The Entourage

Thursday 31 May 2012

Engagement Review: Door Gift

When my brother got married last year, his door gift for the wedding was a mug filled with sweets and wrapped with some kind of a paper wrapper. And lepas habis wedding tu, as usual laa.. door gift confirm akan berlebih-lebih kan..

So, at first my idea was to use his mugs for my door gift and fill them with beautiful rainbow cuppies. Tapi bila tengok kat baking corner aku (yep.. i've my own baking corner. Cuma tak rajin je nak bake lately nih ekeke), i saw this whole lotta mini cups! Alaa.. the ones yang you use for Almond London tuuu.. The black mini cups tu.. Lalu idea aku mula laa macam-macam. So, I decided to make mini cuppies instead of standard size cuppies. Senang. Benda dah ada. Takyah beli souffle cup dah kan? Saving di situ :p

Tunang aku hari Sabtu, aku plan untuk buat menda-menda hari jumaat. So, hari Khamis tu aku pergi shopping barang. Best gila rumah aku dekat dengan kedai bahan kek. Heaven! Jalan kaki pun bule sampai. Tak banyak pun aku habis, less than hundred. Siap bule dapat bahan-bahan untuk buat eggtart lagi (yang ni Effa promised to help bake them for desserts. Love you, Effa!). Kalau order semua-semua benda ni, berapa laa jadiknya, kan..

My Love For Baking

 Recipe aku pilih untuk guna recipe rainbow cake as I really love the texture. Sangat laa moist. Only that I didn't add up all colours in one cup. Cup kecik sangat pun. Tak rajin aku nak letak semua kaler. Aku cuma pakai tiga kaler. Ikut theme aku. Pink, purple and cream. Artificial colour untuk pink memang dah ada kat rumah. Cuma aku beli kaler untuk purple je. Cream tu dah memang original kaler dia.

Mini Cuppies On Their Waayyy!

Overall aku buat ada laa around 500 pieces. Dalam 4 adunan kot. Aku letak 5 pieces in each mug. An laa yang tolong pack. Cayangg dia. Bila dah pack campur-campur tiga kaler camtu nampak sangat cantik. Too bad takde sorang pun yang teringat untuk snap gambar door gift aku :(

The Mugs

Ni laa mug-mug lebihan kahwen Abang yang aku pakai tu. Tu paper wrapper dia. Tapi aku tak nak pakai. So, aku tukar sket wrapper dia. At first, aku nak pakai paperbag. Tapi tak jumpa yang putih pulak. Mama tak suka brown. So, tukar laa pakai plastic. Aku jumpa plastic yang cantik kat Daiso. Nak tau harga baca kat sini.

Frost Bags @ Daiso

Bila laa isi semua mini cuppies kat dalam tu, kitorang seal and tampalkan smal rosebuds kat plastic tu. So cute! Aku beli kaler pink and purple. Baca kat sini. And tiba-tiba aku terjumpa another pack of rose buds kaler merah kat rumah tu. Siapa beli entah. So, aku mintak je An tampal 3 rosebuds kat each plastic as decoration. It looked so cute, I tell you!

Mini Rose Buds

Isk.. I really need to find extra door gift kalau ada kat rumah. Rasanya macam ada lagi yang lebih-lebih hari tu. Boleh amik gmabar. But of course without the mini cuppies laa kan.. :p Kalau jumpa nanti aku upload okey!

Lebihan Adunan Dibuat Cuppies Size Besar Untuk Masuk Dalam Mulut Sendiri

Wednesday 30 May 2012

Engagement Review: Veil Tunang

Ada Sesapa Nak Sewa?

 Okeh.. jum review veil tunang aku pulak. Veil tunang aku ni kaler pink. More to dusty pink lebih kurang. D-shaped with full beadings at the edges. Panjangnya aku tak ukur laa pulak. Cuma bila pakai tu, Panjangnya sampai atas punggung. Materialnya dari kain net.

Aku beli veil ni kat Jalan TAR hari tu dengan Azila, sekali dengan kain chiffon untuk baju aku. I just love the deatailing. Beadings dia semua pink. Teliti sungguh orang tu jahit. So, memandangkan baju aku tu trimmings dia lace putih with white pearls, aku decide untuk tambah pearls kat veil aku tu.

Close Up

Yang kat bawah ni pulak gambar time aku tengah pakai. Aku memang sangat suka veil dari net. Sebab dia tak panas. Very airy hehehe..

