The Entourage

Sunday, 12 April 2015

Plan b.

Hello!

Dah lama rasanya tak buat food review kan. Bukan apa, selalu bila keluar tempat makan samaaaaa je pergi. Semua orang dah tau. Semua orang dah biasa. Buat apa nak review lagi. Dah naik boring dah. Kalau tak Tony Roma's, Chili's. Kalau tak Chili's, Italiannies. Kalau tak Italiannies, TGI Friday's. Kalau tak TGI Friday's, Delicious. Menda sama je. Menu sama je. Semua orang pun naik muak tengok entry aku.

This time aku ajak Eddie makan tempat lain pulak. As usual kitorang ke Mid Valley sebab nak cari money changer. So aku ajak Eddie gi Plan b. Dia tak pernah makan lagi. Aku pun baru sekali makan dengan Azila hari tu. So saje laa ajak bagi dia rasa. Since dia pun dah buhsan, dia pun layan je laa aku.


Aku order smoked salmon angel hair with tobikko. Yang Eddie tengah makan tu. Kitorang memang suka swap-swap dish. Sharing is loving. Hehe. Angel hair dia sedappp gilaaaa! Ni first time aku order. Very creamy. Tambah plak dengan rasa smoked salmon tu. Then rasa sket-sket tobikko.. Homaiiii.. Tak cukup sepinggan.

Eddie pulak order chicken club sandwich. Yang ni sedap jugak. Tapi aku prefer aku punya lagi hehe. Eddie punya ni very healthy. Chicken breast. Grilled plak tu. Then ada boiled egg hancur. Then ada avocados. Then ada fries and salad on the side. Very flavourful.

Starter kami order nachos. Okay-okay laa.. Not as nice as Chili's. Tapi avocado dia buat aku jatuh cinta. Oh haa.. Plan b. ni yang bestnya portion avocado dia in any dish sangatlah generous. Aku rasa macam makan cukup sebijik dah kat situ. Happy gila aku dapat avocado banyak gitu. Eddie pulak tak bape nak suka. Very nice hahha!

Drinks pulak Eddie order Italian iced coffee. Biasa-biasa je. Entah-entah kopi Mesia je pun haha. Aku order butterscotch smoothies. Super yummyyyy! Tapi agak manis. Siap bule tambah air sejuk separuh pun still manis.

Dak gedik kami tak order apa-apa pun sebab tak perasan plak kids menu. Since sandwich Eddie banyak fries, so dia makan fries je. Dia memang hantu fries pun hehe.



Perasan sangat nak pakai fork. Orang pakai fork, dia pun sibuk nak pakai fork. Tapi cucuk asik tak kena. Sudahnya dia amik fries tu, then cucuk kat fork then suap kat mulut dia haha. Apa-apa je laa sayang. Asal nak dok diam dalam baby seat. Mummy nak makan. Eh tapi dapat jugak ler dak gedik merasa dok high chair Stokke! Hahahaha..

Friday, 10 April 2015

The Beach Boy!

Hello semua!


How are you guys today? Aku tak keja hari ni hehe. Banyak benda rasanya nak kena settlekan. Plus Eddie is coming home today! Yeayy!

Baru balik dari Hong Kong last weekend. This weekend Eddie balik plak. Happynya kalau dapat jumpa tiap-tiap weekend cani hehe. Tape.. Sabar iLa, sket lagi.

Malam tadi on the way balik aku singgah Giant nak beli frozen food untuk Eddie bawak balik Hong Kong nanti. Nak tunggu dia balik baru nak gi cari semua benda macam rushing nanti. Sebab biasanya bila Eddie balik, memang masa tu laa nak run all errands. So yang mana aku bule tolong settlekan, aku settlekan dulu. More time for us to do something else nanti hehe.

