The Entourage

Showing posts with label Hotels. Show all posts
Showing posts with label Hotels. Show all posts

Saturday, 24 May 2014

Tokyo: Remm Akihabara Hotel

6th April, 2014. Sunday. Late Night.

- Gambar first tu adalah gambar happy anak beranak setelah berjaya sampai ke Akihabara. Sezukkk sangat masa ni.
- Kami dapat check-in bilik sebelah-sebelah. Alhamdulillah. Bilik dia hanya sebesar bilik Tune Hotel. Tapi harganya mak aiiii. Bule dapat bilik Mandarin Oriental kat sebelah KLCC nunnn.
- Tapi yang aku suka adalah amenitiesnya. Face soap Shiseido dibaginya. Memang 5 kali sehari aku cuci muka hahaha. Segala shampoo, conditioner and shower foam botol besar dibaginya. Pemurah betul.
- Oh.. bilik ni ada kerusi urut jugak. Syiok betul balik-balik penat terus dok kat kerusi urut. Tapi biasanya aku tak merasa sebab balik-balik je terus kena tend to dak gedik dulu. By the time dah habis tend dia, aku pun dah berdengkur atas katil. Eddie je yang puas dok kat kerusi urut tu. Hish.
- Bilik air ada glass besar see through ke dalam bilik. Senang aku nak jenguk-jenguk dak gedik sambil mandi hehe.
- Gambar last-last tu dah awal pagi sebab tu bilik teghangggg ehehe.




















Friday, 5 April 2013

Honeymoon: Fahrenheit Suite

Hi peeps!

Lama jugak tak hapdet ni. Sorry bebanyak yer kawan-kawan.. lepas kawen ni sangat busy ler.. busy menjahit satu hal. Busy berjalan jumpa hubby pun satu hal ekeke. Ampunnnn kalau ada yang menunggu post aku.

Aku tak tau nak start update dari mana. Nak update pasal nikah je.. sanding ke.. honeymoon ke.. Ada lagi ke orang nak baca? Dah masuk bulan April pun.. Macam dah basi pulak rasanya ehe.. Takpelaa.. aku update mana yang bule je laa ye. Lagipun gambar bertabur-tabur dah.. Ada yang still dalam camera pink ku, ada yang dalam pc opis, pc umah, phone, dalam lappie adik aku pun ada hak hak.

Meh aku cite pasal honeymoon aku dulu. Sebab gambar tu yang ada dalam pc opis ni skang ekeke. Honeymoon aku dimukadimahkan dengan two night stay kat Fahrenheit suite kat tengah-tengah KL nun right after the reception day. Ayahanda tercinta yang belanja. Sebat je la kan.

Tomato Juice Saya

Ni laa gambar-gambar kami masa first time dinner as husband and wife echehh. Kami dinner kat La Bodega, Pavilion. Jalan kaki je pun dari hotel. It was a really nice dinner. Empat bulan tak jumpa dia, tiba-tiba terus jadi husband. Sumanya jadik nice ler. Lalala.

Husband :)

Wifey :)


Deep Fried Goat Cheese With Lemon & Honey

Prawns, Mussels, Clams, Squids & Spaghetti Tossed with Garlic, Chili & Olive Oil

Beef Based Snack. Tak Ingat Nama Dia But Was Superb

Hubby's Lemonade

Sorry laa gambar bilik terlupa sangat nak snap-snap sebab sampai hotel petang tu dah sangat lah tired untuk mensnap. Tanggal-tanggal je baju sanding, terus tertido. Bangun-bangun mandi, terus pergi dinner untuk mengisi perut yang kosong kerana menahan lapar tak makan dari pagi.

Thursday, 13 December 2012

Pre-Honeymoon!

15 DAYS UNTIL THE WEDDING!

Some good news from ene. He's going to get one whole week off from work after our wedding! *Dancing Dancing* Thanks to his big boss in Singapore granting him an extra 3 days marriage leave. Weeeeeee.. Alhamdulillah. Allah je tau how happy I am. Dia pun happy jugak. Tiba-tiba je dia jadi sangat excited planning our honeymoon. Tak pernah-pernah tengok dia that enthusiastic in planning our honeymoon. Sebelum-sebelum ni, he just layankan aje bila aku cite-cite my plans in Hong Kong.

He apologized for that. Katanya macam sedih sebenarnya bila tak dapat bawak aku jalan-jalan sangat. Now bila cuti dah confirmed, baru laa dia rasa sangat excited nak gi honeymoon. Weee!

So since dah cuti panjang, banyak laa plan yang kena disusun kat sana nanti. At first the plan was to stay at his place then we move around to and fro to any place we wanted to visit, since dia memang dah ada rumah kat sana kan. I've always wanted to go to Disneyland and he knew it very well. And Disneyland is quite far from his place. Then suddenly he had an idea to stay in a hotel. Katanya, baru laa rasa honeymoon. Kalau dok rumah je, baik takyah gi honeymoon. Hehe.. up to you laa sayang.. I know you want me to be happy. :)

Click Here To Go To The Interactive Map

Mula-mula tengok hotels inside Disneyland. Ada dua. One is Hong Kong Disneyland Hotel and another one is Disney's Hollywood Hotel. Memang cantik. And cheapest rate would be the latter, priced at HKD$2,000 per night on weekdays. That's around RM800. Dua malam dah berapa. So ene decided to find cheaper hotels nearby and then duit extra tu bule bagi bini dia pergi shopping. At least nampak jugak barang kan.

Oh I forgot to mention. Around Disneyland area ada this shopping outlets mall yang murah katanya yang sangat besar dan gah yang bakal mengosongkan wallet ene aku. Can't wait for that too.

Novotel Hong Kong Citygate

After browsing around, ene decided to stay in Novotel Hong Kong, Citygate. Just a station away from Disneyland (Weee!) and only within walking distance to the shopping area. Lepas penat-penat shopping, bule balik jap tido, then keluar balik sambung shopping. Ahaks! Priced at HKD$1,300 and that's about RM520 per night. Kami amik dua malam terus!

The Lobby

The Pool! :D

The Room ;)

ene had just booked the room and settled the payment. As for me, I just can't wait for our honeymoon. Having to spend time with him after all these months apart from each other.. exploring new places.. trying out new cuisine.. it's a dream come true. Alhamdulillah.. berhoneymoon jugak kami. Thank you love :)

Tuesday, 14 August 2012

Iftar @ Shangri-La, Putrajaya

Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.

Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.

Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.

Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.

Eja, Wawa & Lina

Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.

Eja, Yours Truly & Lina

 Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.

Pinjam spec Hello Kitty Eja sat

Salah satu pose mengarut.

Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik)

Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.

Reserved!

Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)


Malay Cuisine

Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p


Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.

Make Your Own Salad

Salad Lagi

Seafood On The Rock

Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.

Kerabu-Kerabi


Pecal

Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.

Otak-Otak

Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.

Petite Pudding & Rice Cake

Here comes my favourite part. Dessert line!

Chocolate Mousse Cake

Petite Coconut Pie

Strawberry Cocktail!

Nyonya Kuehs

Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?

Fruits

Entertainment Of The Day

AirAsia Colleague

First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.

The Pinky Girls!

Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.


Me & Ajis Yang Kuat Makan

Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.

The Petites

Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...