The Entourage

Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Thursday, 15 November 2012

Azila's Wedding: Nikah Day

Date: 10.11.12
Time: 2.00 pm
Venue: Tanjung Piai Resort, Kukup, Johor
Official Photographer: Kameradansa (Principal Alip)
Wedding Planner: Jendela Impian Mempelai, JB.
Wedding Dress: Mimpi Kita
Makeup: Fitri Sense
Guests: Dearest Sugar & Spices

At The Crack of Dawn..

On The Way To See Her!

Getting Ready..

Love You Girls~

Sempat Lagi Camwhoring

Her Dream Is About To Come True, Finally :)

The Bride

For Him

For Her

Ain't She Looked Gorgeous?

With The Dayangs & Hulubalangs

He's Hers. She's His :)

Finally Off The Market :)

May you guys live happily ever after til jannah. Love you heaps, bestie!

Friday, 28 September 2012

Wedding Update: A Busy Weekend


Solemnization Theme
ene and i will be wearing peach. And our family will be wearing green. :)

Yupp.. lama tak update pasal wedding. Pheww.. this coming weekend will be one heck of a weekend. Dua minggu sebelum pun dah tau dah yang weekend ni akan penuh sepenuh-penuhnya. Mintak maaf kawan-kawan kerana mengabaikan korang sejak kebelakangan ni. Bukan tak nak lepak, tapi tersangatlah busy prepare wedding (padan muka, sape suruh nak buat sendiri semua).

This weekend someone is coming home. Yippie! And he'll be here until Tuesday. Double yippie! And we'll be seeing each other every single day for the whole weekend. Triple yippie! :DDD Dan sebab dia ada kat sini laa kitorang akan menjadi sangat busy this weekend sebab lepas ni, ene akan terus ke Hong Kong start kerja kat sana. Mungkin tak balik-balik dah sampai our wedding day. Haih.

Meh aku listkan apa aku nak buat this weekend. Isk dah lama tak busy-busy prepare pasal kawen dengan ene. Selalu prepare sorang-sorang je. Or dengan mama. Or dengan Azila. Minggu ni dengan ene. Can't wait :)

Saturday:
- Pergi pasar early morning nak cari seafood and barang dapur. Plannya nak masak-masak untuk ene. Sweet tak aku? Bersemut dah ni.
- Pergi Jalan TAR nak cari pre-wedding props. Tak sempat nak buat sendiri. Plus aku nak beli lace hitam. Ada orang order, nak beli butang untuk centerpiece reception aku and untuk handbouquet Kak Amira jugak.
- Buat laundry, please. Bertimbun dah oi.
- Cuci kereta, please. Debu dah dekat sejengkal.
- Amik ene kat airport. Weeee!
- Balik rumah. Mama nak ukur ene untuk baju melayu nikah dia.
- Lepas kenyang perut, detink time! :DDD Tak tau laa kul bape dapat start detink ni..

Sunday:
- Pergi makeup and blow rambut. Kat spa depan rumah tu je. Senang dekat.
- Pre-wedding photoshoot. Weee! Katne? Nanti aku reveal. :D
- Pergi Mimi Bridal nak buat second fitting.
- Detink time! But with a mission. Mau cari kasut and gelang untuk hantaran. Tak dapat-dapat lagi.

Monday:
- Tunggu ene datang, then off to Cyber nak gi matikan stamp untuk ujrah thingy. Baru dapat offer letter weh. Lambat gila. Pastu ene pun got some stuff to do there.
- Lunch date. Echehhh.
- Pergi HIV test kat Klinik Seri Kembangan. Like, finally!

Tuesday:
- Hantar ene to the airport :(

Friday, 10 August 2012

Solemnization Update: Hantaran (Belt!)

Tak ingat pulak weekend bila.. but one of the weekends before ene left Malaysia. As usual laa, detink-detink pusing-pusing. Dah tak ingat pun ke mana. It's either The Garden or Pavilion. Garden rasanya.

Takde plan pun nak beli apa-apa, tapi as usual memang masuk laa suma kedai-kedai yang ada. Nama pun detink. Then we saw this.

