The Entourage

Sunday, 31 May 2015

Thermometer

Aaaaa.. Thermometer rosakkkk. Aku pun tatau laa apa puncanya. Haih.. Baru pakai tak sampai 2 tahun. Dah takleh on. Dah tukar battery dah. Dah buat macam-macam dah. Still tak jalan jugak.


Sudahnya Eddie beli je yang baru. Aku nak beli Beurer macam dulu, Eddie cakap takyah laa beli mahal-mahal. Beli mahal-mahal pun tak sampai 2 tahun rosak jugak. Haih.. Aku pun taktau laa rosak tu sebab silap aku or memang dah sampai time. Tapi memang dah takleh on dah. So ke tong sampah laa jawabnya.


So Eddie pun scouting ler thermometer brand lain kat Hong Kong. Dia jumpa yang satu ni. Murah ler dari Beurer. Terraillon. Korean made. Aku tak pernah jumpa plak kat Malaysia. Eddie try-try dia cakap okay. Aku pun okaykan je laa. As long as bule check temperature dengan betul, should be good enough laa kan.

Saturday, 30 May 2015

Swirlin' Folklore

Happy Diwali!


Ada macam Colours of Rangoli tak? Tiba-tiba rasa cantek pulak yang ni. Aku suka beli yang ada banyak kaler dalam satu murano. Sebab senang sket nak match. Takde laa kena beli each colour for each baju. Hehe.

Friday, 29 May 2015

Sejarah



Sejarah laa.. sebab aku dah tak masuk dah running event. Tak tau laa mampu lagi ke tak untuk lagi 21km. Hehe.. hari tu, korek-korek baju sekali terjumpa berhelai-helai baju event aku. Setiap kali event akan dapat baju baru. Banyak jugak yang masih ada tag. Nak bagi orang macam sayang. So simpan je laa. Cuma lepas ni kalau aku nak pakai kena sarung baju long-sleeve laa kat dalam hehe.

Thursday, 28 May 2015

Patut laaaa

Oooooooo.. Patut laaaa.. Saya baru tauuuu.. Hahaaha.. Okey hubby.. Sila sakat banyak-banyak eh. Saya relaaaaa. :D

Wednesday, 27 May 2015

KL Duckscarves

Finally.. it's here!

The dream comes true!

KL Duckscarves are open for pre-order now!

Cepaaaaaat!



Aku dah. Sambar dua-dua sekali walaupun kulit aku tak bape nak sesuai pakai putih kihkih. Korang dah belum?

*Tengah berdoa Kaleidescope pun akan ada pre-order jugak. Please.. please.. Wuwuwuu..

Tuesday, 26 May 2015

Belated Birthday Present

Ada satu weekend tu, turn kami pulang ke Gombak. So pagi Sabtu tu kami pun berangkat laa ke Gombak. Kebetulan Abang datang rumah. Tak sempat ler aku nak jumpa sebab dah kitorang dah gerak masa tu.

Sekali malam tu dia msg..

"Kat dalam bilik Abang ada tinggalkan birthday present. Sorry lambat bagi present. Happy birthday!"

Aku macam.. Ehhhh.. dapat birthday present lagi?? HEheehhe.. bestnyaaaaa! Terus aku tak sabar nak balik rumah tengok apa laa yang ditinggalkan dalam bilik tu.


Balik-balik je terus terpa bilik dulu kihkih. Sekali bukak-bukak pintu tengok.. Homaaaiiiiii! Baby G! Hehehe.. Baru je aku plan nak invest sport watch satu. Sebab aku plan nak start actively in sports balik. Be it climbing, running or whatever ler. Aku tak kisah. As long as aku active balik. So bila nak berpeluh-peluh tu, takkan laa nak jam besi pulak kan. Sayang woooo hehe.

So bila dapat jam ni, memang aku happy sangat! Macam tau-tau je aku memang tengah cari jam yang sporty. Hehe.. pasni bule ler aku melaram dengan jam ni. Dah laa kaler dia sweettttt gila. Body kaler putih, dalam dia soft pink. So pretty. Hehe.. tengkiu abang!

Monday, 25 May 2015

Transport Dak Gedik

Dak gedik ni kan. Memang tau. Nak kata mak bapaknya kaya, tak pun. Nak kata dak gedik dah keja, ada duit sendiri, lagi laa tak.

Tapi.

Kecik-kecik lagi transport dah ada dua!

