The Entourage

Showing posts with label Reception. Show all posts
Showing posts with label Reception. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Reception Update: Durukan Dah Sampai!


10 DAYS UNTIL THE WEDDING! WOOHOOO!

Thanks kepada kawan-kawan yang comment bagi idea kat mana aku bule contact untuk buat henna time wedding nanti. Tak sempat lagi nak reply cakap thank you. Kat sini aku nak cakap,

A BIGGGGG THANKSSS TO YOU GUYSSSS! REALLY APPPECIATE YOUR HELPPP!



Okay, dah sampai. Dah bule masuk dalam bakul untuk diberi kepada kanak-kanak di majlis aku nanti. :)


Satu balang ada 56 pcs. Dua balang, you do the math. Kat tengah-tengah lollipop ni adalah chewing gum. Weeee! Nak? Meh datang wedding aku :D

Baca kat sini cane aku beli benda manis ini :)

Wednesday, 21 November 2012

Of Pelamin & Sushi

Last weekend settle satu lagi hal. Pelamin dah bayar second deposit. So now tinggal nak tunggu hari pasang and then bayar final payment. Weee! Alhamdulillah. Hari Ahad tu aku pergi rumah FMIL sebab nak hantar barang-barang hantaran aku. Yuppp.. barang-barang hantaran aku suma aku simpan dulu kat umah aku everytime lepas beli sebab aku jenis yang selalu suka bukak dan tengok. Dah tak dapat nak pakai, tengok pun jadi ler.

So, alang-alang dah hantar tu aku ajak laa sekali FMIL aku pergi jumpa orang pelamin tu. Memang saje je aku set appointment dengan Kak Syam hari yang sama. Senang sekali harung. Aku bukannya ada time sangat nak keluar-keluar banyak kali.

Kak Syam sangatlah best orangnya. Hari tu time first time bincang, pelamin aku simple je. Tapi bila bincang lagi sekali ni, macam-macam pulak aku mintak. Pelamin aku takde laa mahal mana. Murah-murah je. Tu yang aku rasa baik lebihkan je accesories kat pelamin. Kalau kena tambah pun, takde laa aku ralat sangat.  Kan. Bila tanya balik, alih-alih Kak Syam kata dia tak charge extra apa-apa lagi. Woweee.. tengkiu Kak Syam! Semoga berseri ler aku kat atas pelamin tuh nanti ahaks. Tak snap pulak time perbincangan hari tu. Camera pink ketinggalan :|

Butik Pengantin RS ni kat Ampang je. Nak pergi sana pun memang kena lalu Ampang Point. Alang-alang dah lalu tu, aku ajak ler FMIL singgah. Aku nak makan. Lapo. Lagipun kesian FMIL aku kebosanan di rumah. Dia baru je pencen so macam takde apa nak buat sangat kat rumah.

Dah pusing-pusing tu, macam takde apa sangat yang best nak di makan kat dalam tu. Nampak Octopus Sushi. Tengok sushi-sushi yang menari-nari kat atas belt tu macam menggamit-gamit pulak. Terus rasa nak makan sushi. Tapi aku tak suka sangat Octopus Sushi. Sebab.. sebab.. ehem.. ehemm.. mahal. Dengan menu dia, lagi berbaloi aku pergi Sushi King. Lebih kurang je pung.

Lalu teringat pulak kat luar ada Sushi King. So off we went! :D




Seronok juga sekali sekala melepak dengan FMIL. Bonding session ler katakan. Sekali sekala di hujung minggu.. apa salahnya kan. Dia pun takde apa nak buat kat rumah. Sian dia boring hehe.

Monday, 29 October 2012

Reception Update: Door gift (Minijar!)

Dah lama dah sebenarnya dapat benda ni. Tapi sangatlah tiada masa untuk menghapdet. Berkejar suma benda skang ni. Look at my wedding ticker. Only two months left to our wedding! Scary marryyyyyy :-SSS

Finally, bekas untuk doorgift aku dah siap. Weee! Phewww.. akhirnya siap jugak. Aku order minijar aku ni kat Kak Mai from Lurvering. Masa ni tengah promosi minijar RM1. Harga termasuk minijar, sticker dan ribbon. Siap dah suma. Tinggal nak masukkan isi je. Murah, kan?

