The Entourage

Showing posts with label Lamb. Show all posts
Showing posts with label Lamb. Show all posts

Friday, 5 September 2014

Hong Kong: Himalaya Indian Restaurant

Last trip aku ke Hong Kong, kami terjumpa satu Indian Restaurant yang halal. Terang-terang tau dia tulis kat pintu. Tiada ragu-ragu lagi ekeke.


Nama dia Himalaya Restaurant. Considered a fine dining. Bila kat Hong Kong memang takde maknanya nak cari fine dining yang serve steaks and other western cuisines. Of course laa takde yang halal kan. So fine dining yang kami bule pergi adalah kedai-kedai macam ni laa.. Indian cuisine.. Middle Eastern.. and also Chinese cuisine.



Kat bawah ni adalah appetiser dia. Pappadom cicah dengan gravy-gravynya dan pineapple chutney. Aku suka gravy yang hijau tu. Macam minty sket. Yang orange rasa dia masam-masam sket. Tapi time ni tengah lapar kan. Semua aku telan.


So we ordered butter chicken and garlic naan. Lain kan rupa butter chicken dia? Kaler dia macam nampak pedas dan berempah. But nope. Rasa sangat mild tapi sedap! Sangat sedap makan dengan garlic naan. Oh the best part is ayam kat dalam tu semuanya thigh. Selaku orang yang tak makan breast, memang Heaven!


Bawah ni set nasi and lauk sebenarnya. Very nice presentation. Tapi Eddie dah belasah dulu sebelum aku amik gambar. So.. terimalaaaahhhh.. gambar lauk saje ekekeke. Lauk dia mutton curry dengan dhaal veggie.


Okay dah tu je.. nanti kalau aku jumpa lagi kedai makan best, aku review lagi okeh!

Wednesday, 20 August 2014

Restoran Hidangan Lalapan, The Atmosphere






Ni cerita bulan puasa sebenarnya. Tak sempat nak post sebab sebelum puasa aritu dok sibuk cite pasal Gold Coast hehe. Kitorang berbuka kat Restoran Hidangan Lalapan. Mesti korang tak pernah dengar kan? Aku pun baru first time. Dishes dia lebih kurang macam Ayam Penyet. Tapi dipanggil Ayam Lalapan. Version Sarawak. Ada Ayam/kambing/daging/keli goreng yang dihidang bersama ulam-ulaman dan sambal juga kicap. Sedap jugak. Di kat area Seri Kembangan. Sape-sape lalu Giant Seri Kembangan sila lah try.

Wednesday, 12 February 2014

Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria

Sape pernah gi Hong Kong mesti tau pasal kedai makan ni. Merata Hong Kong ada Ebeneezer's ni. Dia adalah chain of kedai arab. As usual laa kalau kedai arab, menunya memang makanan Middle East la kan. Setiap kali datang Hong Kong memang kitorang akan makan kat sini. Tapi kali ni lain sket. Eddie turun dan hanya take away saje. Pastu naik makan kat rumah. Kedainya bukan jauh pun. Bawah rumah pun dah ada satu. Cuma since dah ada Emyr ni, semua kena ikut time dia.

Sampai-sampai Hong Kong hari tu kitorang dah siap makan kat airport dah. Oh by the way, sape-sape yang pergi Hong Kong, please be informed, Popeyes kat airport Hong Kong tu halal ya. So, korang sampai je Hong Kong, bule laa singgah makan sat sebelum keluar dari airport. At least, perut dah kenyang sementara nak cari tempat makan halal yang lain.

Sampai je kat rumah, Emyr tido tak bangun-bangun sampai laa ke pukul 7 malam. Ingatkan petang-petang tu lepas rest-rest wash up nak keluar jalan-jalan kat Causeway Bay. Tunggu dak gedik bangun, tak bangun-bangun. Kami dah kelaparan. Sudahnya Eddie turun tapau saje.

Roasted Lamb with Chips HKD64 (RM26)

Roasted lamb ni super sedap. Lamb dia sangat berperisa served with chips. Sos kat atas tu buat lagi sedap. Ada tiga sos kat atas dia. Mayo, mint and chili cheese sauce. Ni paling best dalam banyak-banyak. First time aku makan masa naik Ngong Ping 360 tahun lepas. Dasat tak dasat ler Ebeneezer's ni. Kat atas gunung pun ada branch dia ;))

Mutton Briyani with Salad HKD60 (RM25)
Briyani dia aku rasa macam biasa-biasa je. Too berempah to my liking. Sedap lagi Hadramawt. Tapi aku suka salad dia. Refreshing.

