The Entourage

Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Saturday, 18 October 2014

Eden @ KLIA



Ada satu hari tu.. Antara hari-hari yang aku rajin nak kuar dari perkarangan opis cari lunch.

Kebetulan hari tu Wawa nak gi bank ada urusan. Memang aku mengambil kesempatan laa untuk panjang langkah kan hehe. Kitorang gi laa KLIA. Lepas settle urusan kat bank, aku rasa macam nak makan dim sum. Terus laa kitorang ke Eden. Padahal baru je balik dari Hong Kong. Tak buhsan-buhsan dengan dim sum hehe.

Dim sum Eden memang terbaik. Sauce dia sangat sedaaaap. A bit pricey, tapi sangat berbaloi. Deep fried dim sum dia memang to-die-for. Pastu kami order scallop fried rice. Size small je tapi bila sampai, memang bule makan dua orang!

Dulu zaman aku sekolah, selalu makan kat sini. Zaman abah kerja dulu dia banyak travel untuk kerja. So setiap kali tu laa kami akan ikut beramai-ramai untuk hantar dia ke airport. So memang kami akan gerak dari rumah awal untuk lunch/dinner kat sini satu family hehe. Tapi dulu nama dia Eden Garden. Skang ni Eden je.

Skang ni walaupun abah dah tak keja, aku tetap kena gi airport selalu. Sebab aku keja kat airport kahkahkah. 

Wednesday, 20 August 2014

Restoran Hidangan Lalapan, The Atmosphere






Ni cerita bulan puasa sebenarnya. Tak sempat nak post sebab sebelum puasa aritu dok sibuk cite pasal Gold Coast hehe. Kitorang berbuka kat Restoran Hidangan Lalapan. Mesti korang tak pernah dengar kan? Aku pun baru first time. Dishes dia lebih kurang macam Ayam Penyet. Tapi dipanggil Ayam Lalapan. Version Sarawak. Ada Ayam/kambing/daging/keli goreng yang dihidang bersama ulam-ulaman dan sambal juga kicap. Sedap jugak. Di kat area Seri Kembangan. Sape-sape lalu Giant Seri Kembangan sila lah try.

Saturday, 26 April 2014

Vietnam: Saigon Green House

Satu lagi tempat makan kat Ho Chi Minh yang kami pergi nama dia Saigon Green House. Tempat makan ni kat tingkat atas. Kat tingkat bawah kedai kain. Tepek satu gambar dak gedik dengna mama kat kedai kain time tengah tunggu aku shopping.


Menu dia tak banyak sangat. Macam asal bule jugak kedai makan ni. Banyak goreng-goreng. Since masa tu dah malam, terus singgah makan kat tingkat atas tu lepas shopping. Tak larat dah nak pusing tempat lain.


Amik gambar pun macam malas-malas dah. Aku snap dua gambar food je hehe. Nasi goreng seafood dengan nasi goreng kampung dengna telur mata. Makan kat Vietnam, tapi lauk Thai. Hahaha.


Tak reti nak dok diam kan awak ni. Nak melompat je kejanya. Makan kena bergilir-gilir sebab tak nak dok dalam stroller. Orang dah ngantuk-ngantuk, dia nak main lagi. Isk isk..


Haa ni gambar bila dah sampai bilik lepas makan. Hahahahahahaha.


Friday, 18 April 2014

Vietnam: Kampung Melayu Halal Restoran

Restoran ni owned by a Malaysian. Dato lagi uols. Cane aku bule tau? Tengok tu terpampang haa nama dia kat menu. Haha.


Mama busy tengok menu. Semua dia yang order pun. Aku makan je hakhak.


Restoran ni terletak kat Malaysian Street. Pekerjanya semua locals. Tapi yang menjaga restoran ni orang melayu dari Malaysia. Very friendly. Siap bule tanya macam-macam pasal Vietnam dengan dia. Dah macam tour guide pulak. Most of the staff pun bule paham cakap melayu. Kadang macam lupa pulak yang kitorang ni skang bukan kat Malaysia hekhek.



Cili dia ni sedap gila. Pedas tapi best.  Mungkin memang masakan diorang kat sini tawar-tawar belaka. Nasib laa dibekalkan cili kicap terulung. Makanan terus jadik sedap gila. Aku makan banyak ok. Haruslaa.. breastfeeding mother memang kena makan banyak. Entah apa-apa alasan.


