The Entourage

Tuesday, 28 August 2012

Baju Tunang: Order From Eja, Segamat

Alhamdulillah.. selesai raya maka selesai jugaklah satu lagi kerja aku untuk customer aku yang sorang ni. Eja mintak aku beads and pearls kan dress emerald greennya untuk dia pakai masa tunang nanti. Dia tak tau design apa yang patut dibuat kat baju dia, so dia mintak aku pandai-pandai pikir ada yang sesuai nak hiaskan dress dia yang shantek ni.

Nak tengok? :p


Since lace adalah kegilaan aku, maka aku pun patchkan border lace pada baju dan lengannya. Then aku hiaskan pulak dengan black pearls yang pelbagai size untuk nampak sibuk sket kat atas lace tu ehehe.. Then aku tambahkan sket silver beads untuk naikkan sket kaler hitam dan hijau tu.


Memang aku saje combine kaler hitam dan hijau untuk menampakkan exclusive kain emerald green ni. Nampak ke exclusive nya? ekekeke..



Alhamdulillahh.. selesai sudah satu lagi baju. Tak sabar nak mulakan projek terbaru. nak main lace lagi. Tapi kaler nak sweet-sweet sket, nak pakai lace putih pulak. Nak tengok? Dah siap nanti aku upload. Sabar ye :)

So kepada sape-sape yang memerlukan bantuan untuk menjahit beads, pearls and lace, tak kira laa untuk baju tunang ke, baju raya ke, baju biasa untuk jalan-jalan ke,  boleh laa email kat gina1983@yahoo.com or call terus kat 0129198861 ye. Saya sedia membantu. Cheers! :)

Thank you Eja for your trust! Nanti amik gambar tau!

Salam Aidilfitri

Phewww... lamanya aku beraya.. ekeke.. sorry ye lama tak update blog aku yang tak seberapa ni. Busy memanjang ler dengan tugas sebagai seorang anak perempuan sulung dan juga tunangan orang keekeke.. Syiok tak raya korang? Aku punya syiok juga. Sebab tahun ni aku beraya sebagai tunangan orang. So ada laa sesi-sesi beraya rumah mertua. ene pun datang rumah beraya dengan aku. First raya lagi ekeke. Dan tahun ni juga raya terakhir sebagai seorang anak dara ekekeke. Tahun depan dah jadik bini orang. Cane laa rasanya agaknya? :p

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, bride-to-bes dan sesiapa je yang terbaca entry aku ni. Mintak maaf sangat-sangat sebab lambat update blog. Banyak sebenarnya nak cerita dalam seminggu lebih ni. Insya Allah, nanti aku cerita satu-satu ye :D


Tuesday, 14 August 2012

Iftar @ Shangri-La, Putrajaya

Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.

Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.

Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.

Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.

Eja, Wawa & Lina

Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.

Eja, Yours Truly & Lina

 Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.

Pinjam spec Hello Kitty Eja sat

Salah satu pose mengarut.

Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik)

Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.

Reserved!

Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)


Malay Cuisine

Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p


Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.

Make Your Own Salad

Salad Lagi

Seafood On The Rock

Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.

Kerabu-Kerabi


Pecal

Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.

Otak-Otak

Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.

Petite Pudding & Rice Cake

Here comes my favourite part. Dessert line!

Chocolate Mousse Cake

Petite Coconut Pie

Strawberry Cocktail!

Nyonya Kuehs

Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?

Fruits

Entertainment Of The Day

AirAsia Colleague

First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.

The Pinky Girls!

Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.


Me & Ajis Yang Kuat Makan

Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.

The Petites

Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.

Sunday, 12 August 2012

Saturday, 11 August 2012

Sabtu Yang Penuh Rezeki

Alhamdulillah ada lagi rezeki hari ni.. pagi tadi awal pagi dah bangun nak hantar veil tunang kat Bukit Jalil. Penyewanya adalah Cik Rahimah. Dia nak sewa veil aku untuk majlis tunang dia pada hari raya ke-4 ni. Wahh.. tunang time raya tu.. Syioknya.. mesti dapat duit raya lebih :p Tengkiu Rahimah, kita jumpa lagi lepas raya ye :)

Lepas settle kat Bukit Jalil, aku rushing pulak jumpa supplier beads and crystals aku untuk amik crystal hitam untuk Cik Awin kita. Cik Awin order donut crystal, teardrop crystal, deco besi yang kat kepala tasbih tu dan juga rambu-rambu tasbih yang sampai skang aku tatau nama sebenarnya. Dia nak buat DIY tasbih untuk majlis nikahnya.

Alhamdulillah, dah selamat semuanya. Dah sampai pun kat tuannya di Subang tengahari tadi. Sorry tau Awin kita sampai lambat! :p Terima Kasih atas kepercayaan anda. Semoga berjaya buat tasbih tu ye. Nanti update kat blog ye. Kalau tak jadi, bagitau cepat-cepat. Kita try ajar pakai webcam kat ym pulak ekekeke.

