Hi Korang..
Aku terpanggil untuk tulis entry fresh ni sebab Allah dah gerakkan aku. (Yupp.. selama ni most of my entries memang scheduled entry since aku jarang ada masa untuk mengarang entry setiap hari. So kalau ada masa nak up entry aku akan buat sekaligus banyak-banyak sebab aku memang banyak benda nak cerita/share dengan korang. Sebab tu kalau sape-sape yang follow aku kat ig, korang akan perasan banyak cerita aku up lambat kat blog). Setiap entry aku akan set 9am untuk korang baca pagi-pagi. Hehe.. dah nak tutup blog baru bagitau kan.
Yupp.. aku nak tutup blog ni. Not that I will deactivate it, just nak biarkan gitu je. Mungkin ada entry-entry dalam ni yang bule dijadikan bahan rujukan untuk orang lain. Ini adalah entry terakhir.
Dalam tren on the way ke opis pagi tadi, aku terbaca satu article yang betul-betul buat aku tersedar. Aku dah buat banyak salah selama ni. Tanpa sedar, aku dah guris banyak hati. Tanpa sedar aku dah buat banyak mata menangis. Hanya dengan update/upload gambar-gambar happy aku.
Pada aku, aku cuma nak share kegembiraan hidup aku, tapi orang lain mungkin ada yang kecik hati bila nampak gambar-gambar aku. Mungkin apa yang aku ada, diorang sangat-sangat perlu and sangat-sangat nak, tapi tak dapat. Aku mintak maaf sangat-sangat dari hujung rambut ke hujung kaki.
Saat aku share gambar-gambar happy aku dengan anak, mungkin ada yang masih belum dapat-dapat lagi anak. Mesti diorang sedih tengok gambar-gambar aku.
Saat aku seronok share gambar-gambar progress anak dah bule berjalan/bercakap/makan sendiri, mungkin ada yang anak-anaknya masih belum ada progress apa-apa. Mesti diorang jadi runsing pikir anak-anak diorang.
Saat aku share gambar-gambar aku holiday overseas, mungkin ramai yang teringin nak bawak family keluar jalan-jalan happy-happy. Mesti diorang sedih sebab belum mampu nak happykan anak bini bawak jalan-jalan.
Saat aku share gambar-gambar makanan sedap-sedap, mungkin ramai yang hanya makan nasi dengan telur kicap. Mesti diorang teringin nak makan apa yang aku makan.
Saat aku happy dapat beli handbag baru/gadget baru/baju baju, mungkin ada orang yang teringin nak barang-barang baru, tapi kena saving untuk benda yang lebih penting. Mesti diorang kempunan tengok gambar-gambar aku.
Saat aku happy cerita aku ada husband yang baik, mungkin ada yang tengah mengalami masalah dengan husband diorang. Mesti terguris hati diorang baca apa yang aku tulis.
Salah semua tu. Tu semua aku. Tak patut buat macam tu. Secara tak sedar aku dah buat orang terasa. Aku setulus ikhlas mintak maaf kat semua orang yang terasa. Tujuan aku nak share benda-benda happy yang aku dah rasa. Tapi instead, aku dah salah guna social media untuk guris hati orang.
Korang baca laa article kat bawah ni. Article ni buat aku tersedar sangat-sangat apa yang aku buat selama ni salah. Semoga kita semua sedar. Semoga kita semua ambil iktibar. Aku tak nak kena tegur dengan Allah macam tu sekali. Tak nak. Aku takut. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku rasa apa yang aku nak rasa. Alhamdulillah, Allah gerakkan aku baca article ni sebelum dia tarik balik semuanya. Walaupun aku mungkin dah jatuh riak banyak kali :(
From now on, biar laa semua benda aku simpan sendiri. Aku tak nak share lagi dengan dunia dah. Aku happy, tapi dunia sedih. Allah nak tarik nikmat yang dia bagi kat aku tu, bila-bila je. Aku tak nak sampai ditegur macam tu sekali. Takuttt. :( So korang jangan rindu-rindu kat aku oke. Lepas ni takde dah update aku untuk dunia luar. Kalau nak tanya khabar, korang message je aku kat fb. Insya Allah aku mesti balas. :)
Signing off,
Zila Zainal.
Sembunyikan kebaikan-kebaikan kamu melebihi dari kamu menutup keburukan-keburukan kamu.
