The Entourage

Showing posts with label Ring. Show all posts
Showing posts with label Ring. Show all posts

Wednesday, 23 May 2012

Engagement Review: Hantaran Me To ene

Okeh, jum review pasal hantaran pulak. Hantaran yang kami dah setuju adalah 5 dari pihak lelaki dan dibalas dengan 7 dari pihak perempuan. Theme kaler untuk hantaran aku lebih kurang dengan theme kaler majlis aku iaitu pink dan putih.

In Progress..

Hantaran memang kitorang buat sendiri walaupun pada mulanya aku nak mintak Kak Tina from Tinaju Hantaran buatkan. Sangatlah cantiknya hantaran dia. Suka sangat-sangat. Tapi bila mama dah beriya cakap nak buat sendiri lalu terpaksa laa aku lupakan niat tu. Deposit aku RM50 pun burn macam tu aje. Haish.. sabar je laa.

Sibuknya Owen Ni..

So, oleh kerana nak kena buat sendiri, aku pun decide aku beli je bakul hantaran tu. So, at least time nikah bule pakai balik kan. Takyah laa asyik nak sewa je. Duit jugak tu. Murah je pun. Meh baca kat sini pasal bakul-bakul putihku ini.

Dulang-dulang pahar semua aku pinjam Effa. Alhamdulillah laa dia ada. Nasib baik tak clash dengan adik dia tunang. Selang seminggu je pulak tu. Lepas majlis hari tu, terus kitorang pulangkan sebab diorang nak pakai untuk buat hantaran pulak. Tak nak laa diorang kena tunggu kitorang pulak kan..

Dulang-Dulang Pahar Yang Masih Berbungkus

Alas dulang hantaran pulak aku pinjam Ngah punya. Sebenarnya dia dua lapis. Satu satin cream, satu lagi net siap ada bunga tampal kat atas dia. Tapi bunga tampal tu kaler merah. So.. tak sesuai. Lalu aku pakai alas dia yang inner satin tuh je.

Saprah hantaran aku pinjam Azila. Hari tu ada nampak time Azila tunang dia ada pakai. Cantik. Velvet warna hitam. Ingatkan Ngah punya. Rupanya dia jahit sendiri. Nasib baik dia bagi pinjam Hehe..

Saprah Hantaran Velvet Hitam & Alas Dulang Hantaran Cream

Tang bunga-bungaan pulak.. aku pergi borong bunga kat Fah Lean Floral Trading kat Balakong. Siapa-siapa yang nak borong artificial flowers, tolonglah pergi sana dan jangan pergi tempat lain lagi sebab tempat tu best gila! Besar, banyak choice dan murah. Serius best. Boleh baca pasal Fah Lean kat entry aku yang ini.

Mula-mula aku cuma beli dua jenis bunga je, Hydrangeas and Mini Rose Buds. Tapi last minute sehari sebelum tunang, kitorang pergi lari pulak ke Gombak untuk tambah bunga Rose yang besar-besar tu. Sebab tiba-tiba rasa macam tak cukup bunga. Mama punya idea laa tu haha.

Hantaran 7 dulang aku tu terdiri daripada:
Dulang #1: Sireh junjung
Dulang #2: Cincin
Dulang #3: Kain baju melayu
Dulang #4: Popcakes & Chocolates
Dulang #5: Macarons
Dulang #6: Fruit bunch
Dulang #7: Bunga rampai

Dulang #1: Sireh Junjung

Dalam banyak-banyak, cuma sireh junjung aku je yang pakai fresh flowers. Mama cakap sireh junjung memang kena pakai fresh flowers. Layankan aje. Ni pun last minute jugak mama keluar pergi beli. On the day itself! Dasat tak. Nasib baik sempat. Mama cuma pakai bunga rose peach (sebab takde pink kot) yang besar-besar dengan fillers. Tu mama sendiri yang gubah. Boleh tahan laa jugak kan? Ekeke..

Dulang #2: Cincin

Cincin platinum aku bagi kat ene aku beli kat Diamond & Platinum. Baca kat sini. Original price dia agak terkeluar dari budget aku laa sebenarnya. Tapi lepas tawar menawar (aku rasa minah tu staff baru, so dia nak kejar sale agaknya) dapat laa kurang. Tambah pulak abang ene ada member card (abang ene adalah hubster Falsya, hahaha saje je nak promote blog u babe :p), lagi laa dapat murah. Beza harganya ada laa lebih urang RM500 jugak. A good bargain, kan? Sorry ler takde gambar pulak. Cepat sangat abang snap gambar. Aku tak berani letak cincin tu awal-awal.. bukan apa, takut tetiba kang MIA pulak ekeke. Tunggu laa gambar dari OP aku nanti. Dia mesti laa ada snap kan.

