The Entourage

Friday, 13 February 2015

dUCkscarves - Clear Skies

Saje nak belanje gambar selpie pakai dUCkscarves. One of my favourite colour.  This is premium basics mixed crepe in Clear Skies.


Jangan lupa dUCkscarves premium basics georgette dah keluar. Banyak gila kaler-kaler to-die-for. Check it out, girls!

Thursday, 12 February 2015

PediaSure

Nak share dengan korang. Sesuatu yang aku baru jumpa.


Tadaaaa! Ready-to-drink PediaSure! Hehehe.. Seronok gila aku jumpa nih. Memang sangat memudahkan aku untuk travel. Dan juga waktu malam. Haaha dasar pemalas bangun buat susu.

Oh lupa nak cite. Untuk kesekian kalinya, dak gedik tukar susu lagi. Nampak gaya macam tak sesuai laa pulak Enfagrow dengan dia. Asik dok cirit je.. Mulanya aku tak perasan. Sekali bila tengok patternnya.. Asal lepas minum susu mesti cirit. Takleh jadi, kena tukar susu. So bermulalah mission membeli susu satu tin demi satu tin. Try and error kata orang.

Haihh.. Padahal susu Enfagrow baru je aku stock up sampai empat tong besar hari tu. Terjumpa pulak promo kat Jusco dua tong dia jual rm219. Elok siap letak dalam beg cantek hehe. Kat Manjaku tade yang tin gini. Paling besar aku jumpa, triple pack tu je. Tu yang aku grab tu. Sekali kena tukar susu pulok. Haiyaa..

PediaSure ni nampak macam okay. Lepas tukar hari tu, takde dah dia cirit. Dan sedap plak tu susu ni. Yang Vanilla laa. Yang original tak pernah try lagi.

Ehhh jangan salah sangka tauu. Aku bagi dak gedik PediaSure yang ready-to-drink ni masa malam sebab malas nak bancuh and masa travel je sebab senang. Kalau kat rumah, aku still pakai yang tin jugak. Kena bancuh seperti biasa ye hehe. Idok ler setiap masa dak gedik minum yang ready-to-drink ni. Bengkok ler abah dia kihkih. 

Saje ler nak share dengan korang pasal PediaSure yang botol ni. Very easy you know. Satu botol tu macam lebih kurang 7oz. Memang sesuai untuk sekali minum laa. So far aku rasa tak pernah jumpa lagi susu lain buat cani. I meant formula milk laa. Kalau susu biasa banyak je kan?

Sunday, 8 February 2015

Iheartbeads: Wawa's Solemnization


Hari ni aku tengah sibuk siapkan tasbih untuk doorgift untuk nikah kawan aku Mac ni. Saje nak bagi gift kat dia sempena wedding dia. Nak bagi untuk reception tak mampu aku nak buatkan sampai 2000 tasbih kihkih. Bukan apa, ni dah dekat-dekat cuti sekolah bulan tiga. Terpaksa settlekan tasbih orang lain dulu. So aku bagi hadiah untuk hari nikah je nampaknya. Sorry Wawa hehehe.

RM2.70 each. Sape-sape interested bule whatsapp aku kat 012-9198861.Kaler bule tengok kat facebook page ihearbeads okayy!


Wednesday, 4 February 2015

Resign.

Aku tak tau nak start cerita macam mana. Hati aku berbelah bahagi pada mulanya. Dari dulu pun berbelah bahagi. Sebab aku sangat sayang kerja aku. Aku sangat sayang company ni. Kat sini laa aku belajar macam-macam. Aku belajar benda yang diluar bidang aku. Aku ada Diploma in IT dan aku ada Degree in Business Management. Tapi kat sini, aku belajar engineering. Aircraft engineering. The twist of life kan. Haha.

And kat sini jugak laa aku dapat peluang pergi Europe. And join marathon kat Australia. Semua company tanggung. Dan juga dapat travel macam-macam tempat dengan tiket yang super murah. Kalau orang dengar aku nak resign, semua cakap aku tolak tuah. Yeke? Hehe.. well, they are not in my shoes.

Alhamdulillah, aku bersyukur dapat peluang kerja dengan company yang best macam ni. Bonus dan increment every year. Boss pun best. They know how to give appreciation to their staff. Takkan aku sangkal sikit sebanyak aku rasa sayang nak tinggalkan company ni. Tapi I need to set my priority straight. Ye tak?

