The Entourage

Showing posts with label Veils. Show all posts
Showing posts with label Veils. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

iHeartBeads: Noli's Solemnization

Another beautiful bride. One of our friends uploaded this pic to instagram. Love seeing the beadwork on her. She looked just like a princess. Congraats and thank you, Noli! :D


Sorry ramai yang bertanya nak tengok gambar berdini. Nanti bila dah dapat gambar yang clear, aku upload lagi, k.

Interested? SMS/Whatsapps 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for inquiries! :D

Saturday, 18 May 2013

iHeartBeads: Athirah's Engagement

She is such a nice girl. Alhamdulillah dah selamat pun jadi tunang orang. I'm so happy for you dik. Akak curi gambar awak 2-3 keping ye. Ekeke..




Baju Athirah ni baju kurung Pahang. With patch lace and beadwork kat dada, tangan dan bawah baju. Veil pulak full beading bahagian depan and handbouquet tu pun aku arrange. Tunggu official photographer dia hantar gambar, then aku upload lagi gambar yang lebih clear okie. Cheers!

Interested? SMS/Whatsapp Zila @ 0129198861 or email gina1983@yahoo.com

Friday, 17 May 2013

iHeartBeads: Azyan's Reception Veil

Azyan is my bestfriend's girlfriend. Getting married in June. Baju dah siap, cuma veilnya belum lagi. So kawan aku ni mintak laa aku buat beadwork untuk tunangnya ni. Warna dia champagne, so aku campurkan beads and pearls dia warna brown and gold so that dia naik sket.

A D-Shaped Veil

Interested? SMS/Whatapss to 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for any enquiries :D

Thursday, 18 April 2013

Athirah's Engagement: Veil

Iklan jap.

Akhirnya siap dah veil Athirah untuk engagement dia. Alhamdulillah. Theme kaler dia pink and turquoise. Hari tu dia mintak aku belikan kain untuk veil dia. Tapi lace dia yang provide.




Aku dah up gambar veil ni kat Facebook page iHeartBeads. Alhamdulillah. Dia suka. Lepas ni projek untuk siapkan fabric handbouquet, baju tunang, flower arrangement dan juga baju mak dia. Yup, mak dia pun buat baju dengan aku jugak. Cuma dia tak nak lace. Only beads. Nantikan! :p

Siapa-siapa yang berminat boleh SMS/Whatsapp 0129198861 ye. No calls, please :)

Wednesday, 12 December 2012

Solemnization Update: Teaser Veil Nikah

16 DAYS UNTIL THE WEDDING!

Siap!

Hari tu aku ada cite pasal veil nikah aku dah siap. Tapi tak sempat nak tepek gambar. Ini dia veil aku yang dah complete. Yeayy! Kalau nak tengok yang masih dalam proses, click sini. Alhamdulillah.. siap! Lebihan batu permata ni aku tampal pulak kat kasut. Over kan Haha!

Sorry laa bukan saje-saje nak teaser ni, tapi memang sebab takde masa nak mengarang banyak-banyak sekarang ni. 16 hari laaaaagi. Lepas kaweng aku review habis-habisan ye. As for now, enjoy the teasersss! :DDD

As usual, siapa-siapa nak custom made baju, veil, tudung, selendang, do contact me ya! Email me at gina1983@yahoo.com. or simply SMS 0129198861. 

Thursday, 1 November 2012

Solemnization Update: Veil Nikah

Teaser! :p

Patch lace on Demonte Fabric

Finally! Siap jugak veil nikah aku. Alhamdulillahh.. Dah habis jahit suma dah. Tapi yang dalam gambar ni bukan yang dah siap tau. Veil yang sebenarnya siap ada manik-manik silver dan pearls in between flowers. Pearls semestinya laa kena ada kan. Yang ni just aku baru potong and tampal batu permata on each patch lace. Jahit pun tak lagi tu. Baru pin-pin je atas kain Demonte tu. Kata pun teaser. :p

Aku paling suka tang batu permata tu. Kaler dia macam putih, tapi bila letak kat atas kain, it captures the colour of the fabric. Jadik berkilau-kilau dia. Aku tengok batu tu pun banyak lagi stok kat kedai, aku belasah je letak banyak-banyak. Mama pun diam je. Okay laa tu. Ahahahaha.

