The Entourage

Monday, 11 May 2015

Perasan

Nampak tak budak perasan tu?


Ni gambar one of the trip kami gi Hong Kong jumpa abahnya. Bukannya aku tak bawak water bottle dia. Siap banyak lagi air dia dalam tu. Tapi bila dia tengok aku minum air dari botol mineral tu, dia pun sibuk nak. Tu laa perangai dia skang. Takleh tengok orang buat apa-apa. Mesti dia nak ikut. Bila tak bagi, mula laa tantrum. Haish ini budak.

Sunday, 10 May 2015

Breakfast With A View

Suka beno tengok bas lalu lalang kat bawah tu. Sampai time makan pun nak kena hadapkan high chair kat depan tingkap. Over betul.


Walaupun view tinggal besar tingkap tu pun jadi laa. Tetap dia nak dok depan tingkap juga hehe.. Tingkap besar tu aku tutup dengan blind sebab kalau dah nak masuk tengahari dia terang sangat. Silau. Nasib baik laa rumah aku jenis tak kena cahaya matahari sebab terlindung dengan bangunan-bangunan lain. Kalau ada cahaya matahari masuk, confirm panas rumah.


Camtu laa perangai anak bujang aku tiap-tiap pagi kalau kami di Hong Kong. Tengok bas lalu lalang pun bule excited. Tu belum lagi bila nampak bas depan-depan. Semua bas dia ajak naik hehehe. Bila tak nak naik mengamuk kihkih.

Saturday, 9 May 2015

Birthday

Tahun ni celebrate birthday lain sket. Sebab aku dapat birthday cake! And it's not just an ordinary birthday cake. It's an ice-cream cake! Hehehe.. dah lama sebenarnya takde sape belikan aku whole cake for birthday macam ni. Usually our celebration hanya makan-makan besar.

Tahun ni lain sket. Eddie surprise birthday cake kat aku. Hehe.. Masa aku kat Hong Kong minggu lepas laa. Dia balik-balik dari opis, aku memang dah ada kat rumah. Sebab hari aku sampai tu, Eddie kerja. Aku pun tak nak bother dia since rumah dekat je dengan airport. Shuttle pun 10min je. Daripada Eddie nak datang airport dari opis dah sejam. Then nak gerak gi opis balik sejam lagi. Baik aku balik rumah sendiri je.

So, masa dia balik petang tu, aku kat dapur. Tengah nak masak. Almaklumlaa.. jarang dapat masak untuk hubby. Bila sesekali dapat masak, excited terlebih hahah. Pastu bila Eddie masuk je, dia bawak cake. Aku bule lupa birthday aku baru je lepas. Ingat dia saje-saje beli cake. Sekali bila bukak.. oh my.. Happy Birthday Mummy dia tulih haa.. Rupanya dia siap tempah uols. Bukan amik je dari fridge hehe... terharu iols.

Flavour cake ni unique sket. It's vanilla and red bean. Tapi red bean dia sket je. So tak muak sangat. And for the macarons, best gila makan. Macam melt in the mouth. Sedaaaaaaap sangat!


Thank you Hubby for the surprise! :)

Friday, 8 May 2015

Wakdehel?

Korang pernah tengok satu movie slapstick comedy called A Million Ways To Die In The West?


And now in Malaysia, it's the real deal. Not a slapstick comedy. Oh well, You know what I mean if you watch it.


Thursday, 7 May 2015

Little People

Ada macam rupa kat rumah tak? Hahaha..


Budak kecik ni, naik-naik je flight dah basahkan seluar dia. Sabar je laa. So tukar pakai seluar spare yang aku bawak. Tu yang rupa dok kat rumah je tu haha. Dia bila ngadap cartoon, memang suka meniarap gitu. Sekarang dah tak main dah Fisher Price. He moved to a next level dah hehe. A series of cartoon called Little People. Cartoon Fisher Price jugak, tapi untuk toddlers and budak play school. Very cute.

So skang selain dari Robocar Poli, dia akan tengok cartoon ni. Biasanya Little People aku memang bukak kat dalam flight untuk dia sebab it doesn't require an internet connection. Sebab kadang-kadang tak semua flight ada provide wifi. So Little People ni penyelamat laa. Flight empat jam kan. Memang perlu banyak benda untuk buat dia leka. Dah boring ipad, keluarkan toys pulak, dah boring toys, keluarkan biskut pulak. Haih.. very tiring sebenarnya travel dengan toddler ni. Because toddlers are very busy people hehe.

