The Entourage

Monday, 8 April 2013

Honeymoon (Part 2): KUL - HKG Airport


We went to the LCCT very early in the morning of the 1st January of 2013. Terpaksa meninggalkan keadaan yang sedang happening di Bukit Bintang seawal jam 10.30pm sebab takut ter-stuck takleh nak keluar dari KL. You know how Bukit Bintang is bila New Year kan.

So we checked out and we took a monorail to KL Sentral where Cobain and Ahaw were waiting for us. Kawan-kawan ene. The plan was to lepak rumah Yus untuk main game sebelum departure. Rumahnya di Nilai. So dah dekat laa dengan LCCT.

Alkisahnya, sampai-sampai je rumah Yus, the boys main game, aku tidur dengan enaknya. Sedar-sedar ene kejut dah pukul 4 pagi. Okay, bangun dan siap.

Cepat laa Boarding. Nak sambung Titun

Snap Dulu Sebelum Titun. Yang Sebelah Dah Selamat. Tuh Laa.. Sape Suruh Main Game.

Sampai LCCT around 5-ish. Memang dah awal-awal check in seminggu yang lepas (excited ler nak gi honeymoon). So terus masuk departure hall and waited. ene dah selamat tidur kat situ jugak. Aku pusing-pusing sambil beli cekelat. Bukan apa, bekalan kot-kot badan gigil nak benda manis. Eh. Haha.

Onboard kami tade plan nak makan pun (memang tidur je all the way pung). Sebab ene nak ajak breakfast kat Popeyes kat airport. Please note, kalau datang Hong Kong silalah makan di Popeye ni sebab kat airport sahaja ada Popeyes yang halal ye. Tempat lain tarak.

Dah Sampai!

Breakfast

Balas Dendam Sebab Asik Diet Sebelum Kaweng

Wifey

Hubby

Reached Hong Kong around 10-ish. Feeling fresher after 4 hours of power nap. Pastu perut pun bunyi-bunyi. Lepas immigration checks and amik luggage, kami cargas ke Popeyes. Dua orang makan, tapi order sampai 3 meal. Eheeee. Lapo. Dan baru ada selera makan selepas berminggu-minggu kurang makan sebab nak kawen.

Hong Kong International Airport
The Tunnel To Terminal 2 Where The Public Transports Are

Happynya Pergi Honeymoon! :p

Lepas makan wajib laa pergi smoke kan. Haih. Hubby.. hubby. Kalau orang preggy nanti macam mana laa. Time nak keluar smoke tu laa aku sangat terkejut sebab rupanya.. winter kat Hong Kong sangat sejuk! 10C ok! Aku ingat biasa-biasa je. Adeh laa.. aku dah laa tak tahan sejuk. Cepat je aku suruh ene habiskan rokok dia. Brrrrr...!

Where The Fun Starts

ene Buying The Tix. Aku Tak Masuk Sebab Takut Terbeli. Tamo Beli Kat Sini. Nak Beli Kat Disneyland. Baru best Ehe

Tiket Kami Hari Khamis :D

Lepas smoking break, ada misi yang menanti. Misi yang aku tak sabar-sabar nak buat. Nak beli tiket untuk Disneyland! :p Happy gila aku masa ni (sila tengok gambar ahahaha). ene pun dah tau sangat ni yang buat aku paling excited nak datang Hong Kong. Dia layankan aje. Heee tq hubby.

Mulanya nak beli online je. Tapi tengok-tengok macam takde beza pun beli online or over the counter. Cuma bezanya, kalau beli kat counter dapat freegift. Online, tak dapat apa-apa. So kami decided untuk beli over the counter je. Kat airport tak ramai orang pun counter dia. Takyah beratur pung. Tiket Disneyland per person adalah 400HKD (RM160). Budak aku tak sure pulak. Bule check kat website sebab dia ada hari-harinya jugak. Kitorang beli hari Khamis. Takut weekend ramai orang.

Tengah Google Cane Nak Naik Bas

See You On Thursday Novotel!



Dah Sampai!

Lepas dapat tiket Disneyland, kami pun pergi laa ke terminal bas. Senang juga public trasportaion kat sana. Very user-friendly. Semua benda dia tulis terang-terang. Selalunya ene to and fro airport ke rumah naik tren je. Tapi kali ni dia ajak aku try naik bas pulak. Cheaper katanya. Kalau naik tren the fare is 60HKD (RM24). But kalau naik bas cuma 45HKD (RM18). Tapi korang kena tengok betul-betul map dia ye. Takut kang salah naik bas, ke mana-mana pulak nanti korang pergi hehe.

