The Entourage

Wednesday, 31 December 2014

Friends Wanted

THIS IS A STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRIES.

Hey Ho!


Since aku baru start balik blogging actively 1st January hari tu. Aku macam nak cari kawan baru. Masa aku bukak balik blog aku yang dah berhabuk ni, aku tengok ramai betul kawan-kawan blogger aku yang dah bertukar status. Dari Cik ke Puan. Dari Hot Chick ke Hot Mummy. Dan banyak jugak blogger yang dah abandon blog-blog dorang. Banyak jugak kat list aku yang dah ditinggalkan lebih setahun. Masing-masing ada sebab tersendiri.

Aku tengah update bloglist aku. Dan aku nak cari kawan baru. Kalau korang sudi nak jadi kawan aku, meh ler tinggalkan url blog korang kat sini. Confirm aku akan follow korang. The more the merrier! Teringin jugak nak share-share cerita dengan mummies. Eh tapi yang tak mummies pun bule join! No problemo. Sebab kat blog ni, suma benda aku cerita. Cerita motherhood, cerita travel, cerita kawen, cerita mengarut. Suma ada!

So... jangan malu-malu nak tinggalkan url korang k! Mari berblogging!

Monday, 29 December 2014

Anniversary

Baru pulang dari Hong Kong. Penat. Letih. Exhausted. All in one. Tapi overall memang super happy!

This time aku pergi Hong Kong dah masuk winter. So sungguh enak berjalan-jalan hehe. Last time aku gi aku banyak ajak Eddie pusing-pusing mall je sebab sian kat dak gedik panas. Trip kali ni memang aku pulun jalan habis-habis. Tapi tu nanti la aku cite.

Hari ni anniversary kami. Yang kedua hehe. Tak sempat nak celebrate. Sebab aku balik dari Hong Kong semalam. Masa kat Hong Kong just keluar jalan-jalan and makan-makan sambil bilas dengan eskrem xtc di tepi pantai hehe. Okay la tu kan. As long as kami satu family together-gether.

Eddie plan nak balik this new year. This time baru betul-betul kami celebrate. What is anniversary without a present kan kan hehehe. Tak sabar nak gi jalan-jalan, makan-makan and hadiah-hadiah hahah. Just the three of us!


Ni gambar masa kami naik tram kat Hong Kong. Keluar gi cari dinner masa ni. Tak jauh sangat pun dari rumah. Tapi time balik tu dah penat. So naik tram je. Seronok! Please pardon my makeup-free face :p

Sunday, 21 December 2014

Radiusite

Homaaai.. Radiusite dah keluar tudung baru yang super gorgeous! Nak tengok?


Lawa gila weh! Pengsan tengok. Masa dia upload pasal tudung baru ni memang aku siap set alarm untuk tunggu kul11 pagi launching esoknya haha. Lawa sangat nih. Ada a few kaler yang aku suka. Tapi yang ni paling menawan kalbu. 

Time kul11 kat opis aku masa tu time aku tengah busy laa pulak kan. Tapi demi shawl cantik ini kurelakan lepak toilet sat sambil buat transaction. Nak buat kat pc macam segan sket orang nampak. Dah laa everytime kalau parcel fashionvalet or zalora sampai, memang semua orang tau dah. Mesti aku punya hahah. Sampai ada yang terjebak shopping sama hahaha.

Nasib baik cepat, dapat jugak aku kaler yang aku nak. Then time lunch sementara tunggu food sampai, aku saje laa bukak laa website dia. Korang nak tau apa yang tinggal?

Tinggal satu kaler je Keykha Lace! Cepat gila sold out! Dan sampai laa ke malam tu aku bukak, diorang blum restock-restock lagi. Hehehe.. Nasib baik aku cepat. Phewww.

Oh korang jangan lupa tau wiken ni ada KLYesFest kat PWTC. Banyak gila online vendors take part. Skang ni pun diorang dah start iklan-iklan item-item on sale nanti. Radiusite, Calaqisya, Sugarscraft, Iskk banyak lagi laa. Sape-sape nak good bargain jum kita gi!

Wednesday, 17 December 2014

Hen Party, Anyone? :p

Ada rupa makcik baru nak bukak gerai tak?


