Bringing online shopping to another level.
Let's do groceries online!
Hehehe.. aku kan jarang keluar. Seminggu sekali nak keluar untuk beli groceries pun susah. Nak kena mintak tolong orang-orang kat rumah take care of dak gedik. Kesian jugak kat diorang. Dah la weekdays kena jaga, weekend pun kena jaga. Pernah jugak aku beli groceries sambil bawak dak gedik dalam carrier. Tapi susah ler. Nak pilih ikan, tiba-tiba ada pulak tangan kecik mencapai sama. Dang.
So, solutionnya adalaaaah.. Shopping online! Hehe. Hari ni baru sempat nak shopping. Last week punya laa busy mak aii. Sampai tak perasaan aku dah termiss sehari-dua mengupdate blog. Sorry ye kawan-kawan. Tak perasan. Comment pun banyak yang aku tak reply lagi. Jangan kata blogwalk. Minggu ni baru free sket. Phew.
Okay, jum tengok macam mana nak shopping groceries online. Sangat mudah dan senang. In 4 easy steps. Skang ni Tesco je yang buat. Yang lain-lain takde lagi.
Mula-mula bukak website Tesco. Korang Google la ye. Mesti kuar. Aku malas nak letak link. Pastu mula laa pilih barang apa yang korang nak. Click kat tab-tab kat atas tu. Complete betul list diorang ni. Semua benda ada. Macam berjalan dari satu rak ke satu rak je rasanya. Bezanya, korang sebenarnya hanya duduk atas kerusi, jari dan bijik mata je bergerak hehehe.
Lepas dah pilih barang, korang view laa trolley korang. Kat situ bule buang mana barang-barang yang korang rasa tak nak. Kalau nak tambah barang pun bule. Click je kat Continue Shopping.
Bila dah puas hati dengan barang-barang dalam trolley, sila pilih delivery slot mana yang sesuai. Very flexible laa delivery slot ni. Seven days a week deliverynya. Walaupun RM10, tapi lebih kurang je kalau korang naik keta kan. Nak murah sket, mintak deliver lepas opis hour, RM6 je. Kadang-kadang dia hantar promo code untuk free delivery. Tang tu memang syiok.
Okey, sudah settle! Skang bule tunggu lori Tesco kat depan rumah masing-masing. Payment for the time being hanya credit card sahaja mungkin sebab diorang tak nak driver lori tu pegang cash banyak-banyak atas dasar keselamatan.
Saya sejak sebelum bersalin dah guna Tesco online ni..Sangat berbaloi..Masa pantang lagi laju 'click' 'click'..Husband pasrah jer...
ReplyDeletekaaaaan. best sgt. senang gila. sangat flexible
Deletemmg syiok..tak perlu buang masa, kerah tenaga dll..berbaloi la rm10 tuhh..tp kuantan nan ado tesco..bertabahlah!
ReplyDeletealaaa yeke.. huhu..
DeleteTesco sangat dekat dengan rumah...kalo beli online agaknye drebar Tesco jegil bijik mata sebab pemalas sangat gi sendiri...haha
ReplyDeleteHahahahah tapeee bior dia nak jegil mata. yang penting kita senang ekekeke
Deletekad kredit jeke??? kite xde kad kredit...T__T
ReplyDeleteAlaa yeke huaaaaa
DeleteWah bestnyer..snngkan...ala xde kredit kad..huhu...
ReplyDeletesenang sangat cik mah. click2 je ekeke.. hehe tape.. pinjam kredit kad suami cik mah :p
Delete