Oh lupa nak cite, masa hantar crystal kat Awin tadi, aku siap dapat sambal tempe ikan bilis tuuuu! Heheheh.. tengkiu Awin! Sedap sangat-sangat! :D

Tapi yang sedih sikit bila tak jadi nak berbuka sama-sama dengan Falsya kat OU. So sorry sangat-sangat tau babe.. My aunty tiba-tiba datang ler.. Takde sape nak tolong masak-masak. Nanti kita ngeteh-ngeteh k? :D

Friday, 10 August 2012

Solemnization Update: Hantaran (Belt!)

Tak ingat pulak weekend bila.. but one of the weekends before ene left Malaysia. As usual laa, detink-detink pusing-pusing. Dah tak ingat pun ke mana. It's either The Garden or Pavilion. Garden rasanya.

Takde plan pun nak beli apa-apa, tapi as usual memang masuk laa suma kedai-kedai yang ada. Nama pun detink. Then we saw this.

Massimo Dutti Belt RM199.00

Sebelum ni ada jugak jumpa yang cantik kat Massimo Dutti. Then he thought he wanted to see if there is any nice belts in Hong Kong. So, aku pun ikutkan je laa. Then hari tu, masuk Massimo Dutti, jumpa yang ni. Nice. Sleek. And brown. Waaaayy better than the one he liked before. That one was suede. This one is leather. I prefer leather. Nampak matured and bold. Boleh pakai formal and casual pun. ene pun suka. Then we decided to buy. Aku laa yang membayarnya kan.

Senang hati dah dapat belt dia. Takyah la dia susah-susah nak mencari kat Hong Kong pulak. Bukan apa, yang mana bule settle cepat, better settlekan cepat, kan. Kawen ni, seawal mana pun kita plan, confirm laa ada jugak yang rushing akhir-akhir nanti. So benda-benda remeh-temeh macam hantaran ni, bule settle awal. So better settlekan awal. Betul tak? :p

Alhamdulillah.. so for now, barang hantaran untuk ene hanya tingal wallet saje. Yang lain suma dah beli dah.. Weeeee!

Victoria Secret @ Pavilion

Hamekkkkk...


Pavilion, peeps. Pavilion! Mari serang weekend ini! Weeeee!

Thursday, 9 August 2012

Sncake?


p/s: Kalau teman lerrr.. memang teman kupilkan kulit kunin luor tuh. Aishhh... idak lerr teman makaaan kek ngupe gituuu..

Our Love Nest

Alhamdulillah.. we finally bought a home. HE finally bought a home. For us :)

Located in Setapak area. The place is called Taman Desa Gombak. It's quite an old house. But a spacious one. It's an end lot unit with the land area of 22 x 85sqft.

Our House :)

 One thing I love about the house is the front lawn has been fully covered with tiles. No rumput-rumput. Senang anak-anak aku nak main-main kat depan rumah. Buat BBQ pun senang :p

Agak-Agak 4 Bijik Kereta Bule Muat Tak?

 The front lawn agak spacious. Memanjang. Rumah ni memang panjang pun.. Seronok sangat!

The Main Hall

 The house retained its original shape by the previous owner. Cuma buat sikit-sikit je. Most parts of the house memang tak bersentuh. Yang kat dalam sliding door tu adalah dining room.

Area Belakang

 Lupa pulak nak amik gambar dapur. Dapur dia agak memanjang. With built-in kitchen cabinets and stuff.

Stairways To The Family Room

Family and TV Room. Not much space here. Dalam planning untuk besarkan..

The Master Bedroom With Balcony and Bathroom

Our bedroom :) Siap dengan bathroom with a bathtub! How cool is that? :p Siap ada balcony cumel di situ. ene cakap macam nak tutup terus untuk dijadikan bilik. Besar lagi bilik. Whatever makes you happy ene :)

The Second Bedroom With Individual Bathroom

Another thing I like about this house is there are a lot of bathrooms. Siap semua bilik ada individual baths. Dasyat :p Planningnya untuk buat another room kat belakang and all rooms will be connected to one bathroom. Jimat space, bilik pun besar! :D

The Third Bedroom With Individual Bathroom

 Overall, rumah ni ada tiga bilik and empat toilet. Plus, satu storage room kat belakang rumah.

The Family Room

Yup.. that's a sliding door to the family/tv room. Cool tak? Old school, kan? Zaman tu memang hyped habis laa ada sliding door gitu ke family/tv room :p

Awat Garang Benor Tuh?

Old Fashioned

 Most of the lamps and lightings kat dalam rumah ni semua jenis lampu kuning yang berdeko-deko gini. Sangat suka tuan rumah ini dengan lampu hiasan sebegini :)

The Stairways

The Main Hall

Menung Apa Tu?

Banyak lagi benda nak kena buat kat rumah ni before we can finally move in. Rumah lama la katakan. Tapi tu semua planning untuk 5 tahun lagi. Since ene kerja kat Hong Kong sekarang ni, plan untuk duduk di sini hanyalah dalam masa lima tahun lagi. Oh well.. kena duduk Hong Kong dulu nampaknya. Then baru bule merasa duduk rumah ini.. Sigh.

Overall, I love this house. Our house. ene was so worried I didn't like the house. How can't I? Dia beli rumah untuk aku. Untuk anak-anak aku. Takkan aku tak suka. Sangat-sangat syukur, sangat-sangat grateful.

One thing he said I will never forget, "Saya dah letak bumbung atas kepala awak," katanya. :')

Thank you bf :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...