The Entourage

Sunday, 30 November 2014

Perihal Susu

Skang ni dak gedik semakin kuat minum formula milk dari susu au naturale. Mungkin sebab umurnya dah setahun. Dia makin kuat minum susu. Aku pulak makin penat nak produce. Kadang-kadang rasa sangat penat nak pergi ke surau dua kali sehari untuk itu. Dulu aku bule dapat 18oz sehari. Skang ni aku cuma bule bawak balik 10oz paling banyak. Dia minum dekat 18oz setiap hari. Mana nak cukup.

So itulaa bermulanya moment aku campur susu. Puas dah aku beli susu macam-macam. Dia tak nak. S26 Gold sudah. Enfalac sudah. Pediasure sudah. Susu soya Isomil pun sudah. Semua direjectnya. Since semua dia reject time tu, memang aku terpaksa ler paksa diri untuk produce lebih banyak. Sebenarnya kalau gigih and determination tinggi, cukup je. Tapi aku yang dah penat haha. Penat dan susah kalau time travel. Nak kena cari tempat yang selesa. Baju pun takleh pakai sembarangan.

So satu hari ni, aku rasa macam nak try je beli apa-apa susu. First susu yang aku jumpa, aku capai. Kot-kot dia tak nak, sedekah je kat sape-sape. Aku akan buat macam tu sampai la jumpa susu yang dia nak. First susu yang aku nampak adalah Sustagen Junior Formula 1. Chocolate flavour. Aku terus grab bawak balik rumah. Bancuh terus sua kat dak gedik.

Dia nak!

Suka sangat!

Minum sampai habis~!

Alhamdulillah.. selamat duit mummy. Hehehe.. takyah beli banyak-banyak try-try. Rupanya memang budak Sustagen ye ini budak. Awat laa tak habaq. Senang mummy borong kat Manjaku nunnn.

Tapiiiiii..

Dia hanya suka yang coklat jeeee.. hahahahaa. Adoi laa anak. Banyak karenah betul. Tapelaa.. coklat pun coklat laa. Yang penting, cukup zat dan vitamin.

So since dia dah start depending on formula. Aku kena laa cari accesories dia kan. Aku dok tengok-tengok milk powder dispenser dia. Since benda ni memang untuk pakai time kat luar, aku nak ler cari yang lawa sket hehe. Yang lawa and opkos yang prctical laa kaan. Browse punya browse, aku jumpa ni.


Cumel gila kan? Siap ada pouch dia sendiri. Moo moo sangat! Aku pulak yang geram tengok. Eddie tanya perlu ke case banyak-banyak. Aku cakap perlu je sebab bule letak food dia sekali. Plus, kalau tak nak bawak semua, benda tu kan bule simpan separuh kat rumah. Tak perlu bawak empat tingkat sekali kalau setakat nak jalan dekat-dekat.

Lagi satu menda yang aku tengah eye on adalah Botol Tommee Tippee Best of British. Homaaaai.. cumelnyaaaaaaa! Yang ni Eddie memang tak bagi aku beli sebenarnya. Sebab botol susu banyak je kat umah tu. Sebelum bersalin hari tu, Eddie beli kat Hong Kong Tommee Tippee sterilizer sekali dapat empat botol susu. Siap ada yang tak pakai lagi. Tapi Best of British ni limited edition. Cumel-cumel pulak tu. Cuba korang tengok.


Kiut kaaaan? Aku nak yang Big Ben merah dengan double decker tuuuuu. Huwaa.

Saturday, 29 November 2014

FashionValet: dUCk Scarves






Hari tu aku ada buat teaser entry pasal ni. Hehe.. kepada yang tak tau, ini adalah shawl! Hehe.. Dah lama aku dok tengok-tengok kat Fashion Valet. Cantekkkk. Range ni adalah range The Blurred Lines of The Lourve. Ada empat kaler rasanya. Tapi tak sempat nak purchase sebab dah habis. Cantek-cantek semuanya. Geram rasa nak grab semua. Nasib baik dah habis ekeke. So aku dapat Mint. Okay laa jugak sebab baju aku banyak jugak baju kaler pink and green. Yeay!