Massimo Dutti Belt RM199.00

Sebelum ni ada jugak jumpa yang cantik kat Massimo Dutti. Then he thought he wanted to see if there is any nice belts in Hong Kong. So, aku pun ikutkan je laa. Then hari tu, masuk Massimo Dutti, jumpa yang ni. Nice. Sleek. And brown. Waaaayy better than the one he liked before. That one was suede. This one is leather. I prefer leather. Nampak matured and bold. Boleh pakai formal and casual pun. ene pun suka. Then we decided to buy. Aku laa yang membayarnya kan.

Senang hati dah dapat belt dia. Takyah la dia susah-susah nak mencari kat Hong Kong pulak. Bukan apa, yang mana bule settle cepat, better settlekan cepat, kan. Kawen ni, seawal mana pun kita plan, confirm laa ada jugak yang rushing akhir-akhir nanti. So benda-benda remeh-temeh macam hantaran ni, bule settle awal. So better settlekan awal. Betul tak? :p

Alhamdulillah.. so for now, barang hantaran untuk ene hanya tingal wallet saje. Yang lain suma dah beli dah.. Weeeee!

Monday, 23 July 2012

Solemnization Update: Hantaran (Oris)

Hari tu sebenarnya plannya nak jalan-jalan cari kasut hantaran aku. Been eyeing on the lace stiletto kat Charles & Keith. Tapi hari tu dah habis size.. padahal baru seminggu on the rack. Haish. Cepat laa restock please.. 

So off we went to Mid Valley. I've read somewhere kat Facebook yang hari tu ada lucky draw Oris watch. ene been wanting Oris like forever. Tiap-tiap kali mesti sebut pasal Oris. Haish.. Layankan je laa. So I told ene about it.. Kami pun pergi roadshow dia kat tengah-tengah centre court. Konon-kononnya nak join lucky draw tu.

Sambil-sambil nak ke lucky draw box tu, kitorang pun browsing laa jam-jam yang ada kat situ. The watch he really wanted was there under the glass. Cantik. Harga juga cantik. Macam nak botak kepala aku tengok.

Belek punya belek, tanya punya tanya.. rupanya they were giving out 30% discount to all watches. ene dah gegel dah ahahaha. But being him, he won't buy anything without thoroughly thinking. He always think long and hard before making any decision. The way his brain works sometimes amaze me, really.

Then ene pulled me to the side. Dia kata nak pikir dulu. Ahaha.. amik je laa kalau dah suka.. aku tak kisah pun. If he's happy, I'm happy. Lalu berlalu laa kami ke Gardens pulak. Sambil-sambil tu masih berborak pasal jam.

It was getting late. Round 9 something dah kot when he finally made the decision. He wanted the watch since discount agak banyak diorang bagi masa roadshow tu (yep.. he's been browsing for watches for months). Okeh jum beli! Berpatah laa balik kami ke Mid Valley.

Bila kira-kira balik, agak banyak jugak discount diorang bagi masa roadshow ni. The price difference masa roadshow and normal price is about RM1k jugak. Berbaloi-baloi rasa beli time roadshow ni.

He really loves his watch very much. And I just love to see him happy. Tak habis-habis membelek jam dia lagi :) And until now, the watch is still with him. Tak bagi-bagi kat aku lagi. Tak aci ni haha..  Tiap-tiap malam dia belek agaknya :p Takpela, biar dia puas-puas lepas rindu kat jam tu. Sampai masa dia nak pegi Hong Kong nanti, baru laa aku simpan sampai majlis nikah.

Oris BC3 Advanced Day/Date

He's too obsessed with this watch, sampai join forum tu nak mencari guidance dari watch collectors tegar macam mana nak menjaga jam kesayangan dia ;))

Friday, 20 July 2012

Hantaran Nikah: Order From Nina, Bandar Putra Permai

 Nina mintak hantaran ikut theme kaler yang berlainan sket dengan pelamin dia. Kalau pelamin dia kaler turquoise and green, hantaran dia mintak kaler pink and purple. And your wish if my command :)

Nina's Hantaran

Hantaran dia hanya 3 balas 5. Consists of Cincin, Baju Melayu, Fruits, Potpourri and cakepops. Malangnya aku cuma ada gambar dulang cincin, baju melayu dan potpourri sahaja sebab masa tu cakepops dengan fruits tak sampai lagi. Oh well..

