The Entourage

Tuesday, 18 March 2014

Brunch With Aunty Azila

 

Satu hari Ahad yang damai, Azila ajak aku brunch. Saje nak lepak-lepak update gossip. Since dia pun dah lama tak jumpa dak gedik. Lama tak lepak bersama sejak aku ada baby ni. Lepak dekat-dekat je pun. Kat Boston Coffee, Equine. Ada laa dalam 5km dari rumah. Aku belum berani pulak nak drive sorang-sorang jauh-jauh dengan dak gedik. Kena tiba-tiba dia meraung haaa parah aku. Aku pulak yang tak keruan nanti.

Bule tahan jugak food kat Boston Coffee ni. Time tu dah ada lunch menu dah. So aku try laa order Seafood Corn Rice. Sedap okee. Tak pernah aku rasa lagi food kat sini, padahal dah bertahun dah bukak. Pasni bule ajak Eddie try pulak.

Seafood Corn Rice

 



Lama jugak kami melepak kat situ.. dekat pukul 2 laa jugak. Dak gedik as usual, behave and asik titun je. Ehehe.. bagi can mummy nak gossip lettewww. Balik-balik je rumah, sambung titun atas mummy pulak. Sangat gedik kamu nih. Err.. Sayang.. I think you need a haircut laa ehehe.

Kot-kot korang terpass-by Equine Park, singgah-singgah la Boston Coffee ni. Sedap sehingga menjilat jari. Echehhh iklan free. 


Monday, 17 March 2014

Our Next Trip

Hari tu aku ada suruh korang teka kan aku nak gi mana. Hehehe.. ada yang teka betul, ada yang teka salah. Saje je aku letak gambar yang kurang clear untuk korang teka. Nampak macam aku nak pi Paris je kan.. How I wished I'm going to Paris again. Rindu sangat Paris. Autumn kat Paris sangat cantik. Pokok-pokok semua brownish. Daun-daun semua gugur. Super cantik! Haihh.. kena tunggu tahun depan nampaknya bila AirAsia X resume route Paris and London balik. Cepat laaaa tak sabar!

Terlari tajuk pulak. Apa-apa pun terima kaseh kerana rajin melayan aku untuk meneka ehehe. Lagi berapa hari je aku nak pergi ni. Takyah laa berteka-teki dah kan. Meh aku tunjuk gambar. Pasni confirmmm korang tak salah teka dah eekekee!

 
  




Haaaaa mesti korang dah bule teka kan aku nak pergi mana? Terang lagi bersuluh gittew.. Ehehe..

*Gambar terdahulu yang aku post ala-ala Eiffel Tower tu adalah gambar Tokyo Tower. Heeee.

Sunday, 16 March 2014

Guylian Belgian Chocolates

Chocolate. Manade yang tak sedap kan?

As usual Eddie bought me a box of chocolate balik dari airport that day. He's running out of ideas sebenarnya nak belikan aku chocolate apa. Mana taknya, everytime.. And I repeat EVERYTIME ye dia balik from Hong Kong, mesti belikan aku chocolate. Memang dia nak menggemukkan bini dia yang dah semakin membesar ini.

This time sebelum dia balik, dia tanya lagi, nak chocolate apa. Aku pun lagi ler tatau nak mintak chocolate apa. Bukan aku ada sana bule tau chocolate apa yang berkenan di hati. Aku just jawab "Surprise me." Dan masa tu, walaupun kami jauh beribu batu, aku tau dia tengah menggaru-garu kepala. :D



Inilah dia chocolate yang dia belikan untuk aku kali ni. Sedaaap. Chocolate manade yang tak sedap kan. A lot of surprises inside. I decided not to read the information of what is inside each chocolate and just try it myself for some surprise. Memang berkali-kali laa aku tersurprise eheee.

Saturday, 15 March 2014

Good Morning!




Ni laa muka yang selalu buat aku rasa nak amik MC setiap pagi. Bangun pagi mesti dengan senyuman. Murah sangat senyuman sayang mummy ni. :)

Friday, 14 March 2014

Tribute To MH370 (9M-MRO)

Semua orang tau pasal ni. Semua orang bersedih pasal ni. Dan semua orang berdoa pasal ni.

