Aku baru makan tiga kali. Since first time aku try makan, setiap kali tu jugak laa aku akan cari kalau pergi Johor. Without fail. Sedappp okeee. Masa Singapore trip last weekend, sekali lagi aku belasah semangkuk kacang pool kat food court Larkin tepi Balai Bomba tuh. Orang Johor confirm tau.
Tuh laa rupa dia kacang pool. Kenapa nama dia kacang pool, usah ler tanya aku. Sebab aku pun tatau hekhek. Kacang pool ni makan dengan roti tebal yang disapu dan dibakar dengan ghee (minyak sapi) . Soft on the inside, crispy on the outside. Kalau tengah lapar memang tak cukup satu. Sebenarnya nak order extra, tapi since aku tengah menjaga makan, kubatalkan niatku itteww.
Kacang pool isinya adalah daging. Lebih kurang macam minced meat dalam stew. Served with telur mata sunny side up, ada cili hijau sket, bawang sket and limau kasturi. Tak nampak pulak kacang dalam tu. Ke dah hancur? Tak sure pulak. Sape ada resipi best mari laa share kat sini hehe.
Aku paling suka bila makan tu tergigit cili and bawang tu. Marvellous oke. Rasa nak pengsan jap. Sape-sape yang belum try sila laa try. Tak susah pun cari tempat dia. Landmark dia Balai Bomba Larkin. :D
kaca pool larkin bomba.. memang terbaik..
ReplyDeleteSangat terbaik. Tak cukup satu mangkuk rasanya :P
Delete