On the way ke rumah, banyak gak laa benda yang aku bule cuci mata. Sebab dia banyak lalu kat laut. Kalau korang nak tau, airport HKG sebenarnya kat pulau yang berlainan dengan rumah ene kat Wanchai. So untuk nak ke rumah ene kat Hong Kong Island, kami kena merentas 3 pulau yang berlainan ehehe.. best jugak. Sebab tu laa ene ajak aku naik bas. Nak bagi aku tengok-tengok luar katanya. Kalau naik tren, sumanya kat bawah tanah. Boring. Sempat jugak kami lalu kat Novotel. Novotel tu ene book dua hari untuk our honeymoon. Katanya tak rasa honeymoon kalau cuma duk rumah :p

Bas tu nak sampai rumah ene around 45 minutes. Yup, jauh jugak sebab Wan Chai ni memang betul-betul kat tengah kesibukan kota Hong Kong Island. Ehe.

Tempat Hubby Mencari Rezeki

Excited Tengok Tourism Malaysia Kat Hong Kong

Alaaa.. Tutup Pulak. Baru Nak Beli Souvenir

Haha Hongkie Sangat lah You!

Bas ni berhenti betul-betul kat depan opis ene iaitu di Malaysia Building. Aku excited gila tengok dia tulih Malaysia Building sebesar-besar alam. Rasa patriotik kejap ehe. Lalu aku pun saje laa ajak ene singgah sat nak amik gambar. Dia layankan aje eheee.

Kat dalam Malaysia building ni laa ada bermacam-macam company Malaysia. Ada Tourism Malaysia, ada Mardi, ada MIDA and opkos ler TM eheehehe.

On The Way To His House..

Jalan.. jalan.. dan jalan..

Semua Nak Tulis Cino

Lepas dah puas bergambar kat Malaysia Building tu, kami pun berjalan ler ke rumah ene. Sambil berjalan, sambil snap-snap. Dekat je. Just 5 minutes walking distance from his office. Selang satu jalan and satu blok from his office. Memang dia saje cari rumah dekat-dekat. Takyah nak naik tren gi opis. Haih.. cian hubbyku sorang-sorang di perantauan.

Tapi aku sangat suka area rumah dia. Sangat lah bandar dan sangat lah meriah. Bukak pintu depan dah ada bangunan tingi-tinggi. Kalau jalan malam-malam pun memang tak takut. Sentiasa penuh dengan orang kat kaki lima. The rows of shophouses are endless. Apa ko nak cari semuanya ada kat tepi rumah je dek non.

Pintu Pertama (Main Door)

Pintu Kedua (Lif ahahaha)

Pintu Ketiga (Front Door)

Pintu Keempat (House Door)

Ni Bukan Pintu Kelima ahahaha

Okay.. dah sampai akhirnya. Saje suruh ene jadi model depan rumah sendiri hikhik. Terserlah kehappyan muka dia dapat bawak bini dia balik rumah. Banyak sangat safety lock kat rumah dia ni. Kat bawah ada, kat atas ada, sampai aku kena tulis pin no semua pintu dia sebab asik lupa je. Sabar je laa. Okay dah. Sambung next post pulak.

Friday, 5 April 2013

Honeymoon: Fahrenheit Suite

Hi peeps!

Lama jugak tak hapdet ni. Sorry bebanyak yer kawan-kawan.. lepas kawen ni sangat busy ler.. busy menjahit satu hal. Busy berjalan jumpa hubby pun satu hal ekeke. Ampunnnn kalau ada yang menunggu post aku.

Aku tak tau nak start update dari mana. Nak update pasal nikah je.. sanding ke.. honeymoon ke.. Ada lagi ke orang nak baca? Dah masuk bulan April pun.. Macam dah basi pulak rasanya ehe.. Takpelaa.. aku update mana yang bule je laa ye. Lagipun gambar bertabur-tabur dah.. Ada yang still dalam camera pink ku, ada yang dalam pc opis, pc umah, phone, dalam lappie adik aku pun ada hak hak.