First time beli dUCk Scarves sebenarnya. Siap dapat Thank You card hehe. Cantek kan packaging dia? Bule guna balik buat letak necklace and sorts.


Sunday, 23 November 2014

FashionValet: Another Round


Baju-baju lengan panjang je semua. Dan juga lacey jacket. Semua lengan panjang. Senang dengan imej baru aku skang hehehe..


Saturday, 22 November 2014

Hong Kong: Baby Elephant Parade

Aku ada terbaca pasal Baby Elephant Parade ni kat paper. There is this one handsome French artist pusing dunia buat exhibitions of his creation. Hong Kong is quite big on statues sebenarnya. So dia pun datang laa buat exhibitionnya kat Hong Kong. Aku kan suka menda-menda comel cam gini. So aku bagitau laa Eddie, one of the days yang aku gi Hong Kong, aku nak gi tengok exhibition dia. Eddie layankan je walaupun pada dia macam pointless tengok patung anak gajah yang dikaler-kaler hehe.


 So, bila aku decide aku nak gi Hong Kong, by that time sebenarnya aku dah lupa dah pasal exhibition brader perancis ni. Lepas keluar airport, as usual kitorang memang akan singgah Citygate Outlet. Saje je tengok-tengok apa patut kot-kot ada yang menarik. Sebab Citygate Mall ni sangat dekat dengan airport dan sangat jauh dari umah Eddie. So sebab tu laa we make a habit, everytime kalau nak gi, memang terus straight from the airport. Kalau dah sampai Wan Chai tu memang idok ler kami nak patah balik kan. Buang masa je.



Sekali bila sampai-sampai jeeee.. tengok-tengok laaaaaa.. rupanya one of the places exhibition dia ni adalah kat Citygate. Hehehe.. happy gila kau tengok anak-anak gajah cumel yang dikaler dengan ceria. Aku pun jadik ceria hahah.


Semua cantik-cantik tau. Rasa nak bawak balik satu. And apparently, rupanya anak-anak gajah ni adalah memang untuk dijual Kot-kot ada sesapa nak letak kat lobby opis laa kot. Ada ke orang nak letak kat depan umah? Hahah.


Friday, 21 November 2014

Steering Wheels

Dah lama nak up tapi asik banyak pulak cite lain haha. Dah lama dah ada dalam draft tapi tak sempat-sempat nak mengarang. Siap hari tu tak perasan dah terpublish. Tengok-tengok dah ada 36 views ekeke.. Sorry laa korang.. post entry tanpa tulisan ekeke.


Dak gedik sangat gila stereng. Sangatttt. Sangaaaaaaaaat oke. Taktau nak cakap cane dah. Dia memang takelh tengok stereng. So aku pun belikan laa stereng yang kat atas ni. Kat Lazada. Murah je punn rm20 gitu. Stereng ni untuk lekat kat back seat kereta. Tapi kat rumah aku lekat cot dak gedik. Tiap-tiap pagi bila aku nak bersiap pi keja, aku bawak dia turun, memang benda ni laa yang dia pegang dulu. Tade menda lain. Toys lain suma tak sentuh pun. Stereng jugak yang diputarnya sampai nak tercabut.


So alkisahnya antara trip-trip Hong Kong aku, aku memang suka belikan dia toys baru everytime nak naik flight. Sebab kalau toys lama dia mesti tak heran dah. So terpaksa beli toys baru untuk lekakan dia dalam flight. Traveling alone with a baby is no easy task I tell you. Gigihkan diri je sebenarnya.

So as usual, bila dah check in tu, aku browse-browse laa toys dia kat airport. Terjumpa pulak toy stereng ni. Macam best pulak. So grab je laa. Bila convert lebih kurang rm40 gitu. Dan memang dia sangat leka ler main dalam flight menda alah ni. Sampai tertido-tido pegang stereng ni haha.


Sampai ke rumah, aku lekatkan pulak stereng ni kat cot dia jugak. Hehe.. suka dia banyak stereng dalam cot. Tapi antara dua-dua stereng ni, dia suka yang Vtech lagi. Mungkin sebab bila nak putar dia licin je. Yang stereng merah tu macam ketat sket. Tak lancar macam Vtech. Dak gedik siap putar sebelah tangan je uols. Sambil muka eksyen. Hahah.. perasan driver sangat weh. 

