The Entourage

Showing posts with label Fish. Show all posts
Showing posts with label Fish. Show all posts

Wednesday, 20 August 2014

Restoran Hidangan Lalapan, The Atmosphere






Ni cerita bulan puasa sebenarnya. Tak sempat nak post sebab sebelum puasa aritu dok sibuk cite pasal Gold Coast hehe. Kitorang berbuka kat Restoran Hidangan Lalapan. Mesti korang tak pernah dengar kan? Aku pun baru first time. Dishes dia lebih kurang macam Ayam Penyet. Tapi dipanggil Ayam Lalapan. Version Sarawak. Ada Ayam/kambing/daging/keli goreng yang dihidang bersama ulam-ulaman dan sambal juga kicap. Sedap jugak. Di kat area Seri Kembangan. Sape-sape lalu Giant Seri Kembangan sila lah try.

Monday, 3 February 2014

Dinner @ De' Templer

 

Tau tak De' Templer tu katne? Alaa.. yang shoplot tepi Petronas, tepi Balai Bomba, tepi MRR2 tu. Sangat sedap okeh kat situ. A bit pricey, but sangat sedap. Aku baru tau yang kedai ni rupa-rupanya kedai cina muslim. Ingatkan memang kedai tomyam biasa.

Yang paling best kedai ni ada surau kecik kat belakang. Senang betul aku nak nyusukan Si Gedik nih. Bila aku nampak je surau tu terus aku rasa happy. Tak perlu nak nyusukan Emyr kat tengah-tengah khalayak ramai. Haih.. Ni laa dia suka duka nursing moms.

Food kat situ not bad gak laa. Very tasty. Banyak jugak kitorang order hari tu. Ikan masak special De Templer (yang ni aku tak sentuh langsung), Butter prawn, Shark fins soup, Terung berlada dan a few types of Dim Sum. Dim Sum tu siap tambah lagi sebab aku tak cukup makan ekeke.

Siapa-siapa yang belum try lagi, silalah try ye. Senang je nak cari kedai ni. Betul-betul tepi MRR2, northbound, landmarknya Petronas, Balai Bomba dan Leha Kelfood yang mahal mengutuk tuh. Eh! Hahahahaha!

Tuesday, 14 August 2012

Iftar @ Shangri-La, Putrajaya

Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.

Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.

Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.

Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.

Eja, Wawa & Lina

Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.

Eja, Yours Truly & Lina

 Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.

Pinjam spec Hello Kitty Eja sat

Salah satu pose mengarut.

Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik)

Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.

Reserved!

Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)


Malay Cuisine

Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p


Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.

Make Your Own Salad

Salad Lagi

Seafood On The Rock

Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.

Kerabu-Kerabi


Pecal

Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.

Otak-Otak

Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.

Petite Pudding & Rice Cake

Here comes my favourite part. Dessert line!

Chocolate Mousse Cake

Petite Coconut Pie

Strawberry Cocktail!

Nyonya Kuehs

Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?

Fruits

Entertainment Of The Day

AirAsia Colleague

First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.

The Pinky Girls!

Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.


Me & Ajis Yang Kuat Makan

Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.

The Petites

Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.

Tuesday, 19 June 2012

Food: Sweet Sour Tilapia & Mixed Vegs

As usual, ene came over today after futsal. Dah memang rutin. Futsal day is on Tuesday every week (luckily tak clashing with yoga saya). So, after futsal memang dia akan datang to my place lepak-lepak minum.

Kebetulan pulak malam ni mama masak beriya. Dah lama sebenarnya mama tak masak beriya-iya gini. There're only 3-4 of us at home. Tak kuasa sangat laa nak masak sungguh-sungguh kan. Plus, she's usually already tired from working during the day. Balik memang nak lepak je laa kan. Cian dia.

Malam ni agaknya dia rasa macam selesa agaknya nak masak, lalu balik-balik rumah je aku dah terbau orang goreng ikan. Rupanya she was making sweet and sour tilapia dengan mixed veggies. Homaaaaii.

Terus laa aku terpikir nak ajak ene makan kat rumah dulu sebelum gi minum. Bukan apa, we usually went for dinner first before getting coffee anyways. So might as well he stops by at my place makan-makan first kan. Alang-alang ada lauk banyak.