Seronok betul pusing-pusing kat Giant malam tadi. Kosong-sekosongnya kihkih. Tenang sungguh laa aku mencari barang. Tengah pusing-pusing kat isle-isle tu, aku ternampak pulak sandcastle set kat situ. Ada macam-macan jenis. Untuk baby and untuk budak besar.

Terpikir rumah aku kan dikelilingi dengan beach skang, aku grab satu yang baby punya. Cumel-cumel je barangnya. Kecik-kecik. Sesuai untuk tangan kecik dak gedik. Yang utk budak besar tu best jugak. Tapi tak sesuai lagi untuk dak gedik. Acuan sandcastle dia pun dah sama tinggi dengan dak gedik kihkih.


Tak sabar nak tengok reaction dak gedik bila dapat main pasir. So far tak pernah lagi. Eddie risau takut dia makan hehe. Kena jaga-jaga at all times la kan.

Oh yaa.. Gambar atas skali tu laa rumah kami. Kecik je pulaunya. Connected to Lantau Island (airport) and Hong Kong Island by bridges. So kalau nak datang rumah aku, naik ferry bule, naik bas pun bule. Gambar bawah gambar Park Island Main Beach.


Park Island adalah yang apartment tinggi-tinggi tu. Yang rumah rendah-rendah sebelah dia tu pulak dipanggil village houses. Tapi nama je village houses. Bukan kayu pun. It's a walk-up flat yang kat bawahnya ada kedai-kedai. Seronok juga area village houses tu. Tenang je area situ.

Next entry aku akan share lagi pasal village houses ni okeh!

Thursday, 9 April 2015

Bus

Dak gedik skang selain obses dengan stereng dan tayar, dia sangat obses dengan bas. Also jentera-jentera berat atas jalan macam lori and tractor. Suka beno dia kalau nampak menda-menda besar ni. Eksaited melampau. Mesti dia akan pandang tak berkelip.

Dari airport ke umah kami memang ada special shuttle untuk residents. Senang sangat. 20mins dah sampai dah. Tak perlu laa macam dulu, naik bas laa, tren laa, baru sampai. Sangat bagus dorang provide shuttle macam ni to and fro airport sebab Park Island memang banyak expat. Maybe because of the location itself. Nearby airport.


Kat airport ada special terminal untuk residents tunggu shuttle. Dak gedik memang suka ler berlari-lari kat tengah-tengah airport ni. Kitorang memang biarkan je. Let him expose to the surrounding. But within view ler opkos. Kalau dah jauh sangat, one of us akan ikut dia dari belakang but within some distance. Saje nak biar dia berani hehe. Tapi lama-lama bila dia penat, dia akan pusing cari mummy abah dia jugak. 


Masa ni dia tengah seronok berlari sana sini. Tempat tu luas, so tak risau sangat. Cuma bila dah dekat dengan escalator tu masing-masing menggelupur laa berlari kejar hahha.



Suka betul dok kat palang tu. Tersengih-sengih bila berjaya letak montot atas besi tu. Belakang dia tuh laa tempat parking bas. Bila bas sampai je bising mulut dia dok "Bah bah bah!" Hehe bunyi sebut ball dengan bus dengan abah dah sama je sayang oi. Konpius mummy.



Masa ni aku saje je bawak dia keluar jalan-jalan tengok bas. Seronok sangat dia. Keliling dia pandang. Last-last dia ajak aku naik hahaa. Beriya sangat. Masa ni bukan bas kitorang, so terpaksa laa tenangkan dia suruh tunggu another bus.  Hehe. Macam-macam laa awak ni sayang.

Wednesday, 8 April 2015

Graco High Chair


Dak gedik dah lama memerlukan high chair. Aku pun dah lama rasa nak belikan. Satu keperluan sangat bila sampai time makan. Cuma masalahnya kami memang ada plan nak pindah ke Hong Kong kan. So Eddie suruh hold dulu. Dia tak nak mengangkut banyak sangat barang dari Mesia. Yer laa.. Pindah ni bukan benda senang. Ni pulak pindah ke luar negara. Sumpah aku sangat penat berkemas. Tapi penat-penat pun aku happy sebab aku buat semua ni untuk family aku. Tak sabar nak dok umah jadik suri rumah hahaha over.