Anak korang obses dengan apa?

Thursday, 20 November 2014

Haagen Dasz

Yeayyy! Eddie dapat coupon Haagen Dasz! Weehuuuuu! Credit card redemption katanya. Bagus betul. Aku dah cakap kat Eddie suruh simpan. Time aku gi Hong Kong baru beli hehehe. Jawapannya,"Yer.. memang plan nak tunggu awak pun." Yeayy!


Wednesday, 19 November 2014

Chocolate: Kinder Bueno



Chocolate lagi. Dah taktau nak mintak chocolate apa lagi bila Eddie tanya nak apa. So tiba-tiba teringat keenakan Kinder Bueno. So terus bagitau Eddie. Hamekk kau.. sekali empat pek besar dia beli haha. Dalam tu ada 16 pek yang kecik-kecik tu. Tahun bila nak abis ni hahaha.

Tuesday, 18 November 2014

Sabtu Yang Best!

Haih.. cerita dah basi.. baru nak upload haha.

Kena upload jugak sebab aku kan jarang outing dengan family kecilku. Bila dapat outing sangat lah bahagia rasanya. 

Ada sekali tu masa wiken-wiken yang Eddie balik. Sebelum balik ke rumah Eddie kat Gombak, aku ajak dia pusing-pusing Mid Valley. Saje je sebab rasa dah lama tak gi mall. Sian kan aku. Eddie pun ikutkan je. Dia pun baru teringat nak tukar duit kat situ. Situ kan banyak Forex.


Sampai-sampai Mid Valley terus ler carik makan. Lapauuu. Kami ke Chili's. Sorry laa tade gambar food sebab macam malas pulak. Dok sibuk amik gambar dengan anak je. Masa ni Eddie baru dapat ipon6 nya. Try-try laa cameranya. Tapi asik blur je bila Eddie snap. Haih tangan tak bedung tauu. Haha. Gambar dak gedik yang tengah belek menu kat atas tu aku yang snap. Haaaa.. sila compare hahaha.



Lepas dah kenyang makan, baru laa bule pusing-pusing kan hehehe.. Sambil-sambil tu kami masuk laa kedai-kedai luggage. Baru teringat nak cari. Masa ni sebelum trip Melbourne. Ingat tak aku pernah cite, beg gabak kami telah hancur musnah pecah dan tercabut tayar masa trip Gold Coast? So memang kami memerlukan ler sebuah luggage bag yang gabak untuk kami tiga beranak. Kalau travel, aku memang suka sumbat suma barang dalam satu beg besar. Sebab kalau beg banyak-banyak susah. Sebab aku kan ada baby. Pastu strollernya lagi. Diaper bagnya lagi. Susah ler tangan penuh kan.

Sempat bergambar dengan beg hehehe. Akhirnya kami beli Lojel. Japanese brand katanya. Sebelum beli siap research kat youtube hahaha. Eddie yang particular sangat bab brand-brand ni. Kalau aku, beli kat Sungei Wang pun bule kahkah. Size paling besar kami amik. 31" ekekek.

Ada tiga warna masa tu. dark brown, mustard and apple green. Eddie nak brown, dia cakap tak nampak kotor. Aku rasa macam tak cantek. Dull. Boring. Hahah. So aku cakap amik apple green. Senang nak nampak dari jauh kahkah. Dia pun layankan aje. Phew.


So lepas bayar, kami pun sambung ler jalan lagi. Teringat pulak tadi ada terlalu kat Garrett tepi Chili's. Terus ajak Eddie gi sana balik. Teringat itu Macadamia yum yum. Pastu Eddie suruh mix dengan Almond. Dia nka try. Aku pun ok je laa. Sekali bila nak bayar, kat counter diorang letak dalam paper bag tu sekali dua medium pack. Satu almond, satu macadamia. Hahahhaa sudah misscommunication rupanya. Tape.. more Garrett for me kihkih thank you hub hub.


