The Entourage

Tuesday, 14 April 2015

Dilemma


Aaaaaa...

I don't know what to say.

I don't know where to start.

Let be just straight to the point.

Boss aku counter offer and asking me to stay.

Huwarghh!

Aku super terkejut! Mula-mula aku terus tolak mentah-mentah sebab hati dah nekad nak pindah Hong Kong. And aku tau kalau offer tu menarik confirm aku akan pening pikir nak buat decision nanti. Tapi dia beriya mintak aku letak figure. Diaaaaa mintak aku yangg letak berapa aku nak! Bule caya takkk? Aku sendiri tak caya. Lagi sekali aku terkejut.

Dia cakap, "Takpe.. Just let me know how much. I'll try to consider.."

Bila dah dipaksa macam tu, aku pun belasah laa letak figure yang sangat tak logic dek akal haha. Senang sket dia nak tolak. Aku pun takyah pening-pening pikir nak accept ke tak. Sebab hati aku memang dah sanpai Hong Kong. Aku tau kalau aku letak figure yang biasa-biasa, dia akan consider. Kang kalau dia approve, aku pulak pening nak pilih to resign or not to resign.

So tak pikir panjang, aku mintak extra 3.5k on top of what I'm earning now hahaha. Zalim tak. Mungkin pada korang increment setakat 3.5k tu takde apa sangat. Tapi pada aku dah zalim habis ler tuh kihkih. Mintak extra 5k kang dia cakap aku gila pulak.  Dalam hati aku masa tu, nasib laa. Nak sangat suruh aku letak figure kan. Amek kau.

Then lepas aku cakap tu, boss aku terdiam. Nebes pulak aku. Dia chop aku mata duitan ke haha. Lepas tu dia tanya aku, "Cukup ke?"

Haaa.. Boss aku ni biar betul. 3.5k tu tak cukup banyak keeee? Tau laa gaji dia 5 angka. Dia nak bagi aku gaji macam dia ke? Masa tu, aku tak tipu, aku tiba-tiba terasa rambang mata pulak. Haha adeh. But instead of tambah amount, aku saje try mintak benda lain. Tukar-tukar amount kang tanda aku tak stern on my decision pulak.

Pastu aku cakap dengan selamber, "Kalau dapat notebook sebijik okay gak." 

Boss aku jeling aku. Hahahaha.

Pastu aku tambah lagi, this time dengan nada gurau laa, "Oh haa.. Parking spot sekali."

Alang-alang nak resign kan. I have nothing to lose. I got good options in both hands ye dak? Ngeeee.

Kali ni dia berbunyik, "Amboih lawan tokey nampak."

Terus aku jawab, "Sape suruh tanya." Pastu aku gelak. Nebes sebenarnya kihkih. Bukan nebes takut boss. More to nebes kalau dia betul-betul consider. Pengsan aku.

Discussion sampai situ je hari tu. Dia cakap dia akan pikir dulu. Dia cakap dia memang perlukan aku lagi. Then dia tanya negotiable tak. Hehe banyak sangat ler tuh gaknya. Aku sternly cakap non-negotiable hahha. Take it or leave it. Kalau tak dapat figure tu, aku ciao. Seriously I got nothing to lose.

So skang ni aku sangat dalam dilemma. Kalau dapat offer ni, bule jadik rambang mata jugak aku. Tapi at the same time aku sangat-sangat nak pindah umah baru. I'm so in love with the new place. So in love.

And seeing dak gedik happy being in the new surrounding makes my heart cries with joy. Selama ni dia takde tempat luas untuk main. Kena bawak dia gi playroom kat Jusco/Giant baru nampak dia puas main. Kat rumah baru ni, semua ada depan mata. Aku pun sendiri happy dapat duduk rumah and serve my family. Memang aku tau aku ending up feeling bored bila dok kat rumah nanti. Tapi aku tau aku takkan pernah menyesal aku pilih jalan tu. Sebab aku dapat pahala jaga family aku sendiri.

Unlike now.. Tak rasa macam family sangat. Lagi-lagi kalau turn Eddie yang balik sini. Penat. Sangat penat. Kena berkejar dua rumah in one weekend. Aku lebih suka bila turn aku yang pergi sana. Lebih tenang. Baru aku rasa family. Tak perlu rushing sana sini. Jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak dengan family kecik aku je. Happy sangat happy.

Tapi in case kalau betul boss aku buang tebiat bagi aku raise.. Aku still kena consider. Kan? Ke tak perlu consider langsung? Aku rasa macam kena jugak. More money to bring home equals to more financial freedom for the whole family kan? More financial freedom means more leeway to splurge on things for dak gedik.. More leeway means more vacation trips in a year.. More handbags.. More online shopping.. More.. More.. More!

Materialistik tak bunyi dia haha. Whether you admit it or not. It's the truth. Everybody loves money betul tak? But I love dak gedik also. Taking this offer means I won't have the chance to take care and tend dak gedik just as what I've planned.

Homai.. Rambling too much dah. Let me sleep on it. Then baru buat decision.

Tapi kalau korang? Apa korang buat?

4 comments:

  1. homaii...mmg dilema ni.tapi sesungguhnya pjj itu memenatkan.suami balik berkejar2 je masa, mana nak balik umah in-law, same time jg family, kerja lagi. cuti tahunan pun rasa xcukup hohoi...

    ReplyDelete
  2. OMGGG
    serius dilema dik oiiii
    nanti up ye pilihan tu dik
    alahaiiii
    boss pun!

    ReplyDelete
  3. Klu awin kt tmpt zila,mmg dlm dilema....pe kata zila wat solat istikharah...kot2 leh dpt petunjuk nnt....

    ReplyDelete
  4. Assalam zila,
    iols pun rambang mata jugaks he
    TAPI sian dak gedik la kan3
    emmmmmmmmmm
    kalo iols
    iols pilih dak gedik
    yeayyyy he3

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...