirikan. Haha padahal memang banyak berjalan pun tahun ni.


Since dah ada ticket, bule laa aku start bercerita pasal trip ni. Kalau cite awal-awal, buatnya tak jadik, adeh laa.. Sedihhh tau. Walaupun ni second time aku pergi, tapi bule sedih la jugak. Sebab this time aku bukan pergi dengan kawan-kawan. Aku pergi dengan little family on mine :)

Kebetulan Falsya ajak kami bersahur sama-sama Ahad lepas kat rumah dia. Mula-mula nak berbuka sama. Tapi tak sempat sebab Eddie nak balik Hong Kong dah. So plan ditukarkan ke sahur. Kami sahur beramai-ramai makan nasi goreng dengan telur mata. Walaupun simple gitu, tapi sangat sedap okehhh. Serius. First time makan food u masak. Memang sedap babe. Tu belum lauk pauk tuu.


So lepas tersandar kekenyangan, kami pun memulakan diskusi pasal Gold Coast. Browse sana, browse sini. Mostly browse pasal accomodation laa. car rental and sorts belum lagi. Apartment kat sana banyak. So memang rambang mata nak pilih mana.

Insya Allah, kitorang gi raya kedua dimalam hari. Flight Gold Coast memang semua malam belaka. Kul9.35pm. Okay laa jugak.. At least dak gedik bule titun. Tapi titun-titun pun, kalau time turbulence, even sket pun, mesti kena angkat dia. Time tu memang dia mengamuk laa kan. Haih. Hopefully everything goes well.


Eh.. dah terpanjang pulak cite kat sini. Perginya belum lagi. Okay.. sambung next entry lah. Hehe.

Monday, 30 June 2014

Good Bye



Just dropped off Eddie at the KLIA 2.

Dia dah balik.

Jumpa raya nanti hubby.

Insya Allah.

Friday, 20 June 2014

Another Year



In every smile, every tear and every cheer..
 You were always there for me through the years..
Supporting me and providing me with all the energy I needed..
In order to stand in the game called life.

Happy Birthday Mama and thank you for everything.

Saturday, 19 April 2014

No Occasion

Tiba-tiba je dapat ni. Hehe.. mungkin dia tau wallet aku dah buruk. Mungkin sebab aku ada sebut aku suka wallet Kate Spade yang neon coloured. Dah bape kali aku cakap nak tukar, tapi tau laa bila dah ada baby ni, aku lebih suka shopping online. Takde masa weh nak pusing-pusing mall skang ni. Eddie jauh, Harapkan aku nak pusing sorang-sorang dengan baby, setakat Equine tu bule laa.

Wallet yang aku pakai skang ni adalah wallet dari hantaran kawen kami dulu. Dia jugak laa belikan. Armani. Tapi tau laa Armani punya design not so feminine. Aku kan girlie sket orangnya kihkih. Beli wallet Armani tu pun sebab nak matchkan dengan handbag. Lawo sket letak atas dulang. Sekali selang dua tahun pakai dah nak mintak nyawa. Apa daa. Leather kat luar tu ok lagi. Kat dalam tu pulak macam rapuh sangat. Isk.

Apa-apa pun, thank you hubby for the gift. Sangat suka. Macam kaler terung. Ehh. Hahahahaha. Muahx!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...