Dulang #1: Bekas Cincin


Dulang #2: Baju Melayu

Dulang #3: Potpourri

So, kepada sesiapa yang berminat untuk tempahan hantaran, jangan segan silu untuk email kat gina1983@yahoo.com ataupun call terus 0129198861 for more info :)

Thanks for your trust, Nina! :D

Sunday, 1 July 2012

Reception Update: Hantaran (cK shirt)

Dah lama tak update kaweng-kaweng :p Dok busy hal kawen orang lain, kawen sendiri terabai. Sian. Semalam sibuk bukak pelamin kat rumah Nina, ingatkan hari ni just nak lepak-lepak rumah je. Sakit badan tau pasang pelamin ni. Baru tau kan. Haih. Tapi tak jadi, ene tiba-tiba call ajak keluar. Wanted to have lunch to celebrate our anniversary katanya. His treat, katanya lagi. Ekeke. Takpe laa.. layankan aje.. lepas ni dah susah nak jumpa.. dah jauh.. :(

Since ene is going to Singapore for training in less than a month, kitorang plan untuk settlekan apa-apa yang patut before he leave. Bukan apa, senang laa sket kan. Takde laa aku terkejar-kejar sorang-sorang nak settlekan benda-benda pending. Bukan best pun shopping sorang-sorang. Lagipun, ene kan dah sign mati untuk jadi driver aku seumur hidup. Love you, bebeh :)

So we when to The Curve to celebrate our 4th anniversary :) Our anniversary is on the 28th of June. Tapi memang tak rajin laa nak jumpa dinner on weekdays, kan.. Kitorang ni jauh.. Sorang Sri Gombak, sorang Seri Kembangan. Sian kitorang..

After our late lunch, we went jalan-jalan browsing for things. Daiso pun kitorang masuk. Got a new collar for Cleo (Yeay!). As always, lepas jalan-jalan tu we will always have our coffee break. ene is soooo addicted to coffee. Haih.. risau kadang-kadang. On our way to Starbucks, we saw this:

Not The Amoi, The Outlet Laa :p

Being a die hard fan of cK, ene wanted to go in. Nak cari barang hantaran katanya. "I thought you already have one cK shirt for hantaran?" "Nak cari polo T," katanya. Oh well. So, we went in. Tiba-tiba dia tersuka kat this one shirt. Shirt lagi..

"Habis tu, nak dua laa shirt untuk hantaran?" "Ha.. dua laa.. bule?" Sambil buat muka comel macam kucing. Oh well.. whatever makes you happy. My make up set pun dua jugak, anyways. Fair laa kot? Ekekek.. :p

So, balik rumah I was rummaging through my shopping items. Then keluarkan shirt dia untuk aku lipat properly before simpan jauh-jauh nun di dalam almari aku sehingga bulan December nanti. Dalam aku melipat tu, aku macam pelik. Apa gaya laa shirt dia neh berlapis-lapis kat neckline? Rupanya..

cK Two-Way Shirt

I was so surprised looking at it. First time jumpa this kind of shirt. Boleh bukak-bukak pulak. So unique. Text ene right away asking if he noticed it or not. He didn't haha.. Dan-dan terus mms gambar kat dia. Terkejut dia. And he loves it too.

So, barang hantaran shirt untuk ene dah complete. No more shirts, please. Cari yang lain pulak ye. Oh lupa nak cakap. It's on sale actually. The original price was RM319. After discount tinggal RM159. Cheapo! :D

Tuesday, 19 June 2012

Rental Items: Bakul Hantaran

Aku ada 12 unit bakul hantaran putih untuk disewa. Bakul ni diperbuat daripada besi dan disulam dengan tali putih. English garden laa konon-konon. Bakul ni ada dua jenis. Satu bakul bulat dan satu lagi bakul segiempat tepat. Masing-masing ada 6 unit available untuk disewa.