Dan priority aku skang ada mereka berdua ni...


Betul.. ada orang cakap, "Eleh.. aku pun ada anak jugak. Okeyyy je kerja." Hehehe.. Tu kau. Bukan aku. Nak hantar nursery pun aku tak berani. Even masa dak gedik keluar dulu, Eddie plan nak amikkan maid untuk tolong mama and aku jaga dak gedik since dia takde kat sini nak tolong-tolong. Mama tak nak. Dia cakap, "Maid orang luar, kita tatau history dia macam mana. Takpe.. biar mama je jaga dia. Insya Allah, mama larat. Doakan mama sentiasa sihat je."

Ada pulak orang cakap, "Eleehh.. anak-anak aku semua maid jaga. Okeyyy je membesar. Siap manja lagi dengan maid." Hehehe.. tu kau. Bukan aku. Kau memang bangga pun malam-malam bila anak takut, lari carik maid, instead of kau, mak dia. Kalau aku laa, sumpah aku malu. Jatuh maruah aku sebagai seorang ibu bila anak prefer maid dari mak dia sendiri. Toksah nak compare-compare life kau dengan life aku. Kita sikit pun tak sama.

Kalau pikirkan apa orang cakap, memang life kita pun akan disusun oleh orang-orang macam ni. Mungkin pada orang-orang macam ni, bila duduk rumah kita akan jadi bodoh. Tak buat apa-apa. Unlike diorang ni yang career woman kononnya. Hahah.. lucu. Duduk rumah, besarkan anak-anak and jaga makan pakai husband, tu bukan saham akhirat? 

Mungkin dari zaman mama dulu pun, kami dibesarkan oleh mama sendiri. Tak pernah hantar orang jaga. Dia sendiri pun resign dulu sebab anak dah tambah dua. Nenek aku tak larat dah nak jaga kami, so dia resign and jaga kami. Dia selalu cakap, " Selagi bukan darah daging yang jaga, jangan expect yang terbaik dari diorang." And because of that, dia janji nak jaga dak gedik sampai bila-bila yang aku perlu.

Aku terharu sangat dia cakap macam tu. Sebab aku tau, dia bukan larat sangat. Tapi sebab darah daging punya pasal, dia gagahkan aje. Adil ke aku buat dia macam tu? Tak adil. Dia pun ada life dia sendiri. Dah besarkan anak lima orang. Pastu nak tambah pulak besarkan cucu. Hmm.. cukup-cukup laa tu aku menyusahkan dia.

Eddie sentiasa bagi aku pilihan either nak terus kerja or resign. Dulu aku rasa okay je kerja. Tapi bila dah setahun lebih jauh dari dia, plus dah ada si kecik ni pulak, aku rasa unfair untuk Eddie and anak dia jauh. They need to be closed to each other. We need to be closed to each other. It's not healthy dak gedik membesar jauh dari abah dia. Kalau aku kerja jugak, maknanya I'm being selfish. Choosing career over family. And it's not right at all.

Eddie supports my decision either way. Aku ada cerita kat dia jugak pasal dilemma aku ni. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang husband yang sangat memahami. Dia tak kisah apa pun keputusan aku. Kalau aku tak nak kerja sampai bila-bila pun takpe. And dia tanya if aku nak sambung study or do any business on the side. Dia akan support banyak mana yang boleh, Insya Allah. Futher study tu memang dream aku ler sebenarnya. Tapi aku pun tak sure bule buat ke tak kalau tiba-tiba ada second dak gedik coming around. Haha.. Oh well.

Eh ok laa. Nanti aku sambung lagi. Panjang sangat nanti korang malas baca. Lalala..

Sunday, 1 February 2015

Pandora: Eiffel Tower Dangle



Dulu masa gi Paris, aku tak pakai lagi Pandora. So memang tak terpikir nak beli cik eiffel tower ni. Skang aku dah buat collection Pandora, bule laa aku beli hehe. Cumel gila. Kecik je eiffel tower ni. Suka aku tengok dia dangling-dangling kat tangan aku kihkih.

Next aku target nak beli Australian theme pulak. Since aku dah pernah sampai Aussie tiga kali, saje nak collect buat memoribilia echewahh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...