The Entourage

Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Saturday, 9 August 2014

Singapore Chili Crab By Mama


Rinduuuuu chili crab mamaaaaaa!


Dulu mama selalu sangat masak. Masa zaman kami kecik-kecik. Masa zaman aku belum masuk MMU. Masa zaman abang belum duduk sendiri. Masa zaman masing-masing belum kawen.

Sebab dulu semua berkumpul satu rumah. Mama cakap, nak masak ni kena tunggu time ramai-ramai ada kat rumah. Baru syiok makan sama-sama. Kalau setakat 2-3 orang je, mama cakap tak berbaloi masak. Nanti kalau ada yang tak merasa, mesti kecik hati. Sebab.. Chili crab mama paling sedap atas muka bumi ni.

Hari tu, kebetulan abang pergi Bagan Lalang, dapat ketam murah. Dia pun nak datang rumah, so dia beli lebih. Apa lagi, terus mama masak Chili Crab. Oh myy.. Mengimbau kenangan lama betul. Makan ramai-ramai. Riuh rendah. Meriahhhh!

Tiba-tiba rindu zaman dulu-dulu. Zaman takyah pikir soal hidup. Zaman takyah cari duit sendiri. Zaman bilik aku penuh dengan buku-buku cerita Kelab Buku Kenari. Ehehehe.. Rasa nak nangis.

Monday, 2 June 2014

Tokyo: Roasted Chicken @ Ueno

9th April, 2014. Wednesday. Early Morning.


- Kali ni betul-betul early morning sebab nak balas dendam hari sebelum yang terwasted. Dan lagi satu excited sebab nak gi Disneyland!
- As usual, dak gedik lepas dah mandi, dah siap-siap, dia titun seround dulu. Haih laa anak bujang mummy.


- Okayy.. dah bangun! Jum gerak sekarang sebelum dia tidur seround lagi!. Selfie sekali sebelum keluar bilik.


- Anak panda dalam stroller.
 

- Selfie dengan hubby kat depan hotel sementara nunggu mereka-mereka.


- Destinasi pertama kami adalah ke Ueno dulu untuk makan roasted chicken yang sedap. Kat area ni memang banyak kedai makanan halal. Kebab pun ada. Tapi area ni dia macam pasar sket. Banyak betul seafood-seafood fresh jual kat kaki lima. Geraaaam.





- Dah sampai. Kedai ni jual kebab jugak. Tapi since kami plan nak tapau kebab, so menu makan kami adalah roasted chicken.




 
- Anak Panda sambung tidur lagi. Mungkin dia tau yang mak Panda tengah kebuloq. Kasik can.
 




- Lepas makan roasted chicken, kami singgah kat kedai kebab sebelahnya pulak. Nak menapau kebab sorang dua untuk bekalan dalam Disneyland. Tokyo Disneyland belum ada food outlet halal macam Hong Kong Disneyland. So terpaksa laa tapau. Kang kebuloq pulak kat dalam tu satu hari tak makan. Nasib baik bule bawak outside food. Pheww.





- Off we go! Naik tren untuk ke station Disneyland. Yahooo!
 



Wednesday, 28 May 2014

Tokyo: Takoyaki!

7th April, 2014. Monday. Afternoon.

Kat dalam Senso-ji Shrine tu jugak ada mall. Jual macam-macam. Baju. Souvenirs. Semua ada. So kami saje laa pusing-pusing. Kat hujung mall tu terjumpa takoyaki. Terus singgah since ni pun dah tengahari. Lapauuu.


Suka hang no orang tolak je takyah penat berjalan.


Dak gedik dah titun masa ni. Selesa sangat sebab sejukkk.


Ni laa kedai Takoyaki tu. Sedap gila. Besar-besar sotongnya. Kat sini takoyaki ni tak macam kat Malaysia. Banyak jenis isi dalamnya. Kat sini semuanya octopus. Yang membezakannya adalah topping. Ada teriyaki sauce, ada mayo, ada crab sauce and cheese. Semua sedaaap.




Tidur baik-baik ye.. mummy nak makan.





Singgah Uniqlo lagi. Kat sini banyak sungguh Uniqlo and Muji. Kat celah mana-mana pun ada.



 

Okeeyyy.. off to the next destination.

Sunday, 25 May 2014

Tokyo: Of Sushi & Crab Salad

7th April, 2014. Monday.

- Pagi tu kami ingat nak keluar awal. Sekali dak gedik bantai tidur balik pulak lepas mandi. Haih. Kena laa tunggu kejap. Putera Mahkota sangat.
- Plan kami nak lunch dengan staff Tourism Malaysia kat sana. Sambil tu jalan-jalan laa sekitar-sekitar tu.
- Aku tak sure nama kedai makan tu. But it has the best sushi and crab salad I've ever tasted. Sedap gila crab salad dia. Eel dia pun best. OMG. Kami order Sushi bakar dan Sushi mentah. Dua-dua menjilat jari. Tapi time nak masuk tu siap kena beratur. Nasib baik ada kerusi kat luar tu. Siap ada water dispenser uols. Haha.
































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...