Being in an aviation industry and having to work with an airline, buat aku rasa dekat dengan MH370. Tiap-tiap hari ada je inside updates yang kami dapat through email. Setiap satunya mendekatkan lagi kita dengan clue di mana MH370. I really wished they will find it soon.

My work is involving monitoring the hours of our aircrafts. Looking at the hours of flying accumulating everyday on the system makes my heart breaks. Macam terbayang.. mesti 9M-MRO idle je dalam system. Mesti 9M-MRO takde flying hours accumulating dalam 7 hari ni. Mesti the person in my exact position kat MAS lagi sedih bila tengok system. 9M-MRO takde data untuk di records. This waiting game needs to end. Badly.

Aviation industry kat Malaysia tak besar mana. Eventhough we are working with different airlines, everybody knows everybody. We are like family. Walau tak kenal nama, muka pasti kami ingat. Terlalu sedih mengenangkan kawan-kawan yang hilang. Tak tau di mana. Tak tau apa yang dilalui mereka masa tu. Tak tau apa perasaan mereka sekarang ni. Yang aku tau, setiap hari aku datang kerja, rasa tak nak tengok screen monitor.

Ada dua orang baby dalam tu. Ada empat orang kanak-kanak dalam tu. Aku selalu terbayang.. apa laa diorang makan kat sana. Takde susu.. takde makanan.. Ya Allah. Kalau laa diorang masih bernyawa, kau panjangkan lah nyawa diorang sampai SAR team jumpa diorang. Tak sanggup aku nak tunggu news yang tak berapa best di dengar. Tiap-tiap hari aku bangun aku harap benda ni cuma mimpi.

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui..
Kau mengetahui segala isi alam ini
Kau yang Maha Melindungi
Kau lindungilah kami hamba-hambaMu yang kerdil ini
Sesungguhnya kami amat malu meminta-minta dariMu
Tiada tempat lain lagi kami meminta selain dariMu, Ya Allah..

Ya Allah..
Kami selalu leka dan lupa dengan kesenangan
Kesenangan yang Engkau sendiri berikan
Kami selalu berbangga dengan kejayaan dan ciptaan kami
Sedangkan kejayaan itu datang dariMu

Ya Allah..
Hari ini Engkau tunjukkan kekuasaanMu
Ciptaan yang kami banggakan.. yang kami rasakan begitu hebat
Engkau sembunyikan hanya sekelip mata
Besarnya kekuasaanMu.. Ya Allah.

Ya Allah..
Sekiranya ini adalah hukuman dari dosa-dosa kami
Kami memohon keampunanMu.. Ya Allah
Berilah mereka peluang untuk hidup dan mentaatiMu.. Ya Allah
Hanya kepadaMu kami bersujud.. Ya Allah.
Amin.. amin.. amin.. Ya Rabbal Alamin..

-ZZ-


#prayformh370

#havefaith







Thursday, 13 March 2014

Spring

Okeyhh.. since trip Vietnam dah selamat pergi dan pulang, Alhamdulillah, mari kita cerita pasal next trip pulak.

Yer yerrr.. aku tau.. trip Vietnam pun tak habis hapdet lagi, nak cerita next trip pulak. Nanti laa aku hapdet sket-sket yer. Sambil-sambil laa orang kata eheee.

Next trip aku adalah pada bulan depan. Second week of April. Ni pun lebih kurang trip bidan terjun juga. Kawan Eddie dah beli tiket awal-awal. Dok cucuk-cucuk ajak Eddie, sudahnya terpengaruh. Ekeke. So kami pergi berempat laa nanti. Plus satu baby yang tergedik-gedik.

Okeyy.. aku nak reveal aku nak pergi mana this time. Jum teka ramai-ramai!



Wednesday, 12 March 2014

Parenthood & Baby Expo 2014, KLCC


Jalan punya jalan.. Terjumpa kawan lama pulak. Tau laa aku kalau berjalan sorang-sorang. Manade tengok kiri kanan. Pandang depan dan bergerak laju. Ehee. Tiba-tiba ada orang sergah dari depan. Omg.. Boss..boss.. Dari dulu sampai skang suka sangat sakat orang.