12 Units Of Bakul Hantaran

 Harga sewaan untuk bakul ni adalah RM6 setiap dulang. Minimum kena amik 5 dulang ye. Takkan laa korang nak pakai satu dulang je pulak, kan? :p Security deposit pulak adalah RM50. No worries, security deposit akan dipulangkan sebaik sahaja dulang-dulang dipulangkan kat aku. :D

6 Units Available (Round)

6 Units Avalable (Rectangle)

Untuk mencantikkan lagi bakul tu, korang boleh laa hias dengan ribbons and flowers nak bagi nampak garden-like sket. Tengok kat bawah ni sebagai contoh. Bakul-bakul ni sangat senang dihias since it's white. So, semua kaler sangat senang nak masuk. So jangan tunggu lagi, untuk sesiapa yang berminat bole laa email details kat gina1983@yahoo.com untuk discuss tentang pick up point and stuff ok! :D

Deco Suggestion

Sunday, 10 June 2012

Rental Items: Mini Pelamin & Hantaran

Lupa nak hapdet pasal first customer aku.

Aku baru je dapat first order untuk pelamin dan hantaran! Alhamdulillah.. ada juga yang sudi amik pelamin dengan aku. Hehe.. dan tak sangka pulak secepat ini dapat order. Alhamdulillah.. mak cakap, ni namanya rezeki orang nak kawen. Ehehe..

First customer aku adalah Nina. Nina ni duduk kat Seri Kembangan jugak. Dia request aku buatkan mini pelamin dengan hantaran 5 dulang untuk hari nikah dia.

Date nikah dia adalah pada 30hb. Jun ni. So, aku pun pergi laa ke Jalan TAR untuk beli barang-barang keperluan pelamin dan hantaran dia.

Dulang Hantaran Untuk Disewa: RM9 Each

Since aku dah ada bakul hantaran, aku cuma perlu cari dulang pahar je untuk Cik Nina kita ni.. Time aku bertunang dulu, dulang pahar aku pinjam kat Effa je. Tapi bila dah start amik order dari orang ni, kena laa beli sendiri kan. So cari punya cari, terjumpa laa aku dengan dulang besi ni. Terus aku jatuh cinta! Rupa dia lain dari dulang pahar but it serves as dulang pahar. Terus aku tak jadi beli dulang pahar. Aku beli yang ni terus. Cantik, kan? Nampak lain laa sket dari dulang pahar style yang biasa tu. Ada modern look sket di situ :p

Siapa-siapa yang berkenan nak sewa, harga adalah RM6 sahaja per piece. Murah, kan? Ehehe. For now dalam tangan ada 11 unit (memang aku borong habis-habis 11 unit kat kedai tu. Sorry aunty, aunty kena order stock lagi ekekeke).

Dulang ni boleh digunakan dengan bakul hantaran (RM6 each) diletakkan kat atas dia or boleh jugak guna dulang tu je. Terus gubah bunga kat atas dia. Cantik tau! English garden gitu! Kalau ada yang berminat meh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com :)

Alas Hantaran Organza Untuk Disewa: RM5 Each

Fresh from the oven! Baru je beli kain organza dengan gold trimmings untuk dibuat alas dulang hantaran. Customer pertama yang akan pakai adalah Nina ku cayang! Hehehe.. lepas tu, alas organza ni akan disewakan kepada siapa-siapa yang berminat. For now cuma ada cream. kalau ada request untuk kaler lain, boleh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com. Insya Allah saya akan merealisasikan impian anda. Chewaaah :p

Sarun Cushion Untuk Deko Pelamin

Nina request sarung cushion untuk deko pelamin tu ditukar kaler biru, hijau dan putih. Your wish is my command, my queen! Ekeke. So aku beli laa tiga kaler tu. Cushion tu so for aku ada 6 unit. Nina nak pakai semua enam-enam katanya. Boleh saje! :)

Siapa-siapa yang berminat untuk sewa cushion tu, boleh tengok kat sini ye. Size cushion tu adalah 16x16. Sewa sebiji cushion adalah RM5. Warna untuk sarung cushion boleh request and aku akan bagi sekali bila nak amik cushion-cushion tu. Boleh email kat sini untuk request warna: gina1983@yahoo.com.