Ni farewell party sempena ada dua colleague aku nak resign. Lepas party ni, tiga bulan aku tak rasa nak makan ayam. :|

Tuesday, 16 December 2014

Naelofar Hijab

Ada yang dah try Naelofar Hijab?


Mula-mula Naelofar kuarkan shawl jenis cotton lycra. Yang macam kat atas ni. Aku tak suka sangat lycra ni sebenarnya sebab dia melepet. Pastu nampak macam melekat sket kat badan. Nampak tak kemas. Tapi aku geram dengan kaler-kaler dia. Dok pikir-pikir, sudahnya tak beli pun sebab takut tak pakai.

Sekaliiii skang ni dia kuarkan banyaaaak gila range!

Gambar kat bawah ni Chic and Basic. Material chiffon and dia ada pleated kat one side. Aku sangaaaat suka! Aku tangkap satu kaler salmon!


Yang gambar bawah ni pulak adalah Forever Young collection. Material dia adalah crepe. Mula-mula rasa nak beli. Tapi tengok balik material dia macam tebal je. Aku tak bape suka tebal-tebal sangat. Panaih oi. Plus satu lagi, aku rasa dia macam wide shawl. Nampak tak lipatan atas kepala tu?


Bawah ni range paling aku tak kenan sebab dia instant. Mula-mula je laa tak kenan. Bila dah pegang, dah try pakai terus grab sehelai dusty pink hahaha. Sebabnya dia bukan instant sangat pun. Dia semi instant. So senang ler nak iron. Range ni namanya Timeless Beauty. Material silk chiffon. 


Nanti korang try la k. Try laa tengok mana range yang korang sesuai. Selamat merambang mata oleh kaler-kaler yang super cun!

Monday, 15 December 2014

Lil Qarmaa


Lagi seround aku borong shawl. Aku memang sangat jatuh cinta dengan shimmering shawl. Kain dia sangat senang bentuk. First shimmering shawl aku beli adalah dari @kupukupuscarfz kat ig. Ni aku beli second batch kat @lilqarmaa. Sangat suka bila dapat parcel! Sumpah rasa tak sabar nak pakai!


Aku balik keja je nampak parcel. Terus aku koyak dan bukak hehe. Aaaaaaa seperti yang aku jangka. Kain dia memang bestttt! Dia jual harga biasa rm28 kot. Tapi kalau beli banyak harga jadik rm23 sehelai. 

Jum cuci mata tengok warna-warna dia. Shimmer dia sangat cantek!


Friday, 12 December 2014

dUckscarves

Sape dapat dUckscarves limited edition ni angkat tangan! :D


Lepas aku tau dia nak launch, memang aku tunggu-tunggu sangat. Sekali malangnya bule pulak aku mc hari dia nak launch tu. Homaaai. Sedih gila sebab memang tak larat nak kuar.

Kebetulan Eddie ada lat Mesia minggu tu. Ada training kat area Mid Valley. Bila mama sebut baru teringat. Apsal laa aku tak mintak tolong Eddie je haha. Dengan pantas aku whatsapp dia :p




Lepas beli tu, ayat dia yang paling buat aku gelak adalah, "Baru saya tau cane aggresivenya pompuan2 when it comes to cosmetics and accesories. Phew." Hehehe thank you so much hubby. Ailebiuuuu!

P.s: Jangan compare scarf yang ni dengan yang beli. Beza bangat!

Wednesday, 10 December 2014

Pandora: Japanese Doll Dangle

Cute tak?


Been longing to buy something to remember my trip to Tokyo last April. Then saje ler masuk Pandora after lunch today. Then I saw this cutie. Cute sangat! Geram! Tak tunggu lama terus grab. And the best part was, aku lupa nak tunjuk staff ID. Hadoii. Rugi sket di situ. Dah tak dapat discount. Padan muka terlebih excited haha.

Sunday, 7 December 2014

Jom serbu!

Aku tengah gila beli blazer skang ni. Dan juga sleeveless chiffon shirt untuk dipakai bersama. Tempat gini memang syiok lah pergi sebab aku tau memang banyak. Tengok gambar-gambar dorang upload memang choice banyak gila. Jum serbu!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...