So bila Eddie dah dapat rumah baru, baru laa kami serius mencari barang-barang rumah. Seronok sangat dapat jalan-jalan shopping barang rumah. Beli sofa cover, beli dining table punya cover, cari shower curtain, cari anti-slip mat untuk bath tub, cari bedsheet baru untuk katil, beli barang dapur. Serba serbi laa katakan. Walaupun rumah kami cumel saje hehee.

Dan antara barang yang kami cari jugak adalah high chair dak gedik la. Sian dia tade high chair. So bila jumpa yang ni, memang terus grab laa. Aku sangat suka sebab so the cumel! It's lightly padded and material dia ala-ala macam canvas sket. So kalau ada tumpah makanan, can just wipe it off easily.


If tak nak pakai high chair ni, bule just fold and store away easily. Tapi aku tak rasa laa perlu lipat pun. Rajin pulak aku nak bukak lipat setiap hari kan haha.

Sila abaikan rumah kecil kami yang bersepah itu. Kami masih dalam proses mengemas sebenarnya hehehe. 

Tuesday, 7 April 2015

Park Island


Phewww.. Too many things to tell! Too little time!


So sorry dah lama tak update. Life aku skang sangatlah busy. I'm still here in Malaysia. Tak ke mana-mana lagi. Still active di dunia virtual. Cuma blog lambat sket nak update. Kalau sape-sape ada follow ig aku, nampak ler update aku everyday. So bloggers sekalian, mai follow memfollow ig memasing hehe.


As of now, aku tengah serve notice aku for another two months. Still to and fro Hong Kong as usual. And alhamdulillah, Eddie dah selesai pindah and samak umah. Berkemas umah je dia tak buat. Dia cakap nak biar aku susun barang-barang ikut selera aku. Dia tau aku sangat excited nak kemas umah baru (Eh.. Alasan tak nak kemas umah lettew).


Akhirnya last weekend aku officially dah tengok umah baru. Oh my.. How I really fell in love with the place! Aku sangat suka. Every single thing about the place! The house, the surrounding, the amenities, the people, the beach! Huwaaa.. Makin tak sabar rasanya nak resign. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.


Kat atas sekali adalah gambar access card kami. Basically tempat ni adalah gated. Tapi tak semua gate ada guard jaga. Main gates je ada guard. So mana-mana gate pedestrian yang guard takde, kalau nak masuk kena tap the card or key in access code. Card ni jugak laa untuk dipakai nak masuk building kami dan juga parks yang memang designated untuk residents sahaja.


Oh lagi satu, kad ni juga kami guna untuk access clubhouse. Tempat aku ni lebih kurang terpenncil sket dari bandar. It's a small private island with 35 residential blocks. So bila dah terpencil, banyak facilities diorang provide so that orang yang duduk kat sini tak rasa bosan. Altogether ada empat clubhouse kat sini. Blue Blue Club, Green Green Club, Chic Chic Club and AnaCapri Club. All with indoor and outdoor swimmingpools, gyms, baby playrooms, kids playground, bbq pits, jacuzzi, steam room, sauna, etc. Semua club ni bule access bila dah ada resident card ni. Gila tak excited??? Kihkihkih..

Aku selit sket-sket gambar kasi korang tengok k. Next entry aku cite detailed satu-satu okeh!


Tuesday, 31 March 2015

GST


Tadaaaa..

Korang tau tak apa yang tersusun tinggi tuh? Ni semua GST punya pasal. Kalau bukan GST, kotak tu taklaa setinggi tu.