Sarung Cushion Duduk

Cushion duduk ni pun aku sewakan jugak. Handmade tau ni. Hehehe.. hasil kerja tangan ibu tersayang. Gambar kat atas tu Nina request untuk tukar sarung yang ada design sket, tapi tetap nak nampak putih. So aku beli kain kat atas tu. Texture dia agak timbul. All-white.

Untuk cushion ni aku sewakan RM30. Tengok rupa dia kat sini. Seperti biasa, sarung boleh request untuk tukar kaler ye. Meh email kat sini: gina1983@yahoo.com.

Alhamdulillah, barang-barang untuk hari pernikahan Nina dah settle. Lepas ni boleh terus buat kerja. Tenkiu Nina kerana memberi kepercayaan. Semoga Allah melancarkan pekerjaanku. Amin.. :)

Wednesday, 23 May 2012

Engagement Review: Hantaran Me To ene

Okeh, jum review pasal hantaran pulak. Hantaran yang kami dah setuju adalah 5 dari pihak lelaki dan dibalas dengan 7 dari pihak perempuan. Theme kaler untuk hantaran aku lebih kurang dengan theme kaler majlis aku iaitu pink dan putih.

In Progress..

Hantaran memang kitorang buat sendiri walaupun pada mulanya aku nak mintak Kak Tina from Tinaju Hantaran buatkan. Sangatlah cantiknya hantaran dia. Suka sangat-sangat. Tapi bila mama dah beriya cakap nak buat sendiri lalu terpaksa laa aku lupakan niat tu. Deposit aku RM50 pun burn macam tu aje. Haish.. sabar je laa.

Sibuknya Owen Ni..

So, oleh kerana nak kena buat sendiri, aku pun decide aku beli je bakul hantaran tu. So, at least time nikah bule pakai balik kan. Takyah laa asyik nak sewa je. Duit jugak tu. Murah je pun. Meh baca kat sini pasal bakul-bakul putihku ini.

Dulang-dulang pahar semua aku pinjam Effa. Alhamdulillah laa dia ada. Nasib baik tak clash dengan adik dia tunang. Selang seminggu je pulak tu. Lepas majlis hari tu, terus kitorang pulangkan sebab diorang nak pakai untuk buat hantaran pulak. Tak nak laa diorang kena tunggu kitorang pulak kan..

Dulang-Dulang Pahar Yang Masih Berbungkus

Alas dulang hantaran pulak aku pinjam Ngah punya. Sebenarnya dia dua lapis. Satu satin cream, satu lagi net siap ada bunga tampal kat atas dia. Tapi bunga tampal tu kaler merah. So.. tak sesuai. Lalu aku pakai alas dia yang inner satin tuh je.

Saprah hantaran aku pinjam Azila. Hari tu ada nampak time Azila tunang dia ada pakai. Cantik. Velvet warna hitam. Ingatkan Ngah punya. Rupanya dia jahit sendiri. Nasib baik dia bagi pinjam Hehe..

Saprah Hantaran Velvet Hitam & Alas Dulang Hantaran Cream

Tang bunga-bungaan pulak.. aku pergi borong bunga kat Fah Lean Floral Trading kat Balakong. Siapa-siapa yang nak borong artificial flowers, tolonglah pergi sana dan jangan pergi tempat lain lagi sebab tempat tu best gila! Besar, banyak choice dan murah. Serius best. Boleh baca pasal Fah Lean kat entry aku yang ini.

Mula-mula aku cuma beli dua jenis bunga je, Hydrangeas and Mini Rose Buds. Tapi last minute sehari sebelum tunang, kitorang pergi lari pulak ke Gombak untuk tambah bunga Rose yang besar-besar tu. Sebab tiba-tiba rasa macam tak cukup bunga. Mama punya idea laa tu haha.

