The Entourage

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, 1 December 2014

Park Island, Hong Kong

Aku nak share satu residential area kat Hong Kong yang aku rasa menarik. Hari tu Eddie ada pergi visit kawasan-kawasan yang mungkin sesuai untuk berpindah (kot-kot laa aku terikut dia gi Hong Kong kan). Dia tanya aku, aku nak duduk kat mana. Dia bagi aku option-option untuk pilih area mana nak duduk. Since I will be spending most of my time at home tending dak gedik kan. Dia tolong aku narrow down the areas:

1. Duduk tengah-tengah bandar macam location rumah dia skang which dekat dengan semua benda.
2. Duduk kat atas shopping mall so that kalau buhsan aku bule jalan-jalan dengan dak gedik kat bawah.
3. Duduk luar bandar by the beach (since he knows i love beaches) and with full amenities.

Knowing Hong Kong (and rasa memang dah busan sket), aku tak rasa macam minat nak duduk kat area macam rumah dia skang. True, dekat dengan semua benda. Tren pun dekat. Tapi hectic sangat. 

So comes to option no. 2. Duduk kat atas shopping mall pun best jugak. Bule jalan-jalan kalau boring. But. Comes to the second question. Tiap-tiap hari ke pun aku nak jalan-jalan kat shopping mall tu? Sampai time aku akan boring jugak. Kan?

So, third option yang tinggal. Tepi pantai. Ada facilities. (Sebenarnya memang aku berkenan yang ni pun. So takyah laa nak type panjang lebar.

So berbekalkan semangat nak membawa anak bini duduk kat Hong Kong, Eddie pun pergi laa melawat tempat yang dikatakan. The name is Park Island. Or ada jugak orang panggil Hong Kong Bay. Whichever you prefer. Aku pendekkan jadik PI je okay. PI ni adalah an island by itself. Nak pergi sana bule naik ferry. Ada jugak jalan darat, tapi the best adalah naik ferry. Ferry dia agak teratur and elok. Tak macam ferry asal-boleh ke kowloon or Penang. Dia ferry tertutup. Dua tingkat. Ada discount untuk PI residents. The best part is it is 24 hours.

Jum tengok gambar (ada-ada gambar dari google ye. Eddie tak amik banyak).



Dah sampai PI. Apartment yang belakang tuh adlah residential apartment. Setiap block ada clubhouse sendiri and of course you have to subscribe and pay for the club fees. Tapi clubhouse dia agak complete la. Ada gym, ada sauna, ada pool, ada kids play gym and so on.



Ni laa shuttlenya. Keluar masuk PI everyday. Oh lupa pulak nak cakap. Since PI ni dia buat ala-ala resort, dia tak nak ada gangguan/traffic jam banyak sangat kat dalam PI. So kereta memang tak boleh masuk kat PI. Public transports only. Udara pun segar je. Bestkan?




Kawasan dia agak bersih and teratur. Yang paling best, dia dekat dengan beach. Yer laa.. nama pun pulau kan. Senang aku nak bawak dak gedik jalan-jalan petang-petang. Kat every apartments building pun ada playground. Nampak sangat terjaga. Mungkin sebab mostly yang duduk sini adalah orang luar. Mostly expats kata Eddie.


Cuma satu je yang aku tak minat dengan tempat ni. Pets are all around. And by saying pets where there are a lot of expats live, of course laa aku maksudkan anjing. Hmm.. nak buat cane kan. Takde tempat yang perfect. Nasib baik diorang ni sangat menjaga kebersihan. Always clean after the pets lepas anjing diorang melepas hehe.



Kat sini pun ada mall. Hehehe.. tapi street mall je laa. Menjual segala basic nessecities. Ada supermarket, ada clinic, ada dentist. Cafe memang banyak. Senang nak melepak-lepak tepi pantai sambil minum kopi. Hehe.




As you can see, PI ni dia memang buat ala-ala resort. Jalan-jalannya sangat spacious. Lebar-lebar dan luas-luas. Tenang and luas mata memandang. Tak laa macam kat tengah bandar tu. Aduhai semua tempat sempit. Oh faham, diorang kan memang tak cukup tanah hehe.






