The Entourage

Monday, 24 September 2018

Carpet Bulu Pelamin Restock!

Pheww.. lamanyaaaa tak update blog hehe.. naik berkulat dah ni. Ada sape-sape rindu tak? Kihkih! Sorry korang.. aku memang dah tak share perosnal life kat blog lagi dah. Anak dah tiga ni memang nak tengok cermin pun tak sempat ni.

Reason aku update blog ni adalah sebenarnya aku nak bagitau para-para B2B yang aku dah restock carper bulu pelamin yeyyyy! Ada sape-sape minat tak? Kali ni aku restock banyak tauuu. Korang nak balut keliling rumah pun cukup hahah. But as usual for now, aku cuma restock kaler putih sahaje ye. Bukan apa, kaler lain macam lambat sket jalan. Putih jugak menawan hati semua kan kan kan hehe. Okay, macam biasa.. kalau minat, you know what to do!! Whatsapp jee 012-9198861 okeh! Sayang korang ketat-ketat! Muahhhh!

Ohh lagi satu, korang bule refer details kat sini ye:

http://eatclimbrun.blogspot.com/2012/06/carpet-bulu-untuk-pelamin.html?m=0


http://eatclimbrun.blogspot.com/search/label/Carpet%20Bulu?m=1






Friday, 24 July 2015

Final Goodbye

Hi Korang..

Aku terpanggil untuk tulis entry fresh ni sebab Allah dah gerakkan aku. (Yupp.. selama ni most of my entries memang scheduled entry since aku jarang ada masa untuk mengarang entry setiap hari. So kalau ada masa nak up entry aku akan buat sekaligus banyak-banyak sebab aku memang banyak benda nak cerita/share dengan korang. Sebab tu kalau sape-sape yang follow aku kat ig, korang akan perasan banyak cerita aku up lambat kat blog). Setiap entry aku akan set 9am untuk korang baca pagi-pagi. Hehe.. dah nak tutup blog baru bagitau kan.

Yupp.. aku nak tutup blog ni. Not that I will deactivate it, just nak biarkan gitu je. Mungkin ada entry-entry dalam ni yang bule dijadikan bahan rujukan untuk orang lain. Ini adalah entry terakhir.

Dalam tren on the way ke opis pagi tadi, aku terbaca satu article yang betul-betul buat aku tersedar. Aku dah buat banyak salah selama ni. Tanpa sedar, aku dah guris banyak hati. Tanpa sedar aku dah buat banyak mata menangis. Hanya dengan update/upload gambar-gambar happy aku.

Pada aku, aku cuma nak share kegembiraan hidup aku, tapi orang lain mungkin ada yang kecik hati bila nampak gambar-gambar aku. Mungkin apa yang aku ada, diorang sangat-sangat perlu and sangat-sangat nak, tapi tak dapat. Aku mintak maaf sangat-sangat dari hujung rambut ke hujung kaki.

Saat aku share gambar-gambar happy aku dengan anak, mungkin ada yang masih belum dapat-dapat lagi anak. Mesti diorang sedih tengok gambar-gambar aku.

Saat aku seronok share gambar-gambar progress anak dah bule berjalan/bercakap/makan sendiri, mungkin ada yang anak-anaknya masih belum ada progress apa-apa. Mesti diorang jadi runsing pikir anak-anak diorang.

Saat aku share gambar-gambar aku holiday overseas, mungkin ramai yang teringin nak bawak family keluar jalan-jalan happy-happy. Mesti diorang sedih sebab belum mampu nak happykan anak bini bawak jalan-jalan.

Saat aku share gambar-gambar makanan sedap-sedap, mungkin ramai yang hanya makan nasi dengan telur kicap. Mesti diorang teringin nak makan apa yang aku makan.

Saat aku happy dapat beli handbag baru/gadget baru/baju baju, mungkin ada orang yang teringin nak barang-barang baru, tapi kena saving untuk benda yang lebih penting. Mesti diorang kempunan tengok gambar-gambar aku.

Saat aku happy cerita aku ada husband yang baik, mungkin ada yang tengah mengalami masalah dengan husband diorang. Mesti terguris hati diorang baca apa yang aku tulis.

Salah semua tu. Tu semua aku. Tak patut buat macam tu. Secara tak sedar aku dah buat orang terasa. Aku setulus ikhlas mintak maaf kat semua orang yang terasa. Tujuan aku nak share benda-benda happy yang aku dah rasa. Tapi instead, aku dah salah guna social media untuk guris hati orang.