Hantaran 7 dulang aku tu terdiri daripada:
Dulang #1: Sireh junjung
Dulang #2: Cincin
Dulang #3: Kain baju melayu
Dulang #4: Popcakes & Chocolates
Dulang #5: Macarons
Dulang #6: Fruit bunch
Dulang #7: Bunga rampai

Dulang #1: Sireh Junjung

Dalam banyak-banyak, cuma sireh junjung aku je yang pakai fresh flowers. Mama cakap sireh junjung memang kena pakai fresh flowers. Layankan aje. Ni pun last minute jugak mama keluar pergi beli. On the day itself! Dasat tak. Nasib baik sempat. Mama cuma pakai bunga rose peach (sebab takde pink kot) yang besar-besar dengan fillers. Tu mama sendiri yang gubah. Boleh tahan laa jugak kan? Ekeke..

Dulang #2: Cincin

Cincin platinum aku bagi kat ene aku beli kat Diamond & Platinum. Baca kat sini. Original price dia agak terkeluar dari budget aku laa sebenarnya. Tapi lepas tawar menawar (aku rasa minah tu staff baru, so dia nak kejar sale agaknya) dapat laa kurang. Tambah pulak abang ene ada member card (abang ene adalah hubster Falsya, hahaha saje je nak promote blog u babe :p), lagi laa dapat murah. Beza harganya ada laa lebih urang RM500 jugak. A good bargain, kan? Sorry ler takde gambar pulak. Cepat sangat abang snap gambar. Aku tak berani letak cincin tu awal-awal.. bukan apa, takut tetiba kang MIA pulak ekeke. Tunggu laa gambar dari OP aku nanti. Dia mesti laa ada snap kan.

Dulang #3: Kain Baju Melayu

Dulang ni pulak aku bagi dua benda. Kain dan butang baju melayu untuk nikah. Kain baju melayu tu memang sengaja tak buat baju melayu siap-siap. Sebab ene cakap takut demok nanti hahaha. Kain tu kitorang beli kat Jakel sekali dengan kain dress nikah aku hari tu. Baca kat sini. Butang baju melayu pulak aku beli seminggu sebelum tunang. Aku heret ene gi Jalan TAR hahaha. Aku suka butang tu sebab besar dan nampak penuh batu berlian tu. Baca kat sini.

Dulang #4: Popcakes & Chocolates

Ni antara hantaran yang aku suka (sendiri buat, sendiri suka kan). Popcakes ni aku order kat one of my friend, Aimi. Sangat sedap Popcakes ni. Cantik pun cantik, kan? Dalam dia chocolate fudge cake and luar dia chocolate topping. Heaven gila makan chocolate ni. Kesian adik-adik aku dapat sket je. Takpelaa.. nanti aku order lagi untuk diorang hehe. Harga dia RM2.60 each. Minimum order is 30 pieces. So altogether harga dia RM78.

Tang ni nak cite aku nak touching sket. The night before tunang tu, aku pergi laa rumah Aimi nak amik popcakes aku. Sekali maid dia pass kat aku 2 kotak. Ingatkan dua-dua popcakes. Rupanya, dia siap buatkan aku one big box of cuppies! Ada 36 pieces dalam dia! Ya Allah.. rasa macam nak nangis oke! Hadiah tunang katanya. Hehee.. sayangg Aimi. Timaceyyy Aimi! :D

Yang kuning-kuning kat bawah dia tu pulak chocolate mini toblerone. Yang ni aku dapat murah. Diorang lelong kat opis AirAsia hari tu. Sepeket cuma RM10. Tiga peket aku amik. Ekeke.

Dulang #5: Macarons

Ni hantaran favourite aku! (Ye, aku obses dengan hantaran sendiri ekekeke). Macarons!!! I just love the packaging! Sangat sweet, kan? Hari tu aku saje laa browse-browse Groupon. Tiba-tiba ternampak offer untuk macarons ni. Aku pun apa lagi, enquire laa habis-habis. Bukan apa, risau laa jugak kan, barang-barang hantaran nak beli through Groupon. Kot tak sempat siap ke haper ke, pengshan aku. 

