The Entourage

Friday, 12 April 2013

Honeymoon (Part 4): Disneyland!

Err.. entry Disneyland aku sangat panjang. Korang nak baca ke? Gambar pun banyak. Aku rasa baik aku banyakkan gambar dari membebel, betul tak? Ahaks.

Having His Scrumptious Breakfast

We're Ready For Disneyland!

Pagi tu kami breakfast kat rumah dulu sebelum gerak. Almaklumlaa.. kat dalam Disneyland tu makan mahal. Kedai makanan halal pun satu je. So yang mana bule save, kita save laa kan. Aku buat cheese tuna sandwich, dua set sorang. Necafe sorang satu mug. Hamek. Memang kenyang sampai tengahari.

Ticket masuk dah beli siap-siap kat airport hari tu. Cumel kan gambar Toy Story? :)

Oh by the way, tu laa bedsheet yang kami beli kat kedai Jepun hari tu. Sangat lah perempuan kan. Sebab memang aku yang pilih pun :p

Cari Jalan.. Cari Jalan..

Depan Rumah Je Ni

Oh gambar atas tu sekadar gambar hiasan. He knows Hong Kong like the back of his hands now. Hafal semua dah. Tapi saje aku nak snap gambar dia konon-konon tengah cari jalan. Hak hak.

Inside Disney's Train

Lots Of These Kinda Statues In The Train

Cumel Tak Train Dia?

Siap Ada Station MTR Sendiri Okeyh

Ni laa Disney Train.  Sangat cumel dari luar. Bila masuk dalam lagi cumel rasa tak nak keluar (dah laa kat luar sejuk!). Train ni memang satu-satunya train yang memang to and fro ke Disneyland sahaja. Ko nak pergi Lan Kwai Fong ke, Mongkok ke, Kowloon ke, memang tak sampai laa. Special untuk orang nak datang dan balik dari Disneyland sahaja.

Dah Sampai!

Nape Awak Buat Muka Gitu?



The Entrance
Dia Tengah Smoke Break Sebenarnya Ni

Muka Excited Nak Masuk

Cepat Laaaaaa

Kawasan kat luar Disneyland tu very-very spacious. Nak jalan masuk tu pun jauh amat. Yer laa.. to cater thousands of people visiting everyday kan. But seriously ramai, I tell you. We went on Wednesday. Hari kerja kan. Ingatkan takde orang. Tapi still sangat-sangat ramai sampai terpikir-pikir ada public holiday ke kat sini? Takde pun. Memang Disneyland ramai setiap hari. Triple up on weekends.

Jauh Okay Nak Masuk Ke Dalam

Goofying Around

Mickey On A Whale

Daisying Around

Lepas berjalan dalam 1km, baru laa jumpa dengna fountain ni. Ada character-character Disney. Kat sini je dah terpesona nak amik gambar banyak-banyak, sampai lupa sebenarnya perjalanan kami jauh lagi. Ehee.. memang ramai pun yang snap-snap gambar kat sini.

Sejak dari berjalan masuk from main entrance lagi dah ada music-music Disney. Oh so nice terasa macam zaman kanak-kanak lagi. Teringat gown-gown Cinderella aku masa aku kecik-kecik. Kat sini sangat banyak jual and you can see lotsa kids yang beli and terus pakai the whole day here. Pastu pergi amik gambar dengan Disney character. Ehehe.. bestnya jadi kanak-kanak.

Time Ni Dah Penat Dah Berjalan Sebenarnya

Saje Tepek Gambar Kitorang Kat Sini

A Pretty Picture
Tepek Lagi Gambar Kami
 Dari fountain tu nak masuk ke Mickey Mouse besar ni kena berjalan lagi about 1km lagi. Pandai diorang ni buat planning untuk Disneyland. Memang jauh. Tapi bile time ramai orang, memang perlu laa ada space besar macam ni kan.

Main Street USA

The Souvenir Shop

Ni ene Yang Suruh

Endless Rows of Pens & Pencils

Masa Ni Tak Ramai Lagi

So Comel The Waffle. But RM20 Per Piece

Kena Paksa Amik Gambar :p

Full Of Mainlanders

Coffee Time!

How Nice If I Could Eat All Of These!

