The Entourage

Thursday, 24 July 2014

Gold Coast: Annual Leaves Approved!


YyyYYYyyeeaaaeaAAAAYYyYYYyyyy!!! Cuti dah approve! Now, we are ready for Gold Coast! Weehhuuuuu! Alhamdulillaaahh! Sebenarnya aku debar-debar jugak tau nak apply cuti. Sebabnya.. awal bulan kan. Aku paling busy awal bulan laa. Nasib baaaaik lepas! Phewww.. Thank you boss!


Aku dah start packing-packing dah. Happynya pack baju nak gi holiday.. antara moment-moment yang berharga pada aku hehe. Semua barang aku dengan dak gedik yang nak dibawak, aku dah asingkan dah. Tinggal nak masuk menda-menda last. Baju Eddie, baby food and snacks kami. Baju Eddie kena tunggu dia balik baru pack sebab baju dia semua kat Hong Kong. Baby food pulak aku tengah pikir nak bawak apa. Since Heinz bottled food tu aku memang dah stocked up, aku nak bawak tu je. Masalahnya, dak gedik skang dah memilih makan laa pulak. Dia suka Cerelac lagi dari Heinz tu. Hmm.. so mungkin aku bawak separuh-separuh laa kot. Kalau nak bawak Cerelac je semua kang siapa nak makan Heinz yang dah berbotol-botol nih. Snacks untuk kami kunyah-kunyah dalam flight/dalam bilik di tengah malam pulak nak tunggu Eddie balik baru kami gi beli. Hehehe.

Sekali tengok punya tengok.. hmm macam tak muat je nak masuk semua dalam satu beg medium. Terpaksa laa pinjam beg abah. Kalau tak, kena pakai dua beg. Kalau ada baby, bawak sampai dua beg tarik macam susah sebenarnya. Yerlaa.. dah ada dua beg tarik, strollernya lagi, carriernya lagi, diaper begnya lagi. OMG.

Korang ke mana raya ni? :D

Wednesday, 23 July 2014

Zalora: Okay Last!

Betul ni. Last je ni shopping kat Zalora. Pasni tak shopping dah!

Hari tu aku baru dapat Straight Maxi Skirt Zalia yang aku beli sekali dengan Kimono Prada Lace Top tu. Sekali besar la pulak kan. Size M kot. Tapi besar. So, aku pun pulangkan ler. Senang je shopping dengan Zalora ni. Semua sampai ke riba. Kalau rasa tak kenan, bule pulang within 30 days after purchase. Free je, takyah bayar postage. Pastu dia kasik store kredit, ko bule beli mend lain pulak.

Since aku memang nak maxi skirt tu, aku pun beli la benda yang sama. Cuma this time aku amik S. Sambil-sambil tu tangan gatai pi click menda lain. Sebab kalau amik tiga barang Zalia dapat extra 20% off. Pastu aku ada coupon voucher jugak. Sudahnya, aku cuma perlu bayar half je. Hehe.. yerr aku memang bargain hunter. Suka shopping tapi hanya akan beli bila aku rasa aku akan untung yeeehaa!



Dah dapat pun sebenarnya skirt tu. Size S tapi still macam besau sket (thanks to puasa). Tapi tak laa nampak sangat. So, bule laa pakai raya nanti hehe. 


Tuesday, 22 July 2014

Penampar Buaya

Tak kelakar ke korang rasa ni? First time aku tengok, aku dah gelak guling-guling dah. Nasib mung laa boye.. Hahahaahha


Monday, 21 July 2014

Toys: Melissa & Doug

Cantek taaakkk? Cantek kaaaaannn.. Huwaaa... lawanyaaaa.. Tapi mahaaaaal!


Tiba-tiba terjumpa pulak Melissa & Doug kat Mysale. Dah laa aku memang tengah cari ring stacker dengan shape sorters. Nak gi Ikea entah bila. Suka sangat Ikea punya sebab dia kayu. Nampak simple but classy. Melissa & Doug ni pun toys dia semua kayu. Comel-comel kot. Tapi mahai ler pulaaak. Kang beli entah dak gedik main ke tak entah. Haish.. Dilemma betulll.

Yang ni shape sorters. Okay laa harganya yang rm29 tu compare dengan ring stackers berkembor tiga tuh. Cumel-cumel juga. Ada banyak gila choice. Aku post kat sini beberapa je lah ye. Agak-agak kat ToysRus ada tak Melissa & Doug? Aku dapat discount 20% kalau beli kat KLIA 2. Harap-harap laa ada..

Sunday, 20 July 2014

Goodbye MH17


From Him we belong and to Him we shall return.

Semoga syurga buat mereka.

Wallahu a'lam.

Al-Fatihah.



Friday, 18 July 2014

Nursing Room: Hong Kong International Airport

Spacious. Tu je aku bule cakap. Sangat besar. Private room ada dua. Satu-satu tu sangat besar untuk senang masuk trolley beg kot. Bersih pun bersih. Changing booth ada extra satu kat luar. Ada satu sofa comel untuk nurse baby-baby anda.




Thursday, 17 July 2014

Zalora: Lagi & Lagi

Hari tu ada dapat lagi 20% off voucher dari Zalora. Memang selalu je Zalora bagi sebenarnya. Kalau korang subscribe kat email. Tiba-tiba ada je dia hantar. Selalu aku memang tak pandang sangat ler setakat 20% tu. Banyak mana je dia potong. Still mahal. Biasanya aku akan membeli-belah kalau voucher yang dia bagi tu 25% and above. Baru laa berbaloi kan. Sebab apa-apa pun aku memang kena spend rm75 and above untuk waive postage fee. Bukan apa, rasa membazir pulak nak bayar postage tu. Baik start kereta pergi mall. Kan?