Cuba korang tengok tuh!

Over betul!



Dah ada motor Scrambler. Kereta SUV pun ada jugak. Melampau betul. Padahal dok keluar masuk dari grill depan rumah sampai ke gate je pun. Mak bapaknya pun takde sampai dua gitu.


HAhaahhaahahaha.. aku tengah mood nak mengarut. Dak gedik memang suka layan main rides gini. Tu yang aku beli dua sekali tu haa. Satu main kat dalam rumah. Satu untuk main kat luar. Alaa.. bukan mahal pun. Dua-dua bijik ni beli kat Giant je. Tak sampai rm100 pun sebijik.

Yang kereta tu buat main kat dalam, yang scrambler tu main kat luar. Tu syarat yang aku letak masa mula-mula beli laa. Tapi being dak gedik, sukati dia je kalau dia nak dua-dua kenderaan dia tu dok dalam rumah. Memang alamat aku kena pulak mencuci tayar scrambler dia tu untuk dibawak masuk main kat dalam. Selagi tak, selagi tuh laa dia hentak-hentak kaki mengamuk. Titik kaki tu tau laa.

Sunday, 24 May 2015

Eraman

As usual, sebelum pergi amik beg kt conveyer belt, harus laa aku pusing-pusing tengok chocolate and perfumes kan. Saje test-test perfume, rasa dah lama pulak tak beli perfume. Almaklum laa, hari tu beriya-iya dah nak resign kan. Kalau resign opkos laa dok umah je. So bila dah dok umah je, no point ler ada perfume banyak-banyak. Tu yang aku tak beli dah tu.


Taaaaaaaapiii.. bila dah tak jadik resign ni.. kena laa beli perfume lagi. Buhsan kot pakai perfume sama tiap-tiap hari. So yang menarik perhatian aku hari tu adalah Pretty by Elizabeth Arden. Sweet je bau dia. Aku memang suka perfume yang bau floral. Pada aku macam fresh je.

Korang suka perfume bau cane?

Saturday, 23 May 2015

Wellcome Vouchers

Yeayyyy.. dapat voucher lagi! Hikhik.. baguih betul Hong Kong ni. Selalu bagi voucher free. This time dapat HKD$300! More or less lebih kurang RM150. Bule beli barang dapur and toiletries nanti hehe..


Friday, 22 May 2015

Perasan

Ni laa resultnya selepas selongkar handbag mummy. Suka betul imitate apa orang buat sekarang ni. Dia kan tiap-tiap pagi tengok aku bersiap gi kerja, pakai tudung, sarung lanyard, bawak kunci. Bila dapat selongkar beg aku, benda-benda tu jugak laa yang menarik perhatian dia. Dia yang sarung lanyard sendiri kat leher. Pastu sibuk nak masukkan kunci kereta kat pintu haha.


Thursday, 21 May 2015

Signage

Bawah ni adalah gambar kat airport where we usually wait for our shuttle home. Bus kat Park Island is at Bay 27. Gambar ni aku amik early of the year hari tu. It reads Resident's Coach.


Gambar kat bawah ni pulak adalah gambar aku amik recently masa datang Hong Kong hari tu. Nampak tak signage dah berubah? Dia tulis Park Island/Discovery Bay. Park Island is at Bay 27. Discovery Bay is at Bay 28. Discovery Bay ni adalah satu lagi proper township kat Hong Kong yang lebih kurang macam Park Island jugak. But more expensive and more Gwailo. Gwailo is a term for 'Mat Saleh' for Hongkies. Discovery Bay dia tempat dia lagi besar dan dia masih dalam Lantau Island, cuma dia kat teluk. Sebab tu namanya Discovery Bay. Kalau pergi Discovery Bay ni lagi terasa macam bukan kat Hong Kong sebab percentage expats lagi ramai ler compared to Park Island.


Nanti aku share gambar-gambar Discovery Bay okeh.

Wednesday, 20 May 2015

Hehe



Ehhee saje je tepek gambar dak gedik tengah meraung. Masa ni dia tengah sebok mintak "Chuuz.. Chuuz.. Chuuz." Sebab dia nak turun. Dia tau kalau nak jalan kaki, kena pakai shoes. Bila tak bagi, begitu lah mukanya mengamuk kihkih.

Tuesday, 19 May 2015

Lacoste

Ni kejadian hari tu. Alkisahnya ada geng kami dalam group kirim kasut kat Eddie sebelum pulang. Sebelum Eddie beli, dia post laa gambar kasut tu kat group just to make sure he's buying the right shoes. Kasut pompuan kan macam-macam.