But.. in a way, I guess I am grateful to have the chance to expose him to this kind of exposure. At least dia dah biasa jumpa orang, dah biasa tengok tempat baru, dah bule adapt dengan hidup nomad mak bapak dia hehehehe.

Wednesday, 6 May 2015

Park Island



Baru dapat upload gambar rumah kami kat Hong Kong. Rumah yang sepatutnya kami anak-beranak duduk. Tapi lepas some changes of plan, tak dapat aku merasa lagi untuk duduk tahun ni kat Hong Kong. Eddie je duduk sorang-sorang buat masa ni. Aku dengan dak gedik masih akan terus berulang KL-Hong Kong. Oh well.. something's gotta give.


Ni masa dalam lif. Saje selfie tiga orang hehe. Baru sampai masa ni. Nampak muka penat aku. Dak gedik dah sedap titun. Sian dia nantuk. Aku amik first flight. Pukul 5 pagi dah terpacak kat airport. Bukan apa, first flight laa biasanya banyak empty row onboard. Diorang nak assign seat aku pun tak susah. Lagipun, selalunya aku pergi Hong Kong minimum empat hari. So mesti laa nak fully utilized masa kat sana. Pukul 11 pagi dah sampai Hong Kong hehe.


Ni corridor rumah aku. Nasib baik tak dapat yang tinggi-tinggi. Aku kan penakut hehe. Pastu yang lagi satu buat aku suka rumah ni adalah location rumah dengan lif dekat je. So takyah nak jalan jauh-jauh kat corridor hehe.


Gambar kat atas ni adalah the other wing. Lift adalah yang kat tengah-tengah tu. Memang area rumah ni senyap sunyi je. Jarang nampak jiran pun. Orang luar lagi laa takleh masuk sebab kena pakai access card. Guests pulak kena register kat concierge before naik.

Rumah aku tak bape nak ada view sangat. Mengadap sekolah. Tapi kiri kanan ada laa view sket. Plus block aku betul-betul tepi jalan besar. Senang gila nak amik shuttle pergi mana-mana. Jarang pun kami naik ferry. Aku selalu mabuk haha. Dah tau gitu, ada hati pulak nak duduk kat private island. Nasib baik bule naik cab or shuttle kalau nak keluar masuk.


Gambar bawah ni adalah view rumah aku. Hehe.. dak gedik perasan nak gi sekolah la tuh. Bawak bersabar ye. Awak tu cakap pun tak reti lagi. Suka betul dia tengok budak-budak berjalan keluar masuk sekolah tu. Excited macam nak join je.



Haa gambar bawah ni bule nampak belah kiri block iaitu jalan besar. Dak gedik sejak dok sini, memang obses dengan bas. Memang shuttle tak henti-henti keluar masuk. So dia memang suka sangat duduk tepi tingkap tu tengok bas. Seberang jalan besar tu pulak ada village houses. Ala-ala rumah kedai gitu. Bawah dia banyak laa supermarket laa, mani pedi laa, pet store laa, 7-Eleven la, Property agency laa.. macam-macam. Quite convenient juga bila malam-malam terasa nak makan eskrem. Bule terus lari gi beli kat supermarket kihkih.



Hehe.. saje tepek gambar dak gedik main air. Suka bebeno dia berendam. Bila suruh keluar, marah bebeno. Haih sabar je laa. Kena promise nak bawak jalan-jalan kat luar baru dia keluar. Haih laa anak.

Monday, 4 May 2015

Longchamp

Aku jarang suka Longchamp. Sebab pada aku it is too simple for a price like that. Tapi aku cukup berkenan handbag-handbag dorang yang limited edition. Sebab biasanya handbag-handbag ni ada design sket. Cantek. Contoh macam kat bawah ni.