Meh aku cite pasal honeymoon aku dulu. Sebab gambar tu yang ada dalam pc opis ni skang ekeke. Honeymoon aku dimukadimahkan dengan two night stay kat Fahrenheit suite kat tengah-tengah KL nun right after the reception day. Ayahanda tercinta yang belanja. Sebat je la kan.

Tomato Juice Saya

Ni laa gambar-gambar kami masa first time dinner as husband and wife echehh. Kami dinner kat La Bodega, Pavilion. Jalan kaki je pun dari hotel. It was a really nice dinner. Empat bulan tak jumpa dia, tiba-tiba terus jadi husband. Sumanya jadik nice ler. Lalala.

Husband :)

Wifey :)


Deep Fried Goat Cheese With Lemon & Honey

Prawns, Mussels, Clams, Squids & Spaghetti Tossed with Garlic, Chili & Olive Oil

Beef Based Snack. Tak Ingat Nama Dia But Was Superb

Hubby's Lemonade

Sorry laa gambar bilik terlupa sangat nak snap-snap sebab sampai hotel petang tu dah sangat lah tired untuk mensnap. Tanggal-tanggal je baju sanding, terus tertido. Bangun-bangun mandi, terus pergi dinner untuk mengisi perut yang kosong kerana menahan lapar tak makan dari pagi.

Wednesday, 13 March 2013

Tassel (Rambu) Tasbih

Just a quick update!
 
Here's another order from a customer. Jauh nak pos ni. Sampai ke Kemaman tu haaa. Hehe. Cik adik ni dia order hanya rambu tasbih je. Sebab manik and kristal dia dah ada. Barang pun dah selamat sampai ke sana agaknya.

Order consists of black, dark brown and white tassels. Sape-sape yang dok bertanya cane ler rupa rambu tasbih, haa ini lah dia ghopernyer. Suka sangat yang kaler putih tu. Sangat laa suci murni kan kan :D


Interested? Sms/whatsapp 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for enquiries! :D

Tuesday, 12 March 2013

Loose Pearls & Kristal

Aku banyak dapat email-email, sms-sms dan whatsapp-whatsapp dari b2b and ex-b2b bertanyakan tentang manik-manik, kristal-kristal dan juga pearls-pearls ekekek. So kat sini aku nak buat post tentang benda-benda yang cantik ini. Aku pun geram tengok sebenarnya.

Kristal dan pearls ni ada banyak jenis, banyak bentuk, banyak kaler dan juga banyak size. As for now, Ini adalah jenis-jenis yang aku ada ye. Aku letak terus harganya kat sini lah ye so that korang senang nak refer. Ramai sangat yang email tentang macam-macam barang. Kadang-kadang kesian juga bila mereka tertunggu-tunggu sebab aku lambat reply. Almaklum ler.. aku ni kan mcam biskut. Kejap ada, kejap tade kat sini.

So here's the pricelist:

KRISTAL

Teardrop Kristal 4mm (70pcs) RM6.50

Teardrop Kristal 6mm (60pcs) RM7.50

Teardrop Kristal 10mm (30pcs) RM9.50
Teardrop:
4mm (70pcs)   : RM6.50
6mm (60pcs)   : RM7.50
8mm (60pcs)   : RM8.50
10mm (30pcs) : RM9.50 - size ni sesuai digunakan untuk hujung (kepala) tasbih.

....................................................................................................................

Donut Kristal 4mm (150pcs) RM7.50

 Donut Kristal 4mm (150pcs) RM7.50

Donut Kristal 6mm (100pcs) RM5.50

Donut Kristal 6mm (100pcs) RM5.50

Donut Kristal 8mm (70pcs) RM5.50

Donut Kristal 8mm (70pcs) RM5.50

Donut Kristal 8mm (70pcs) RM5.50

Donut Kristal 10mm (70pcs) RM7.50
 Donut:

4mm (150pcs) : RM7.50
6mm (100pcs) : RM5.50
8mm (70pcs)   : RM5.50 - size ni sesuai digunakan untuk butir tasbih.
10mm (70pcs) : RM7.50 - size ni sesuai digunakan untuk butir tasbih.

 ................................................................................................................................

Round Kristal 8mm (70pcs) RM7.50

Round Kristal 10mm (70pcs) RM9.50
 Round:
4mm (150pcs) : RM9.50
6mm (100pcs) : RM7.50
8mm (70pcs)   : RM7.50 - size ni sesuai digunakan untuk butir tasbih.
10mm (70pcs) : RM9.50 - size ni sesuai digunakan untuk butir tasbih.