Menggigil-Gigil Tau Masa Ni :p

Si Belang-Belang Biru Itulah Yang Bertanggungjawab Memakaikan Veil Kat Atas Kepala Aku Ini :D

:D

p/s: Veil ini dibuka untuk sewaan ye kawan-kawan. RM30 sahaja. Murah, kan? Kepada siapa-siapa yang berminat, sila tinggalkan email anda di ruang comment ye. Or bule juga terus email kat sini: gina1983@yahoo.com :D

Senarai Penyewa:

AUGUST:
11th-12th: Rahimah

SEPTEMBER:
15th-16th: Huda Ashikin

Cats: Cleo Neutered! =D

Dah lama dah janji dengan diri sendiri nak hantar Cleo to the vet untuk neuter. She's 10 months now. Dah start naughty cari boyfriend. Not good. Tak nak pisang berbuah dua kali. Kang tak sempat, dia dah bawak perut, aku yang menyesal. It's not that I don't like kittens. I heart them. I really do. It's just that I can't afford to have anymore of them for now. Money isn't the issue. Time is. And mama. Dia sangat takut kucing. Dan tak tahan bau kucing. Hehe so kesian she has to put up with me all these years. Ye.. aku memang seorang yang sentiasa hidup dengan kucing. All my life. Since I was 7 dan start merengek-rengek mintak kucen :p.

So, I promised the vet to come and pick her up yesterday after office. Went there around 7pm. Masuk-masuk je I saw this reaaaaaally big Rottweiler in the room. Holy cow. Terus tak jadi masuk, told the girl behind the counter that I'll be back later. Haha.

Then, singgah laa kedai mama. Kebetulang pulak memang ada jahitan mama nak mintak tolong siapkan, Orang nak amik malam ni jugak haha.. langkah kiri betul tau. Layankan aje. Then sent Irfan to fetch Cleo instead.

Masa Irfan bawak naik kedai, kesiannya aku tengok Cleo. So weak. Nak berdiri pun no strength. Dia cuba jugak tegakkan kaki, jatuh. Tegakkan lagi, jatuh lagi. Heheh.. cumel pun ada. Dia still mamai from her surgery. Kelopak mata pun separuh je bukak. Mengiaow pun slow je. Hehe.

Alololololo.. :p

Kesian punya pasal, aku saje laa lepaskan dia kat dalam rumah. Kesian sangat tengok muka dia terkurung je kat dalam cage tu. Nak lepaskan, takut pulak. She's too weak and the wound is too new. Takut dia tidur merata kat mana-mana, terkena penyakit apa-apa kang, bahaya pulak. Stay in the cage for a while ye, Cleo. It's for your own good, yayang :)

Owen Rindu Cleo :p

Tiba-tiba dia jadik sangat manja tau Cik Cleo kita nih. Owen datang jilat-jilat badan dia, dia siap tidur! Hehehe.. sabar je laa. Hopefully lepas ni takdelaa dia lari-lari sampai tak balik macam hari tu. Risau hati perut aku nih.

Suka-Suka Je Tidur Kan

Semalam tengok the wound area tu still kuning-kuning lagi dengan ubat. This morning tengok, dah super bersih dah. Alhamdulillah, Cleo dah kuat untuk bersihkan diri sendiri. Nak amik gambar perut dia, tapi takut. Hehe.

Tuesday 29 May 2012

Engagement Review: Official Photographer

Yeayy! Gambar sudah siap!!! Bravo Mr. Photog kerana berjaya men-deliver apa yang anda janjikan! Ehee.. sebenarnya last weekend lagi aku dah pergi tengok gambar dengan ene kat Taman Tun. Last Saturday kitorang pergi. So excited! :DDD

Masa nak pergi tengok tu rasa sangat berdebar-debar. Tapi aku gagahkan jua kaki melangkah. Bila dah sampai tak tengok lagi. Still dok gelak-gelak berborak. Hati dah makin tak tenang. Lalu terus mintak tengok.

Bila tengok outcomenya.. AKU SANGAT SUKA!!!! Cantik gila dia edit! Rasa nak nangis tengok gambar-gambar tu. Dia sangat pandai buat storyline. Tengok gambar rasa tengah baca buku cerita. Terus jatuh cinta. Okeh jum layan gambar dulu! :D





























Mahu tau siapakah official photographer aku? :DDD

Monday 28 May 2012

Rental Items: Flower Stands

Remember hari tu aku ada cakap Kak Mas nak sewa flower stands aku tu? The engagement ceremony was last sunday at Bandar Baru Salak Tingi and aku dah dapat pun dapat gambar dari diorang. Hehe.. senangnya kalau customer satu opis :p

Flower Stands Sekali Dengan Kain Cream & Net Putih

Tak mahal pun aku sewakan kat dia. First customer, kan.. so murah-murah je.. asal pulang modal. Hehe.. Dia pun suka sangat. senang nak setup, katanya.


Aku ada 3 set flower stands ni. Masing-masing lain ketinggian, lain bentuk. Siap ada yang two-tier lagi :p Nanti aku upload okeh :D So, siapa-siapa yang nak DIY pelamin sendiri dialu-alukan untuk menyewa. Lowest price in town guaranteed! :)

Sunday 27 May 2012

Food: Bread Pudding

Lepas balik dari kedai mama, aku dah tak larat nak menghadap kanzashi flowers aku tuh. Agak stressful gak membuatnya kalau nak compare dengan buat poodle flowers. poodle flowers macam lagi senang nak buat banding dengan kanzashi. Okay, baik pikir betul-betul nak buat hand bouquet apa. Jangan nanti buat separuh jalan, bazir masa je..