Mixed Veggies With Sambal

Aku juga makan agak banyak malam itu. Adeh laa.. camno nak diet nih. Badan semakin berat. Perut pun semakin laa nak makan banyak. Tak best betul!

Fried Tilapia. Tak Snap Pulak Gravynya..

We went for drinks after that while discussing about our wedding, obviously. Nanti aku hapdet tentang ini ye. Banyak tau :D

Saturday, 14 April 2012

Solemnization Update: Kursus Kahwin (Mahligai Firdaus, Setiawangsa)


 Guess what? 

Tanpa diplan awal-awal terlebih dahulu, hari ni telah ditakdirkan aku untuk pergi kursus kahwin! Haha.. kelakar betul. Plannya nak pergi hujung bulan. Tapi tiba-tiba diawalkan ke minggu ni sebab Abe tak boleh ikut hujung bulan. Aku pun prefer this weekend sebenarnya since banyak wedding aku kena attend weekend-weekend depan. Bila ditanya kat Syah, rupanya dia pun prefer weekend ni. Tanpa membuang masa, aku pun email laa tempat kursus kahwin tu untuk book tempat.

Empat Je Yang Pergi..

Cuba tengok date email tu. Selasa aku hantar untuk book tempat hari Sabtu. Nasib baik dilayan. Kalau tak, kena laa cari tempat lain. Cuma aku dengan ene yang yang couple. Shah tak bawak Huda sebab Huda dah ada sijil.

Nama tempat kitorang pergi ni Mahligai Firdaus kat Setiawangsa. Plannya nak pergi Siarra & Dinderk kat Solaris, Mont Kiara. Cantik sangat class dia. Berkenan aku. Tapi rasa jauh sangat pulak. So, pergi laa dekat-dekat je.

Maka bermula laa hari aku memakai tudung. Hehe.. dah siap crash course dengan Hawa tau macam mana nak pakai selendang lilit-lilit tu. Aku suka sangat. Siap pinjam inner dia. Selendang pulak nasib baik An ada tinggalkan kat rumah. Kaler paling neutral dalam dunia. Cream. Heee.
So far, aku rasa aku enjoy sangat attend kursus kahwin ni. Pada aku semua peceramah best. Semua kelakar. Memang tak kering gusi laa. Every module semua ada cara tersendiri nak sampaikan isi-isi dorang.

Siap Dapat Buku
Module terdiri daripada enam section:

10.00am - 12noon:
Module 1: Akhlak & Hubungan - Ustazah Wan Ngah (JAWI - Bahagian Siasatan)
  
12.00noon - 2.00pm:
Module 2: Perkahwinan & Prosedur - Ustaz Khori (JAWI - Jabatan Nikah Cerai & Rujuk)

2.00pm - 2.30pm:
Lunch / Solat Zohor: Menu Nasi putih, ayam masak merah, sayur kubis goreng & Sirap

2.30pm - 4.30pm:
Module 3: Perkhidmatan Runding Cara - Ustaz Alias Mutalib (JAWI - Jabatan Nikah Cerai & Rujuk)

4.30pm - 5.00pm:
Tea time / Asar: Menu teh O panas & bihun goreng
5.00pm - 6.30pm:
Module 4: Komunikasi Suami / Isteri - Ustaz Abdullah Hashim (JAWI - Jabatan Nikah Cerai / Rujuk )

Baca sini untuk review. Malas nak tulis, sebab review Lyana ni sama je dengan review aku. Two thumbs up untuk team Mahligai Firdaus! :D

Lepas habis, perut pun lapar. Singgah kat Papparich Sri Rampai untuk minum-minum sambil makan-makan (aku laa tu). Aku order Pappa Fish & Chips with Rice. Sedap. Tengah lapar agaknya. Tapi share dengan ene okeyyy. Bukan aku makan sorang. Sebab tu pun order ni. Dia kan macam mat saleh tak makan nasi ekekeke. Jangna marah sayang. Aku makan nasi goreng tu dengan telur mata, ene habiskan fish and chips tu. Eleh cakap kenyang.

Pappa Fish & Chips with Rice RM14.90

Aku tumpang tidur rumah ene malam ni. Malas laa kan nak drive jauh-jauh. Esok dah laa lagi awal startnya. Pukul 9am. Haih. Esok ada lagi setengah hari lagi. Walaupun berkematu dah bontot ni, tapi tetap kugagahkan jua mengharungi kursus kawen ini. Fuh Fuhhhh.