Bayar Jangan Tak Bayar

Mana-Mana Pun Mickey Mouse

Aku Nak Bawak Balik Cawan Ni

Nak Naik Tapi Asik Penuh Jeeee

Ni gambar-gambar around Main Street USA.  Suka kawasan ni. This section memang takde any rides pun. Tapi ada lots of souvenirs shops, bakeries and cafes. Masa ni agak sejuk jugak so we decided to stop at one of the cafe to get our coffee. Padahal dah minum nescafe kat rumah. But having a hot coffee on cold days like this really a pleasure for me. Sedap gila aku rasa.

Kami masuk souvenir shops tu tengok-tengok je. Tak plan nak membeli lagi sebab malas nak pegang barang banyak-banyak. Banyak lagi tempat nak pusing-pusing, so we decided to shop lepas habis pusing semua tempat. Souvenir shops dia besar gila. Dan banyak. And you can play around with the stuff without ever being scolded by the staff. That was exactly what I did. Ehe.

Tomorrow Land!

Jahat Budak Ni

Autopia

I'm Drivin'!

Kami Lagi

To Infinity & Beyond!

'Sayang, nak air!' 'Okeyy..'

Food Court. Tapi Tak Halal

Tomorrow Land

Tak Main Pun Benda Ni

Lepas Main Street, sampai pulak kami ke Tomorrow Land. Ala-ala futuristic gitu laa tempat ni. Boys will like it, with the Buzz Lightyear and rockets and futuristic cars. Girls they will still love going to the Fanstasy Land, I think. Where Cinderella, Snow White and Rapunzel lived.

Aku rasa macam dah panjang sangat enty ni. Takut korang tak larat nak baca je. Aku pun tak
larat nak type hak hak. Next entry will be about Fantazy Land okay? Stay Tune!

Tuesday, 9 April 2013

Honeymoon (Part 3): Roasted Duck & Mutton Curry @ Bowrington Road Market


Lepas sampai rumah, kami pun rehat-rehat ler sebentar sementara menunggu dinner time. Perut dah kenyang makan Popetes kat airport, so memang sangat selesa ler melepak-lepak di kala cuaca sejuk teramat. Memang aku tak keluar dari bawah duvet yang selesa itu.

Cari Apa Bang?

Tengah Pilih Bedsheet

Menjelang petang baru laa ene kejut aku ajak keluar jalan-jalan kat area rumah dia. Since hari pun dah petang, memang kami plan tak nak jalan jauh-jauh. Penat pulak nanti. nama pun honeymoon, takyah ler nak rush ke sana sini. I've like years to come over jalan-jalan lagi kat Hong Kong. So no rush :)

Sebelum kawen, aku dah pesan kat ene. Jangan beli barang rumah banyak-banyak sangat. Tunggu aku. Sebab aku nak merasa shopping barang rumah. Almaklum laa.. nak merasa dok rumah sendiri kat Gombak tu tak tau laa bila. So rumah sewa pun jadi laa.

So kami pun pergi laa pusing-pusing sambil menuju ke satu kedai Jepun. Kedai barang-barang rumah laa sebenarnya. ene memang selalu beli barang kat situ. Seronok tengok-tengok barnag kat kedai tu. Semua benda ada. Lebih kurang macam Daiso but on a larger scale.

Good Stuff Inside
The Menu

100% Halal

Mutton Curry Yang Super Enak!

The Best Roasted Duck Ever!

Muka Tak Sabar Nak Dig In

Haha Tak Jadi Langsung Muka Excited Dia

 Setelah kepenatan bershopping, it's dinner time! Masa yang ditunggu-tunggu pastinya. ene awal-awal dah cakap nak bawak aku gi makan itik. Woweeee.. yummeh! Kedai Wai Kee ni terletak kat atas pasar basah Bowrington Road. Memang nak pergi tu kena berjalan masuk ke pasar ler kan. Tapi sebab nak makan punya pasal, aku gagahkan.

Ternyata memang sangat-sangat sedap mutton curry and roasted duck dia. Tak sangka betul. Tempat macam tu, tapi makanan superb! Sebenarnya tempat ni memang sangat-sangat popular di kalangan tourist. You can google it up to read the review. Memang banyak good review pasal kedai ni. And having to taste it myself, aku pun akan bagi good review juga. Ahaks.