Blue & Yellow: Save The Date! :D

Ni laa ghopernyer minijar aku. Pada aku, dah cukup cantik dah. Aku memang sangat-sangat teringin nak bagi minijar (regardless what the content is) as doorgift masa wedding aku. Tengkiu bf kerana melayan karenah saya. Lebiu to bits :D

The Sticker

Senang deal dengan Kak Mai ni. Sepatutnya jumpa kat Masjid Serdang. Tapi aku tak sure jalan. So dia tukar jumpa kat Giant Kinrara. Alhamdulillah. Senang sangat urusan. Dia siap bagi aku extra sticker lagi. So kepada sape-sape yang tengah takde idea nak bagi apa untuk wedding korang, please consider this. Recommended ni. Murah tau. And right now, promosi RM1 tu ada balik untuk wedding 2013. Bagus betul Kak Mai nih. Cepat grab while stocks last!

Tengkiu Kak Mai :)

Saat ini rumah aku memang macam tongkang pecah. Penuh kotak-kotak bagai. Doorgiftnya lain. Barang-barang jahitannya lain. Bunga telurnya lain. Haihh.. tak sabar nak tunggu December. Kasi settle suma!

Rumah Dah Macam Gudang

Oh by the way, nanti aku reveal apa aku nak letak dalam minijar tu kat next entry yer! :D

Thursday, 25 October 2012

Wedding Invites!

Something really funny happened yesterday.

I put on my wedding invitation on YM status. Just like the one up there. Ohh by the way kawan-kawan, alang-alang dah bercerita ni, nak gebang laa sket. Jangan lupa key in your address ye if you require a wedding card. Insya Allah, aku akan poskan :)

Okay sambung. So I put on my our wedding invites on YM status. Then ene saw it and clicked it. Then he asked me.

"What's up with the chinese word?"
Aku macam, "Huh?"
Then he was like, "Ada tulih cino kat wedding invites kita. Apa maknanya tu?"
Lagi laa aku blur. Then aku bukak laa docs tu. All seemed fine to me. "Mana?"
"Tuu haaa yang bawah sekali. Wait, I send a screenshot to you."
Sekali tengok punya tengok.. memang ada! What theee...


Terus aku panik.. Alaa asal jadik gitu.. cane nak tukar ni!

Then suddenly ene said, "Oh no worries.. this invites is generated from google docs, kan? It changes the language automatically sebab I logged in from a computer in Hong Kong. IP address dia detect from Hong Kong, tu yang kuar bahasa cina."
"Ohh.. okayy. Pheww.." Dalam pada tu aku terpikir, dia ni guna Google bahaca cina ke? Baru dok sebulan dah pandai cakap cina? Biar betul. Tapi aku diam je.

At the same time aku mintak Azila bukak that particular page pun, she said nothing is wrong. So betul laa kot. Phew. Yang penting orang Malaysia bukak, semuanya okay. Aku bukan nak hantar invites kat orang Hong Kong pun :p

After like a month of being far from each other, he is finally coming home for raya! Weeee! Excited sangat nak pergi fetch him today. Rasa tak sabar nak tunggu malam. Masa, cepatlah berlalu!

He'll be arriving from Hong Kong at around 1.00am tonight. Considered dah Friday laa kan. I'll be picking him up from LCCT since rumah pun memang dah dekat dengan LCCT. Boleh je dia amik bas from LCCT straight to KL. Tapi mesti laa dia nak jumpa aku dulu ye dak? :p

So.. this Friday, Saturday and Sunday semuanya barang-barang DIY kawen akan disimpan rapi sebab aku cuti. Cuti buat DIY thingies sebab nak gi detink! Yeayy~ :DDD

Tuesday, 23 October 2012

Wedding Update: Groupon Lagi

Ada sape-sape tak dapat voucher RM10 kat Groupon hari tu?

Surprisingly, aku dapat sampai dua kali. Apa kes? Hari tu dah dapat sekali dah, terus aku beli slimming package. Ni tiba-tiba check email dapat lagi! Saje je nih. Huh. 

Ingatkan nak pass je. Tapi bila tengok-tengok deals yang kesekian kalinya dihantar untuk memenuhkan inbox aku nih, ada pulak yang rasa berkenan dihati.


Untuk yang ni aku tak kira membazir pun sebab lollipop ni aku beli untuk doorgift budak-budak time reception aku nanti. :p Kalau dikira-kira jadik bape je sebatang tu. Murah laa kalau nak dicompare dengan harga Chupa Chup. Harga Chupa Chup. Aku beli 2 tub. So altogether ada 112 batang.