Nama kedai dia Les Macaroons. A home-based bakery owned by a girl named Eleza. Such a sweet girl. Senang sangat nak deal dengan dia. Dia sangat baik. Memang melayan laa apa yang aku mintak ekeke. Semua through email je pun. Alhamdulillah semuanya okay. Aku deal dengan dia 2 bulan sebelum tunang aku, time aku beli Groupon voucher tuh laa. Then aku remind dia a week before. Then the night before tunang tu, aku pergi pick up rumah dia. As simple as that. Masa aku amik tu, rasa nak menjerit sebab cantik sangat-sangat!

Sebenarnya original price untuk a pack of half dozen is RM18. Tapi untuk groupon, aku beli 3 dozens dapat RM75. So, satu macarons jatuh jadi RM2.08. Murah, kan? Semua tu lain-lain flavour tauu. Semua orang cakap sedap. Tapi aku sendiri tak sempat nak rasa ahaha. Ada 6 bungkus. 5 letak kat hantaran. Bakul dah penuh, lalu the last pack tu aku bagi kat Azila. Kesian dia banyak tolong aku hehe.

So.. siapa-siapa yang nak rasa macarons from Les Macarons ni silalah tengok kat Facebook dia ye. Banyak lagi products diorang yang buat aku rasa geram nengoknya. To Eleza, I can't thank you enough!

Dulang #6: Fruit Bunch

Dulang ni pulak aku pilih semua jenis buah-buahan warna merah. Aku pun tak tau kenapa tapi aku rasa sangat cantik kalau semua buah-buahan tu sama kaler. Looks so rich. Cuma epal tuh je tak bape nak merah.

Mulanya mama beli 5 biji plum, 2 gugus anggur merah dan 5 biji epal merah untuk hantaran aku. Tapi pagi tu, bila An dah susun-susun dalam bakul tu, nampak macam lompong laa pulak. Lalu, aku mintak An dengan Irfan pergi beli lagi buah apa-apa yang merah kat Mydin or 99 Mart (nak bagi hadiah, biar laa ikhlas, kan). So An berjaya jumpa jambu air dan segugus kecik anggur merah. Jambu merah An beli 5 biji. Bila dah letak kat hantaran, aku sangat puas hati.

Idea nak letak buah-buahan merah ni aku dapat dari Zaifie Zainal Creation. Ataupun penggubah hantarannya adalah Gubah By Siti Zainal. Jangan marah Siti, aku curi idea ko ekeke. Diorang ni adik beradik. Dulu selalu laa lepak dengan Cik Siti ni. Skang ni, entah kenapa, macam dah jarang pulak jumpa. Meh tengok kat sini dan sini betapa cantiknya hantaran buah-buahan merah diorang nih.

Dulang #7: Bunga Rampai

Yang ni ikut creativity An. Mulanya aku korek punya korek kat dapur, terjumpa laa mangkuk dessert set of 6 yang comey (sebenarnya set mak aku). Lalu An masukkan bunga rampai then wrap dengan net putih pastu ikat dengan ribbon purple. Looks sweet and I like it. Masa tu memang dah tak sempat pun. Apa-apa pun aku akan jawab sweet. Haha.

Okeh, bebel sudah panjang. Cukup sampai di sini ye :D

p/s: Sewaan bakul hantaran dibuka sekarang ye. Price? Murah-murah saje. RM7 setiap satu. Ada 6 unit bakul bulat dan 6 unit bakul segiempat sama. Boleh tengok kat sini kalau nak tengok betul-betul bentuk bakul-bakul hantaran ittew! Lai lai laiiii! :DDD

Sunday, 6 May 2012

Azila's Engagement @ Felda Villa, Kuala Lumpur

Hari ni adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. My very best friend is getting enggaged! Hehehe.. Azila is getting engaged! I'm so excited! Sampai takleh nak tidur malam tadi. Entah apa-apa entah.