[Hilyatul Awliya']
“Ya, Saya Pernah Ditegur Allah” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Bayinya Yang Meninggal Dunia Semasa Dilahirkan
July 22nd, 2015 | by Noraniza | 5 comments
Share the post "“Ya, Saya Pernah Ditegur Allah” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Bayinya Yang Meninggal Dunia Semasa Dilahirkan"
(Gambar Hiasan)
Sekarang ni, dah jadi macam kebiasaan bila semua perkara yang berlaku seharian akan diupdate di laman sosial.
Dek kerana itu, kita mungkin tidak sedar bahawa ada individu yang terkilan dengan ‘kebahagiaan’ yang kita miliki. Malah, kita leka bahawa bila-bila sahaja kurniaan daripada Allah SWT itu boleh ditarik balik.
Ikuti pengalaman pahit dikongsi oleh Shafiq Abu Bakar ini yang boleh dijadikan iktibar untuk diri sendiri.
(Gambar Hiasan)
Kagum dengan kawan2 yang tk pernah update life diorg dalam fb.. sedar2 dah 2 orang anak.. ini patut dicontohi.. teguran allah yg lepas patut dijadikan ikhtibar.
Ya, saya pernah ditegur allah.Siapa yang tidak gembira bila mendapat tahu yg kita akan menerima orang baru. Setiap bulan setiap minggu kalau boleh nak update. Setiap kali pergi check up sy akan update untuk memberitahu semua orang.Belum lahir lagi kedunia lagi si kecil ini saya sudah update macam2. Pergi shopping baju dan keperluan dia sy update di fb. Apa yang sy baca pasal si kecil sy update di fb. Dengan harapan orang lain tahu sy bakal menimang cahaya mata.
(Gambar Hiasan)
Apa yang saya tidak tahu? Ada rakan2 saya yang masih tidak punyai rezeki menimang cahaya mata sedang membaca status saya. Apa perasaan mereka bila baca status saya? Tambahan pula apabila mereka lebih awal berkahwin daripada saya. Itu kesilapan terbesar saya. Ya.. saya tidak peduli. Sy masih lagi memuatnaik foto baju dan kelengkapan baby. Update macam2 status pasal si kecil ini yang sy fikir semua orang kena tahu (sebenarnya diorg taknak tahu pun).Allah nampak dan tahu niat ku tidak betul. Lalu dia menegur. Disaat waktu nya telah tiba untuk sikecil itu menjengah kedunia.. hmm. Allah menjemputnya pulang ke tempat asalnya.Jikalau si kecil itu hidup…? Sudah pasti akan di upload dan di update pasal si kecil itu. Mungkin sy tk sedar yg sy sudah mengguris perasaan rakan2 yg belum dikurniakan rezeki cahaya mata.Ini hanyalah sekadar perkongsian untuk dijadikan tauladan dari pengalaman saya sendiri. Mohon maaf jika ada yg terasa hati dengan sy. Niat sy bukan nk perlekeh sesiapa. Ini pengalaman sy.
hi zila,
ReplyDeletei pun dah pernah baca artikel tu and it made me think. but theres another solution for u. u boleh je continue tulis blog sbb i rase penting untuk kita ade memori tentang perjalanan hidup kita. be it good or bad. tp u private kan hanya utk tatapan u sorang saje. mcm tu xdela u risau sapa2 yg baca blog u akan terasa hati. mcm i bile i belek2 blk blog i kadang2 ade something yg i tulis tp i x ingtpon bende tu tjadi and i was so glad that i wrote it up. ni just suggestion jela..but its up to u kalau u sndiri rasa x selesa nk menulis dah lepas ni..ape2 pun niat u dah bagus
dila
salam dear, i have to comment about this.
ReplyDeletethis one im not agree but i have no objection about your opinion (kita raikan perbezaan). hanya Allah saja yang boleh baca hati kita. kalau sharing hanya untuk berkongsi, bercerita rasanya tak salah lainlah sharing untuk riak atau menunjuk. sharing boleh tapi janganlah melampau. update pasal anak, pakaian, harta atau apa saja hampir setiap hari agak kurang manis tapi kalau sekadar sebulan sekali atau bercerita tentang sesuatu istimewa/penting, i dont think its wrong.
apa pun sekadar pandangan