Lamb & Chicken Kebabs HKD50 Eash (RM21)

Ni hari lain sebenarnya. Last night aku kat Hong Kong. Kul 1 pagi tiba-tiba rasa lapar. Mintak Eddie turun beli food. Sekali lamb lagi dibawa pulang. Gemok aiii :p

Tuesday, 9 April 2013

Honeymoon (Part 3): Roasted Duck & Mutton Curry @ Bowrington Road Market


Lepas sampai rumah, kami pun rehat-rehat ler sebentar sementara menunggu dinner time. Perut dah kenyang makan Popetes kat airport, so memang sangat selesa ler melepak-lepak di kala cuaca sejuk teramat. Memang aku tak keluar dari bawah duvet yang selesa itu.

Cari Apa Bang?

Tengah Pilih Bedsheet

Menjelang petang baru laa ene kejut aku ajak keluar jalan-jalan kat area rumah dia. Since hari pun dah petang, memang kami plan tak nak jalan jauh-jauh. Penat pulak nanti. nama pun honeymoon, takyah ler nak rush ke sana sini. I've like years to come over jalan-jalan lagi kat Hong Kong. So no rush :)

Sebelum kawen, aku dah pesan kat ene. Jangan beli barang rumah banyak-banyak sangat. Tunggu aku. Sebab aku nak merasa shopping barang rumah. Almaklum laa.. nak merasa dok rumah sendiri kat Gombak tu tak tau laa bila. So rumah sewa pun jadi laa.

So kami pun pergi laa pusing-pusing sambil menuju ke satu kedai Jepun. Kedai barang-barang rumah laa sebenarnya. ene memang selalu beli barang kat situ. Seronok tengok-tengok barnag kat kedai tu. Semua benda ada. Lebih kurang macam Daiso but on a larger scale.

Good Stuff Inside
The Menu

100% Halal

Mutton Curry Yang Super Enak!

The Best Roasted Duck Ever!

Muka Tak Sabar Nak Dig In

Haha Tak Jadi Langsung Muka Excited Dia

 Setelah kepenatan bershopping, it's dinner time! Masa yang ditunggu-tunggu pastinya. ene awal-awal dah cakap nak bawak aku gi makan itik. Woweeee.. yummeh! Kedai Wai Kee ni terletak kat atas pasar basah Bowrington Road. Memang nak pergi tu kena berjalan masuk ke pasar ler kan. Tapi sebab nak makan punya pasal, aku gagahkan.

Ternyata memang sangat-sangat sedap mutton curry and roasted duck dia. Tak sangka betul. Tempat macam tu, tapi makanan superb! Sebenarnya tempat ni memang sangat-sangat popular di kalangan tourist. You can google it up to read the review. Memang banyak good review pasal kedai ni. And having to taste it myself, aku pun akan bagi good review juga. Ahaks.

Tiba-tiba Ada Demo Plak. Political Thingy I Think

Tram Di Tengah-Tengah Jalan

Habis dinner around 9pm, tak rasa macam nak jalan jauh lagi sebab dah penat and cuaca semakin sezukkkk. On the way balik tu, tiba-tiba ada demo la pulak kan. Not sure pasal apa, sebab semuanya tulis cino.

Sempat jugak aku snap gambar tram yang bergerak kat tengah-tengah jalan raya kat sana. Very pretty. Teringin nak naik tapi ene cakap next time sebab dia pun tak research lagi tram-tram ni punya route. Ehe. Okay Hubby!

Tuesday, 14 August 2012

Iftar @ Shangri-La, Putrajaya

Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.

Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.

Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.

Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.

Eja, Wawa & Lina

Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.

Eja, Yours Truly & Lina

 Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.

Pinjam spec Hello Kitty Eja sat

Salah satu pose mengarut.

Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik)

Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.

Reserved!

Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)


Malay Cuisine

Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p


Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.

Make Your Own Salad

Salad Lagi

Seafood On The Rock

Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.

Kerabu-Kerabi


Pecal

Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.

Otak-Otak

Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.

Petite Pudding & Rice Cake

Here comes my favourite part. Dessert line!

Chocolate Mousse Cake

Petite Coconut Pie

Strawberry Cocktail!

Nyonya Kuehs

Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?

Fruits

Entertainment Of The Day

AirAsia Colleague

First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.

The Pinky Girls!

Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.


Me & Ajis Yang Kuat Makan

Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.

The Petites

Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...