The Entourage

Showing posts with label Beef. Show all posts
Showing posts with label Beef. Show all posts

Wednesday, 20 August 2014

Restoran Hidangan Lalapan, The Atmosphere






Ni cerita bulan puasa sebenarnya. Tak sempat nak post sebab sebelum puasa aritu dok sibuk cite pasal Gold Coast hehe. Kitorang berbuka kat Restoran Hidangan Lalapan. Mesti korang tak pernah dengar kan? Aku pun baru first time. Dishes dia lebih kurang macam Ayam Penyet. Tapi dipanggil Ayam Lalapan. Version Sarawak. Ada Ayam/kambing/daging/keli goreng yang dihidang bersama ulam-ulaman dan sambal juga kicap. Sedap jugak. Di kat area Seri Kembangan. Sape-sape lalu Giant Seri Kembangan sila lah try.

Monday, 16 June 2014

Tokyo: Gyumon Restaurant

10th April, 2014. Malam.

- Lepas puas amik gambar kat Shibuya, it's time for dinner.
- Kami plan nak gi Gyumon. Dah lama research pasal tempat ni. Kedai restaurant daging panggang yang halal. Syiok kedai ni. Bule main masak-masak. Sedap pulak tuh. Sebab dia grill bukan pakai dapur. Pakai arang. Original sangat. Staff pun sangat happy melayan kami. Siap kasik bilik untuk dak gedik minum susu hehe. Kedainya kecik je. Very cozy. Tapi agak pricey sket ler.
- Tapi malam ni memang sangat menduga cuacanya. Ribut yang amat kuat, sampai stroller bule bergerak sendiri. Aku tak tipu. Takut siot. Tak pernah rasa kat Malaysia. Dak gedik memang sentiasa kat atas dukung so that dia kena body heat. Kalau letak dalam stroller angin kuat sangat kena kat dia. Aku pulak pandai, bule tak bawak wind cover. Masa ni rasa menyesal kenapa tak beli carrier awal-awal. Sorry sayang. Lepas ni mummy akan lebih berjaga-jaga oke. :(














- Sampai terang lagi, bila kuar kedai dah gelap hehe..

Saturday, 11 January 2014

Kacang Pool

Siapa pernah makan kacang pool?

Aku baru makan tiga kali. Since first time aku try makan, setiap kali tu jugak laa aku akan cari kalau pergi Johor. Without fail. Sedappp okeee. Masa Singapore trip last weekend, sekali lagi aku belasah semangkuk kacang pool kat food court Larkin tepi Balai Bomba tuh. Orang Johor confirm tau.


Tuh laa rupa dia kacang pool. Kenapa nama dia kacang pool, usah ler tanya aku. Sebab aku pun tatau hekhek. Kacang pool ni makan dengan roti tebal yang disapu dan dibakar dengan ghee (minyak sapi) . Soft on the inside, crispy on the outside. Kalau tengah lapar memang tak cukup satu. Sebenarnya nak order extra, tapi since aku tengah menjaga makan, kubatalkan niatku itteww.

Kacang pool isinya adalah daging. Lebih kurang macam minced meat dalam stew. Served with telur mata sunny side up, ada cili hijau sket, bawang sket and limau kasturi. Tak nampak pulak kacang dalam tu. Ke dah hancur? Tak sure pulak. Sape ada resipi best mari laa share kat sini hehe.

Aku paling suka bila makan tu tergigit cili and bawang tu. Marvellous oke. Rasa nak pengsan jap. Sape-sape yang belum try sila laa try. Tak susah pun cari tempat dia. Landmark dia Balai Bomba Larkin. :D



Friday, 3 January 2014

Tony Roma's, The Gardens

Okay, First outing selepas 44 hari tak keluar rumah. Sangat heaven bila dapat keluar. Dunia ni rasa macam aku yang punya. Hahahaha..

Since hari tu ada baby fair kat Mid Valley, kami pun bergerak laa ke sana. Sampai sana, terus ke Garden sebab aku dah kepingin bebeno nak makan ribs. Eddie mengiyakan je request bininya.

Started up with an appetiser called Beef Steak and Salsa Flatbread. Memang happiness on a flatbread lah. Very sedaaapp. Yang putih-putih tu goat cheese. Jahat betul rasa dia bila tergeget.