Kat bawah ni adalah aerial view of the PI. Kecik je pulaunya. Sebab tu diorang tak bagi kereta masuk. Kalau kereta bule masuk, memang penuh laa pulau yang aman damai ni. Overall, aku memang suka tempat ni. Eddie pun. Dia sebenarnya sangat risau aku buhsan duduk kat rumah dengan dak gedik. Since aku skang ni kerja kan. Tiba-tiba kena duduk rumah. Takde buat apa-apa pulak tu. iHeartBeads pun belum tentu bule buat hehe. So seboleh-bolehnya dia nak bagi aku selesa. Hmm.. aku pun tak sure if aku akan buhsan ke tak. Sebab tak pernah try.

Tapi apa-apa pun, aku memang suka tempat ni. Dah lama teringin nak duduk tepi laut. Bila nak pindah? Hehe.. nanti laa aku reveal ye. Tapi bukan skang. Tu yang penting. Skang aku masih di sini. Bumi Malaysia. Skang ni korang doakan laa semoga transition ni dipermudahkan. Banyak sangat benda nak kena pikir.

Saturday, 22 November 2014

Hong Kong: Baby Elephant Parade

Aku ada terbaca pasal Baby Elephant Parade ni kat paper. There is this one handsome French artist pusing dunia buat exhibitions of his creation. Hong Kong is quite big on statues sebenarnya. So dia pun datang laa buat exhibitionnya kat Hong Kong. Aku kan suka menda-menda comel cam gini. So aku bagitau laa Eddie, one of the days yang aku gi Hong Kong, aku nak gi tengok exhibition dia. Eddie layankan je walaupun pada dia macam pointless tengok patung anak gajah yang dikaler-kaler hehe.


 So, bila aku decide aku nak gi Hong Kong, by that time sebenarnya aku dah lupa dah pasal exhibition brader perancis ni. Lepas keluar airport, as usual kitorang memang akan singgah Citygate Outlet. Saje je tengok-tengok apa patut kot-kot ada yang menarik. Sebab Citygate Mall ni sangat dekat dengan airport dan sangat jauh dari umah Eddie. So sebab tu laa we make a habit, everytime kalau nak gi, memang terus straight from the airport. Kalau dah sampai Wan Chai tu memang idok ler kami nak patah balik kan. Buang masa je.



Sekali bila sampai-sampai jeeee.. tengok-tengok laaaaaa.. rupanya one of the places exhibition dia ni adalah kat Citygate. Hehehe.. happy gila kau tengok anak-anak gajah cumel yang dikaler dengan ceria. Aku pun jadik ceria hahah.


Semua cantik-cantik tau. Rasa nak bawak balik satu. And apparently, rupanya anak-anak gajah ni adalah memang untuk dijual Kot-kot ada sesapa nak letak kat lobby opis laa kot. Ada ke orang nak letak kat depan umah? Hahah.


Tuesday, 18 November 2014

Sabtu Yang Best!

Haih.. cerita dah basi.. baru nak upload haha.

Kena upload jugak sebab aku kan jarang outing dengan family kecilku. Bila dapat outing sangat lah bahagia rasanya. 

Ada sekali tu masa wiken-wiken yang Eddie balik. Sebelum balik ke rumah Eddie kat Gombak, aku ajak dia pusing-pusing Mid Valley. Saje je sebab rasa dah lama tak gi mall. Sian kan aku. Eddie pun ikutkan je. Dia pun baru teringat nak tukar duit kat situ. Situ kan banyak Forex.


Sampai-sampai Mid Valley terus ler carik makan. Lapauuu. Kami ke Chili's. Sorry laa tade gambar food sebab macam malas pulak. Dok sibuk amik gambar dengan anak je. Masa ni Eddie baru dapat ipon6 nya. Try-try laa cameranya. Tapi asik blur je bila Eddie snap. Haih tangan tak bedung tauu. Haha. Gambar dak gedik yang tengah belek menu kat atas tu aku yang snap. Haaaa.. sila compare hahaha.



Lepas dah kenyang makan, baru laa bule pusing-pusing kan hehehe.. Sambil-sambil tu kami masuk laa kedai-kedai luggage. Baru teringat nak cari. Masa ni sebelum trip Melbourne. Ingat tak aku pernah cite, beg gabak kami telah hancur musnah pecah dan tercabut tayar masa trip Gold Coast? So memang kami memerlukan ler sebuah luggage bag yang gabak untuk kami tiga beranak. Kalau travel, aku memang suka sumbat suma barang dalam satu beg besar. Sebab kalau beg banyak-banyak susah. Sebab aku kan ada baby. Pastu strollernya lagi. Diaper bagnya lagi. Susah ler tangan penuh kan.