Dulang #3: Kain Baju Melayu

Dulang ni pulak aku bagi dua benda. Kain dan butang baju melayu untuk nikah. Kain baju melayu tu memang sengaja tak buat baju melayu siap-siap. Sebab ene cakap takut demok nanti hahaha. Kain tu kitorang beli kat Jakel sekali dengan kain dress nikah aku hari tu. Baca kat sini. Butang baju melayu pulak aku beli seminggu sebelum tunang. Aku heret ene gi Jalan TAR hahaha. Aku suka butang tu sebab besar dan nampak penuh batu berlian tu. Baca kat sini.

Dulang #4: Popcakes & Chocolates

Ni antara hantaran yang aku suka (sendiri buat, sendiri suka kan). Popcakes ni aku order kat one of my friend, Aimi. Sangat sedap Popcakes ni. Cantik pun cantik, kan? Dalam dia chocolate fudge cake and luar dia chocolate topping. Heaven gila makan chocolate ni. Kesian adik-adik aku dapat sket je. Takpelaa.. nanti aku order lagi untuk diorang hehe. Harga dia RM2.60 each. Minimum order is 30 pieces. So altogether harga dia RM78.

Tang ni nak cite aku nak touching sket. The night before tunang tu, aku pergi laa rumah Aimi nak amik popcakes aku. Sekali maid dia pass kat aku 2 kotak. Ingatkan dua-dua popcakes. Rupanya, dia siap buatkan aku one big box of cuppies! Ada 36 pieces dalam dia! Ya Allah.. rasa macam nak nangis oke! Hadiah tunang katanya. Hehee.. sayangg Aimi. Timaceyyy Aimi! :D

Yang kuning-kuning kat bawah dia tu pulak chocolate mini toblerone. Yang ni aku dapat murah. Diorang lelong kat opis AirAsia hari tu. Sepeket cuma RM10. Tiga peket aku amik. Ekeke.

Dulang #5: Macarons

Ni hantaran favourite aku! (Ye, aku obses dengan hantaran sendiri ekekeke). Macarons!!! I just love the packaging! Sangat sweet, kan? Hari tu aku saje laa browse-browse Groupon. Tiba-tiba ternampak offer untuk macarons ni. Aku pun apa lagi, enquire laa habis-habis. Bukan apa, risau laa jugak kan, barang-barang hantaran nak beli through Groupon. Kot tak sempat siap ke haper ke, pengshan aku. 

Nama kedai dia Les Macaroons. A home-based bakery owned by a girl named Eleza. Such a sweet girl. Senang sangat nak deal dengan dia. Dia sangat baik. Memang melayan laa apa yang aku mintak ekeke. Semua through email je pun. Alhamdulillah semuanya okay. Aku deal dengan dia 2 bulan sebelum tunang aku, time aku beli Groupon voucher tuh laa. Then aku remind dia a week before. Then the night before tunang tu, aku pergi pick up rumah dia. As simple as that. Masa aku amik tu, rasa nak menjerit sebab cantik sangat-sangat!

Sebenarnya original price untuk a pack of half dozen is RM18. Tapi untuk groupon, aku beli 3 dozens dapat RM75. So, satu macarons jatuh jadi RM2.08. Murah, kan? Semua tu lain-lain flavour tauu. Semua orang cakap sedap. Tapi aku sendiri tak sempat nak rasa ahaha. Ada 6 bungkus. 5 letak kat hantaran. Bakul dah penuh, lalu the last pack tu aku bagi kat Azila. Kesian dia banyak tolong aku hehe.

So.. siapa-siapa yang nak rasa macarons from Les Macarons ni silalah tengok kat Facebook dia ye. Banyak lagi products diorang yang buat aku rasa geram nengoknya. To Eleza, I can't thank you enough!

Dulang #6: Fruit Bunch

Dulang ni pulak aku pilih semua jenis buah-buahan warna merah. Aku pun tak tau kenapa tapi aku rasa sangat cantik kalau semua buah-buahan tu sama kaler. Looks so rich. Cuma epal tuh je tak bape nak merah.