Lepas beli tu, kaki pun dah penat berjalan. Kami pun beransur ler pulang. Dak gedik pun dah tertido-tido dalam carrier. Sian kat dia. Sebenarnya dah lama kami tak bawak stroller dia bila kuar. Bawak carrier lagi senang. Tak perlu asik dok nak cari lif. Dak gedik pun lebih suka melekat atas dukung. Suka beno dok dalam carrier. Hehe. Rasa macam rugi beli stroller sebenarnya hehe. Kami lebih banyak pakai travel stroller je sebab ringan dan umbrella-like. Stroller lagi satu tu dok terperuk je dalam store.


Malam tu, as usual, lepas dinner kami akan keluar gi Manjaku cari barang-barang dak gedik. Tadepe nak beli sangat pun. Saje pusing-pusing kot-kot ada yang terlepas pandang. Lepas dah bayar semua, kami ke Wangsa Walk pulak, aku nak tukar screen protector ipon5 ku yang tua itu. Dah comot-comot. Cian dia. Eddie pun nak cari dia punya jugak. Malangnya ipon6 punya belum keluar lagi kat mesia kihkih. Sabo yee. Kasik jalan saya punya tukar dulu. Awak gi cari kat Hong Kong je la kahkah.

Kami pusing-pusing kat Wangsa Walk tu. Pastu gi cold storage cari avocado je. Hahah gedik. Pusing-pusing lagi sampai ler Wangsa Walk tutup. On the way balik tu, singgah pulak Starbucks drive-thru sebab nak habiskan credit dalam card. kami try yang flavour baru tu. Sedap jugak. Tapi Dark Caramel tu lagi best dari French Vanilla.

Okay dah tu je cite aku. Hehe. Seronok sangat bila Eddie ada sini. Selalu melayan karenah kami. Dia tau, dia jarang ada kan. Bila sesekali dia ada tu, sehabis boleh dia try untuk buat kitorang happy. Thank you, hubby. :)

Friday, 7 November 2014

Melbourne, Here We Come!


The Puffing Billy

Okeyy.. hari yang di nanti-nanti telah tiba! Woohooo sangat tak sabar. Korang jangan rindu-rindu aku okeh. Seminggu lebih aku tak bersiaran ni. Balik nanti kita cerita-cerita okeh. Doakan kami selamat pergi dan pulang. Korang pun jaga diri tauuu! Jumpa minggu depan okeh. Sayanggggggggg korang! Muahhhhxxxx!

Thursday, 6 November 2014

Zalora: Sephora & Shawls

Aku beli tudung sket-sket. Yang mana aku tengok murah, aku beli. For now, tak berani beli yang mahal-mahal banyak sangat. Pakai pun senget-senget ekeke. Later-later baru kumpul yang proper sket. Banyak dah brand muslimah wear yang aku dah bookmark ekeke.

Korang ada any particular brand yang korang suka? Jum share!




Wednesday, 5 November 2014

#crew4crew


Office Bake Sale last few weeks. Gila lambat nak post entry haha. Sebab busy gila. Office Bake Sale ni adalah in support of the employees and family members of who are involved with both ill-fated aircraft incidents. All proceeds will be donated to them. Berat sangat beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka. So kita buat laa apa yang termampu. No time for rivalry and such. Yang bermusuh tu antara company. Aku dan kami-kami sebagai staff takde pun rasa dendam dengan staff-staff MAS. Sikit pun tak. Rezeki masing-masing ye dak? Ramai je kawan-kawan aku yang kerja dengan MAS. Kitorang okay je. Pada aku, yang jahat adalah media. Emo kejap.

Kesian kat diorang. Bukan je kesian kat orang-orang yang terlibat dengan both incidents. Yang 6000 pekerja yang takde kena mengena tapi terpaksa dibuang lagi kesian. Bayangkan kalau dia ada tanggungan banyak. Tiba-tiba retrench. Homaii.. Kesiannyaa laaaa. Takde ke cara lain? 

Aku jugak ada sorang kawan blogger yang bekerja dengan MAS. Harap awak okay-okay je ye. Dan kita harap awak bukan antara 6000 orang tu. Doa banyak-banyak dan tawakal. Insya Allah dipermudahkan..

