Yeayy.. finally we're here! Weeehuuuu!
Sebenarnya dah lama dah nak singgah. Sebelah opis aku je kan. Tiap-tiap hari lalu dok tengok je. Gerammm je. Tapi asik tak berkesempatan. First thing sebab masa awal-awal opening hari tu, aku memang tak rajin sangat laa kan nak gi. Sebab packed gila! Nak masuk Nike pun beratur. Apakah jadah itu? So.. aku buat-buat bersabar dulu.
Kepada yang tak tau. Mitsui ni mall yang lebih kurang JPO. A place of branded boutiques selling off-season items with markdown prices. Cuma bezanya Mitsui ni chain dari Jepun dan Premium Outlets adalah chain dari US.
Wiken memang tak terpikir laa nak gi sebab tau memang akan bertempur dengan orang ramai. Lagipun, wikdays aku dah berulang ke Sepang. Wiken tak teringin langsung nak ke arah sana. Walaupun kadang-kadang kena ke sana jugak sebab hantar Eddie hehe.
So aku pun plan laa satu hari untuk aku melawat tempat yang memang sangat tergedik-gedik aku nak lawat nih. Saje aku tunggu July sebab diorang cakap masa yang pergi awal-awal dulu, banyak lagi kedai tak bukak. July baru banyak bukak. So, tunggu laa smapai July.
Tiba laa hari tersebut iaitu semalam. Aku berdua je dengan Ajis. Ajis ni officemate aku. Memang kawan aku dari zaman MMU. Sebenarnya roommate Eddie dulu. Bercinta pulak dengan kawan aku. Ehhh banyak laa sejarah hahah. Pastu aku recommend dia kat tempat aku. Last-last skang dok sebelah-sebelah kat opis haha.
So kami pun meneruskan laa plan berjalan-jalan dikala opis hour sambil takut-takut sket terserempak dengan big bosses kihkih. Takut-takut pun sebab otak dah pikir shopping. Kejap je dah lupa kihkih. Alang-alang dah sampai, memang pikir nak shopping raya je.
Besar jugak tempat dia. Dua tingkat je. Tapi very spacious. Fully indoor. Tak macam JPO kena elak-elak hujan hahah. Dan betul laa orang cakap. Masih banyak lagi yang tak bukak. Banyak lagi kedai yang ditutup dengan billboard. Takpe. Sabar iLa. Opis dekat. Hari-hari pun bule singgah. Phewww.. Paling jahat bila berjalan lepas gaji masuk. Very the jahat. Haha. Oh well.. when it comes to shopping, bila-bila masa pun jahat sebenarnya hehe. Diri sendiri laa kena control kan.
Ehhh.. tertepek gambar sendiri pulak :p Masa ni tengah tunggu Ajis try baju. Boring-boring selpie ler sket sebab seminggu ni aku pakai shimmer shawl baru hahaha. Entah pape.
Cumel kan sneakers ni. Geram je rasa nak beli. Tapi nak kena tunggu bawak dak gedik sekali baru beli. Malas kang beli tak muat kang satu hal pulak. Sneakers kat Nike, Adidas, Puma and Converse sebenarnya pada aku skang ni macam tak bape banyak choice sangat. Jenuh aku pusing empat-empat kedai ni mencari yang cantek. Tapi entah pape je yang ada. Sebab aku memang nak tambah sneakers lagi satu. Tu yang on eye kat semua kedai kasut. Malangnya takde yang cantek. Aku rasa mungkin sebab time opening hari tu ramai yang dah borong. Because it's quite cheap actually. So korang-korang kalau nak cari kasut, tunggu laa lama sket. Kot-kot ada restock baru. Kalau datang skang ni macam rugi sket.
Overall, pada aku Mitsui ni okay-okay laa. Mungkin kena tunggu lama sket bagi semua kedai bukak baru meriah kot. Tapi walau cane pun, still takleh compare dengan JPO. Banyak brand JPO yang diorang takde. Cuma sebab JPO tu jauh kan. So Mitsui ni pun jaaaadi laa hehe.
Alkisah prefer JPO dari MOP.. JPO kedai2nya lagi ok.
ReplyDelete