Cun kan? Ni limited edition bag masa collection fall/winter 2012 kot. Aku nampak masa pergi Paris hari tu. Sumpah cantek. Dah laa murah pulak tu. Sebab masa aku pergi Paris tu dah masuk Spring. So harga jadik murah sket sebab ni collection lama. Pastu kalau beli kat airport, lagi laa aku dapat murah, first sebab it is duty-free. Satu lagi sebab dorang bagi further discount untuk airline staff. Berbaloi-baloi! Tapi aku tak beli pun sebab dah tangkap Furla masa tu. Lagipun duit pun dah habis haha.

Last year ada keluar satu lagi limited edition yang aku berkenan. Dia keluar masa Chinese New Year hari tu. Cun sangat-sangat! Sebab Longchamp kan logo dia adalah kuda tengah racing. Tahun lepas pulak tahun kuda. So tu yang dia keluarkan limited edition handbag design kuda tu.

Kebetulan ada dua orang kawan aku nak gi europe last week. Terus aku mintak diorang tolong carikan. Harap-harap laa ada. Tak sabarrrr!


Tapi diorang cakap mungkin susah sket nak jumpa sebab design yang ni memang meletop katanya. Haih pasrah je laa kan. Hopefully diorang jumpa laa. Aku suka betul yang kaler hitam tu. classy sangat. Kalau dapat size large, memang sesuai sangat buat diaper beg dak gedik hehe.


Sunday, 3 May 2015

Let's shop!



Zila the online shopper is baaaaaack! Hahaha.. Haih.. Bila dah start, memang susah nak stop! Baru-baru ni.. memang baru-baru sangat laa (lepas dapat gaji baru kehkeh). Perasaan aku mula nak start balik tengok online shopping website sangatlah membuak-buak. Dua tiga bulan lepas aku terpaksa stop sebab dah nak resign. Tapi since tak jadi resign ni, tangan tu mula laa nak click macam-macam email kat dalam inbox tu. Selama ni memang delete je laa kan hehe.

So tengah-tengah aku go through email tu satu persatu, ternampak pulak aku email promo Lazada ni. Aku cukup alllergic laa kalau nampak perkataan fashion, clearance, % off. Memang aku click laa cepat-cepat kihkih.

Bila tengok baju-baju murah-murah ni kepala otak mula laa cari alasan suruh beli.

"Oh.. Tak jadi resign kan. So you need more clothes."

"Alaa.. Murah je ni.. Baju pun banyak yang dah lama kaann."

"Eh.. Ni 30% off tauuu.. Banyak tu. Berbaloi tuu."

"Lepas ni kalau tak grab promo ni, entah bila lagi ada balik."

Baik korang mengaku cepat, sebenarnya korang pun macam tu kaaaaan??? Cepat mengaku, cepaaat! Hahahaha!


Lalu aku pun tewas dengan nafsu. Oh well.. Dah bayar baru pikir, perlu ke semua ni? Hahaha takyah ler.. Buang masa je. Tapi okay laa jugak sebenarnya harga dia lepas discount. Altogether sembilan barang, satu jatuh jadi rm2o++. Murah je kan.

Okay laa.. Nanti aku cite lagi panjang-panjang okay. Need to catch some sleep. Esok nak pergi airport. Mana lagi.. Hong Kong laa hehe. Jumpa lagi!

Korang shopping online apa baru-baru ni? :p

Saturday, 25 April 2015

AirAsia X Dihatiku

Yup.. the decision has been made.

I'm gonna stick around. At least for a while hehe.

Memang cita-cita aku untuk jadi stay-at-home mummy. Migrate ke Hong Kong. Bule layan dak gedik je sepanjang hari. Masak and kemas rumah sambil tunggu Eddie balik. Pahala semua tu.

Tapi..

This offer is too good to be true. A raise that much, semua orang nak kan. Rasa disayangi pulak bila tiba-tiba dapat offer macam tu hehe. Lappie dah pun ada dengan aku. Tak kisah sangat pun pasal lappie tu. Yang aku kisah, bila dah dibagi lappie, tu maknanya beban kerja confirm makin bertambah ye tak? Haha.. Oh well, gaji tambah, kerja mesti laa tambah juga. Bak kata boss aku.