This time aku dapat 20% off voucher je. Saje je laa browse-browse apa yang menarik. Tiba-tiba ternampak kat website dia tulis if check out using mastercard dapat 10% off lagi. Hanya setiap hari Khamis. Wow.. itu sudah 30% off dah tu. Macam best je. Terus aku sambar mana yang patut.





Baju putih tu macam inner. Aku nak pakai dengan kaftan raya ni. Yang lain tu flats untuk pakai gi keja. Since kami dah ada untuk planning tahun depan, aku refrain diri aku untuk beli stilettos dah. Sebab aku tau hanya tahun ni je aku bule pakai. Tahun depan takleh dah. Apa planningnya? Bukannnn.. bukan nak preggy lagi haha. Nanti laa aku cite bila dah betul-betul confirm k. :)


Cuba tengok berapa banyak discount yang dia bagi. Aku rasa berbaloi sangat. RM45 off tau. Lepas ni memang aku akan tunggu hari Khamis je untuk shopping. Hehehe. I love Zalora!

Wednesday, 16 July 2014

iHeartBeads: Baju Raya Athirah

Dalam aku sibuk menjaga anak, terpaksa jugak menjahit beads atas permintaan cik kak ni hehe. Sian pulak dia mintak tolong sangat. Takpela, bule jugak lepas gian. Lamanya tak pegang benang and jarum. Beads and pearls. Sesekali nak jugak lepas gian.

Mak Athirah pernah hantar baju kat aku untuk dibeadskan. Dia kata ikut citarasa aku je. Dia tak kisah. So aku pun buat laa seperti di bawah ni:



Sekali tahun ni Athirah pulak nak baju yang sama. Hahaha.. dia cakap baju mak dia sangat bling-bling. Dia teringin. Dia nak pakai sedondon dengan mak dia masa raya nanti. So dia beli kain purple sebijik macam mak dia and mintak aku jahit. Ekeke.. Okay Thirah, your wish is my command.

So, dengan masa-masa yang tinggal selepas aku tidokan dak gedik, ni laa kerja aku malam-malam. Part-time job gitu hahaha. Baru je start ni. Jauh lagi perjalanan. Phewww..


Harga? RM450 tempah jahit + beadwork. Hahah.. Jovian sangat. Full beading untuk sleeves, neckline and bawah baju. Sebab apa mahal? Sebab bawah baju tu aku buat depan dan belakang tau. Dan nak menjahitnya memang sangat rumit. Sebijik-sebijik aku jahit tangan ha. Harap maklum ye. Hikhik.

Tuesday, 15 July 2014

Gold Coast: DNA By Dynas

Eddie ada tanya aku kalau ada winter wear yang tak cukup untuk trip ni. Aku dok sibuk beli winter wear untuk dak gedik, baju-baju aku lupa nak tengok. Lebih ghairah tengok baju budak skang dari baju sendiri. Lagipun aku rasa macam cukup je baju-baju tebal aku. Kan baru je lepas Tokyo trip.

Sekali last wiken, aku check-check balik, hmm rupanya ada juga yang tershort. Bukan winter wear, tapi baju-baju aku yang sesuai untuk nursing. Aku memang takde beli nursing attire. Mostly baju-baju aku akan beli yang 'nursing friendly'. Semua yang ada easy access kat depan. Kalau on-the-move memang kena baju yang mudah access di depan. Sebab kadang-kadang ada-ada tempat tu yang takde nursing room tu, terpaksa digagahkan jugak nurse kat public. Terpaksa tebalkan muka demi anak yang lapar.

Korang yang nampak kami-kami buat macam tu kat public, jangan laa pandang dengan jengkel ye. Kitorang bukan saje-saje nak buat macam tu. Kami terpaksa. Tak best pun nak kena nurse kat public. Malu. Serius malu (aku la). Tapi baby bila lapar, yang dia tau nangis je ler. Dia tatau sabar. Dia tatau mak dia kena bertebal muka nak kasi dia kenyang. So kepada korang-korang yang rasa nursing kat public adalah satu kesalahan besar, tolong laa tukar mindset tu.

So aku pun kabor ler kat Eddie aku kena beli some proper nursing attires untuk trip ni. Alang-alang nak membeli, bule la try pakai proper nursing attire. Dia layankan aje. Dia tanya nak beli kat mana. Aku terus ler teringat Dynas kat The Curve. Dia cakap, balik nanti bule pergi. Masalahnya dia balik 2-3 hari je sebelum raya, sempat ke pun.

So aku pun dengan ghairahnya menggoogle. Voila! Ada jual online rupanya. Dynas memang sangat memahami ibu-ibu yang susah nak keluar rumah. Apa lagi, terus ler membeli.

Jum tengok collection by Dynas ni. Lawa-lawa jugak. Oh and dia ada keluarkan collection baju raya jugak tau. Cantik-cantik. Tapi since macam dah terover-spent je bulan ni, so terpaksa laa ditahan nafsu yang membara ni.










Saje share dengan korang pasal ni. Kot-kot ada yang share masalah dengan aku sebab susah nak cari baju hehe. Kalau korang ada kesempatan bule terus gi kedai dia kat The Curve dengan Setia City Mall. Lagi best bule try-try.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...