The Entourage

Showing posts with label Malay Cuisine. Show all posts
Showing posts with label Malay Cuisine. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Iftar @ Shangri-La, Putrajaya

Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.

Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.

Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.

Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.

Eja, Wawa & Lina

Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.

Eja, Yours Truly & Lina

 Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.

Pinjam spec Hello Kitty Eja sat

Salah satu pose mengarut.

Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik)

Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.

Reserved!

Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)


Malay Cuisine

Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p


Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.

Make Your Own Salad

Salad Lagi

Seafood On The Rock

Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.

Kerabu-Kerabi


Pecal

Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.

Otak-Otak

Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.

Petite Pudding & Rice Cake

Here comes my favourite part. Dessert line!

Chocolate Mousse Cake

Petite Coconut Pie

Strawberry Cocktail!

Nyonya Kuehs

Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?

Fruits

Entertainment Of The Day

AirAsia Colleague

First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.

The Pinky Girls!

Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.


Me & Ajis Yang Kuat Makan

Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.

The Petites

Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.

Tuesday, 24 April 2012

A Birthday Celebration (our way)

Wanted to take the 3-in1 nestum je this morning. Tapi Hawa asked me to teman her to the cafe jap. So, pergi laa. Dalam hati semangat nak diet. Tak nak makan anything heavy for breakfast because I wanted to eat heavy lunch and that's all about my meal for the day. Konon-konon laa. Malangnya.. hari ni akak tu sangat laa tak membantu aku diet. She served this for breakfast.

How On Earth Can I Stop Myself From Eating This???

Dah nampak lontong tu dalam bekas tu, betul ler. Memang aku dah tapau pun. Haish. Ila.. Ila.. takleh tahan nafsu makan tau. Takpelaa.. sekali sekala akak tuh buat kan. Bukan selalu pun (nak nyedapkan hati lettew).

Tapi, bila sampai tengahari.. aku makan lagi! Nasi okay. Ugh.

Lepas tu, bila sampai petang.. lagi sekali aku makan. Kenapa? Sebab akak tu buat pecal! Pecal kot! Mana boleh tak makan. There. Another pack of food, dibawa oleh saya masuk ke opis. Habis pulak tu. Ugh.

Sayur Pecel

Habis aku makan petang tadi. Tapi tak rasa bersalah sangat. Sebab kalau dah makan kenyang cani, memang takyah laa makan jap lagi time minum-minum dengan ene. Kan?

Sangkaan aku meleset. You know why?

I forgot my own birthday and ene came to bring me out for a mini celebration. Aaa.. makan lagi. Nak pergi jauh-jauh dah tak sempat. So, kitorang pergi Jusco ke. It was around 9pm and takut tak sempat nak order-order, lalu terus makan sushi. ene as usual objected my idea. Eleh. Tadi suruh pilih nak makan apa. Tetiba nak object pulak. Pilih laa sendiri. (Merajuk konon-konon je tu, last-last pergi makan Sushi King jugak). Sayang awak :p

Aku pun tak tau berapa pinggan kitorang bedal. ene yang konon-konon tak suka tu pun tetiba makan banyak pulak. Hipokrit tau. ekekek.

Lepas habis makan, kitorang terus laa beransur keluar dari Jusco since Jusco tu pun dah tak sabar-sabar nak tutup. Kitorang pergi minum-minum kat Boston kat Putra Walk sebab Papparich dah penuh. Glamour betul laa Papparich nih. Haish.

Aku order Soya Cincau Cendol with Gula Melaka. Gila banyak cincau and cendol dia. Kalau minum time lapar, memang boleh kenyang.

Soya Cincau Cendol with Gula Melaka RM5.95

This is ene's. Looks nice, kan? Memang nice pun. Sedap gila!

Iced Milo Dino RM3.95

And when the clock strikes 12, he wished me happy birthday and a peck on the cheek. Nothing much for the celebration, but it was enough for me to feel loved. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...