Tak sure lagi aku nak bagi lollipop ni time nikah or reception. Still tengah pikir-pikir lagi.. Hmm..

Wednesday, 10 October 2012

Reception Update: Kain Untuk Pengapit!

So sorry to all yang dah comment my last entry. Dah baca dah kat email. Thanks sangat sebab comment. Tapi tak sempat sangat-sangat nak reply. Nak publish terus, tapi kang takut lupa nak reply comment korang pulak. Sorry tauuuu.. janji esok aku reply k! Janji nih!

Hari ni tiba-tiba ada course pulak kena attend. Airframe course. Sebenarnya bukan tiba-tiba sangat pun. Aku teroverlook email notification yang kata aku kena attend course. Adeh.. Nasib baik laa semalam ada terpikir nak sweep old emails. Tiba-tiba terjumpa. Homaaiiii.. Airframe course ler pulak.. 4 hari weh.. adeh laaa. Starting today sampai lah ke hari Jumaat. So starting today sampai ke Jumaat jugak laa aku tak masuk opis. Bertapa kat AirAsia Academy tu. Best tu best. Tapi tak best sangat sebab tak dapat nak layan comment korang..

Okeh, nak update lagi satu hal kawen.

Hari yang aku pergi merayap ke Jalan TAR mencari kain untuk mock dress dan lace untuk baju nikah aku tu, aku dah jumpa jugak kain untuk pengapit aku. Yesss, minggu tu memang banyak sekali duit aku melayang-layang masuk dalam cash register Jakel tuh. Redha je laa. Since aku pakai champagne masa reception tu, aku dengan ene dah setuju nak suruh sang pengapit pakai brown. So aku pun mula lah operasi mencari kain..

Untuk Wan Panjang & Hawa Ku Sayang

Susah jugak sebenarnya nak cari kain kaler brown yang sesuai. Suddenly aku terjumpa yang ni. Cantik kainnya. Cuma dia darker than kaler baju pengantin. Tapi macam tak kisah sangat pun. Aku suka kain corak-corak tu. Yang tu untuk pengapit aku. Yang kain plain tu untuk pengapit ene. Kaler dia brownish yellow, bak kata akak Jakel. Ehehe.

Untuk pengapit lelaki, aku beli 4.5m. Untuk pengapit perempuan aku beli 4m je. Orangnya tinggi dan kurus. So tak perlu banyak pun. Alhamdulillah. Ekeke. All-in-all, RM120 untuk both kain. Okeh. settle satu bab. Weee!

Aaron Aziz Kaaaau! Ahahahah Apa-apa Aje.

Sorry lagi sekali ye korang, tak sempat nak reply comment. Layan entry ni dulu. Esok aku settlekan satu persatu ye. Lebiuuuu :D

Wednesday, 3 October 2012

Reception Update: Bunga Telur Tissue!


Tadaa!

Aku dah cite quite a couple of times pasal bunga telur aku. At first rasa macam just nak beli je. Senang. Mudah. Takyah susah-susah. On second thought, aku terasa macam nak buat sendiri pulak. Orang gila DIY memang gitu. Abistu, dah wedding sendiri. Buruk pun sape nak marah kan?

Aku memang suka sangat bunga telur tissue ni. Super suka. Selalu tengok orang jual-jual. Paling aku suka tengok kat Seri Qanasuri. Voilaa dia punya bunga tissue amatlah to-die-for. Tanya-tanya harga sekali macam nak suruh gantung diri laa pulak kan.

Then I decided to make my own. Semangat tu. Asked ene for opinion. "As long as it doesn't burden you. Go ahead." Wee! ene was okay with it. Lalu terus pecut gi beli barang kat Jalan TAR dengan ene. Cian ene.. melayan je mana aku nak pegi :)

Half of The Barangs

Boleh tak aku terus beli one bundle of tissue paper. Tak sabar-sabar sangat. Padahal sekali pun tak pernah buat lagi. Setakat tengok online tutorial je. Bukan tissue je. Semua bahan aku beli banyak-banyak yang memang untuk buat 100 pieces of bunga telur. Haish.. memang satu pembaziran kalau tak jadi buat.