Gehehe salahkan GST pulak. Takdelaa.. Reason aku borong bukan laa sebab GST je. GST is one of the reason je. Reason sebenar aku borong adalah sebab aku nak stock up untuk bawak pi Hong Kong nanti. Banyak betul barang aku nak bawak pindah. Pening jadiknya. Tu belum campur diapers yang dah berpeket-peket tu. Wet tissue lagi. Homai. Rumah aku dah rupa baby fair.

Kepada sape-sape yang taktau apakah kotak-kotak ini, inilah minuman harian dak gedik!


Haritu dah beli empat kotak kat Giant. Tapi dua kotak dah habis. Ni aku tambah lagi tiga kotak untuk di bawak ke Hong Kong. Tinggal nak pack inside a bigger box and masuk cargo! Can't wait!

Hahaha tak sabar sangat bunyinya nak pindah kan. Memang pun. Tiap-tiap pagi bangun gi keja sangat lah tade mood. Mengheret kaki dan badan je. Dan tiap-tiap minggu mesti ada sehari or dua hari aku ponteng. Haha boss aku pun dah tak heran sangat dah. Haihh.. Lamanyaa kena serve notice sampai tiga bulan. Another two months to go. Cepatlaa masa berlalu..

Sunday, 29 March 2015

Fon Oh Fon!


Alkisahnya..

Pagi Sabtu yang terang semalam aku plan nak cuci bedsheet and duvet aku. Dah lama juga tak cuci. So sambil aku melayan karenah dak gedik yang tak tau nak dok diam skang ni, sambil tu aku cabut cadar dari katil. Lepas cabut tu, aku kaut suma lalu aku pun loading dalam mesin. Lepas tu aku pun as usual layan bekpes dak gedik.

10 minit lepas tu aku baru teringat Eddie ada hantar gambar rumah baru kami malam tadi. Tak sempat aku nak tengok puas-puas malam tadi, tertido plak hehe. Cari henpon aku kat bawah, takde pulak. Ooo baru teringat masa aku turun, aku bawak dak gedik je, tak ingat pun bawak henpon. So aku pun naik laa atas nak amik henpon. Biasanya memang aku campak atas katil.

Sampai kat bilik, tengok katil dah togel takde cadar. Okay, tak pikir apa-apa lagi masa ni.

Aku pun cari laa henpon aku atas katil. Merata aku cari. Angkat bantal sana sini. Takde jugak. Pikiran dah meracau. Mungkinkah???

Terus aku berlari turun pergi kat washing machine. Mesin dah berpusingggg. Aku stop and aku seluk tangan masuk sejauh mana yang bule. Dalam hati aku doa, jangan laa jumpa. Jangan laa jumpa. Masa aku doa tu jugak aku tiba-tiba terpegang benda keras dalam gulungan kain-kain yang lencun tu.

Sah.

Henpon aku dalam washing machine!

Aku tarik bawak kuar. Tekan home button memang takleh hidup. Aku tak berani nak tekan on/off button. Terus aku lap mana bule. Tunggang terbalik kasi excess water keluar, lalu rendam dalam beras. Sedih tuhan je yang tau.

Benda ni jadi kul 9 pagi. Kul 12 baru aku ada kekuatan nak bagitau Eddie. Call dia guna Facetime. Bila nampak je muka dia, maka berderai laa airmata ni. Haihh.. Drama sangat tau. Nak buat cane. Aku memang gembeng / cemeng / kememeh / kuat nangis or whatever you call it. Lagi-lagi bila mengadu kat husband sendiri. Lagi deras airmata ni.

Nasib baik Eddie tak marah. Katanya benda dah nak jadi. Bukan aku sengaja pun. Aku sayang kot fon aku tu. Suka sangat design dia. Ngam-ngam fit kat tangan. Tapi apakan daya, jodoh tak lama. 