Yang bawah ni aku punya. As usual. Kalau gi Tony Roma's confirm laa akan order ribs. Takkan order menda lain. Memang the best in town. Sebenarnya dah kenyang sket makan starter, tapi since perut dan selera makan aku masih serupa macam time preggy, muat pulak masuk semua menda ni dalam perut hahahaha.


Ni Eddie punya. Suka sangat rib-eye. Aku tak suka sebab aku rasa macam liat. Not as succulent as beef ribs. Tapi lain orang, lain selera kan.


Alhamdulillah, first outing kami went smoothly. Elok je habis makan, Si Kecik kami pun bangun hehe. Bagi can mummy and abah nak dating lettew ekeke.

Keciknya Anak Bujang Mummy Masa Ni :)

Burping time! :D

Sunday, 21 October 2012

Makan-Makan Weekend

Last weekend memang barai diet aku. Jumaat lepak-lepak kat Murni Bukit Jalil dengan cik kak-cik kak. Yer.. di Bukit Jalil dah ada Murni. Weeehu. Opkos ler makan kan. Gi Murni tak makan, sangat tak best. Aku order nasi goreng buttermilk fish. Sedap oi. Manis-manis sket. Sabtu pulak lepas dah penat-penat berjalan-jalan ke sana ke mari, kami pergi makan-makan dengan FMIL and FBIL kat William Danau Kota. Makan meatball carbonara pulak. Haiyaaaa.. hari ni tak nak makan apa-apa. Oats teman paling setia.

Sabtu memang hari yang panjang untuk aku. Sangat penat. Nanti aku update ye. Nak cite pasal makanan dulu ekeke.

Bee

Ni laa FBIL aku. Mudo laie nih.. Setadi lagi. Kat MMU juga. Tapi MMU Melaka. Hidup MMU :p FBIL aku dia order Anti-Pesto Daging. Basically all meat-based stuff served with mashed potato.

Nampak Tak Portion Meatball Carbonara Aku Tuh? Pengsan Nak Habiskan

Memang confirm laa aku tak habiskan carbonara aku tu. Bukan sebab mengada tengah diet. Sebab memang tak larat nak habiskan. Asal makan kat William/Murni memang selalunya orang lain ler tukang habiskan makanan aku. Kekah ramai-ramai sebab portion dia bapak besar. Aku yang kuat makan ni pun tak leh nak abis.
FMIL

Ini laa FMIL aku. Rasanya tak penah aku letak gambar dia lagi kat sini kot. That's because skang-skang ni aku dah lama tak bawak camera ke mana-mana. Hahaha.. skang ni busy sangat, nak amik gambar time makan-makan pun takde mood. Sebab tau memang takde time nak upload. Ni pun amik kat facebook FMIL je. Hikhik.. 

Sunday, 8 April 2012

Reception Update: Hantaran (Camper Shoes!)

Sekali lagi aku ke KL hari ni. This time nak beli cincin ene. Tu the actual plan laa.. Tiba-tiba bertukar jadi plan lain pulak. Sila baca dengan sabar.

Pergi Mid Valley nak cari cincin platinum ene. Pusing punya pusing, dok masuk semua kedai, semua tak minat. Hmm.. then singgah laa The Garden sekali. Kot-kot taste dia cincin kat Gardens pulak.. mana tau, kan.. Haish. So, pusing-pusing ternampak kedai Camper. Sibuk dia nak masuk. Aku ikut je laa. Don't really like Camper as the design doesn't really suit me. To boyish. Tak feminine langsung.

Long story short, he wanted the shoes. Hmm.. told him if I bought that shoes, means his ring memang kena beli next month. Takdak duit. Mahal okeyh. So, he agreed. Suka sangat dia. I like it too. Cantik jugak laa dia pakai. Smart. It's a half formal, half casual shoes. Dark brown.

Good Stuff Inside

Camper Men's Shoes RM489

Haish.. nasib baik laa ada discount. Kalau tak, original price is RM699. Gilos! Takpela.. sayang punya pasal.

Kaki dah penat, perut dah lapar. Tetiba rasa macam nak makan sedap laa. Dah lama tak makan sedap. Went to Chili's. Ordered our usual favourite dish beef nashos. Then for main course aku order southwestern grilled lamb and ene ordered mushroom jack fajitas. Sudahnya dua-dua tersandar kekenyangan.. tuh laa.. tamak lagi.

Beef Nachos RM22.95

Southwestern Grilled Lamb RM30.90

Mushroom Jack Fajitas RM30.90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...