Tuesday, 4 November 2014

Passport Baru

Yerr.. Sangat ralat. Another rm450 total damage. Aku and dak gedik punya. 5 tahun. Tu belum campur visa lagi. Tukar passport, visa pun kena tukar. Padahal patutnya bule save kat situ sebab visa dah ada. Passport pun baru umur setahun. Ada lagi empat tahun to expire. Tapi dah nak rugi kan. Haih. Bila tukar passport, means kena apply baru laa jugak visanya.

Jangan tanya apa dah jadi. Rasa nak pukul diri sendiri. Nasib baik Eddie tak marah. Dia just ingatkan, "Hmm tape laa.. Nak buat cane. Benda dah nak jadi. Bukan awak sengaja. But this is a very expensive lesson to learn. Hope you'll be more careful after this.. " Yerr hubby. Sorry sangat. Saya akan lebih berhati-hati pasni. :(


Gambar aku takyah upload laa. Burokkkkkk!

*Thumbs up to Imigresen Putrajaya kerana layanan yang sangat best! Sampai-sampai je terus dichannelkan aku ke kaunter khas sebab ada baby. Sekali jalan ibu & anak buat sekali. Dua jam pastu siap dah! Yippie!

Monday, 3 November 2014

Lacey Lacey



Eh sama pulak kihkih. Korang ada tak mana-mana online store yang jual cardi and jacket cantik-cantik? Nak beli.. baju aku kan banyak singkat-singkat.. dah pakai tudung mana bule pakai baju singkat-singkat dah hehe... Share plis!

Sunday, 2 November 2014

London Mari

Souvenirs from London! Yeayy!


Alkisahnya one of my close friends kat opis just got back from London. Family holiday kat sana. So balik opis dia bawak laa souvenirs aka ole-ole dari London. Untuk aku, dia belikan Big Ben comel. Untuk dak gedik dia kasik care package yang sangat laa best. Macam aku je yang ngap. Aku try kasi dak gedik yang Ella's Kitchen tu. Omg suka gila dia.

Ella's Kitchen tu aku selalu nampak kat Hong Kong. Kat sini tak perasan pulak. Kat Manjaku memang tade. Tempat lain tak sure pulak. Aku kan jarang keluar. Shopping pun kat Hong Kong je. Bunyik macam big shot je kan shopping kat obersi, tak shopping kat Malaysia. Tapi tuh laa hakikatnya. Aku lebih senang cari barang bila kat Hong Kong compared to Malaysia. Nak buat cane kan, dah tu yang convenient.

This will end soon enough. We will be family again. Insya Allah.

Saturday, 1 November 2014

Souvenirs From All Over The World


Since aku ada anak ni, jarang dah aku melepak ngeteh bersama kawan-kawan. Kalau dulu, lepas keja ada je plannya. Kalau tak gi jauh pun, mesti gi lepak dengan Azila kat Papparich. Update-update gossip.

Skang jarang dah. Kalau ada yang offer datang nak pick up kat rumah, baru aku keluar. Otherwise, dok laa kat rumah diam-diam. Aku tak berani lagi drive dengan Dak gedik berdua. First, sebab dia dah outgrow carseat dia. So memang dah tade car seat dah. Nak beli baru tapi macam hmm.. Aku tak tau plan akan datang lagi macam mana. Takut beli-beli tapi pakai kejap je. Rugi dah. Second, sebab dak gedik adalah penggila stereng. Dia takleh tengok stereng. Mesti nak main. Bila nak angkat, dia keraskan badan. Haih.. Pening kadang-kadang. So cane aku nak drive berdua dengan dia?

So alkisahnya hari tu Yuyu ajak lepak. Bekpes. Aku onnn je. Aku ajak laa Azila skali sebab dia pun dah lama tak jumpa Yuyu. Masing-masing busy.

So sekali jumpa tu memang masing-masing kumpul souvenirs ler nak pass. Dari awal tahun, sampai laa skang. Aku dapat ni haa..


Yeayy.. Bertambah collection. Sebenarnya aku kirim pin tu je. Sekali dapat macam-macam daa. Ada satu lagi fridge magnet Barcelona tak masuk gambar. Sebab dah tepek kat fridge kat bawah. Malas nak amik balik. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...