Aku tengok macam cun laa plak kaaaan kasut itteww. Saje laa sakat Eddie dalam group tu mintak sepasang. Sekali Eddie layan laa plak kaaan hahha. Dia wasap aku personally tanya nak ke tak. Ohsoswit! Haha.. Sayanggggg hubby!

Aku cakap laa aku nak exactly macam kawan kitorang nak tu. Cun woo.. Kaler hot pink! Sekali takde size laa plak kan. Tade rezeki. Eddie cakap, "Tape, ada banyak design lain. Ada je ni size awak. Jap saya tengok-tengok." Dia pun mula laa dok snap-snap semua kasut kat situ.





Hahaha.. Nampak tak perangai itu orang? Busukkk punya orang. Bila cakap kasut lagi satu tu pun cantek, dan-dan terus cakap dah beli. Sebenarnya bawah tu  ada lagi ayat busuk dia. Dia cakap, "Okay suda beli.. Saya dah dalam tren ni. Tren dah jalan." Dan-dan sangat kan. Nampak nauuu nipu takut kena beli lebih kihkih..

Murah sangat Lacoste kat Citygate. Dah laa design memang banyak gila. Kalerful sangat. Geram! Kalau kat Malaysia rm300 sepasang memang tak lari ler. Kalau kasut lelaki jangan cite ler. Lagi mengutuk regenya. Choiii.

Nak tengok tak Eddie belikan yang mana satu?




Tadaaaaa! Cumel tak?? Aku suka gila! Lagi suka sebab orang tersayang yang bagi. Echeh.. Hahha.. Muntah hijau. Yang ni mahal sket lagi dari yang awal-awal aku nak beli. Tapi still worth it dari beli kat Malaysia. Waaaayyyyy worth it I tell you!

Monday, 18 May 2015

Konon Nak Jalan-Jalan

Budak gedik kat bawah ni. Takleh sebut nak keluar jalan. Konon nak jalan-jalan. Padahal baru jap tadi dah menguap-nguap depan ipad. Terus ready kat pintu. Sambil mulut tu dok bising "Cus. Cus. Cus." Shoes sebenarnya. Sebab dia tau, kalau tak pakai shoes, tak boleh keluar. Kihkih.


Masa ni Eddie kerja. Aku dah lepas masak habis semua, saje nak bawak dak gedik jalan-jalan keliling area rumah. Masa ni tengahari. But kat area rumah kami memang always shady because of the tall blocks around the place. So nak jalan-jalan pun takyhah nak tunggu petang. Aku belanje sket gambar-gambar masa aku berjalan okeh.


Gambar kat atas ni gambar pathway nak ke main square. Seronok betul jalan-jalan on weekdays. Sebab tak ramai orang. Park Island ni bila on weekends memang ramai sangat orang sebab orang luar datang ke Park Island untuk lepak-lepak and picnic at the beach. Sebab beach dia cantik and terjaga. Oh and yang paling best, no dogs allowed. Yeay!


Gambar kat atas ni gambar kat main square Park Island. Main square ni macam kawasan luas untuk orang jalan-jalan laa. Plus kat sini laa ada kedai-kedai macam 7-Eleven, Pacific Coffee, Supermarket etc. Main Square ni sebelah ferry pier. Kalau korang nampak ada bumbung hijau tu, haa tuh laa ferry pier.


Ni laa beachnya. The main beach. Ada laa beach-beach lain kat Park Island. Nama pun island kan. Mesti laa kelilingnya pantai. Tapi main beach ni laa yang paling terjaga and bersih. Very shady sebab terlindung dengan block-block tinggi tu. Aku tak sempat pun nak lepaskan dak gedik kat sini. Sebab belum sampai beach, dia dah pengsan hahaha. Perasan nak berjalan, tapi sebenarnya ngantuk.


Lepas lepak amik angin kat beach kejap, aku pun beransur pulang. Drop by clubhouse kejap to check out the new playroom, then terus balik. Tengok laa dak gedik tu. Dah transfer letak atas katil pun tak sedar-sedar jugak hehe. 

Sunday, 17 May 2015

Kitchenaid

Lawa tak?