Friday, 6 April 2012

Review: Pameran Pengantin Malaysia 2012, PICC, Putrajaya

The Pass

As promised, ene teman aku pergi pameran pengantin kat PICC, Putrajaya petang tadi. Ni kali kedua aku pergi PICC untuk pameran pengantin. The first time was to model some wedding dresses from Syikin Kadir to be presented to all the bride-to-bes. And now, me being here for the second time is to be the bride herself :)

Kebetulan pulak ene ada meeting kat Cyberjaya, so dia pun ikut teman sekali. Plannya nak ajak Azila teman, but she's having pilates class today. Lambat sangat pulak. Nasib ene ada. So, I went straight to PICC after office (siap tak carpool sebab nak balik awal hehe) and told ene to meet me there.

Sampai-sampai je aku dah atur strategy dah. Aku tak nak tengok benda lain. Only PELAMIN. Aku memang kalau boleh nak dapatkan yang berkenan dihati petang ni jugak. At least kalau dah ada satu yang berkenan, esok pergi PWTC tinggal nak compare je. Orang takde laa ramai sangat. Mungkin sebab hari Jumaat kan. Esok confirm ramai.

My choice of pelamin is the vintage frame tu laa. I want it to be 3 panels with all-white bouquets. Pernah tengok tak? One of them yang aku suka gila is this one (tapi lari budget) :(

Super gorgeous, kan? From FL-Adore :((((

Since dah tak mampu nak amik yang ni, aku plan nak cari other bridal yang ada this kinda frames then aku nak design pelamin sendiri. Banyak jugak booth yang aku singgah tadi, Tapi aku cerita yang sini yang significant je laa eh. Kang berjela-jela sangat pulak. The first wedding planner aku singgah tadi was Sia Rafflesia. Sia is the girl attended us. She's really pretty. Dia ada pelamin yang aku nak, altogether RM3,800 (Pelamin 3-panel, welcome arch, walkway 6 units, accesories pelamin). Ada jugak dia offer package-package dia. Sekali dengan baju apa semua. But, I'm not that comfortable nak lock baju without trying it on in front of the mirror first. Bahaya wooooo!

Ni Price List Dia

Okay, jum jalan lagi.

Aku cuma berhenti kat booth yang display vintage frame tuh je. Yang tak display, aku tak berhenti tanya pun. Sebab malas hehe. Setelah berhenti dah bertanya kat 2-3 booth lagi, aku terjumpa laa satu booth yang sangat cantik dia deco vintage frame tu. Namanya Quntum Chantek. Sweet kan nama dia? Hehe.. akak Intan tu pun baik. Melayan satu persatu pertanyaan aku. Aku suka sangat pelamin dia. Bunga-bunganya sangat robust. Penuh! Macam kebun bunga.

Dia offer aku package. Tapi aku tak nak. So, dia pecah-pecahkan laa price tu. Ni yang dia quote kat aku:

Pelamin vintage frame 3-panel (Pelamin Ari dia panggil) RM2,800
Red carpet                                                                RM  200
Walkway 8 units                                                        RM  480
Free tempat merenjis & welcome arch

Altogether RM3,480. Murah, kan? Still dalam range RM3,500. Hehe.. ene tak kisah. Dia okay je as long as still dalam price range. So far, aku sangat laa berkenan yang ni. Tapi still aku nak tengok-tengok jugak esok kat PWTC. Mungkin ada yang lagi cantik dan murah kan.

Dalam pada tu, kitorang pusing-pusing jugak kat booth kad kahwin. Since yang tu memang belum start apa-apa lagi, kan. Tapi just tengok-tengok harga je dulu. Tak tanya betul-betul pun lagi. Tu lambat sikit pun takpe. 

Dah habis tu, we had dinner kat Padi, Cyberjaya. Aku yang suggest situ sebab dah lama sangat tak makan sweet & sour fish dia. Sedap woo.. Kuah dia banyak gila dia bagi. Sampai tak habis hahaha.. ene tak makan apa-apa. Sekadar meneman sebab dia nak main futsal later at 10pm. Haish lapar dah cerita pasal makan. Okay bye!

Sweet & Sour Fish with Rice RM11.90

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...