Tiba-tiba Ada Demo Plak. Political Thingy I Think

Tram Di Tengah-Tengah Jalan

Habis dinner around 9pm, tak rasa macam nak jalan jauh lagi sebab dah penat and cuaca semakin sezukkkk. On the way balik tu, tiba-tiba ada demo la pulak kan. Not sure pasal apa, sebab semuanya tulis cino.

Sempat jugak aku snap gambar tram yang bergerak kat tengah-tengah jalan raya kat sana. Very pretty. Teringin nak naik tapi ene cakap next time sebab dia pun tak research lagi tram-tram ni punya route. Ehe. Okay Hubby!

Monday, 8 April 2013

Honeymoon (Part 2): KUL - HKG Airport


We went to the LCCT very early in the morning of the 1st January of 2013. Terpaksa meninggalkan keadaan yang sedang happening di Bukit Bintang seawal jam 10.30pm sebab takut ter-stuck takleh nak keluar dari KL. You know how Bukit Bintang is bila New Year kan.

So we checked out and we took a monorail to KL Sentral where Cobain and Ahaw were waiting for us. Kawan-kawan ene. The plan was to lepak rumah Yus untuk main game sebelum departure. Rumahnya di Nilai. So dah dekat laa dengan LCCT.

Alkisahnya, sampai-sampai je rumah Yus, the boys main game, aku tidur dengan enaknya. Sedar-sedar ene kejut dah pukul 4 pagi. Okay, bangun dan siap.

Cepat laa Boarding. Nak sambung Titun

Snap Dulu Sebelum Titun. Yang Sebelah Dah Selamat. Tuh Laa.. Sape Suruh Main Game.

Sampai LCCT around 5-ish. Memang dah awal-awal check in seminggu yang lepas (excited ler nak gi honeymoon). So terus masuk departure hall and waited. ene dah selamat tidur kat situ jugak. Aku pusing-pusing sambil beli cekelat. Bukan apa, bekalan kot-kot badan gigil nak benda manis. Eh. Haha.

Onboard kami tade plan nak makan pun (memang tidur je all the way pung). Sebab ene nak ajak breakfast kat Popeyes kat airport. Please note, kalau datang Hong Kong silalah makan di Popeye ni sebab kat airport sahaja ada Popeyes yang halal ye. Tempat lain tarak.

Dah Sampai!

Breakfast

Balas Dendam Sebab Asik Diet Sebelum Kaweng

Wifey

Hubby

Reached Hong Kong around 10-ish. Feeling fresher after 4 hours of power nap. Pastu perut pun bunyi-bunyi. Lepas immigration checks and amik luggage, kami cargas ke Popeyes. Dua orang makan, tapi order sampai 3 meal. Eheeee. Lapo. Dan baru ada selera makan selepas berminggu-minggu kurang makan sebab nak kawen.

Hong Kong International Airport
The Tunnel To Terminal 2 Where The Public Transports Are

Happynya Pergi Honeymoon! :p

Lepas makan wajib laa pergi smoke kan. Haih. Hubby.. hubby. Kalau orang preggy nanti macam mana laa. Time nak keluar smoke tu laa aku sangat terkejut sebab rupanya.. winter kat Hong Kong sangat sejuk! 10C ok! Aku ingat biasa-biasa je. Adeh laa.. aku dah laa tak tahan sejuk. Cepat je aku suruh ene habiskan rokok dia. Brrrrr...!

Where The Fun Starts

ene Buying The Tix. Aku Tak Masuk Sebab Takut Terbeli. Tamo Beli Kat Sini. Nak Beli Kat Disneyland. Baru best Ehe

Tiket Kami Hari Khamis :D

Lepas smoking break, ada misi yang menanti. Misi yang aku tak sabar-sabar nak buat. Nak beli tiket untuk Disneyland! :p Happy gila aku masa ni (sila tengok gambar ahahaha). ene pun dah tau sangat ni yang buat aku paling excited nak datang Hong Kong. Dia layankan aje. Heee tq hubby.