Dah lama aku mencari. Tapi tak mampu nak beli. rasa RM3000 untuk stand mixer macam mahal bebeno rasanya. Tiba-tiba aku terjumpa orang jual RM1800 je kat instagram! Macam-macam kaler pulak tuh! Geraaaaaaam! Kaler-kaler dia rasa macam nak makan je tauu. Aummm!

Aku cakap kat Eddie, dia cakap okay je kalau memang guna. Tapi make sure it's authentic. Aku macam.. hmmm... yer juga.. baru terpikir. Aku tak kenal personally seller ni. Tak tau barang-barang dia jual authentic ke tak. Tapi.. Kitchenaid ada ke orang jual yang tak authentic? Aduhh.. pening kepala aku.

Kalau pikir logic, China ni selalu je tiru menda-menda yang tengah popular kat pasaran pastu jual cheaper than market price kan. Tapi so far aku tak pernah la plak dengar Kitchenaid yang tak authentic. Tapi tak mustahil jugak kan sebenarnya it is not authentic. Betul tak? 

Huwaaa torn. Sudahnya aku tak beli pun sebab takut tak authentic. Sebab price dia murah sangat. Half from original price yang orang jual. Tak berani pulak aku gamble. Haih.. korang rasa ni authentic ke tak? Pernah ada sape-sape experience tak beli Kitchenaid from Instagram?

Saturday, 16 May 2015

Baju Baru

Baju baru dah sampai! Weehuuu!


Mama geleng kepala je tengok aku borong baju lagi. Nak buat macam mana maa.. Hari tu berhenti shopping online kejap sebab nak resign. Tau dah kalau beli pun membazir je.. bukannya nak pakai gi mana-mana dah. Kena dok rumah je pun.

Tapiiiii.. since dah tak jadik nak resign ni.. kena laa start memborong balik hahaha.. bukan apa.. pakai baju baru adalah motivasi sebenarnya nak gi kerja. Haha. Korang ada rasa gitu tak? Aku memang dari dulu tau gitu. Kalau ada baju baru, memang rajin je aku nak bersiap gi kelas. Sampai laa bawak ke time dah kerja ni. Rajin je aku nak bangun bersiap gi kerja. Motivasi uols hahaa.


Friday, 15 May 2015

Dua Budak Kecik

Nampak tak?




Manyiak degil ini dua budak kicik. Cucur air tak nak keluar, cucuk-cucuk dengan kayu pun tak nak keluar. Masuk makin dalam sudahnya. Takut lettew. Geram je tengok rasa nak peluk. Haih.. bila Kenit dah tade, ada pulak kucing lain bawak perut beranak kat rumah aku hehe. Menggoda perasaan je untuk bela lagi. Tapi tak boleh. Aku dah ada commitment lain untuk dijaga dan dilayan. Lagi gedik daripada dua ekoq anak kucing nih hehe.

Thursday, 14 May 2015

Hard Rock Cafe Hong Kong

Hehe.. since Eddie duduk Hong Kong, aku tak pernah terpikir nak beli t-shirt Hong Kong untuk diri sendiri. Sebab rasa macam nak beli bila Eddie betul-betul nak pindah dari Hong Kong hehe. Souvenir laa konon.


Sekali orang lain pulak yang belikan haha. Kawan aku yang tumpang rumah kami hari tu, macam-macam dia belikan untuk dak gedik. Katanya rasa bersalah tumpang rumah. Alahaiii.. tade apa pun. Kalau aku tak selesa, aku tak ajak ye dak. Hehe. Kami happy je bawak korang jalan-jalan. Seronok je ada orang datang visit. Kesian kat korang laa terpaksa tido atas toto je hehe..


Masa last day diorang kat Hong Kong, diorang balik sendiri. Eddie kerja. Aku pulak balik awal ke Malaysia sebab adik aku tak sihat. So diorang cari jalan pulang sendiri. Nasib baik rumah aku senang nak ke airport. Bila Eddie balik, dia snap gambar kat atas ni send kat aku. Hehe korang ni, susah-susah je tauu. Jangan serik okey. Nanti datang lagi!

Wednesday, 13 May 2015

Big Bugs Band

Budak degil. Ni laa dia. Mula-mula remote aircond takde battery. So aku togelkan dia sementara nak tunggu Eddie balik bawak battery. Memang dia berpeluh-peluh pun sebab rumah aku takde kipas. So bila dah pasang aircond, dia tak nak pakai baju pulak. Dok laa meniarap ngadap cartoon. Badan dah start sejuk. Haish. Degil betul skang ni.