Seafood Char Kuey Teow. Sedap ok. Super sedap. Portion pun banyak. Harga jangan tanya, aku lupa dah. Tapi around rm9 ler gitu satu dish.


Aku dengan mak aku kalau makan memang suka vegetarian. Takyah lauk pun takpe. Banyak sayur je. Yang bawah ni Mixed Veggie. Sedap. Mungkin jugak sebab aku tengah lapar. Entah. Tapi memang terasa laa semua rencah ratusnya.


Ni paling champion. Deep-fried mushroom with Thai sauce. Korang pernah makan cendawan goreng? Mesti laa pernah kan. Tapi cendawan goreng jenis yang ni pernah? Confirm tak pernah. Cendawan ni yang putih-putih panjang-panjang macam taugeh tu. Ada kepala cinonet kat atas. Selalu masak stir-fried oyster je. Kali ni cendawan tu digoreng. OMG rasa dia merbeles.


Hahaha.. dak gedik kena paksa kiss mummy. Nasib hang ler anak.


Thursday, 3 April 2014

Vietnam: Warung 1 Malaysia

Lupa pulak nak cite. The first night aku sampai tu, kami tak ke mana-mana. So abang tapaukan kami makanan untuk makan dalam bilik. Kat situ ada Warung 1 Malaysia uols. Kerlas. Ni nasi goreng dengan telur mata. Okay laa jugak. Ada seafood sket-sket sebagai lauk. Tapi memang lagi sedap laa makanan awe kelate kat kl. Orang Vietnam tak pandai masak tomyam-tomyam. Lari sket rasa. Hahah. Tapi sedap dah kebuluq, belasah je.

Mama punya Bihun Singapore. Kat Vietnam makan Bihun Singapore, bule? Hahah.. apa-apa je laa labu. Pun sama gak. okay-okay je. Nothing to shout about. Nasib baik laa cili kicap dibekalkan bersama. Berasa sket makanan ehee. Mama punya aku tak snap gambar sebab mama tengah makan. Beriya pulak kan nak mintak kejap semata-mata nak snap.


Warung 1 Malaysia ni terletak kat sebelah je Hotel abang. Kat Malaysian Street tu. Banyak jugak makanan-makanan lain. Tapi agak pricey ler sebenarnya. Mungkin diorang dah tau, orang Malaysia datang bawak duit banyak untuk shopping kat Vietnam. So diorang pau laa sket haha. Ingat tau, kalau nak gi Vietnam dok kat Jalan Nguyen An Ninh Street tu. Sangat senang nak mudah.


Tuesday, 18 March 2014

Brunch With Aunty Azila

 

Satu hari Ahad yang damai, Azila ajak aku brunch. Saje nak lepak-lepak update gossip. Since dia pun dah lama tak jumpa dak gedik. Lama tak lepak bersama sejak aku ada baby ni. Lepak dekat-dekat je pun. Kat Boston Coffee, Equine. Ada laa dalam 5km dari rumah. Aku belum berani pulak nak drive sorang-sorang jauh-jauh dengan dak gedik. Kena tiba-tiba dia meraung haaa parah aku. Aku pulak yang tak keruan nanti.

Bule tahan jugak food kat Boston Coffee ni. Time tu dah ada lunch menu dah. So aku try laa order Seafood Corn Rice. Sedap okee. Tak pernah aku rasa lagi food kat sini, padahal dah bertahun dah bukak. Pasni bule ajak Eddie try pulak.

Seafood Corn Rice

 



Lama jugak kami melepak kat situ.. dekat pukul 2 laa jugak. Dak gedik as usual, behave and asik titun je. Ehehe.. bagi can mummy nak gossip lettewww. Balik-balik je rumah, sambung titun atas mummy pulak. Sangat gedik kamu nih. Err.. Sayang.. I think you need a haircut laa ehehe.

Kot-kot korang terpass-by Equine Park, singgah-singgah la Boston Coffee ni. Sedap sehingga menjilat jari. Echehhh iklan free. 


Wednesday, 19 February 2014

Warung Malang Club, Causeway Bay

Salah satu makanan halal kat Hong Kong kat sini laa..