Petang tu, Eddie suruh gi cari fon baru. Katanya dia sendiri pun rasa patah kaki kalau tak dapat contact aku. Aku pulak, takkan laa aku nak pikul ipad ni ke mana-mana. Macam budak poyo mana entah. Nak beli sendiri.. Hmm.. Almaklumlaa.. Aku kan dah nak resign, manade duit kihkih alasan. So aku tunggu Eddie transfer duit then petang tu jugak laa aku kuar gi cari fon. Kenot tahan hidup tade fon. Hilang arah jadiknya.

Alhamdulillah.. Aku dah bule dicontact semula hehe.. Thank you hubby. Korang silalah berhati-hati. Jangan ler cuai bebeno. Ralat tau?

P/s: Ada sesape tau tak keberkesanan letak fon dalam beras? Aku dah dengar banyak cerita menjadik. Tapi masa aku kat Machines semalam, aku just tanya laa betul ke tak. Terkejut aku bila dia cakap tak elok sebenarnya. Dia cakap beras akan merosakkan component and battery dalam tu. Better put it air dry je. Dah pulak. Korang pernah dengar tak pasal ni? So skang ni, aku biar je dia terdedah kena angin. Eddie pun suruh kuarkan. Eddie cakap, tunggu je la. Ada rezeki, bule la repair at least. Kalau takde rezeki, pasrah saje. Fon baru pun dah beli. Haihh..

Thursday, 19 March 2015

Enrich

Bila dah resign ni, satu benda ler yang paling aku sayang.

Benefit staff travel aku.

Takde dah lepas ni nak dapat tiket murah sesedap rasa. Kalau nak travel, pandai-pandai laa hunting tiket promo. Takde dah bule beli tiket murah sebulan sebelum. Mimpi ler.

And guess what? Kami dah beli dah pun tiket balik raya July nanti. Advance kan. Hehe.. Dok perantauan. Gitu ler. Dan bersama-sama dengan itu, Eddie suruh aku apply Enrich sekali. So lepas ni aku ada Big points for AirAsia dan jugak Enrich untuk MAS. Kami kan suka grab opportunity hehe.


Wednesday, 18 March 2015

Tribute to Kenit


Kenit.

Kucing aku. Yang terakhir.

Dalam hidup aku, aku dah bela banyak kucing. Berpuluh ekor dah. Dan kenit adalah yang terakhir. Dia tinggal sekor je bila aku pindah Seri Kembangan. Aku snip dia supaya tak kena penyakit. Dan turned out dia jadik sangat manja dan mengada.

Dulu sebelum aku pregnant, dia laa teman tido aku. Tiap-tiap malam mesti without fail dia balik umah, terus panjat tangga naik atas, masuk bilik aku. Dah paham sangat dah. Tapi lepas aku pregnant, aku terpaksa renggang sket dengan dia. Macam biasa, dia masih lagi naik tangga, mengiau tepi pintu bilik aku sebab aku tutup pintu tak bagi dia masuk. Sudahnya rutin dia start dari hari tu adalah tido tepi pintu bilik aku. Sampai laa ke pagi.

Dia jugak laa tukang sambut aku setiap kali aku balik keja. Dari dia kecik, dia akan berlari ke kereta bila aku dah parking depan rumah. Sampai laa umur dia masuk enam tahun, dia masih lagi sambut aku balik. Cuma dia tak larat berlari dah. Jalan je ke kereta. Kalau dulu dia jalan sampai kat tepi pintu kereta, mulut bising mengiau mintak aku angkat dia, skang cuma jalan sampai kat pagar je. Tunggu aku masuk.

Aku perasan dia selalu sakit-sakit sejak kebelakangan ni. Murung. Tido je sepanjang hari. Tapi lepas tu dia baik sendiri. Then tak lama lepas tu murung balik. Aku sedar dia dah tua. Dia dah tak banyak bergerak. Selalu kena buli dengan dak gedik. Dia baring selesa nak tido, tiba-tiba dah gedik datang tepuk-tepuk dia, tarik ekor dia, cengkam dia. Dia bersabar je. Tak pernah sekali pun dia cakar dak gedik. Cuma kadang-kadang dengar jugak laa bunyi mengiau tak puas hati. Sambil muka pasrah. Hehe.