Mulanya mama beli 5 biji plum, 2 gugus anggur merah dan 5 biji epal merah untuk hantaran aku. Tapi pagi tu, bila An dah susun-susun dalam bakul tu, nampak macam lompong laa pulak. Lalu, aku mintak An dengan Irfan pergi beli lagi buah apa-apa yang merah kat Mydin or 99 Mart (nak bagi hadiah, biar laa ikhlas, kan). So An berjaya jumpa jambu air dan segugus kecik anggur merah. Jambu merah An beli 5 biji. Bila dah letak kat hantaran, aku sangat puas hati.

Idea nak letak buah-buahan merah ni aku dapat dari Zaifie Zainal Creation. Ataupun penggubah hantarannya adalah Gubah By Siti Zainal. Jangan marah Siti, aku curi idea ko ekeke. Diorang ni adik beradik. Dulu selalu laa lepak dengan Cik Siti ni. Skang ni, entah kenapa, macam dah jarang pulak jumpa. Meh tengok kat sini dan sini betapa cantiknya hantaran buah-buahan merah diorang nih.

Dulang #7: Bunga Rampai

Yang ni ikut creativity An. Mulanya aku korek punya korek kat dapur, terjumpa laa mangkuk dessert set of 6 yang comey (sebenarnya set mak aku). Lalu An masukkan bunga rampai then wrap dengan net putih pastu ikat dengan ribbon purple. Looks sweet and I like it. Masa tu memang dah tak sempat pun. Apa-apa pun aku akan jawab sweet. Haha.

Okeh, bebel sudah panjang. Cukup sampai di sini ye :D

p/s: Sewaan bakul hantaran dibuka sekarang ye. Price? Murah-murah saje. RM7 setiap satu. Ada 6 unit bakul bulat dan 6 unit bakul segiempat sama. Boleh tengok kat sini kalau nak tengok betul-betul bentuk bakul-bakul hantaran ittew! Lai lai laiiii! :DDD

Sunday, 6 May 2012

Azila's Engagement @ Felda Villa, Kuala Lumpur

Hari ni adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. My very best friend is getting enggaged! Hehehe.. Azila is getting engaged! I'm so excited! Sampai takleh nak tidur malam tadi. Entah apa-apa entah.

The Centerpiece And The Dessert

The Engagement was taken place at Felda Villa. Kitorang gerak awal-awal pagi around 7.00am pergi Felda Villa untuk get ready apa yang patut. Dah laa tak cukup tidur, kena bangun awal pagi pulak kan haha. Tapi Azila punya pasal, akan kuturutkan apa sahaja hehe.

Banyak jugak benda kitorang set up before orang-orang lain datang. Prepare centerpiece, Beautify pelamin, gantung-gantung bunga, macam-macam lagi laa. Around 10.00am tu, Azila start mekap, kitorang pun start siap sambil menunggu kawan-kawan yang lain.

Makeup By Zainul From Fitri Sense

 Lepas siap-siap, diorang pun tak nampak batang hidung lagi. Azila still tengah final touchup. Lalu aku pun keluar snap-snap apa yang patut. Suka sangat Felda Villa ni. Very spacious. Memang cantik kalau buat function kat sini. Entrance pun banyak. Boleh pilih nak pakai entrance mana. Kalau buat malam pun cantik. Very balinese sebab kayu-kayu. Cantik! Just that, I think they need to improve on the decor. Paling penting artificial flowers yang diorang guna. They look so old. So worn out. So berlapuk. Potong sikit di situ.

Dulang #1: Sireh Junjung

Dulang #2: Baju Melayu

Dulang #3: Sampin Songket (Beli Dengan Aku Hari Tu Kat Jalan TAR)

Dulang #4: Mini Fondant Cakes By Kakes n' Kookies

Dulang #5: Pot Pourri

Dulang #6: Chocolates (Comel Kan Ladybirds Panjat Rumah? :p)

Dulang #7: Fruit Bunch

Altogether ada tujuh dulang. Sebelah Hairil of course laa bagi lima dulang. Tapi lupa pulak nak snap hantaran belah sana. Tunggu gambar from official photographer je laa nanti.

From Left: Hany (Abby's Sister), Alin, Me & Khair (Tauke Kakes n' Kookies)

Soon-to-be tunangan orang tak keluar lagi, jum kita rasmikan pelamin dia ekekeke. Siapa-siapa ada gambar yang ramai-ramai tu, sila bagi, pleaseeeeeee!