Korang baca laa article kat bawah ni. Article ni buat aku tersedar sangat-sangat apa yang aku buat selama ni salah. Semoga kita semua sedar. Semoga kita semua ambil iktibar. Aku tak nak kena tegur dengan Allah macam tu sekali. Tak nak. Aku takut. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku rasa apa yang aku nak rasa. Alhamdulillah, Allah gerakkan aku baca article ni sebelum dia tarik balik semuanya. Walaupun aku mungkin dah jatuh riak banyak kali :(

From now on, biar laa semua benda aku simpan sendiri. Aku tak nak share lagi dengan dunia dah. Aku happy, tapi dunia sedih. Allah nak tarik nikmat yang dia bagi kat aku tu, bila-bila je. Aku tak nak sampai ditegur macam tu sekali. Takuttt. :( So korang jangan rindu-rindu kat aku oke. Lepas ni takde dah update aku untuk dunia luar. Kalau nak tanya khabar, korang message je aku kat fb. Insya Allah aku mesti balas. :)


Signing off,
Zila Zainal.
Sembunyikan kebaikan-kebaikan kamu melebihi dari kamu menutup keburukan-keburukan kamu.
[Hilyatul Awliya']




“Ya, Saya Pernah Ditegur Allah” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Bayinya Yang Meninggal Dunia Semasa Dilahirkan

July 22nd, 2015 | by Noraniza | 5 comments
KINI TRENDING
Screen Shot 2015-07-22 at 10.39.03 AM
(Gambar Hiasan)
Sekarang ni, dah jadi macam kebiasaan bila semua perkara yang berlaku seharian akan diupdate di laman sosial.
Dek kerana itu, kita mungkin tidak sedar bahawa ada individu yang terkilan dengan ‘kebahagiaan’ yang kita miliki. Malah, kita leka bahawa bila-bila sahaja kurniaan daripada Allah SWT itu boleh ditarik balik.
Ikuti pengalaman pahit dikongsi oleh Shafiq Abu Bakar ini yang boleh dijadikan iktibar untuk diri sendiri.
Screen Shot 2015-07-22 at 10.47.20 AM
(Gambar Hiasan)
Kagum dengan kawan2 yang tk pernah update life diorg dalam fb.. sedar2 dah 2 orang anak.. ini patut dicontohi.. teguran allah yg lepas patut dijadikan ikhtibar.
Ya, saya pernah ditegur allah.
Siapa yang tidak gembira bila mendapat tahu yg kita akan menerima orang baru. Setiap bulan setiap minggu kalau boleh nak update. Setiap kali pergi check up sy akan update untuk memberitahu semua orang.
Belum lahir lagi kedunia lagi si kecil ini saya sudah update macam2. Pergi shopping baju dan keperluan dia sy update di fb. Apa yang sy baca pasal si kecil sy update di fb. Dengan harapan orang lain tahu sy bakal menimang cahaya mata.
Screen Shot 2015-07-22 at 10.50.42 AM
(Gambar Hiasan)
Apa yang saya tidak tahu? Ada rakan2 saya yang masih tidak punyai rezeki menimang cahaya mata sedang membaca status saya. Apa perasaan mereka bila baca status saya? Tambahan pula apabila mereka lebih awal berkahwin daripada saya. Itu kesilapan terbesar saya. Ya.. saya tidak peduli. Sy masih lagi memuatnaik foto baju dan kelengkapan baby. Update macam2 status pasal si kecil ini yang sy fikir semua orang kena tahu (sebenarnya diorg taknak tahu pun).
Allah nampak dan tahu niat ku tidak betul. Lalu dia menegur. Disaat waktu nya telah tiba untuk sikecil itu menjengah kedunia.. hmm. Allah menjemputnya pulang ke tempat asalnya.
Jikalau si kecil itu hidup…? Sudah pasti akan di upload dan di update pasal si kecil itu. Mungkin sy tk sedar yg sy sudah mengguris perasaan rakan2 yg belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Ini hanyalah sekadar perkongsian untuk dijadikan tauladan dari pengalaman saya sendiri. Mohon maaf jika ada yg terasa hati dengan sy. Niat sy bukan nk perlekeh sesiapa. Ini pengalaman sy.

Thursday, 23 July 2015

New Dream

Yer.. new dream.

Baru keluar rasanya sebab aku tak pernah nampak lagi orang pakai. Rasa macam nak beli. Tapi kalau beli adalah satu pembaziran sebab dalam masa tiga bulan ni aku dah spend untuk handbag lebih dari yang aku patut. Sangat tak patut. 

Tapi cantekkk. :(

Friday, 17 July 2015

Aidilfitri!