Alhamdulillah, setelah banyak-banyak kali try and practice, menjadi jugak. Betul laa akak Bunga Gift cakap. Buat banyak-banyak kali, insya Allah, jadi. Tengkiu kak. Walaupun saya tak jadi beli dengan akak, akak tak kedekut ajar saya heee :)

Ni laa Theme Kaler Kami: Blue & Pale Yellow

Okay tak korang rasa?

Tuesday, 11 September 2012

Order Crystal From Awin



Blogwalking blog-blog B2B sekalian, termasuk rumah Cik Awin kita hehehe.. hari tu Awin ada beli crystal dengan aku untuk dibuat tasbih nak bagi guest masa nikah. Thank you, Awin! :D Dah siap banyak pun. Cantik pulak tu! Tak sangka colour combination hitam dengan kuning sangat lah cantik.


Hari tu time amik stok tak sempat nak snap gambar sebab lepas amik stok, terus jumpa Awin kat Subang Parade. Ni Awin dah post entry pasal tasbih kat blog dia, boleh laa curik gambar sket. Mintak halal ye, Awin :D


Sekarang ni Awin tengah menunggu stok baru untuk tasbih lagi. Sabar ye, Awin.. Sekarang ni kita busy sangat pulak. Mungkin dalam 22 September kita gi amik stok untuk Awin ok? Jangan risau! :DDD

Sape-sape yang minat nak beli crystal or pearls loose pelbagai size untuk dibuat tasbih atau accesories, boleh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com. Harga terendah di pasaran ecehhh :p

Saturday, 8 September 2012

Black Lace



Banyak pulak lebihan lace hitam yang aku patchkan kat baju Eja hari tu.. Tengah pikir apa jenis craft yang bule aku buat dengan lace hitam ni.. hmm.. Any ideas? Ke nak tepekkan je kat baju-baju aku? Ekeke..

Wedding Cake Idea




Cake pun nak letak lace sekarang. Cantik sangat lahh kek ni. Sangat to-die-for! Agak-agak kalau order kat sini berapa laa gaknya.. The design is painted on the fondant ye kawan-kawan. Sangat lahh artist orang yang melukis ni.. haish.. can't get my eyes off this piece.

Wednesday, 5 September 2012

Reception Update: Bunga Telur

Dah lama tak hapdet pasal kaweng-kaweng. Tade mood laaa.. mood masih mood raya. Selagi tak cukup sebulan raya, selagi tuh laa asik nak beraya. Wiken jangan cakap laa.. memang dok mengira rumah orang kawen dan open house.

Okey nak update sket pasal bunga telur. Hari tu aku ada update pasal bunga telur aku kan. Memang dah plan nak buat bunga tissue. Barang pun dah beli. This time aku pergi Jalan TAR untuk menangkap barang-barang lain pulak.

Sarung Telur RM0.90 Each

Masa ni aku pergi Jalan TAR aku cuma mintak ene dok dalam kereta je. Sebab aku dah tau nak beli apa dan di mana. So kalau nak tunggu dia masuk Jalan TAR tu, pastu nak masuk parking, pastu nak mencari parking lagi, lambat jadinya. Dia tunggu je aku kat tepi Plaza City One tu, aku bergegas laa masuk mencari barang. Cepat dan pantas.

Cumel, kan?

Cumey tak sarung telur aku? Macam dah buhsan sket dengan sarung telur emas yang biasa tu. So aku beli laa yang ni. Aku rasa macam cantik. Tapi rege ada mahai sket laa. Takpe.. ene cakap bunga telur dia nak belanje heee. Aku beli 50pcs semuanya. Sebab bunga telur aku 50pcs saje. 25pcs kiri dan 25pcs kanan. Isinya aku tak sure lagi nak letak apa. But definitely not egg. Sebab malas nak rebus. Boley? Ahaha.. 

Pre-fixed Crystals RM7.00 per pack of 10

Ni pulak kristal untuk letak kat bunga telur juga. Cantik kristal ni. Kristal ni permintaan khas dari FMIL aku. Dia cakap bunga tissue gitu-gitu aje nampak simple sangat. Tak nampak gah. Kena tambah kristal sket, katanya. Whatever makes you happy aunty :D Yang ni aku beli 10 pack bersamaan dengan RM70. Patut laa bunga telur yang dah siap kat luar tu mahal-mahal regenya.

Tuesday, 7 August 2012

Solemnization Update: Door Gift (Tasbih!)

Yeayy! Barang-barang sudah sampai!