..........................................................................................................................

PEARLS

Teardrop Pearl 8mm (70pcs) RM4.50
Teardrop:
4mm (70pcs)   : To be confirmed
6mm (60pcs)   : To be confirmed
8mm (70pcs)   : RM4.50 - size ni sesuai digunakan untuk hujung (kepala) tasbih.
10mm (30pcs) : RM4.50 - size ni sesuai digunakan untuk hujung (kepala) tasbih.

..........................................................................................................................

Round Pearl 3mm (150pcs) Black

Round Pearl 4mm (150pcs) Baby Blue

Round Pearl 5mm (120pcs) White

Round Pearl 6mm (100pcs) Gold

Round Pearl 6mm (100pcs) Soft Pink

Round Pearl 7mm (150pcs) Clear Rainbow

Round Pearl 7mm (150pcs) Dusty Purple


Round Pearl 8mm (100pcs) RM4.50 Green

Round Pearl 8mm (100pcs) RM4.50 Peach

Round Pearl 10mm (100pcs) White
Round Pearl 10mm (100pcs) Pearl
Round:
3mm (150pcs): To be confirmed
4mm (150pcs): To be confirmed
5mm (120pcs): To be confirmed
6mm (100pcs): To be confirmed
7mm (100pcs): To be confirmed
8mm (100pcs): RM3.50
10mm (70pcs): To be confirmed

Pictures and prices will be updated from time to time. Banyak lagi warna and jenis available. Cuma ni je yang larat aku amik gambar. New items will be updated weekly bila aku gi amik stok. So stay tune to this section ya!

Interested? Call/sms/whatsapp 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for enquiries! :D

Friday, 8 March 2013

Gold On White

Next project in the making..

Phewww!


Another laced kaftan. Beadwork and lace on the neck line and arms. This time it's white and gold. Feeling sangat Greek goddess!

Thursday, 7 March 2013

Ukur Orang Di Jakel :p

Okay, nak cite pengalaman aku dan mak aku hari tu. 

Ada sorang customer aku ni. Namanya Noli. Dia tak reti pilih kain untuk baju nikahnya, so kami anak beranak teman laa dia gi cari kain kat Jakel. So bila dah beli-beli tu, kami pun discuss laa pasal baju. Ingatkan nak pulang ke Puncak Jalil untuk further discussion dan jugak ukur-mengukur.

Tapi Puncak Jalil dengan Jalan TAR tu memang ler tak bape nak dekat sangat kan. Noli pulak duduk kat Ampang. Haish.. kesian juga dia nak datang ke kedai kami. Jauh tuuu.

Tiba-tiba aku dapat idea untuk hanya ukur-mengukur di Jakel sahaja. Ekeke.. tak pernah aku buat. Tapi, it's actually not such a bad idea sebenarnya. Untuk mengurangkan masa dan minyak kereta yang mungkin terbuang.

Kepada sape-sape yang pernah pergi Jakel, dah memang maklum laa keadaan Jakel tu. Dia kan banyak tempat yang bercarpet dan siap ada tempat duduk kan. So kami pun cari laa tempat yang paling strategik dan selesa. Memang selesa pun. Measurement tape pulak, kami pinjam je staff Jakel punya. Mereka kan sumanya sangat mesra dan rajin membantu. Ihik.

Cik Bakal Pengantin Tengah Sibuk Berdiskusi Dengan Mama

So bila tengah ukur-mengukur ni, bule pulak ada orang yang tengah beli-beli kain tu approach aku tanya pasal baju. Dia tengah cari tailor juga. Ya Rabbi.. Alhamdulillah. Tak pasal-pasal dapat 2 orang customer dalam satu hari. Lawak pun ada. Mungkin kami kena selalu pergi mengukur orang kat kedai kain laa. Iklan secara tak langsung kan? Ekeke.

Wednesday, 6 March 2013

Kaftan by iHeartBeads



Sunday job done!

This is a fushcia kaftan. It was just a plain and simple kaftan without any beadworks. Just to beautify it a little, I did some beadwork on the neckline, empire line and also on the wrists. Beads using fushcia colour and large white pearls. Just to give it a luxury look.

Interested? Call/sms/whatsapp 0129198861 or email gina1983@yahoo.com for enquiries! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...