Big Bugs Band is one of his favourite cartoon jugak. Aku pun suka tengok kadang-kadang sebab very colourful. Kalau kat tv kat rumah memang bukak tu je laa kat dia sebab ada kat BabyTv. Tapi Big Bugs Band ni tak berapa nak ada communication sebab dia macam menyanyi-nyanyi sambil buat bunyi-bunyi je. Aku prefer bagi dia tengok cartoon yang ada communication macam Fisher Price, Little People, and ada beberapa lagi kat BabyTv and BabyFirst yang ada toddler or kids bercakap-cakap. Sebab dak gedik skang ni dah start pick up apa orang cakap and repeat. So this is the best time ler to expose him with words and language especially english.

Baby korang berapa tahun korang dengar dia sebut apa-apa words?

Tuesday, 12 May 2015

Arena Of Stars, Hong Kong

Dah dua tahun pergi balik Hong Kong on a monthly basis. Tapi baru sekali aku sampai Arena Of Stars ekekeke.


Arena of Stars adalah tempat yang 'a must go' laa kalau pergi Hong Kong. Memang sape-sape pergi Hong Kong mesti kena singgah. Sebab tuh laa aku tak pergi hahaha. Kenapa? Sebab tempat ni raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaai gila orang! Tak main-main punya ramai. Memang ramaaaaaiii gila! Malas betul aku nak beramai-ramai camtu. Dah laa banyak mainlanders. Tak kuasa okeh!

This time aku pergi jugak sebab kitorang bawak guests. Ada kawan aku dari KL datang holiday kat Hong Kong. Saje ajak dorang tido rumah aku. Takyah dok hotel. So alang-alang tu jadik tour guide mereka laa. So memang kena pergi laa semua tourist attraction Hong Kong. Kalau tak, memang idok ler rajin aku nak gi hehe. So alang-alang dah pergi tu, snap ler satu-dua pic. Kat Bruce Lee je pun. Lain tade hehe. Sebab lepas ni tak tau lagi bila nak pergi lagi. Mungkin ni first and the last sebab tak larat ramai sangaaaat semata-mata nak tengok patung-patung selebriti hehe.

Monday, 11 May 2015

Clingy

No caption needed actually..


Dak gedik memang dari kecik suka sangat meleseh kat aku. Kadang-kadang tu tak kisah pun aku tengah buat apa. Dan-dan masa tu jugak laa dia nak meleseh-leseh. Kadang-kadang bila tengah sangat-sangat busy tuh aku rasa macam nak marah pun ada jugak. Tapi bila macam tu, aku cepat-cepat akan ingat pesan mama. Masa dia nak bermanja ni laa kena layankan je. Satu hari nanti dia tak nak dah gini. Treasure this moment before you lose it. Terus aku tak jadi nak marah si kecik ni hehe.

Gambar kat atas ni masa aku tengah khusyuk tengok tv. Dia mula-mula sibuk dengan ipad dia. Bila nampak aku khusyuk terus dia kacau. Dia memang takleh tengok aku layan orang lain/menda lain selain dari dia. Memang masa tu laa dia akan datang meleseh-leseh dengan aku. Cushion depan tv tu memang selamanya kat situ semenjak ada dak gedik kat rumah to prevent him from getting too close to the tv. Semak, tapi nak buat cane kan. Haih laa anak.


Ni pulak masa tengah tengok ipad. Biasanya aku akan join dia sekali tengok ipad walaupun cartoon Tayo tu dah pusing dekat 10 kali. Mual dah. Tapi demi anak, layankan je. Tiba-tiba dari baring kat sebelah, dia naik atas kaki aku and sambung tengok ipad. Haih laa anak..


Ini yang paling dia suka. Baring atas aku macam aku ni tilam je. Siap dengan happy lagi muka tu. Biasanya benda ni jadik kalau aku tengah facetime dengan Eddie. Mesti dia nak nyelit gitu. Skang bila nak facetime memang toksah ler harap guna ipad. Dak gedik akan mengamuk suruh bukak cartoon dia. Tapi bila aku facetime guna henpon, gini pulak jadiknya. So possessive. Haih laa anak..

Perasan

Nampak tak budak perasan tu?