Nanti lepas kawen laa aku upload review pasal veil aku bule? Eekeke..

So, kalau ada sape-sape nak buat patch lace for baju or veil or any other thing, do contact me ya. But just to infrom, order sampai December dah tutup. Dah tak cukup tangan nak buat order orang. Sorry sangat kepada yang sms/email. January nanti aku bukak semula okay :D Just place your order at gina1983@yahoo.com or sms/call at 0129198861. See ya!

Saturday, 11 August 2012

Sabtu Yang Penuh Rezeki

Alhamdulillah ada lagi rezeki hari ni.. pagi tadi awal pagi dah bangun nak hantar veil tunang kat Bukit Jalil. Penyewanya adalah Cik Rahimah. Dia nak sewa veil aku untuk majlis tunang dia pada hari raya ke-4 ni. Wahh.. tunang time raya tu.. Syioknya.. mesti dapat duit raya lebih :p Tengkiu Rahimah, kita jumpa lagi lepas raya ye :)

Lepas settle kat Bukit Jalil, aku rushing pulak jumpa supplier beads and crystals aku untuk amik crystal hitam untuk Cik Awin kita. Cik Awin order donut crystal, teardrop crystal, deco besi yang kat kepala tasbih tu dan juga rambu-rambu tasbih yang sampai skang aku tatau nama sebenarnya. Dia nak buat DIY tasbih untuk majlis nikahnya.

Alhamdulillah, dah selamat semuanya. Dah sampai pun kat tuannya di Subang tengahari tadi. Sorry tau Awin kita sampai lambat! :p Terima Kasih atas kepercayaan anda. Semoga berjaya buat tasbih tu ye. Nanti update kat blog ye. Kalau tak jadi, bagitau cepat-cepat. Kita try ajar pakai webcam kat ym pulak ekekeke.

Oh lupa nak cite, masa hantar crystal kat Awin tadi, aku siap dapat sambal tempe ikan bilis tuuuu! Heheheh.. tengkiu Awin! Sedap sangat-sangat! :D

Tapi yang sedih sikit bila tak jadi nak berbuka sama-sama dengan Falsya kat OU. So sorry sangat-sangat tau babe.. My aunty tiba-tiba datang ler.. Takde sape nak tolong masak-masak. Nanti kita ngeteh-ngeteh k? :D

Wednesday, 30 May 2012

Engagement Review: Veil Tunang

Ada Sesapa Nak Sewa?

 Okeh.. jum review veil tunang aku pulak. Veil tunang aku ni kaler pink. More to dusty pink lebih kurang. D-shaped with full beadings at the edges. Panjangnya aku tak ukur laa pulak. Cuma bila pakai tu, Panjangnya sampai atas punggung. Materialnya dari kain net.

Aku beli veil ni kat Jalan TAR hari tu dengan Azila, sekali dengan kain chiffon untuk baju aku. I just love the deatailing. Beadings dia semua pink. Teliti sungguh orang tu jahit. So, memandangkan baju aku tu trimmings dia lace putih with white pearls, aku decide untuk tambah pearls kat veil aku tu.

Close Up

Yang kat bawah ni pulak gambar time aku tengah pakai. Aku memang sangat suka veil dari net. Sebab dia tak panas. Very airy hehehe..

Menggigil-Gigil Tau Masa Ni :p

Si Belang-Belang Biru Itulah Yang Bertanggungjawab Memakaikan Veil Kat Atas Kepala Aku Ini :D

:D

p/s: Veil ini dibuka untuk sewaan ye kawan-kawan. RM30 sahaja. Murah, kan? Kepada siapa-siapa yang berminat, sila tinggalkan email anda di ruang comment ye. Or bule juga terus email kat sini: gina1983@yahoo.com :D

Senarai Penyewa:

AUGUST:
11th-12th: Rahimah

SEPTEMBER:
15th-16th: Huda Ashikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...