Apa Laa Yang You Belek Tu Babe? Hahaha..

Loading the doorgifts masuk bakul untuk bagi para tetamu jemputan sambil gossiping.

I Feel Like Crying When I saw Her.. :')

 Khair and I went back to Khair's house that noon sebab terlupa nak bawak cupcake stand. Nasib baik sempat tengok lalink ku atas pelamin.

Kawan Aku Hidup Dan Mati Dah Bertunang :)

Tapi dapat amik gambar dari jauh je sebab masa tu dah penuh dengan families..

The Familia..

Ni laa distance kitorang hari tu. Tak dapat nak menyelit masuk. Takkan nak jalan kat tengah-tengah tuh kan. Sudahnya Khair, Lene, Alin and I terpaksa laa dok luar tunggu. Nasib baik tak lama.

Sorry Gambar Dari Jauh

Just Gorgeous.

Show Me The Bling!

Yeayyy dah dapat cincin! Cantiknyaaaaaa! From Diamond & Platinum uolsss.

I'm So Happy For You Lalink

The Bakal Pengantin. Nantikan this November. Eh lupa nak cakap. Attire by Arma Couture. Beli last minute tu hahaha.

The Couple Of The Day

Geram kat Si Noah ni muka stress je.

After What You've Been Through, You Deserved To Be Happy :)

Weh. Baju ko nih dah bule bawak nikah sekali. Ekekeke.

Haish. Susah Betul Si Macho Ni Nak Pandang Camera Tau

Finally, dapat peluk Noah!

Nak Ke Mana Tu Cik Kiah?

Seriously, I'm so happy you arefinally engaged. It's an unexplainable feelings seeing you sitting on the pelamin with your ring. I just don't know how to express it. After what you've been going through all these years, you deserved someone as good as him. Semoga kekal hingga ke anak cucu. (Ye.. aku tengah menjiwang and I can't help it).

Saturday, 21 April 2012

Engagement Update: ene's Platinum Ring

Perut sudah kenyang lepas makan kat wedding Alfie tadi. So, aku mintak ene singgah petrol pump nak tukar baju. Tak larat laa aku nak pakai baju kurung, kan. Lepas dah tukar jeans and top, baru rasa selesa nak mencari cincin hehe.

Tapi sebelum tu, ene wanted to have his daily dose of coffee dulu. To starbuck's we went. ene bought his usual caramel. Aku tukar sket. Been wanting to try Green Tea Cream for long. Dan.. tak sangka ia sangat sedaaaaap! Sebenarnya takut-takut nak order sebab takut tak sedap. Aish.. menyesal aku tak order dulu-dulu lagi. Dah boring sebenarnya asyik coffee and chocolate based je. From now on, memang aku akan order green tea cream je. Sedap sangaaaat!

Green Tea Cream Frappucino Tall RM14, Grande RM15, Venti RM16

More or less semua kedai platinum laa kitorang masuk kat 1-Utama tu. Yer laa.. nak dapatkan the best, kan. How I wished, aku pun pusing-pusing banyak kedai jugak before beli cincin hari tu. Haih.. too late now..

Mula-mula kitorang masuk My Diamond. Hmm.. platinum ring untuk lelaki, semua ada diamond. Haish.. ene tak nak diamond. Okay, next kitorang masuk DeGem. Ada satu yang menarik hati. Tapi.. the price was around 4k. Adeh.. lari budget. Told ene, kalau nak, amik laa. Tapi kena tambah duit sendiri. Terus dia ajak keluar. Ekekeke..

Selberan pun sama jugak. Too high end sampai tak tercapai dek akal kami nih. Hehe. Ada nama, ada harga laa kan. Pusing-pusing, jumpa Poh Kong. Tanya-tanya.. eh.. ada rupanya platinum. Murah je. 1k dah boleh dapat. Tapi.. designnya tak cantik laa pulak. Lepas tu, cincin dia tersangat laa ringan nyaa.. Adeh..

Last sekali kitorang masuk Diamond & Platinum. Very friendly amoi tu. Very big amoi, but very comel one. Kelakar pulak tu. Hehehe.. Saw this one design yang kitorang pernah nampak kat Diamond & Platinum, Mid Valley hari tu. The same exact design, the same exact price.