Mulanya nak beli online je. Tapi tengok-tengok macam takde beza pun beli online or over the counter. Cuma bezanya, kalau beli kat counter dapat freegift. Online, tak dapat apa-apa. So kami decided untuk beli over the counter je. Kat airport tak ramai orang pun counter dia. Takyah beratur pung. Tiket Disneyland per person adalah 400HKD (RM160). Budak aku tak sure pulak. Bule check kat website sebab dia ada hari-harinya jugak. Kitorang beli hari Khamis. Takut weekend ramai orang.

Tengah Google Cane Nak Naik Bas

See You On Thursday Novotel!



Dah Sampai!

Lepas dapat tiket Disneyland, kami pun pergi laa ke terminal bas. Senang juga public trasportaion kat sana. Very user-friendly. Semua benda dia tulis terang-terang. Selalunya ene to and fro airport ke rumah naik tren je. Tapi kali ni dia ajak aku try naik bas pulak. Cheaper katanya. Kalau naik tren the fare is 60HKD (RM24). But kalau naik bas cuma 45HKD (RM18). Tapi korang kena tengok betul-betul map dia ye. Takut kang salah naik bas, ke mana-mana pulak nanti korang pergi hehe.

On the way ke rumah, banyak gak laa benda yang aku bule cuci mata. Sebab dia banyak lalu kat laut. Kalau korang nak tau, airport HKG sebenarnya kat pulau yang berlainan dengan rumah ene kat Wanchai. So untuk nak ke rumah ene kat Hong Kong Island, kami kena merentas 3 pulau yang berlainan ehehe.. best jugak. Sebab tu laa ene ajak aku naik bas. Nak bagi aku tengok-tengok luar katanya. Kalau naik tren, sumanya kat bawah tanah. Boring. Sempat jugak kami lalu kat Novotel. Novotel tu ene book dua hari untuk our honeymoon. Katanya tak rasa honeymoon kalau cuma duk rumah :p

Bas tu nak sampai rumah ene around 45 minutes. Yup, jauh jugak sebab Wan Chai ni memang betul-betul kat tengah kesibukan kota Hong Kong Island. Ehe.

Tempat Hubby Mencari Rezeki

Excited Tengok Tourism Malaysia Kat Hong Kong

Alaaa.. Tutup Pulak. Baru Nak Beli Souvenir

Haha Hongkie Sangat lah You!

Bas ni berhenti betul-betul kat depan opis ene iaitu di Malaysia Building. Aku excited gila tengok dia tulih Malaysia Building sebesar-besar alam. Rasa patriotik kejap ehe. Lalu aku pun saje laa ajak ene singgah sat nak amik gambar. Dia layankan aje eheee.

Kat dalam Malaysia building ni laa ada bermacam-macam company Malaysia. Ada Tourism Malaysia, ada Mardi, ada MIDA and opkos ler TM eheehehe.

On The Way To His House..

Jalan.. jalan.. dan jalan..

Semua Nak Tulis Cino

Lepas dah puas bergambar kat Malaysia Building tu, kami pun berjalan ler ke rumah ene. Sambil berjalan, sambil snap-snap. Dekat je. Just 5 minutes walking distance from his office. Selang satu jalan and satu blok from his office. Memang dia saje cari rumah dekat-dekat. Takyah nak naik tren gi opis. Haih.. cian hubbyku sorang-sorang di perantauan.

Tapi aku sangat suka area rumah dia. Sangat lah bandar dan sangat lah meriah. Bukak pintu depan dah ada bangunan tingi-tinggi. Kalau jalan malam-malam pun memang tak takut. Sentiasa penuh dengan orang kat kaki lima. The rows of shophouses are endless. Apa ko nak cari semuanya ada kat tepi rumah je dek non.

Pintu Pertama (Main Door)

Pintu Kedua (Lif ahahaha)

Pintu Ketiga (Front Door)

Pintu Keempat (House Door)

Ni Bukan Pintu Kelima ahahaha

Okay.. dah sampai akhirnya. Saje suruh ene jadi model depan rumah sendiri hikhik. Terserlah kehappyan muka dia dapat bawak bini dia balik rumah. Banyak sangat safety lock kat rumah dia ni. Kat bawah ada, kat atas ada, sampai aku kena tulis pin no semua pintu dia sebab asik lupa je. Sabar je laa. Okay dah. Sambung next post pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...