Untuk nikah, aku plan nak bagi buku doa-doa harian beserta dengan tasbih crystal buatan sendiri. Bule je beli yang dah siap. Tapi saje je aku rasa nak buat sendiri. Rasa macam lebih bermakna kalau buat sendiri untuk diberi pada guests. Plus, opkos laa lagi murah kan :D

Jom Sepahkan Rumah

Sebenarnya aku ni dah lebih kurang terover speeding jugak bab kawen-kawen ni. Sebab banyak jugak yang dah siap. Alhamdulillah to that. Nasib baik start awal, so sekarang ni dah bule relax sket sambil melayan perihal-perihal customer. Last week aku start buat tasbih ni. Ada laa dah dapat dalam 9-10 utas. Lembap kan ekeke..

Jum tengok barang-barang..

Yeayy.. Mari Start Buat!

Barang-barang ni semua aku beli kat kawan aku. Dia memang jual manik kristal yang bermacam-macam jenis. Dan murah pulak tu! Segala jenis dan saiz ada. You name it, you get it. Senang. Semua benda perkakasan dia jual. Sampai kat kita, tinggal nak assemble je. 

Donut Crystals 72pcs For RM5.50

Aku suka tasbih yang crystalnya cumel-cumel. So aku beli yang crystal donut standard size je. Alaa yang diorang suka buat gelang tuuu.. Hajat dihati nak cari peach. Tapi takde.. so amik caramel pun cantik jugakkan. Aku beli ni semua sekali 1728pcs sebab aku nak buat 50 utas tasbih. Memang saje beli semua sama kaler. Senang sket nak kira. Ehehe..

Teardrop Crystals 30pcs For RM9.50

Yang ni pulak crystal yang besar-besar sket untuk kepala tasbih. ene's idea. Dia yang pilih ni. Ehehe.. pandai jugak awak ye :) Yang ni aku beli 60pcs je sebab satu tasbih satu kepala je kan. Tapi memang jatuh cinta tengok crystals ni. Berkilau-kilau bila kena cahaya. Love it!

Deco 30pcs RM13

 Yang ni aku beli untuk dijadikan deco untuk tutup kepala tasbih yang berbentuk teardrop tadi tu. Ada tiga kaler. Gold, Silver and bronze. Aku pun tatau kenapa aku pilih silver. Jangan tanya.

Rambu-Ramba RM0.50 Each

 Aku tak tau apa nama dia. Letak rambu-ramba je bule tak akakakak. Yang pastinya semua orang tau laa kat mana exactly benda ni akan diletakkan. Benda alah ni aku beli cukup-cukup je 50pcs. Tak teringat pulak nak beli lebih. Kalau tak cukup ke, rosak ke.. pengsan aku. Silap di situ.

Tali tangsi RM2.50 per Gelung

 Beli kat hardware shop je. Takyah nak over sangat semua nak beli kat tempat sama.

The Output :DDD

 Tadaaaa! Ni yang sudah siap. Okay tak? Aku suka. Korang suka? Ekekeke.. Aku buat pun slow-slow je everytime lepas balik keja. Hanya sekadar menghabiskan masa sementara nak tunggu time tidur. Sambil-sambil tu tengok tv sekali. Ehehe. Kalau aku buat sehari seutas pun, bulan depan siap laa kan :p

Sape-sape berminat nak beli barang-barang buat tasbih ni, bule contact aku kat email gina1983@yahoo.com or call/sms/whatsap kat 0129198861 ye. Kalau korang nak tukar kristal ke mutiara pun bule. Mutiara lebih ekonomi. Echehh! :p

Wednesday, 25 July 2012

Reception Update: Bunga Telur Tissue

Two weeks away before ene's departure to Singapore. Haih.. now I'm really feeling it. I just can't imagine how my life would be to be far from him. We've been together for four years and not once we spent time apart from each other (Besides from my Paris/Gold Coast/Singapore trip. Tu tak kira laa kan.. Paling lama pun seminggu je. Ni berminggu-minggu.. Haish).

Since we only have two weeks left to spend time together, I decided to make full use of the time. Takleh buang-buang masa dah. With the wedding coming pretty soon, there is still plenty of things to do. ene is doing his part by doing some follow-ups with all of our vendors. Caterer, wedding card vendor etc. And I'm doing my part by going shopping for the things we need for the wedding. Most of it DIY stuff ler. And of course ene diheret sekali laa kan. Kata dah sign mati to be my chauffeur. Love you ene.