Sempat bergambar dengan beg hehehe. Akhirnya kami beli Lojel. Japanese brand katanya. Sebelum beli siap research kat youtube hahaha. Eddie yang particular sangat bab brand-brand ni. Kalau aku, beli kat Sungei Wang pun bule kahkah. Size paling besar kami amik. 31" ekekek.

Ada tiga warna masa tu. dark brown, mustard and apple green. Eddie nak brown, dia cakap tak nampak kotor. Aku rasa macam tak cantek. Dull. Boring. Hahah. So aku cakap amik apple green. Senang nak nampak dari jauh kahkah. Dia pun layankan aje. Phew.


So lepas bayar, kami pun sambung ler jalan lagi. Teringat pulak tadi ada terlalu kat Garrett tepi Chili's. Terus ajak Eddie gi sana balik. Teringat itu Macadamia yum yum. Pastu Eddie suruh mix dengan Almond. Dia nka try. Aku pun ok je laa. Sekali bila nak bayar, kat counter diorang letak dalam paper bag tu sekali dua medium pack. Satu almond, satu macadamia. Hahahhaa sudah misscommunication rupanya. Tape.. more Garrett for me kihkih thank you hub hub.


Lepas beli tu, kaki pun dah penat berjalan. Kami pun beransur ler pulang. Dak gedik pun dah tertido-tido dalam carrier. Sian kat dia. Sebenarnya dah lama kami tak bawak stroller dia bila kuar. Bawak carrier lagi senang. Tak perlu asik dok nak cari lif. Dak gedik pun lebih suka melekat atas dukung. Suka beno dok dalam carrier. Hehe. Rasa macam rugi beli stroller sebenarnya hehe. Kami lebih banyak pakai travel stroller je sebab ringan dan umbrella-like. Stroller lagi satu tu dok terperuk je dalam store.


Malam tu, as usual, lepas dinner kami akan keluar gi Manjaku cari barang-barang dak gedik. Tadepe nak beli sangat pun. Saje pusing-pusing kot-kot ada yang terlepas pandang. Lepas dah bayar semua, kami ke Wangsa Walk pulak, aku nak tukar screen protector ipon5 ku yang tua itu. Dah comot-comot. Cian dia. Eddie pun nak cari dia punya jugak. Malangnya ipon6 punya belum keluar lagi kat mesia kihkih. Sabo yee. Kasik jalan saya punya tukar dulu. Awak gi cari kat Hong Kong je la kahkah.

Kami pusing-pusing kat Wangsa Walk tu. Pastu gi cold storage cari avocado je. Hahah gedik. Pusing-pusing lagi sampai ler Wangsa Walk tutup. On the way balik tu, singgah pulak Starbucks drive-thru sebab nak habiskan credit dalam card. kami try yang flavour baru tu. Sedap jugak. Tapi Dark Caramel tu lagi best dari French Vanilla.

Okay dah tu je cite aku. Hehe. Seronok sangat bila Eddie ada sini. Selalu melayan karenah kami. Dia tau, dia jarang ada kan. Bila sesekali dia ada tu, sehabis boleh dia try untuk buat kitorang happy. Thank you, hubby. :)

Friday, 7 November 2014

Melbourne, Here We Come!


The Puffing Billy

Okeyy.. hari yang di nanti-nanti telah tiba! Woohooo sangat tak sabar. Korang jangan rindu-rindu aku okeh. Seminggu lebih aku tak bersiaran ni. Balik nanti kita cerita-cerita okeh. Doakan kami selamat pergi dan pulang. Korang pun jaga diri tauuu! Jumpa minggu depan okeh. Sayanggggggggg korang! Muahhhhxxxx!

Friday, 31 October 2014

Hijrah







Alhamdulillah.. aku dah berhijrah. Terima kasih atas doa-doa :)

Eddie sangat support bila aku cakap nak pakai tudung. Macam yang aku pernah cakap, dia tak pernah paksa. Dia tau, tak guna paksa kalau aku tak ikhlas. Alhamdulillah, hati aku tiba-tiba je ringan untuk pakai tudung. Dulu nak pakai tudung tu rasa macam berat bebeno. Ni dok try-try tudung tiap-tiap malam kat rumah, rasa seronok pulak hehe..

Banyak benda yang aku pikir sebelum aku berhijab. Aku selalu tanya diri aku sendiri. Hidup aku selama ni Alhamdulillah dipermudahkan. Serba serbi cukup. Eddie sentiasa support mana yang tak cukup. Apa aku perlu, semua aku dapat. Masa aku pregnant, masa aku deliver, semua dipermudahkan. Dak gedik lahir, semua cukup sifat, sihat walafiat Alhamdulillah takde sakit apa-apa. 