Warung Malang Club namanya. Indonesian food. Kat area Causeway Bay ni ada area yang penuh dengan kedai-kedai Indonesia. Dari kedai runcit, sampai laa ke kedai makan. Kalau teringin nak makan Indomie, memang kat sini laa kami cari. Segala mak nenek ada jual kat kedai runcit dia tuh.



Ni salah satu kedai makan kat area situ. Kecik je kedainya. Kedai-kedai Hong Kong kan memang kecik-kecik. Tingkat tiga tak silap aku. Mengah jugak laa naik bawak itu budak gedik.

Nasi Ayam Penyet
Nasi Ayam Penyet ni ada ayam yang dah di slather dengan sambal (nasib tak pedas macam sambal ayam penyet kat sini), sayur campur dengan tauhu sambal. Okay laa rasa dia.. tapi lagi sedap kat sini punya. Mungkin dah di fusion kan dengan rasa Malaysian agaknya.

Gado-Gado
Ni memang menu wajib kalau aku gi Ayam Penyet. Nak jugak try rasa kat sini. Tapi.. tak berapa sedap macam kat sini. Ke lidah aku yang dah biasa rasa Gado-Gado kat Malaysia?

Nasi Campur

Nasi Campur ni Eddie punya. Macam nasi campur kita je cuma bezanya dia dah siap-siap letak lauk kat nasi. Ada telur rebus sambal, ayam masak lemak, tauhu/tempe sambal dengan sayur lemak.

Teh Kotak
First time jumpa Teh Kotak ni. Masa gi Bali/Surabaya/Lombok dulu tak jumpa pun. Jumpa teh botol je, Tu dah biasa laa kan. Mungkin ni keluaran baru gamaknya ekeke. Tapi rasa dia sama je dengan teh botol. Rasa teh ais kalau melayunya ehee.

Overall, mahal jugak makan kat sini. Padahal nasi lauk-lauk je. Bule kata tiga kali ganda dari harga Ayam Penyet kat Malaysia. Haih.. masuk Hong Kong je semua benda mahai.

Model Tak Berbayar Warung Malang Club

Ada rupa mak indon bawak anak tak? Hahahaha.. Sling ni sangat best okeee. Dak gedik siap tertidur-tidur duduk dalam ni. dah laa time ni tengah sejuk kat Hong Kong. Happy dia di wrap dalam sling. Iklan pulak ekeke.

The Location

Wednesday, 12 February 2014

Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria

Sape pernah gi Hong Kong mesti tau pasal kedai makan ni. Merata Hong Kong ada Ebeneezer's ni. Dia adalah chain of kedai arab. As usual laa kalau kedai arab, menunya memang makanan Middle East la kan. Setiap kali datang Hong Kong memang kitorang akan makan kat sini. Tapi kali ni lain sket. Eddie turun dan hanya take away saje. Pastu naik makan kat rumah. Kedainya bukan jauh pun. Bawah rumah pun dah ada satu. Cuma since dah ada Emyr ni, semua kena ikut time dia.

Sampai-sampai Hong Kong hari tu kitorang dah siap makan kat airport dah. Oh by the way, sape-sape yang pergi Hong Kong, please be informed, Popeyes kat airport Hong Kong tu halal ya. So, korang sampai je Hong Kong, bule laa singgah makan sat sebelum keluar dari airport. At least, perut dah kenyang sementara nak cari tempat makan halal yang lain.

Sampai je kat rumah, Emyr tido tak bangun-bangun sampai laa ke pukul 7 malam. Ingatkan petang-petang tu lepas rest-rest wash up nak keluar jalan-jalan kat Causeway Bay. Tunggu dak gedik bangun, tak bangun-bangun. Kami dah kelaparan. Sudahnya Eddie turun tapau saje.

Roasted Lamb with Chips HKD64 (RM26)

Roasted lamb ni super sedap. Lamb dia sangat berperisa served with chips. Sos kat atas tu buat lagi sedap. Ada tiga sos kat atas dia. Mayo, mint and chili cheese sauce. Ni paling best dalam banyak-banyak. First time aku makan masa naik Ngong Ping 360 tahun lepas. Dasat tak dasat ler Ebeneezer's ni. Kat atas gunung pun ada branch dia ;))

Mutton Briyani with Salad HKD60 (RM25)
Briyani dia aku rasa macam biasa-biasa je. Too berempah to my liking. Sedap lagi Hadramawt. Tapi aku suka salad dia. Refreshing.