So, tanya-tanya laa amoi tu, kalau ada membercard, berapa boleh dapat (ene's brother is a member of Diamond & Platinum. Hari tu dia bagi ene kot-kot nak beli cincin). Kira punya kira, last price dia bagi is lower than the price kedai Mid Valley bagi. What? That's a good price. Because yang masa kat Mid Valley tu, beza dia ada laa dalam RM400-RM500 jugak. This is good stuff.

Tak banyak cakap, we terus agreed. Swipe credit card laa gamaknya. Hehe.. and the good thing is, kalau pakai credit card Citibank, you can get 0% unterest installment for 9 months. So, bulan-bulan kena bayar berapa je. Hehehe..

Lega aku dah beli cincin Si ene nih. Kalau tak, pening dok mencari cincin dia. Ke sana ke mari tak jumpa-jumpa. So, siapa-siapa yang nak beli platinum, sila laa pergi Diamond & Platinum kat 1-Utama ye. Tu tempat rate paling murah so far yang aku tengok lepas survey-survey. Selamat Mencari! :DD

Nak tengok gambar? Lepas tunang ye aku upload :DDDDD

Sunday, 15 April 2012

Solemnization Update: Kursus Kahwin (Part II)

Kursus kahwin lagi. Haish. Menyesal tak amik gambar time kat sana. Segan sebenarnya. Ada gambar dalam bilik je ekekeke :p

Ehehe..

 Hari ni half day je. Hehe.. happy rasanya dah nak habis. Untuk harini start pukul 9.00am - 2.00pm.

Module untuk hari ini:
9.00am - 11.00am: Module #5: Pengurusan Kesihatan - Tuan Haji Sani (Pegawai Kesihatan)
11.00am - 11.15am: Sarapan - Menu bihun goreng & teh o panas
11.15am - 2.00pm: Module #6: Akidah & Ibadah - Puan Nurul Huda (penceramah bebas)

Yeayy.. sudah habissss.. Fuh. Lega. Tapi tak bukak tudung lagi ni tau. Terus gi Mid Valley hehehe.. Plannya nak pergi beli kasut lace kat Charles & Keith. Tersangat lah cantiknya kasut tu. Ingat nak pakai untuk tunang, nikah and sanding nanti. Sangat sesuai tau I tell you. Very sweet.

Tapi malangnya.. size dah habis. Haish.. sangat menyesal tak beli hari tu lagi. Dah dua kali masuk Charles & Keith, tapi dok pikir nak beli ke tak. Skang dah terlambat. Takpe. Tengok kat Aeon Bukit Tinngi dengan 1-Utama next week (Haha.. dah ada plan siap).

Setelah keciwa dengan ketiadaan kasut lace itu, aku pun pergi beli handbag. Eh. Haha.. tetiba je kan nak beli beg. Tak sedar diri duit banyak nak pakai lagi.

Cleef Handbag RM89.90

Sebenarnya nak beli handbag kat Charles & Keith jugak. That was the original plan. Harga dia RM189.90. Pastu, ingatkan.. nanti dulu laa.. Pusing-pusing dulu. Masuk jusco. Tetiba tengok kat Cleef ada handbag yang sama! Sebjik weh! Homai! Since aku pun tengah short, lantas terus dibeli. Hahah.. persetankan brand. Beli saje! ene pun happy sebab aku tak membazir. Katanya, "Takpe.. lagi 8 bulan je. Pastu awak boelh pakai Armani awak, okay?" Sejuk terus hati aku. Lalalala..

Lepas beli tu, kitorang saje pusing-pusing kedai platinum cari cincin ene. Lebih kurang semua kedai laa kitorang survey. Tak beli apa-apa pun lagi sebab ene nak tengok cincin kat 1-Utama pulak. Keluar dari kedai platinum cuma dapat ni je:

Ekeke..

Sebelum hantar ene balik, kitorang lepak kat Nisma kejap. Recap apa yang patut untuk hari ni. Time ni tudung aku dah entah kemana laa kan. Haha.. What a tiring day..

Sunday, 18 March 2012

Engagement Update: Cincin Risik & Tunang

Today is the day. The day which we finally bought my rings! Both rings! Risik and tunang. Hehehe.. Okay, baca.

I came to ene's house around noon. ene cakap datang pukul 1. Pukul 12.45 aku dah sampai ekeke.. gave a missed call to ene to tell him aku dah kat bawah. Tunggu 10 minutes. Text him telling him aku dah kat bawah. No reply. Called him to tell him aku dah kat bawah. No answer. What's happening here??? Dekat 3 kali aku call, baru dia sleeping. And his voice is as though he has been sleeping! Memang kena laa dengan aku, kan.