Oh parking spot pun aku dapat. Tapi aku tak nak. Dah seronok pulak naik erl. Senang dan selesa. Tak perlu nak drive jejauh. Bule main fon je dalam tren sementara tunggu sampai airport. Ramai jugak yang turn down rupanya. Walaupun dapat parking spot kat airport, tapi lagi senang park kat erl station je. Tau-tau dah sampai. Tak perlu nak drive sampai sejam.

Aku dah discuss pasal benda ni dengan semua orang. Eddie orang yang paling supportive. Dia cakap dia tak kisah aku nak pilih jalan mana. Whatever can make me happy, he's happy too. Tapi dia ada laa jugak sebut dia rasa lonely jugak. Rumah baru semua dah siap pindah, tinggal tunggu aku dengan dak gedik je sampai. Tapi at the same time dia rasa sayang jugak kalau aku lepaskan counter offer ni. It's for my own good actually. Bule cantekkan resume aku. Plus, he feels that this is an achievement untuk aku after years of working. People sees what I'm doing for the company and appreciates it. Kalau tak appreciate, tade laa dorang nak offer that much betul tak?

Mama pulak memang sangat happy bila dengar aku tak jadi migrate. Dia risau sangat sebenarnya masa mula-mula aku cakap nak pindah. Hong Kong kan. Jauh dari dia and it's not the best place to live anyway. That was what holding me back all this while pun. Kalau Eddie kat Europe ke Aussie ke dah lama dah aku ikut hahahaha.

Oh well.. tapi aku tau. Bila aku buat decision ni, harapan aku untuk tengok dak gedik membesar depan mata memang takde laa. Jadi sama macam dulu, aku cuma bule spend time dengan dia on weekends je. Aku tak dapat nak besarkan dia sendiri. Cuma satu benda yang aku tak regret. Dia membesar dengan family aku. Dengan mama. Dengan abah. Dengan adik beradik aku. Dengan darah daging dia. Ahamdulillah sangat yang tu. Tak perlu aku risau dia membesar kat nursery.

Masa buat decision ni aku nangis dengan Eddie. Torn sangat-sangat. Aku ada di tengah-tengah dua option yang dua-dua aku suka. Dua-dua aku nak. Eddie cakap it's better to have options rather than langsung takde apa-apa. Betul jugak.

Dia pujuk aku, aku still bule datang Hong Kong bila-bila masa aku nak. Rumah pun dah selesa. Ninja pun dah besar sket, tak hassle sangat nak bawak dia dah. Still bule jalan-jalan macam-macam tempat. Still bule shopping kat Citygate Outlet. Still bule beli chocolate duty free selalu. Haha.

Eddie cakap kalau aku accept offer ni, tahun depan he's gonna make a move. Other countries or kalau takde peluang, back to Malaysia. Dia tak nak dok Hong Kong dah. And this time, we're gonna stick together. Okey hubby! Saya sedia untuk resign kalau kena ikut awak pasni! Hehe.

So.. This worklife continues. I am a working mummy. Selfish much? Maybe. Tapi aku buat ni pun untuk family aku jugak. Takde untuk orang lain. Aku dah bule tambah amount ASB every month. Bule tambah duit aku bagi kat parents aku. And since aku still akan dapat tiket murah, aku bule kurangkan beban Eddie kalau kot-kot ada plan nak gi holiday. Flight Hawaii dah approve! AirAsia X is flying to Hawaii starting November! Yeaaaayyy!


So.. yup.. I'm staying. Since confirmation letter untuk increment aku baru dapat hari ni, I would consider this as one of the best birthday present I've ever gotten. Opkos birthday presents yang Eddie bagi always are best, but this is one of the best jugak la. To be recognized in the company for what I'm doing. To feel needed by the people especially the bosses. It's just.. self-satisfaction. Let's see how far I can go with the company. 



Sunday, 19 April 2015

Hard Rock Pin Macau



Another pin to add to the collection. From Macau uols. Bape kali dah gi Hong Kong, tak masuk-masuk lagi Macau. According to what Eddie have told me, I'm not that keen pun to go. Boring katanya. Eddie belikan ni pun masa dia dok bawak guests dia jalan-jalan kat sana. Biasanya dia berjalan pun bila ada guests from HQ datang laa. Or bila aku datang. Kalau dia sendiri berjalan, yang dekat-dekat je. Tak feel jalan jauh sorang-sorang katanya. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...