Ni gambar one of the trip kami gi Hong Kong jumpa abahnya. Bukannya aku tak bawak water bottle dia. Siap banyak lagi air dia dalam tu. Tapi bila dia tengok aku minum air dari botol mineral tu, dia pun sibuk nak. Tu laa perangai dia skang. Takleh tengok orang buat apa-apa. Mesti dia nak ikut. Bila tak bagi, mula laa tantrum. Haish ini budak.

Sunday, 10 May 2015

Breakfast With A View

Suka beno tengok bas lalu lalang kat bawah tu. Sampai time makan pun nak kena hadapkan high chair kat depan tingkap. Over betul.


Walaupun view tinggal besar tingkap tu pun jadi laa. Tetap dia nak dok depan tingkap juga hehe.. Tingkap besar tu aku tutup dengan blind sebab kalau dah nak masuk tengahari dia terang sangat. Silau. Nasib baik laa rumah aku jenis tak kena cahaya matahari sebab terlindung dengan bangunan-bangunan lain. Kalau ada cahaya matahari masuk, confirm panas rumah.


Camtu laa perangai anak bujang aku tiap-tiap pagi kalau kami di Hong Kong. Tengok bas lalu lalang pun bule excited. Tu belum lagi bila nampak bas depan-depan. Semua bas dia ajak naik hehehe. Bila tak nak naik mengamuk kihkih.

Saturday, 9 May 2015

Birthday

Tahun ni celebrate birthday lain sket. Sebab aku dapat birthday cake! And it's not just an ordinary birthday cake. It's an ice-cream cake! Hehehe.. dah lama sebenarnya takde sape belikan aku whole cake for birthday macam ni. Usually our celebration hanya makan-makan besar.

Tahun ni lain sket. Eddie surprise birthday cake kat aku. Hehe.. Masa aku kat Hong Kong minggu lepas laa. Dia balik-balik dari opis, aku memang dah ada kat rumah. Sebab hari aku sampai tu, Eddie kerja. Aku pun tak nak bother dia since rumah dekat je dengan airport. Shuttle pun 10min je. Daripada Eddie nak datang airport dari opis dah sejam. Then nak gerak gi opis balik sejam lagi. Baik aku balik rumah sendiri je.

So, masa dia balik petang tu, aku kat dapur. Tengah nak masak. Almaklumlaa.. jarang dapat masak untuk hubby. Bila sesekali dapat masak, excited terlebih hahah. Pastu bila Eddie masuk je, dia bawak cake. Aku bule lupa birthday aku baru je lepas. Ingat dia saje-saje beli cake. Sekali bila bukak.. oh my.. Happy Birthday Mummy dia tulih haa.. Rupanya dia siap tempah uols. Bukan amik je dari fridge hehe... terharu iols.

Flavour cake ni unique sket. It's vanilla and red bean. Tapi red bean dia sket je. So tak muak sangat. And for the macarons, best gila makan. Macam melt in the mouth. Sedaaaaaaap sangat!


Thank you Hubby for the surprise! :)

Friday, 8 May 2015

Wakdehel?

Korang pernah tengok satu movie slapstick comedy called A Million Ways To Die In The West?


And now in Malaysia, it's the real deal. Not a slapstick comedy. Oh well, You know what I mean if you watch it.


Thursday, 7 May 2015

Little People

Ada macam rupa kat rumah tak? Hahaha..


Budak kecik ni, naik-naik je flight dah basahkan seluar dia. Sabar je laa. So tukar pakai seluar spare yang aku bawak. Tu yang rupa dok kat rumah je tu haha. Dia bila ngadap cartoon, memang suka meniarap gitu. Sekarang dah tak main dah Fisher Price. He moved to a next level dah hehe. A series of cartoon called Little People. Cartoon Fisher Price jugak, tapi untuk toddlers and budak play school. Very cute.

So skang selain dari Robocar Poli, dia akan tengok cartoon ni. Biasanya Little People aku memang bukak kat dalam flight untuk dia sebab it doesn't require an internet connection. Sebab kadang-kadang tak semua flight ada provide wifi. So Little People ni penyelamat laa. Flight empat jam kan. Memang perlu banyak benda untuk buat dia leka. Dah boring ipad, keluarkan toys pulak, dah boring toys, keluarkan biskut pulak. Haih.. very tiring sebenarnya travel dengan toddler ni. Because toddlers are very busy people hehe.

But.. in a way, I guess I am grateful to have the chance to expose him to this kind of exposure. At least dia dah biasa jumpa orang, dah biasa tengok tempat baru, dah bule adapt dengan hidup nomad mak bapak dia hehehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...