So we went to Jalan TAR. ene cakap, kita dah macam pakcik makcik asyik nak pergi Jalan TAR je. Oh well. Nak buat cane kan :p These are what I've got and truly happy with it:

Barang-Barang Bunga Telur Tissue

Dawai (Macam-Macam Kaler Sampai Tatau Nak Pilih Kaler Apa) RM2.20 Each

Blue & Cream Ribbons RM0.70 Each

Selotape Lidi Cream RM Tak Ingat

Lidi Satay 245pcs RM2.20

Soft Crepe Paper 50pcs RM20.00

Altogether the total damage was around RM40. Murah, kan? Can't wait to start my bunga telur tissue projek. ene's mom asked if I could put it some crystals kat bunga telur tu. Your wish is my command :D

Next week start buat. Skang tengah menjahit beads kat baju orang. Haish.. Tak habis-habis laa kerja aku ni. Jangan merungut iLa. Tuhan nak bagi rezeki tu. Redha je. Okay. *Muhasabah diri.

Tuesday, 24 July 2012

Reception Update: Dress Fitting @ Mimi Bridal

Finally we went for dress fitting! Yeay! As what I said before, memang aku nak sangat dress Man Kajang kat Mimi Bridal. Sangat-sangat cantik tau! Sampai-sampai je memang aku cari that cream dress I've been craving for. Tak tunggu lama, try terus! Oh by the way, Mimi Bridal dah tukar adress ye kawan-kawan. Skang dia kat Bandar Kinrara. Dekat je dengan rumah aku. Happy sungguh. Ekeke..

Cantik sangat butik dia skang. Yang dulu pun cantik jugak. Yang skang ni laaagi cantik dari yang dulu. All white gittew. It looks so pure. So serene. Love it!

Mimi Bridal, Bandar Kinrara

Baju yang aku amik tu adalah from french lace and duchess satin material. Half french lace and half duchess satin. I just love the duchess satin. It really complements my body shape. Tak nampak gemuk sangat. And it looks luxurious too! The dress upper half is a full beaded french lace (agak berhati-hati aku menerai baju tu haritu sebab takut koyak), and the lower half is duchess satin. The groom's nehru suit is of made from the same material, duchess satin.

That's what I like. Haritu ada try this one lace+songket dress. So pretty! Tapi the groom's punya pun songket jugak. Songket tabur halus pulak tu. Kalau songket design sket-sket takpe jugak. Ni penuh satu baju. Tamo ler.. tak hemsem nanti ene pakai ekeke.

My Dream Dress

Sekali pandang terus jatuh cinta. Nasib baik muat try hari tu. BUT, I think I still need to lose a bit more weight kalau betul-betul nak nampak macam Cik Diana Jalal kita ni pakai. Kurus sangat makcik nih. Geram betul. Haish.. sukanya tengok dress ni. Rasa macam nak pergi try lagi hari ni ahaha. Gila.

She Is Such A Piece Of Work

Love the veil. So panjang and soooo cantik. Aku amik package sepersalinan kat Mimi Bridal ni. Consists of a pair of wedding attire complete with accesories for bride and groom (ene chose to wear a comeplete nehru suit with samping and tanjak), 1 session of makeup for the bride (ene takyah laa makeup ekekke) and a fresh flowers hand bouquet.

Fresh flowers hand bouquet! Tak dapat laa aku buat fabric hand bouquet untuk reception kan. Takpe. At least ada laa kelainan sket. Tunang dengan nikah dah pakai fabric hand bouquet. Reception guna laa fresh flower hand bouquet pulak. Nampak laa matured sket ;p

Saje je tak nak upload gambar aku fitting hari tu.. Tak saprais laa nanti kan kan? :P

Saturday, 7 July 2012

Fabric Handbouquet: Vintage Rose For Lene

Got a new order for fabric hand bouquet from Lene (Alhamdulillah..). She asked if I could make her a vintage rose hand bouquet. The hand bouquet was inspired by the one made by FilmShotArtifact. They're such a talented wedding planner. They're very creative in making hand bouquets and other creative art thingy for weddings and events. Every little thing they made is just so unique in their own way. Sangat cantik okay! I just love their hand bouquet collection. They're just to die for! Do visit their facebook page to browse through ya!