Tapi kenapa aku masih tak nak bersyukur? Tak nak berhijab, kononnya takut nampak tak cantek. Padahal tak berhijab pun tak cantek juga. Siap dapat dosa. So kenapa aku tak nak berhijab? Tak berhijab, konon-konon nak nampak cantek pun untuk siapa? Orang luar? Dosa lagi. I'm losing the battle in every way. Haih.. banyak lagi yang aku pikir. Kesian kat Eddie, kesian kat Abah tanggung dosa aku tak tutup aurat.


Aku pernah up gambar ni dulu. Saje simpan untuk rujukan. Alhamdulillah aku kat tangga ke lima sekarang :) No. 4 tu memang takkan singgah sebab aku cukup tak gemar fesyen turban. Lain orang lain laa kan hehe. Insya Allah, sket-sket aku tukar okey. Takleh nak tukar sekaligus, terkejut orang nanti. Lagipun sayang pulak nak buang baju-baju aku yang lama.

For a start ni, memang aku kena pakai juga sket-sket. Pengsan nak tukar satu wardrobe. First batch of baju-baju and shawl-shawl dah beli. From various online store. Zalora, FashionValet, Lazada, Qaira, Calaqisya, you name it. Semua aku terjah kahkah. Lepas ni aku akan beli sket-sket setiap bulan untuk tambah collection. Jackets, cardigans, shawls. Eddie pun dah start tambah monthly allowance aku untuk aku berhijrah. So..... apa lagi, jom shopping! :D

Friday, 24 October 2014

Photobook: Travel

Ingat tak aku cerita aku ada dapat free photobook dari Bcard? Tapi aku tak pakai sebab aku nak buat besar sket untuk dak gedik? Haa.. this time aku pakai. Buat photobook travel kami. Mula dari awal-awal kawen, sampai laa ke time aku tengah preggy, sampai laa dak gedik dah kuar. Complete gambar travel untuk dua tahun.






Cumel je photobook ni. 6x6 inci. Sebab tuh laa free kot. Nak promote. Tapi ada 40 pages. Okay la tu. Simpan sendiri. Buat kenang-kenangan. Hehe.

Sunday, 19 October 2014

QQ Baby Shop @ Equine

Hari tu aku ada cite pasal shopping online kat QQBabyShop kan. This time aku pergi kedai dia. Baru je bukak kat Equine. Dekat gila. Baru bukak sebulan. Signboard pun takde lagi.


Aku amik gambar sekeping dari dalam keta je sebelum keluar. Dia amik dua kedai. Entrancenya sebelah kanan tu. Besar betul. Nampak tak punya banyaknya baju budak kat dalam tu. Geram okeeee. Murah pulak tuh! Ada rompers, bodysuits, leggings, busha, shirts, tshrts, dresses, socks, bibs iskk segala macam laa.

Selain dari baju-baju, barang-barang lain pun ada jugak. Dok tengok-tengok drink bottle yang ada straw untuk dak gedik. Tapi tak beli pun. Rasanya dia bule pakai sippy lagi kot. Later-later ler beli. No rush pun.

Sudahnya aku beli rompers je lima helai. Banyak sungguh choice. Geram aku. Aku beli 3 helai shortsleeves and 2 helai longsleeves. Dah tu je bye,

Friday, 17 October 2014

The Great 12



Flight tickets dah secure! Weehuu! Tinggal nak add-on infant, inflight meals, bassinet and also pick seats. And then we're good to go! Can't wait!

Wednesday, 15 October 2014

Funny vs Romantic

Husband korang romantic tak? Eddie tak. Haha. Langsung tak. Kalau nak harap dia bermadah pujangga bagai pungguk rindukan bulan, kan ku petik bintang di langit, tiada cinta sesuci cintamu, memang sampai kucing aku keluar tanduk pun jangan harap laa dia nak menyebut ayat-ayat tu. Tapi dia funny. Romantic yang funny. Aku pun tatau nak explain cane. Selalu buat aku tergelak sorang-sorang bila baca whatsapp hehe.

Hari tu, kawan kitorang bagi wifeynya yang preggy a bouquet of roses. Aku pun saje ler forward kat Eddie walaupun sebenarnya aku tak suka bunga pung. Kami kan memang suka buat-buat majuk kengkonon.





Hehe.. Alhamdulillah bertemu jodoh yang serba serbi perfect kat mata aku :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...