Marah punya marah, rupanya aunty pun takde. Keluar pergi spa. Elok ene bukak pintu, aunty pun sampai. Haish. Awalnya laa rupanya. So, kena laa masuk dulu. Aunty nak masak dulu katanya, okey. Mari menumbuk sambal hahaha.

Lepas makan, diorang siap-siap, then baru gerak. Aunty nak pergi Poh Kong yang kat The Mall tu. Dia kenal orang tu katanya. Boleh dapat murah. Tapi aku request nak singgah Habib, Ampang Point dulu. Tengah ada warehouse clearance sale. Harga emas skang RM190 kalau 916.

Masuk-masuk memang bersinar-sinar laa biji mata ni. Kiri kanan emas dan permata. Haish.. tak reti betul aku nak memilih. Tapi pilih laa jugak. As usual, memang aku pilih yang aku suka laa. Aku suka design yang unik-unik sebenarnya. Tak suka yang satu batu. Aku suka fancy. Baru laa muda sket eekeke.

Cincin yang aku suka dalam 1k plus. Hmm.. ene bisik kat aku, dia tak kisah berapa pun. Tapi kalau mahal sangat, nikah pun dia kena bagi cincin jugak laa. No gelang-gelang. But I desperately want a bracelet. Cincin dah banyak kot. Okay, kena budget-budget.

Dah puas tengok kat situ, kitorang pergi tengok kat Poh Kong The Mall pulak. Tak banyak choice. Tapi macam tak sempat nak pergi Habib balik. Sebab Habis tutup pukul 8. Hmm okay.. we have to make do of apa yang ada kat depan mata je.

So, akhirnya cincin aku dibeli kat Poh Kong, The Mall. Cincin risik emas kuning belah rotan. Cincin tunang emas putih batu satu. Boleh laa.. simple je pun. Tengah pikir nak upload gambar ke tak. Hahaha.. nak tengok ke? :p

Friday, 16 March 2012

Wedding Update: Door Gift (Mini Strawberry Jam!)

ene's not working today. Haish. Boring laa kat opis hari ni takde sape nak chat with. Dah laa kat opis macam takde orang. Semua buat hal sendiri sebab boss cuti. Kat island aku ni, tinggal aku sorang je, boleh? Haha.. Aku je yang rajin dok kat meja ni mengadap pc. Apa yang aku buat pun aku tatau hahahahaa..

But he text-ed me just now. Semalam dia cakap dia nak pergi tengok dewan JKR tu dengan aunty. Tapi tak jadi pulak. Sebab mamanya malas nak keluar sebab panas. Hehe. Lawok. Tak sempat nak reply lagi, dia text lagi, mms this time. Gambar the strawberry jem yang katanya nak buat door gift for our wedding tu. Serious cute! Just like what I've been expected. Sorry gambar blur. Almaklum laa guna hp cabuk Si ene :p

Cumel, Kan? I'd Really Love to Have This For Our Wedding's Door Gift :)

Just found out that Syuk is getting engaged this April. Wahh.. diam-diam je dia hehe.. saje laa chat dengan dia tadi. Told him Ahad ni nak pergi beli cincin (excited kot!). Then dia cakap, dia pun pergi beli cincin jugak this weekend. Sabtu lagi. Haha.. that was when he told me this.


Macam tau-tau je kitorang sedang di dalam pencarian cincin, kan. Boleh pulak Habib buat sale skang. Hehe.. just nice. kitorang pun nak cari cincin this weekend. Sale pun only until this Sunday only. Nice. Kena bagitau ene ni. All the bride-to-bes out there. Jum jum kita meriahkan Habib ramai-ramai! Mari membeli cincin kahwin! :DDD

Tonight ada Amy's Horny Hens Party. Actually, takde laa party sangat pun. Nak buat party, tapi tak jadi party. More to bachelorette dinner. Okay laa jugak, kan hehe. Takde benda-benda mengarut. Cuma ada kek sponsor dari Baya (fruit cheese cake okayhh) and macaroni bakar juga dari Baya (tenkiu Baya, we love you!!) Hehe. Nak buat kat TGI, Alamanda pun tak jadi since banyak yang takde budget. So, last-last buat kat Taman Warisan je laa. Jadi laa.. yang penting, semua kawan-kawan hadir. :)

Baya, Awak Boleh Bukak Bakery Laa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...