Dah Rayaaaa Yeayyyyy Raya Wehhhh bangun bangun!!!

Seronoknya pagi-pagi raya makan lemang and ketupat kan. Korang apa plan raya-raya ni? Mesti ada yang dah sampai kampung kan? Aku macam biasa laa.. raya-raya ni, since dah takde kampung ni, kami amik kesempatan cuti panjang ni untuk pergi holidaaaay! Yeayy! So selama lima hari beraya ni, aku akan berpuasa ler dari blogging okeh. Sebab aku nak tumpukan masa dan perhatian aku pada lemang, rendang, nasi himpit dan kuih raya keluarga.

This time destinasi kami masih ke Penang. Tapi tiga hari je. Lepas tu kami singgah pulak ke Cameron Highland saje jalan-jalan makan angin orang kata hehe..

So korang jaga diri tauu musim-musim raya ni. Jangan bawak kereta laju-laju. Ingat orang yang tersayang. Jangan habiskan lemang and ketupat sorang-sorang. Ingat orang belakang ekekeke.

Sempena raya ni, aku nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kalau ada tersalah silap, terkasar bahasa selama aku dalam dunia blogging. Kita 0-0 okay.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN.

LOVE UOLS KETAT-KETATTTTT!

Thursday, 16 July 2015

Mood Raya!



Aaaaa... korang ada lagi ke yang masih ada mood untuk bekerjaaaa? Takde kan kan kan.. aku pun takdeeee!

Ni aku masih di opis. langsung satu file pun tak bukak. Email pun tak bukak. Hanya tenung je monitor tu dok tengok email-email yang segan silu nak masuk arini. Opkos laa segan silu. Ko ingat arini ramai sangat ke yang bekerja? Kalau yang kerja pun, mood semua lebih kurang aku je. Semua pakat tenung monitor tengok email segan silu nak masuk sambil latar belakang ada lagu raya dan suara orang menyanyi lagu raya.

Hahaha.. okay aku dah masuk air. Eh.. batal puasa tak kalau masuk air?

Kat opis aku ramai yang dah cuti. Ramai jugak yang atur strategy aku tunggu opis release awal. Walaupun Eddie dah kat sini, rasa rugi pulak nak cuti awal-awal. Sebab opis aku ni memang every year diorang akan bagi kami balik awal sehari sebelum raya. Kadang-kadang datang mood boss tengah baik, masuk sejam je haha. Kul10 pagi dah bule chalo. Paling aku suka time drive nak balik umah tu laa. Memang terlalak-lalak aku sorang-sorang menyanyi lagu raya sambil-sambil dengar celoteh raya hehe.

Pernah dulu masa aku duduk kat Wangsa Maju. Nak balik kena ikut KL Sentral. Since opis release awal, aku ajak ler kawan aku pusing-pusing Jalan TAR tengahari tu. Homaaaiii.. sangat suasana raya okay. Bestnya kalau dapat pusing-pusing Jalan TAR skang ni.

Cepat laa dapat email balik awaaaaaaaaaal! Nak balik rayaaaaa!


Wednesday, 15 July 2015

Last Minute Shopping

Last minute shopping sangat-sangat ni. Masa ni last weekend. Masa sibuk-sibuk tengah KL Raya Fest 2015 tu. Nak pergi sangat-sangat sebenarnya. Tuhan je yang tau. Teringin bebenau. Tapi apakan daya. Tengok orang upload-upload gambar jem terus hilang selera. Tak mampu rasanya nak sama bersesak-sesak.


So that particular weekend memang kami pulang ke Gombak. Bule pulak aku terlupa nak bawak jeans haha. Dah laa ada plan nak keluar berbuka kat luar. Terus pagi Ahad tu ajak Eddie keluar jalan-jalan Wangsa Walk. Sebab kat situ ada Levi's Outlet Store. Sejak kat Malaysia ni banyak Outlet Store, jadik tak selera sangat nak shopping kat butik-butik. Apa-apa butik pun laa. Not just Levi's. Sebab the prices are waaayyyy cheaper kot. Rasa berbaloi sangat.

Seronok jugak jalan-jalan kat Wangsa Walk. Dah lain sangat dari zaman aku duduk kat Wangsa Maju dulu. Dulu kecik. Skang dah banyak buat expansion. Lepas tu sebab dah dekat nak raya kan. Banyak gila jual baju-baju raya. Seronok gila aku. Tak dapat pergi KL Raya Fest 2015, Sini pun dah terasa meriah suasana nak sambut raya dah. Sempat ler aku beli top sehelai dua. Bule pakai gi opis. Jeans pulak, dari kononnya nak beli sehelai jeans, terus terlajak beli dua. Murah kot. Harga dua ni, kalau kat butik dapat sehelai je. Tak ke berbaloi gitu? Eh tapi thank you kat Hubby jugak sebab belanje hehe. Muahx!

