The Entourage

Wednesday, 6 May 2015

Park Island



Baru dapat upload gambar rumah kami kat Hong Kong. Rumah yang sepatutnya kami anak-beranak duduk. Tapi lepas some changes of plan, tak dapat aku merasa lagi untuk duduk tahun ni kat Hong Kong. Eddie je duduk sorang-sorang buat masa ni. Aku dengan dak gedik masih akan terus berulang KL-Hong Kong. Oh well.. something's gotta give.


Ni masa dalam lif. Saje selfie tiga orang hehe. Baru sampai masa ni. Nampak muka penat aku. Dak gedik dah sedap titun. Sian dia nantuk. Aku amik first flight. Pukul 5 pagi dah terpacak kat airport. Bukan apa, first flight laa biasanya banyak empty row onboard. Diorang nak assign seat aku pun tak susah. Lagipun, selalunya aku pergi Hong Kong minimum empat hari. So mesti laa nak fully utilized masa kat sana. Pukul 11 pagi dah sampai Hong Kong hehe.


Ni corridor rumah aku. Nasib baik tak dapat yang tinggi-tinggi. Aku kan penakut hehe. Pastu yang lagi satu buat aku suka rumah ni adalah location rumah dengan lif dekat je. So takyah nak jalan jauh-jauh kat corridor hehe.


Gambar kat atas ni adalah the other wing. Lift adalah yang kat tengah-tengah tu. Memang area rumah ni senyap sunyi je. Jarang nampak jiran pun. Orang luar lagi laa takleh masuk sebab kena pakai access card. Guests pulak kena register kat concierge before naik.

Rumah aku tak bape nak ada view sangat. Mengadap sekolah. Tapi kiri kanan ada laa view sket. Plus block aku betul-betul tepi jalan besar. Senang gila nak amik shuttle pergi mana-mana. Jarang pun kami naik ferry. Aku selalu mabuk haha. Dah tau gitu, ada hati pulak nak duduk kat private island. Nasib baik bule naik cab or shuttle kalau nak keluar masuk.


Gambar bawah ni adalah view rumah aku. Hehe.. dak gedik perasan nak gi sekolah la tuh. Bawak bersabar ye. Awak tu cakap pun tak reti lagi. Suka betul dia tengok budak-budak berjalan keluar masuk sekolah tu. Excited macam nak join je.



Haa gambar bawah ni bule nampak belah kiri block iaitu jalan besar. Dak gedik sejak dok sini, memang obses dengan bas. Memang shuttle tak henti-henti keluar masuk. So dia memang suka sangat duduk tepi tingkap tu tengok bas. Seberang jalan besar tu pulak ada village houses. Ala-ala rumah kedai gitu. Bawah dia banyak laa supermarket laa, mani pedi laa, pet store laa, 7-Eleven la, Property agency laa.. macam-macam. Quite convenient juga bila malam-malam terasa nak makan eskrem. Bule terus lari gi beli kat supermarket kihkih.



Hehe.. saje tepek gambar dak gedik main air. Suka bebeno dia berendam. Bila suruh keluar, marah bebeno. Haih sabar je laa. Kena promise nak bawak jalan-jalan kat luar baru dia keluar. Haih laa anak.

1 comment:

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...