Eh. Dia bukan boss aku hahaha. Kitorang panggil je boss. Nickname dia. Dia kawan outdoor aku. Banyak kali masuk hutan dengan dia. Banyak kali jugak dia rescue aku ehehhe.. Thanks boss. 


Ni Ida.. The wifey. Dan anak dia nama Alanna. Sweet girl. Rasa nak bawak balik hehe..


Sebenarnya ada sorang lagi kawan aku jumpa kat sana. Kawan MMU jugak. Rita namanya. Tapi masa tu kami terjumpa kat booth Pureen. Almaklumlah kan sesaknya booth Pureen tu macam mana. So.. Takde laa gambar hehe. She's expecting second child.

Pendek kata, sebenarnya, pergi baby fair memang bule jumpa ramai orang yang kita kenal. Dah semuanya berkumpul kat situ kan. Perasan or tak perasan je hehe.

Korang ada yang pergi tak? Banyak membeli? Mesti laa banyak kan. All under one roof. Semua benda ada kan. Next!

Tuesday, 11 March 2014

Senze Studio


Okay. Tiba masanya untuk mencantas semula rambutku setelah sekian lama terseksa jiwa raga rambut dah panjang.

Last aku mempamper diri kat salon adalah exactly setahun yang lepas.

Gila tak?

Masa tu Februari. 2013. Dua minggu lepas aku tau aku preggy. Hiks. Saje aku cantas rambut aku masa tu sebab nak menjalani pregnancy yang selesa. Haha.. Takde kena mengena. Tapi memang selesa pun. Senang weh rambut pendek ni. Bangun tido, kasi betul sket, dah settle. Always look groomed without effort.

Tahun ni aku datang lagi. Around the same time. Nak kasik cantas itu rambut. Bob style laa apa lagi. Jatuh cinta sangat dengan bob style lepas aku putus cinta tahun 2008 ekekke. Cerita lapuk. Tapi kenapa eh kalau pompuan baru lepas break, mesti nak potong rambut? Macam kes aku, siap kaler sampai orang tanya rumah aku air karat ke? Ciss bedebah.

Tu lah stylist aku. Elmo namanya. Patutnya nama dia kukie monster. Lagi padan kan? Haha.

Monday, 10 March 2014

Vacation's Over



Haiiii.. rindu aku tak? :D

Pheww.. aku baru sampai dari Vietnam. Penatnyaaa.. Kalau dulu-dulu holiday-holiday, cuma bawak badan je. Skang ni kena pikir pasal anak pulak. Adehh.. double the penat. Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat sampai. Banyak benda nak cerita kat korang. Betul laa orang cakap, shopping kat Vietnam memang best. Best sangat! Super cheap! Cumanya korang kena rajin tawar menawar. Kalau tak tawar alamatnya, memang kena tipu ler. Orang sana suka sangat tipu orang haish. Grrrr!

Nanti aku sambung update pasal Vietnam eh. Baru sangat sampai ni, terus capai Ipad nak update korang. Sweet tak aku? Ehee. Dak gedik tengah titun lagi tu. Kesian dia kepenatan. Aku pun nak wash up and unpack. Barang banyak sampai kena tambah luggage haha. Apa-apa je laa yang aku borong entah.

Kenapakah esok kena kerjaaaa? ? ? Huwaaaa!

Friday, 7 March 2014

Off We Go!



Yeayyyy.. aku tengah bersiap-siap ni. Bersiap nak ke mana? Mana lagi. 

We're going to..

 Ho Chi Minh City, Vietnam! Weehuuuuu!

Tak sabar aku nak pergi. Aku tak pernah sampai lagi Vietnam. Tak sabar nak tengok tempat yang konon-kononnya syiok bebeno shopping tuh. Tak sabar nak jalan-jalan. Tak sabar nak shoppingggg!!!

Semualah tak sabar!

Flight aku pukul 2.45pm kejap lagi. Kitorang nak gerak awal sket, so that tak rushing. Bule makan-makan kat airport.

So, selama empat hari ni, aku puasa berblogging lah ye. Korang jangan sedih tau takde entry baru ehehhee.. dah balik nanti aku sambung nulih lagi yer?

Korang jaga diri tauuu? Take care. Jangan rindu-rindu!

Muah muahhh!

*Flying kiss untuk korang! :DDDD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...