Tuesday, 14 July 2015

Emyr & The Bus

Kadang-kadang kalau aku sampai Hong Kong hari-hari bekerja, sempat laa nampak sekolah depan rumah aku ni penuh dengan budak-budak. Diorang keluar sekolah around 3.30pm gitu. Dak gedik suka betul duduk depan tingkap tu tengok bas-bas yang keluar masuk kat perkarangan sekolah tu. Bising betul mulut dia dok "Vroom.. Vroom.. Pinn.. Pinnn.." Buat aku tergelak sorang-sorang je.

Lepas tu dengar laa dia dok panggil budak-budak sekolah tu,"Abangg.. abangg.. kakak.. kakakk." Hehehe.. macam laa diorang dengar. Satu benda aku perasan dak gedik ni, dia lebih suka berkawan dengan budak lebih tua dari dia. Kalau jumpa budak-budak tengah berlari tu, dia pulak hyper lebih. Sama-sama berlari berkejar-kejar. Menjerit-jerit macam budak-budak tu ajak je dia main sekali hehe.




Hehe.. macam-macam gaya haa. Sempat ler aku settle masak, berkemas, mandi bagai. A very good distraction rupanya duduk depan sekolah ni ekeke.

Monday, 13 July 2015

Snack @ The Office

Nini cokolat celup. Celup! Celup!

Hehe.. lebih kurang laa ni. Tapi version aku healthy sket. Oat cereal dengan peanut butter. Very nice dikala dah buhsan buat kerja. Sila try.


P/S: Punca sebenarnya this creation adalah sebab roti dah habis hahahahahaha.

Saturday, 11 July 2015

Baju Raya Kami!

Baju raya dak gedik! Tadaaaaa!

Alhamdulillah.. Eddie dapat balik awal untuk sambut raya tahun ni. Dua minggu lepas dah balik sini dah. So kami pun tak lepaskan peluang untuk happy-happy jalan-jalan satu familia. Seronok sangat dua minggu ni. Tak lekat kat rumah sudahnya. Tiap-tiap hari keluar. Dak gedik pun sampai dah konpius, kenapa bila pagi-pagi dia kena tinggal. Padahal orang nak gi kerja. Dia ingat orang nak gi jalan-jalan. Meraung-raung dia depan sliding door. Alahaaaai anak.. dia dah paham dah. Kalau abah dia ada, maknanya dia dapat keluar jalan-jalan. Haih..


Last weekend kami ke OU. Buhsan dah setiap kali keluar pergi Mid Valley. Awal aku ajak Eddie keluar. Sebab tak nak semak cari parking. Pukul 11 am kami dah sampai OU hehe. Banyak je lagi parking kosong masa tu. So kami pun dengan happynya park and mulakan  sesi jalan-jalan kami.

Banyak gila kot sale masa tu. Geram rasa nak beli semua. Tapi kena tahan. Jangan ikut nafsu. So Dapat la aku carik 4 helai seluar and baju dak gedik. Yang baju Hard Rock tu beli last month. Saje naak collect baju Hard Rock KL. So far dak gedik dah ada baju Hard Rock London, Tokyo, Gold Coast, Ho Chi Minch City and Hong Kong. Tapi semua-semua tu belum bule pakai lagi. Sebab besar. Rugi kalau beli saiz kecik. Saiz besar bule pakai lama hehe.


Yang bawah ni pulak baju aku! Hehehe.. tumpang sekaki laa apa lagi. Walaupun aku dah shopping baju aku sendiri, tapi Eddie memang allocate duit untuk baju raya aku every year. Kan nafkah pakaian tu. So shopping laa seround dua lagi ekeke.

Alaa.. nama je alasan shopping raya. Tapi sebenarnya baju-baju ni semua memang akan pakai melaram gi opis laa pasni Hehe.. Aku memang suka pakai blazer design-design gi opis. Tu yang banyak aku beli sleeveless shirt tu. Shawl yang kaler-kaler tu pulak aku beli awal lagi dah, Aku tak banyak shawl plain sebab aku memang suka shawl design-design. So this time, kebetulan ada orang jual shawl plain, aku borong ler semua kaler hehe.

Tak sabar sangat nak raya ni. Korang dah prepare untuk raya tak? :D :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...