Lene has just finished her studies and will be coming back to Malaysia for her wedding in August. Thinking that this might be a good opportunity for me to brush up my creative skills plus to add more handbouquets to my collection, I agreed to make her one. She wanted something that looks like this:

A Beautiful Piece By FilmShotArtifact

 So, last week ene and I went to Jalan TAR (again) to buy the fabrics. I'm so blessed to have such a supportive fiance. He not even once complaint about going to Jalan TAR nearly every week. Thank you ene for being so understanding. And thank you for accompanying me without fail to search for things I need every single week. Love you for that :)

The Fabrics.. Yang Kaler Hijau Tu Tak Snap Pulak..

Wish me luck, girls! :D

Sunday, 1 July 2012

Reception Update: Hantaran (cK shirt)

Dah lama tak update kaweng-kaweng :p Dok busy hal kawen orang lain, kawen sendiri terabai. Sian. Semalam sibuk bukak pelamin kat rumah Nina, ingatkan hari ni just nak lepak-lepak rumah je. Sakit badan tau pasang pelamin ni. Baru tau kan. Haih. Tapi tak jadi, ene tiba-tiba call ajak keluar. Wanted to have lunch to celebrate our anniversary katanya. His treat, katanya lagi. Ekeke. Takpe laa.. layankan aje.. lepas ni dah susah nak jumpa.. dah jauh.. :(

Since ene is going to Singapore for training in less than a month, kitorang plan untuk settlekan apa-apa yang patut before he leave. Bukan apa, senang laa sket kan. Takde laa aku terkejar-kejar sorang-sorang nak settlekan benda-benda pending. Bukan best pun shopping sorang-sorang. Lagipun, ene kan dah sign mati untuk jadi driver aku seumur hidup. Love you, bebeh :)

So we when to The Curve to celebrate our 4th anniversary :) Our anniversary is on the 28th of June. Tapi memang tak rajin laa nak jumpa dinner on weekdays, kan.. Kitorang ni jauh.. Sorang Sri Gombak, sorang Seri Kembangan. Sian kitorang..

After our late lunch, we went jalan-jalan browsing for things. Daiso pun kitorang masuk. Got a new collar for Cleo (Yeay!). As always, lepas jalan-jalan tu we will always have our coffee break. ene is soooo addicted to coffee. Haih.. risau kadang-kadang. On our way to Starbucks, we saw this:

Not The Amoi, The Outlet Laa :p

Being a die hard fan of cK, ene wanted to go in. Nak cari barang hantaran katanya. "I thought you already have one cK shirt for hantaran?" "Nak cari polo T," katanya. Oh well. So, we went in. Tiba-tiba dia tersuka kat this one shirt. Shirt lagi..

"Habis tu, nak dua laa shirt untuk hantaran?" "Ha.. dua laa.. bule?" Sambil buat muka comel macam kucing. Oh well.. whatever makes you happy. My make up set pun dua jugak, anyways. Fair laa kot? Ekekek.. :p

So, balik rumah I was rummaging through my shopping items. Then keluarkan shirt dia untuk aku lipat properly before simpan jauh-jauh nun di dalam almari aku sehingga bulan December nanti. Dalam aku melipat tu, aku macam pelik. Apa gaya laa shirt dia neh berlapis-lapis kat neckline? Rupanya..

cK Two-Way Shirt

I was so surprised looking at it. First time jumpa this kind of shirt. Boleh bukak-bukak pulak. So unique. Text ene right away asking if he noticed it or not. He didn't haha.. Dan-dan terus mms gambar kat dia. Terkejut dia. And he loves it too.

So, barang hantaran shirt untuk ene dah complete. No more shirts, please. Cari yang lain pulak ye. Oh lupa nak cakap. It's on sale actually. The original price was RM319. After discount tinggal RM159. Cheapo! :D

Sunday, 29 April 2012

Engagement Update: Shopping @ Jalan TAR!

Lepas kitorang bertungkus lumus (aku sorang je, ene duduk baca magazine je) try baju kat Mimi Bridal, kami pun bergerak laa ke Jalan TAR as planned (aku sorang je plan. ene tatau pun. Pastu dia cakap aku trap dia paksa pergi Jalan TAR yang paling dia tak suka tuh ekekeke. Jangan laa berkira. Nak kawen ke tak ni? :D)

Banyak benda aku nak beli ni. Semua aku dah listkan berminggu-minggu sebelum sebab takut lupa. Bila-bila aku teringat je, aku note down:
1. Butang baju melayu ene - untuk hantaran tunang
2. Cushion kecik-kecik - untuk deco pelamin tunang
3. Patch lace - untuk baju tunang
4. Net putih - untuk deco pelamin tunang
5. Mini Rose buds - untuk deco doorgift tunang
6. Dry bridal holder - untuk han bouquet tunang

Dan seperti itu lah juga turutannya dalam buku nota kawen aku. Kopipes.