Tiba-tiba perut pulak lapar (padahal hari ni dok makan je laa kerjanya). Teringat ada adunan eggtart kat dalam fridge, balance time aku tunang hari tu tak habis lagi. Sebenarnya dari sehari ke sehari nak buat eggtart, sambung habiskan adunan tu. Tapi asik tak menyempat je. Lalu terus dapat satu idea.

BREAD PUDDING!

Roti pulak banyak aku tengok kat dalam fridge tuh. Kat rumah aku ni, bila roti itu dah dijumpai dalam fridge, maknanya tinggal lagi sehari dua je laa hayat roti tuh. Apa lagi, aku kerat-kerat roti tuh, sapu butter on each pieces, tuang adunan eggtart, bakar. Voilaa!

Dua Tray Kau!

Try jugak korek-korek kat dapur kot-kot ada kismis or chocolate chips or chocolate chunks. Ingat nak tabur macam bread pudding yang aku buat hari tu. Takde pulak.. haihh.. bread pudding kosong je laa jawabnya. Tapi orang-orang rumah aku tak kisah pun. Everybody loves bread pudding. Buat laa gaya apa pun. You can never go wrong with bread pudding. Tak gittew? :p

Lepas Abah & Irfan Balik, Semua Ni Hanya Tingal Tray Sahaja

Susun roti pun campak tebar je orang cakap. Asal all the breads could be soaked in the eggs dah good enough. Alaa.. nak makan sendiri je, bukan nak jual pung. Esok paginya ingat nak bawak sket pergi kerja untuk breakfast. Tak sempat.. turun-turun bawah, tinggal tray je. Ekekeke  Alhamdulillah :)

Craft: Kanzashi Flowers!

Hari ni memang dah janji dengan mama aku tak nak pergi mana-mana sebab kena tolong jahit baju kat kedai. So, pagi-pagi lagi aku dah bangun, sebab banyak benda nak buat hari ni. ene ajak keluar tengok moviee pun ditolak mentah-mentah kekeke.

Lepas mandi dan siap, aku hantar kereta pergi servis. Tiap-tiap hari travel 95km gi kerja, cepat aje kereta mintak servis.. lepas tu, aku suruh cina tuh check sekali apa laa yang bising sangat kereta aku tu. Tiap kali drive, memang sangatlah kuat bunyi dengungnya. Kadang-kadang bila cakap, kena kuat-kuat. Bingit sungguh telinga aku neh. Bila dah check, rupanya bearing empat-empat tayar dah pecah. Yaa ampunn.. RM600 aku terbang semalam. Haish.. sabar je laa. Nasib baik laa bulan ni dah start masuk increment. Kurang sket beban. Alhamdulillah.

Lepas settle hal kereta, aku balik rumah then hantar Cleo pergi vet pulak. Cleo bulan depan dah 10 bulan. Tengok-tengok dah start ikut-ikut bf keluar merayap pastu balik lambat. Takleh jadi. Kang jap lagi bawak perut, aku yang pening. Kena neuter cepat-cepat. Tapi vet tu penuh laa pulak. So, Cleo kena tidur satu malam kat vet, esok baru neuter. Then lepas kerja aku datang amik. Cian Cleo.. takut je tengok dia tadi..

Vet tu kat sebelah kedai jahit mama je. So, lepas drop Cleo, aku pun pergi laa tolong mama jahit baju. Sambil-sambil tu, buat hilang penat, aku pun menggodek laa kedai jahit mama tu cari menda-menda menarik. Bila dah dapat kain perca cotton dengan butang, aku pun memulakan activity aku. Nak tengok? :p

Kanzashi Flower! :D

Agak-agak kalau buat handbouquet cantik tak? Aku rasa macam cantik. Hehehe.. Terpikir pulak untuk nikah nanti.. Nak buat kanzashi ke.. nak buat felt.. hmm.. Ataupun buat banyak-banyak untuk deko mini pelamin. Walla!

Nih Lagi Satu..

Aku baru je tau pasal Kanzashi Flowers ni kat one the blogger's entry, Sarah Syafiq. Terkejut tengok bunga ni. Cumel sangat! Terus tak sabar nak buat hahaha. Thanks for the heads up, Sarah! :p

Kalau ada sesiapa yang nak try buat, meh tengok sini dan sini untuk tutorial. Senang aje! :D

Farewell, Dear Handbag..

Sangat Suka Ini Bag Sebab Bule Letak Semua Menda Dalam Neh

Semalam dengan berat hati aku telah meletakkan titik noktah kepada kehidupan handbag aku yang tersayang. Patut dah lama dah aku buat camtu. Service dia kat aku tersangatlah lamanya. Adalah dekat dua tahun kot. Dah sampai korak rabak barai dah haa. Ciaann dia.


Bye Bye :)

May you rest in peace dear handbag. I'll always remember you. Jiwang pulok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...