Lamb & Chicken Kebabs HKD50 Eash (RM21)

Ni hari lain sebenarnya. Last night aku kat Hong Kong. Kul 1 pagi tiba-tiba rasa lapar. Mintak Eddie turun beli food. Sekali lamb lagi dibawa pulang. Gemok aiii :p

Monday, 15 April 2013

Honeymoon (Part 5): Disneyland!

Hari ni nak cerita pasal Adventureland pulak. Adventureland ni character dia more to mcm ala-ala cerita dalam hutan laa.. The Lion King.. Tarzan.. dan yang sewaktu dengannya.
Macam Rupa Panas Kat Mesia, Tapi Sebenarnya Sezzzukkk!

Ghentikan Ler Baca Map Tu.

Masa ni lepas kami keluar dari Main Street USA. Sebenarnya aku tak sabar-sabar nak masuk Fantasyland. Tapi ene ajak aku masuk Adventureland dulu sebab that's the only place yang ada halal restaurant. Okay hubby. As you wish. Dia memang banyak makan skang ni. Haih.

Gambar-gambar kat atas ni masa kami berada betul-betul kat tengah Disneyland. Diantara semua Land yang ada. Rest kejap sebelum meneruskan perjalanan ke Adventureland pulak.

To Adventureland

Masa Ni Terjumpa Batu Yang Boleh Ditenggekkan Camera Hakhak

Snap Sendiri Je Laa..

 Masa ni dah masuk Adventureland dah. Nama pun Adventureland, mesti laa banyak batu-batuan dan kawasan-kawasan yang konon-kononnya macam dalam hutan ehehe. So kami pun cari laa tempat yang agak terpencil sket untuk snap gambar berdua. Sian, nama je honeymoon. Tapi gambar berdua macam tak banyak sangat.

Aku suka Disneyland ni sebab once kita jejak je kaki ke satu-satu Land tu, maka certain-certain music pun akan terdengar. Macam bila masuk Adventureland ni, bila korang masuk je, kornag akan terdengar laa music ala-ala gendang Tarzan gitu.. sambil-sambil tu akan ada music Lion King sket. Kadang-kadang akan dengar bunyi-bunyi kera, burung and binatang-binatang dalam hutan. Kadang-kadang bunyi serunai Africa tu. Memang best. Memang sangat into the world of Adventureland lah kira.

Okayy.. Dah Sampai!

The Food Display

Tak Sabar-sabar Nak Makan Dia Neh

Ni Kat Dalam Restoran

Waiting For Hubby To Order

Jum Makan!

Very Tahitian

Our Lunch

His Chicken Briyani

Mesti Laa Snap Dulu Sebelum Makan :p

My Roasted Duck Rice With Veggie
 Okay, ni nak habaq pasal makanan halal. The only restaurant that served halal food in Disneyland is The Tahitian Terrace. Located pula di dalam Adventureland. Ingat ye kawan-kawan. Di dalam Adventureland. So if siapa-siapa yang pusing-pusing kat Disneyland, tiba-tiba dah lapar, lari cepat-cepat masuk Adventureland. Kat sini je yang ada halal restaurant. The one and only. Lain-lain tak halal ye.

Aku tau adanya halal food kat sini pun sebab time plan-plan pasal honeymoon bulan lepas. Aku kan suka meresearch orangnya. So bukak laa website Disneyland. Sekali ter-came across this restaurant. The one and only halal restaurant. Baru je bukak pun sebenarnya. Peka betul Disneyland terhadap visitor-visitornya. Kalau tak, cane laa kami-kami nak makan kat dalam tu kan. Dah laa food takleh bawak masuk langsung.

Perut Kenyang Senang Hati

Asik Tengok Email Je Huhh

Squat, You Twerp!

Sibuk Mencari Smoking Area
Seronok Dia Dapat Sebatang Rokok. Haih

Not Sure What Place Is This, But It's So Pretty

Kami

Lepas kenyang perut, opkos laa ene nak cari smoking area kan. Haih laa hubby. Sebelum tu aku ajak masuk souvenir shop kat Adventureland tu. Saje pusing-pusing. Pastu singgah jap toilet dia yang sangat memuaskan hati sampai rasa tak nak keluar tu. Lepas tu baru smoking break. Ekekeke. Padan muka enekena tunggu :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...