Kitorang park kat Semua House. Mahal jugak rupanya parking kat Semua House tu. Mengalahkan Mid Valley :| Kitorang pergi yang paling jauh dulu which was Jalan Masjid India. Nak cari butang baju melayu ene. Banyak betul choice sampai dia pun pening nak pilih yang mana. Dia memang selalu pening pun.

Lebih kurang semua kedai laa kitorang masuk. Macam-macam rupa, macam-macam bentuk kotak, macma-macam harga. Finally, kitorang settled for this one. Kotak dia biasa je. ene cakap, kalau nak cantik, boelh je cari kotak lain. Beli yang kotak cantik pun, dalamnya sama juga. Aku sangat suka butang baju melayu dia. Seketul batu tak nampak rim. Hanya nampak holder beberapa biji kat tepi-tepi. Kalau dalam gambar mesti ensem dia pakai atas baju melayu peach (agaknya laa). Kalau tengok gambar, dia macam ada kaler-kaler sket kan. Sebenarnya kaler jernih je. Tu reflection kaler camera aku yang berwara pink.

Butang Baju Melayu Tak Ingat Beli Kat Mana RM30 (Original Price RM38.90)

Next, aku heret pulak ene pergi Kamdar. Nak beli cushion kecik-kecik tu untuk di letak kat pelamin aku. Hari tu dah tengok dengan mama. Tapi mama nak buat guna kabu-kabu. Sekali kabu-kabu semakin mahal skang ni rupanya. Lalu, kena laa beli cushion ni. Tak laa mahal pun. Aku borong laa enam. Tiga kiri, tiga kat kanan pelamin. Campur-campur kaler pink and purple. Hopefully cantik.

Cushion @ Kamdar RM6.50 Each

ene agak terkejut bila aku beli banyak-banyak cushion ni. Dia kata beriya sangat. Ha? Bertunang sekali je kot. Biar laa dia nak kata apa pun. Aku nak buat ikut aku jugak. Mama abah pun okay je. So.. proceed! :D

Lepas settle kat Kamdar tu, kami pun ke City One Plaza mencari lace. Mesti ramai tak tau City One Plaza tu kat mana kan? Dia building yang kat sebelah Semua House tuh laa. Banyak gila jual barang-barang kahwin kat situ tau. Earrings pun murah! Okay, terlari topik. Tapi memang murah pun. Lepas kawen, nak buat collection earrings balik. Ahaks.

Kesian tengok ene dok membawak dua plastik besar berisi cushion-cushion aku tu. Aku offer nak bawak satu, dia tamo ehe. Masa aku masuk cari lace, dia dok kat luar je. Malas nak menyemak dengan barang kat dalam kedai tu kot. Tak lama pun. Lace tu pun, aku dah tau kat mana. Sebab hari tu kan dah beli dengan mama 1 1/2 meter. Ni cuma nak tambah satu meter lagi sebab mama cakap tak cukup. So, lepas beli terus keluar.

Patch Lace RM7.50/meter

Pergi Semua House pulak. Kat sini aku paling banyak beli (tiga je pung). Mula-mula aku mintak guntingkan net putih 5 meter. Lepas tu, aku gi merayau-rayau cari mini rose buds untuk aku lekatkan kat door gift bags. Ingatkan mahal sangat, sekali tengok harga terus terkejut. Terus aku sambar dua. Satu kaler pink, satu kaler purple ekeke. Last sekali, aku cari bridal holder. Yang ni, paling aku tak sabar nak cari sebab aku kan tengah buat fabric hand bouquet sendiri :p

Net Putih 5 Meter RM2.40/meter

Mini Rose Buds 100pcs RM2.20/packet

Dry Bridal Holder RM3.90 Each

Pheww.. banyak jugak hasil tangkapan hari ni. Lepas settle semua, kami pun beransur ke Wangsa Walk minum-minum dengan Shah, Huda and Abe. Pastu ada yang gatai mulut pulak tetiba ajak makan Flaming (aku laa tu). Habissssss diet aku. Eleh padahal sukaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...