Pagi tadi aku terjaga abah panggil. Kenit menghembuskan nafas terakhir dia dalam bonet kereta abah. Nampak macam tido je. Bila dipegang, dah keras. Mungkin masa dia nak pergi, dia rasa sejuk. So dia masuk dalam enjin. Patut laa petang semalam dia takde. Masa nak tido baru teringat kat dia. Ingatkan dia merayau. Rupanya dia dah pergi cari tempat.

Sedih. Takleh nak kata. Tapi aku pun sedar, sejak aku ada dak gedik, dia memang neglected pun. Aku takde dah peluk-peluk or kiss dia macam dulu. Lebih banyak kiss and peluk dak gedik. Hehe.

Balik kerja hari ni, saje singgah Pandora. Kawan aku nak tambah charm. Aku takde plan nak beli bulan ni sebab baru tukar batu cincin aku yang hilang (nanti aku cite). Tapi tengah browse-browse aku ternampak something yang menarik perhatian aku.


Mungkin Kenit baru sangat pegi, hati tu masih terasa pedih. So aku beli laa untuk mengingatkan aku kat dia. Lepas ni tak mungkin aku akan bela kucing lagi dah. Dia laa yang terakhir. 

Mama cakap, "Dia tau kau nak pindah jauh dari dia. Sebab tu dia pergi dulu."

Rest in Peace Kenit sayang. Kita jumpa nanti Insya Allah..

Tuesday, 17 March 2015

Hello Again

Okay blog dah berhabuk.

Sorry people.. Been busy with things. A lot of things. 

As what you guys already knew, aku dah resign. Resign sebab nak pindah Hong Kong. A desicion that I made with a heavy heart. Tapi aku kena buat sebab kalau aku tak buat, aku selfish. Selfish sebab biarkan anak aku membesar jauh dari abah dia. Lagipun family first kan. Tak guna duit segunung tapi family pecah belah.

Oh well. I guess something's gotta give.

So skang ni aku amatlah busynya. Nak settle macam-macam sebelum pergi. This is a big step in my life. Leaving worklife and being a stay-at-home mom. Migrating to another country without having to know anybody there. Leaving parents and loved ones behind. Haih.. Bercampur-campur perasaan. Part of me of course laa melompat melonjak nak migrate and finally dapat tinggal sebumbung dengan family kecilku. Tapi the other part of me rasa sayang nak tinggalkan semua kat sini.

Isk.. Dah laa. Dah buat keputusan pun. Tak guna pun pikir lagi kan. Hadapi dengan senyuman je hehe.

As of now, alhamdulillah, kami dah dapat rumah baru. Rumah Eddie dulu studio unit je. Too small to fit all three of us. So kena laa cari rumah baru. Dengan dak gedik yang tengah membesar ni. He needs space to grow up healthy. So we decided to move to sururban sket. More space, cleaner air, nicer environment. Jauh dari hiruk pikuk Hong Kong Island. Bingit. Semak! Rumah baru kami nanti, kereta persendirian takleh masuk. Sebab diorang memang nak kekalkan kawasan yang bersih dan selesa. Polution index sangat rendah (Untuk siapa-siapa yang tak tau, Hong Kong Island tersangat laa polutednya. Setiap hari air polution index memang tak memuaskan. Tapi kat rumah baru kami alhamdulillah. Takde asap-asap teruk macam kat bandar. Tenang sangat kat situ. Harapnya kami semua dapat sesuaikan diri kat sana nanti.

Errr.. Nanti aku cerita lagi okay. Dak gedik dah ngamuk pulak. Haish. Belanje satu gambar area rumah baru kami. Enjoy!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...