The Centerpiece And The Dessert

The Engagement was taken place at Felda Villa. Kitorang gerak awal-awal pagi around 7.00am pergi Felda Villa untuk get ready apa yang patut. Dah laa tak cukup tidur, kena bangun awal pagi pulak kan haha. Tapi Azila punya pasal, akan kuturutkan apa sahaja hehe.

Banyak jugak benda kitorang set up before orang-orang lain datang. Prepare centerpiece, Beautify pelamin, gantung-gantung bunga, macam-macam lagi laa. Around 10.00am tu, Azila start mekap, kitorang pun start siap sambil menunggu kawan-kawan yang lain.

Makeup By Zainul From Fitri Sense

 Lepas siap-siap, diorang pun tak nampak batang hidung lagi. Azila still tengah final touchup. Lalu aku pun keluar snap-snap apa yang patut. Suka sangat Felda Villa ni. Very spacious. Memang cantik kalau buat function kat sini. Entrance pun banyak. Boleh pilih nak pakai entrance mana. Kalau buat malam pun cantik. Very balinese sebab kayu-kayu. Cantik! Just that, I think they need to improve on the decor. Paling penting artificial flowers yang diorang guna. They look so old. So worn out. So berlapuk. Potong sikit di situ.

Dulang #1: Sireh Junjung

Dulang #2: Baju Melayu

Dulang #3: Sampin Songket (Beli Dengan Aku Hari Tu Kat Jalan TAR)

Dulang #4: Mini Fondant Cakes By Kakes n' Kookies

Dulang #5: Pot Pourri

Dulang #6: Chocolates (Comel Kan Ladybirds Panjat Rumah? :p)

Dulang #7: Fruit Bunch

Altogether ada tujuh dulang. Sebelah Hairil of course laa bagi lima dulang. Tapi lupa pulak nak snap hantaran belah sana. Tunggu gambar from official photographer je laa nanti.

From Left: Hany (Abby's Sister), Alin, Me & Khair (Tauke Kakes n' Kookies)

Soon-to-be tunangan orang tak keluar lagi, jum kita rasmikan pelamin dia ekekeke. Siapa-siapa ada gambar yang ramai-ramai tu, sila bagi, pleaseeeeeee!

Apa Laa Yang You Belek Tu Babe? Hahaha..

Loading the doorgifts masuk bakul untuk bagi para tetamu jemputan sambil gossiping.

I Feel Like Crying When I saw Her.. :')

 Khair and I went back to Khair's house that noon sebab terlupa nak bawak cupcake stand. Nasib baik sempat tengok lalink ku atas pelamin.

Kawan Aku Hidup Dan Mati Dah Bertunang :)

Tapi dapat amik gambar dari jauh je sebab masa tu dah penuh dengan families..

The Familia..

Ni laa distance kitorang hari tu. Tak dapat nak menyelit masuk. Takkan nak jalan kat tengah-tengah tuh kan. Sudahnya Khair, Lene, Alin and I terpaksa laa dok luar tunggu. Nasib baik tak lama.

Sorry Gambar Dari Jauh

Just Gorgeous.

Show Me The Bling!

Yeayyy dah dapat cincin! Cantiknyaaaaaa! From Diamond & Platinum uolsss.

I'm So Happy For You Lalink

The Bakal Pengantin. Nantikan this November. Eh lupa nak cakap. Attire by Arma Couture. Beli last minute tu hahaha.

The Couple Of The Day

Geram kat Si Noah ni muka stress je.

After What You've Been Through, You Deserved To Be Happy :)

Weh. Baju ko nih dah bule bawak nikah sekali. Ekekeke.

Haish. Susah Betul Si Macho Ni Nak Pandang Camera Tau

Finally, dapat peluk Noah!

Nak Ke Mana Tu Cik Kiah?

Seriously, I'm so happy you arefinally engaged. It's an unexplainable feelings seeing you sitting on the pelamin with your ring. I just don't know how to express it. After what you've been going through all these years, you deserved someone as good as him. Semoga kekal hingga ke anak cucu. (Ye.. aku tengah menjiwang and I can't help it).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...