The Entourage

Showing posts with label Photographers. Show all posts
Showing posts with label Photographers. Show all posts

Friday, 12 October 2012

Wedding Update: Official Photographer

Weeee.. finally course yang hampir membunuh aku dah abis. Pagi tadi aku attend exam dia dan Alhamdulillah aku pass exam tu. Lega hati tak terkata. Tak perlu pening-pening lagi takut kena re-course/re-sit paper. Dah 3 hari aku tak senang duduk mengenangkan exam nih. Sampai mimpi-mimpi tak pass siap malam tadi. Tidur pun tak lena ekeke. Alhamdulillah sangat passed with flying colours! Weee! Lepas ni tunggu cert keluar. :D

Hari ni dah free sket. So aku nak share pasal official photographer aku. Dia ni sebenarnya kawan sekolah aku. Dari sekolah rendah, bawak laa sampai ke sekolah menengah. Mulanya tak terpikir pun nak amik dia. Dok browse-browse photog kat fb, tiba-tiba terjumpa satu gambar ni. Ada orang share. Cun gila! Aku terus jatuh cinta! Sekali bila tengok photog dia, lerrrr kawan aku rupanya. Aku pun apa lagi. Teruskan ler browse-browse hasil kerja dia.

When it comes to wedding pictures, I can be a very detailed person. Unlike ene. Dia asal bule je. Takde art langsung. Haih bf ku ittew. Lawak kadang-kadang ;)) So tang photog, memang dia lepaskan kat aku (banyak sebenarnya benda dia lepaskan kat aku to decide). Dia cakap, 'Pilih ler mana-mana photog yang awak nak. As long as the price is reasonable.'  OK! :D Aku tak kisah photog tu ada nama ke tak. Banyak job ke tak. Yang penting dia paham output yang aku nak and deliver as promised.

Setelah diusulkan Wan Mahazir (kitorang panggil dia Zack je time kat sekolah) kat ene, dia pun on. Tapi ene cakap dia nak jumpa dulu. Ok. Bila dah jumpa minum-minum catching up (nak cari photog baru laa nak catch up with old friend kan. Sorry Zack :p ), discuss price and stuff, alhamdulillah, price yang dia bagi sangat lah best. Dia kata, 'Harga kawan-kawan..' Zack, kau memang best! :D

Jum layan gambar..
























Aku pilih untuk buat kat library since kitorang kenal each other masa belajar-belajar dulu (masa tu kawan-kawan lagi.. ahaiiii :p ). Alhamdulillah, kawan-kawan kitorang pun happy with the idea. At least, lain laa sket idea kan. :) Apa-apa pun, we had fun that day! :D

Senang sangat deal dengan Zack. Dia terima apa yang aku suggest, dia dengar macam mana yang aku nak and dia try buat ikut cara aku. At the same time, dia bagi jugak suggestion dia. Memang bernas ler kan suggestion-suggestion dia. Dan explaination aku, memang dia senang paham. Takyah cite 2-3 kali. Aku cakap aku nak gambar yang ada storyline, tak nak gambar static. Aku nak bawak kawan-kawan aku to share the moment, tak nak berdua je. Aku nak buat pre-wedding shoot kat tempat yang unik, tak nak kat tempat-tempat biasa. Semua dia layan. Thanks a lot, Zack. Jasamu amatlah dikenang. Kesian ko berpeluh-peluh shoot kitorang hari tu. Tima kaseh banyak-banyak ye :)

p/s: Pre-wedding photoshoot done! Tinggal photoshoot nikah, outdoor nikah, reception, outdoor reception and post-wedding. Okay, banyak lagi rupanya :|

Friday, 28 September 2012

Wedding Update: A Busy Weekend


Solemnization Theme
ene and i will be wearing peach. And our family will be wearing green. :)

Yupp.. lama tak update pasal wedding. Pheww.. this coming weekend will be one heck of a weekend. Dua minggu sebelum pun dah tau dah yang weekend ni akan penuh sepenuh-penuhnya. Mintak maaf kawan-kawan kerana mengabaikan korang sejak kebelakangan ni. Bukan tak nak lepak, tapi tersangatlah busy prepare wedding (padan muka, sape suruh nak buat sendiri semua).

This weekend someone is coming home. Yippie! And he'll be here until Tuesday. Double yippie! And we'll be seeing each other every single day for the whole weekend. Triple yippie! :DDD Dan sebab dia ada kat sini laa kitorang akan menjadi sangat busy this weekend sebab lepas ni, ene akan terus ke Hong Kong start kerja kat sana. Mungkin tak balik-balik dah sampai our wedding day. Haih.

Meh aku listkan apa aku nak buat this weekend. Isk dah lama tak busy-busy prepare pasal kawen dengan ene. Selalu prepare sorang-sorang je. Or dengan mama. Or dengan Azila. Minggu ni dengan ene. Can't wait :)

Saturday:
- Pergi pasar early morning nak cari seafood and barang dapur. Plannya nak masak-masak untuk ene. Sweet tak aku? Bersemut dah ni.
- Pergi Jalan TAR nak cari pre-wedding props. Tak sempat nak buat sendiri. Plus aku nak beli lace hitam. Ada orang order, nak beli butang untuk centerpiece reception aku and untuk handbouquet Kak Amira jugak.
- Buat laundry, please. Bertimbun dah oi.
- Cuci kereta, please. Debu dah dekat sejengkal.
- Amik ene kat airport. Weeee!
- Balik rumah. Mama nak ukur ene untuk baju melayu nikah dia.
- Lepas kenyang perut, detink time! :DDD Tak tau laa kul bape dapat start detink ni..

Sunday:
- Pergi makeup and blow rambut. Kat spa depan rumah tu je. Senang dekat.
- Pre-wedding photoshoot. Weee! Katne? Nanti aku reveal. :D
- Pergi Mimi Bridal nak buat second fitting.
- Detink time! But with a mission. Mau cari kasut and gelang untuk hantaran. Tak dapat-dapat lagi.

Monday:
- Tunggu ene datang, then off to Cyber nak gi matikan stamp untuk ujrah thingy. Baru dapat offer letter weh. Lambat gila. Pastu ene pun got some stuff to do there.
- Lunch date. Echehhh.
- Pergi HIV test kat Klinik Seri Kembangan. Like, finally!

Tuesday:
- Hantar ene to the airport :(

Tuesday, 29 May 2012

Engagement Review: Official Photographer

Yeayy! Gambar sudah siap!!! Bravo Mr. Photog kerana berjaya men-deliver apa yang anda janjikan! Ehee.. sebenarnya last weekend lagi aku dah pergi tengok gambar dengan ene kat Taman Tun. Last Saturday kitorang pergi. So excited! :DDD

Masa nak pergi tengok tu rasa sangat berdebar-debar. Tapi aku gagahkan jua kaki melangkah. Bila dah sampai tak tengok lagi. Still dok gelak-gelak berborak. Hati dah makin tak tenang. Lalu terus mintak tengok.

Bila tengok outcomenya.. AKU SANGAT SUKA!!!! Cantik gila dia edit! Rasa nak nangis tengok gambar-gambar tu. Dia sangat pandai buat storyline. Tengok gambar rasa tengah baca buku cerita. Terus jatuh cinta. Okeh jum layan gambar dulu! :D





























Mahu tau siapakah official photographer aku? :DDD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...